23 November 2012

SINAR: MAIPs akan mantapkan promosi kutipan zakat

KANGAR - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) akan memantapkan promosi kutipan zakat termasuk melaksanakan kempen "Bulan Zakat peringkat negeri Perlis 2012" bermula hari ini.

Menegaskan demikian, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, kempen yang akan berakhir 22 Disember ini akan membawa tema "Zakat: Membersih Jiwa Menyubur Harta."

Bertitah menutup seminar "Kesedaran Zakat dan Wakaf" peringkat negeri Perlis 2012 di sini hari ini, baginda yang juga Yang Dipertua MAIPs bertitah, sejak Januari sehingga kini, zakat sebanyak RM69,103,351 telah dipungut Baitulmal.

Menurut baginda, sejak awal tahun ini, MAIPs juga telah mengagihkan zakat kepada asnaf berjumlah RM48,030,219.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah, selain sumbangan melalui zakat, MAIPs juga sedang bergerak untuk menggembleng budaya berwakaf.

"MAIPs akan memperkenalkan ”Saham Wakaf Tunai Negeri Perlis” mulai hari ini. Saham wakaf tunai ini adalah selaras dengan hasrat untuk memberikan kesedaran tentang kepentingan wakaf sebagai pelaburan abadi ke arah memperkasa dana wakaf di Negeri Perlis," titah baginda.- BERNAMA

[ 999 SYIAH ] Syiah Dan Sahabat (kertas kerja dan 'playlist' )


1. [ 999 SYIAH ] Syiah Dan Sahabat : Mukadimah 

1. Takrif Sahabat
Mereka yang berjumpa Rasulullah saw, beriman dengannya dan mati dalam keadaan Islam.

2. Adalatus Shahabah daripada Al-Quran dan As-Sunnah
At-Taubah ayat 100 [9:100]

وَالسَّابِقُونَ الْأَوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالْأَنْصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُمْ بِإِحْسَانٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) dari golongan muhajirin dan anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah ridha kepada mereka dan merekapun ridha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka surga-surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya selama-lamanya. Mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar.


Rasulullah saw bersabda:

لاَ تَسُبُّوا أَصْحَابِيْ فَلَوْ أَنَّ أَحَدَكُمْ أَنْفَقَ مِثْلَ أُحُدٍ ذَهَبًا مَا بَلَغَ مُدَّ أَحَدِهِمْ وَلاَ نَصِيْفَهُ

Jangan kamu mencela para sahabatku, jika seandainya salah seorang kalian menginfaqkan emas sebesar gunung Uhud tentu tidak akan menyamai infaq salah seorang mereka satu mud atau separuhnya


Riwayat Bukhari dalam Shahihnya

Sahabat Pentafsir Al-Quran setelah Rasulullah saw, penyambung Sunnahnya

3. Sikap Ahli Sunnah terhadap para sahabat
Mendoakan mereka Al-Hasyr ayat 10 [59:10]

وَالَّذِينَ جَاءُوا مِنْ بَعْدِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِلَّذِينَ آَمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ
Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Anshor), mereka berdoa: "Ya Rabb kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Rabb kami, Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang."

Menyebar keutamaan mereka kepada manusia Mendidik anak-anak untuk mengenal dan mencintai sahabat. Imam Al-Laalikaa’I meriwayatkan dari Imam Malik bahawa ia berkata: Para salaf terdahulu mengajar anak-anak mereka untuk mencintai Abu Bakar dan Umar sebagaimana mereka mengajar sebuah surah dari Al-Quran.
Syarh Ushul I’tiqad Ahlus Sunnah

4. Sikap Ahli Sunnah terhadap perselisihan sesama sahabat
Umar bin Abdul Aziz tatkala beliau ditanya tentang Ali dan Utsman dalam perang Shiffin dan apa yang terjadi antara mereka, beliau menjawab: Itu adalah pertumpahan darah yang Allah selamatkan (bersihkan) tanganku dari ikut campur tangan di dalamnya, maka aku tidak suka untuk mengikut serta kan lisanku dalam kejadian tersebut.[1]

Imam Ahmad ditanya: Bagaimana pendapatmu tentang perselisihan yang terjadi antara Ali dan Muawiyah? Beliau menjawab: Tiada yang bisa saya katakan dalam hal itu kecuali yang terbaik.[2]

Imam Abul Hasan Al-Asy’ari berkata: Adapun yang terjadi antara Ali dan Az-Zubair bersama Aisyah hanya berdasarkan takwil dan ijtihad, Ali adalah seorang imam dan semua mereka adalah ahlul ijtihad (orang yang berhak berijtihad) dan semuanya telah disaksikan (dijamin) oleh Rasulullah saw masuk syurga, maka ini menjelaskan bahawa mereka semuanya benar dalam ijtihad tersebut. Bagitu juga yang terjadi antara Ali dan Muawiyah berdasarkan takwil dan ijtihad, dan seluruh sahabat adalah imam yang terpercaya (jujur) tidak diragukan agama mereka kerana Allah dan RasulNya telah memuji mereka secara keseluruhan, dan memerintahkan kita untuk menghormati, memuliakan dan mencintai mereka dan berlepas diri dari setiap orang yang mencela salah seorang dari mereka.[3]

