B.4 LAPORAN KEMAJUAN JAWATANKUASA PENYELARASAN (JP) SEKRETARIAT PUSAT PENGAJIAN
JP Sekretariat Pusat Pengajian adalah JP yang bertanggungjawab menyelenggara Pusat Pengajian Persatuan di KM 1.2 Jalan Mata Ayer. Selain diberikan tugas menyimpan dan mengemas kini rekod keahlian bagi ahli-ahli sehayat dan biasa, JP ini bertindak sebagai urus setia yang mengoperasikan Pusat Pengajian sebagai ibu pejabat.
Sebahagian aktiviti JP ini adalah:
1. Tandas dan Bilik Air Baru
Projek tandas, bilik air dan ruang basuhan baju terus disiapkan walaupun secara berdikit-dikit mengikut kekuatan kewangan
2. Perbaikan Struktur Bangunan
Memandangkan bangunan Pusat Pengajian sudah berusia menghampiri 20 tahun, ada struktur tertentu yang uzur dan perlu diperbaiki atau diganti. Perbaikan yang dijalankan sepanjang sesi 2010/2011 ini meliputi:
i. Memperbaiki kebocoran di bumbung
ii. Membina pentas yang baru
iii. Mengubahsuai tandas lama kepada bilik tetamu masing-masing sebuah untuk lelaki dan sebuah untuk wanita
iv. Menukar rangka-rangka tingkap yang reput di tingkat atas
3. Perabot Dalam Bangunan
JP ini telah menerima dan menyelia penggunaan alatan pejabat dan perabot yang didermakan untuk kegunaan Bilik Mesyuarat, Bilik Tetamu dan Pejabat
4. Pemutihan Keahlian
Untuk menyimpan rekod yang lebih lengkap serta memenuhi saranan Pejabat Pendaftar Pertubuhan (R.O.S), suatu program pemutihan keahlian telah dilancarkan pada 4 Februari 2011. Langkah ini dilakukan untuk mengesan ahli-ahli yang masih aktif, serta siapa pula ahli-ahli yang tidak aktif disebabkan kematian, uzur, berpindah dan sebagainya. Sehingga kini, 119 orang ahli telah menjalani program pemutihan keahlian ini.
5. Latihan Kebakaran
Untuk menghadapi keadaan sebenar kebakaran, suatu latihan menyelamat daripada kebakaran telah diadakan pada 24 Mac 2011. Dengan kerjasama Balai Bomba dan Penyelamat Arau, sebuah jentera bomba telah terlibat dalam latihan ini. Pemeriksaan kemudahan memadam kebakaran juga telah dibuat
6. Gotong-Royong Perdana
Pada 26 Mac 2011, telah diadakan suatu Gotong-royong Perdana. Sebagai tambahan gotong-royong kecil-kecilan yang kerap diadakan, gotong-royong yang terbesar ini diadakan untuk meningkatkan mutu kebersihan dan keceriaan bangunan Pusat Pengajian KM 1.2 Jalan Mata Ayer. Dimulakan dengan sarapan pagi, gotong-royong ini dimeriahkan lagi dengan syarahan agama anak Teratak Rahmat dan tazkirah oleh Ustaz Muhammad Rizal al-Malaya. Sebagai penutup, jamuan tengah hari yang dimasak secara berderau turut disajikan.
No comments:
Post a Comment