Imam Al-Muzani tatkala menjelaskan aqidah Ahlus Sunnah tentang sahabat – beliau berkata: Disampaikan keutamaan mereka serta disebutkan dengan amalan-amalan mereka yang baik, dan kita menahan (lisan) dari ikut campur dalam perselisihan yang terjadi antara mereka kerana mereka adalah manusia yang terbaik sesudah Nabi mereka, Allah telah meredhai mereka sebagai (sahabat) NabiNya serta menciptakan mereka sebagai penolong/pejuang agamaNya, mereka adalah para imam dalam agama ini dan para ulama kaum muslimin – semoga Allah merahmati mereka seluruhnya.[4]

Imam Al-Barbahari berkata: Apabila kamu melihat seseorang mencela salah seorang sahabat Nabi saw maka ketahuilah bahawa ia adalah orang yang memiliki perkataan yang jelek dan (pengikut) hawa nafsu berdasarkan sabda Rasulullah





[1] Prof. Dr. Ibrahim bin Amir Ar-Ruhaily, Aqidah Ahlus Sunnah VS Ahlul Bid’ah Tentang Sahabat Nabi Mengungkap Kebobrokan Aqidah Ahlul Bid’ah Yang Membenci, Mencela Bahkan Mengkafirkan Para Sahabat Nabi saw. Terjemahan: Dr. Muhammad Nur Ihsan. m/s 35.
[2] Ibid, m/s 36
[3] Abul Hasan Ali bin Ismail Al-Asy’ari, Al-Ibanah ‘an Ushul ad-Diyanah; Bab Lima Belas; Imamah Abu Bakar Ash-Shiddiq, Darun Nufais; m/s 169-170
[4] Syarhus Sunnah



2. [ 999 SYIAH ] Syiah Dan Sahabat : Bukti Allah Memuji para sahabat http://www.youtube.com/watch?v=TeSd1ufenys

3. [ 999 SYIAH ] Syiah Dan Sahabat : Pesanan penting Rasulullah untuk Umat Islam http://www.youtube.com/watch?v=5_m-7kaC33E

4. [ 999 SYIAH ] Syiah Dan Sahabat : Doalah kesejahteraan kepada sahabat Rasulullah http://www.youtube.com/watch?v=afkkQwaYRJU

5. [ 999 SYIAH ] Syiah Dan Sahabat : Tugas Ahlis Sunnah Wal Jamaah http://www.youtube.com/watch?v=SPO8K5sNjNM

6. [ 999 SYIAH ] Syiah Dan Sahabat : Beza Sikap ASWJ Dan Syiah Terhadap Perbalahan Sahabat http://www.youtube.com/watch?v=hgmYmgzgPCQ

7. [ 999 SYIAH ] Syiah Dan Sahabat : Kesan Syiah Kepada Anak Muda http://www.youtube.com/watch?v=1SyZghuf7OU

MAIPs: DYTM Tuanku Raja Muda Perlis menyarankan bacaan Doa Qunut Nazilah untuk Gaza



DYTM Tuanku Raja Muda Perlis menyarankan bacaan Doa Qunut Nazilah untuk Gaza

22 Nov - DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah menyarankan masyarakat Islam agar memanjatkan doa untuk keselamatan umat Islam di Gaza.

Baginda bertitah demikian ketika menyempurnakan Seminar Kesedaran Zakat & Wakaf Peringkat Negeri Perlis 2012 di Kangar.

Baginda bertitah mengajak masyarakat supaya berfikir sejenak, mengenai nasib umat Islam di Gaza. Baginda menegaskan bahawa senario yang dihadapi masyarakat Islam di Gaza mutakhir ini, mengetuk rasa simpati atas paksi ‘rabbani’ atau ketuhanan dan insani yakni kemanusiaan.

"Saya ingin menyarankan supaya kita bersama-sama memanjatkan doa, agar Allah Aza Wajalla mengembalikan keamanan di Bumi Gaza. Bacaan Qunut Nazilah boleh dilaksanakan di masjid-masjid seluruh Negeri Perlis, menurut tertib Sunnah Rasulullah Sallahualaihi Wasallam", titah Baginda.

Seminar berkenaan yang membicarakan soal zakat dan wakaf disampaikan oleh Datuk Anan C.Mohd, Ketua Pengarah JAWHAR dan Tuan Azri Bin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Wakaf Malaysia.

Tuanku Syed Faizuddin Putra turut melancarkan Saham Tunai MAIPs dan Bulan Zakat Peringkat Negeri Perlis.


https://www.facebook.com/photo.php?fbid=487494744628185

PERSATUAN AL-ISLAH PERLIS MENDOAKAN UMAT ISLAM DI PALESTIN, ARAKAN DAN SELURUH DUNIA


Marilah kita sama-sama melaksanakan doa Qunut Nazilah menurut Sunnah Rasulullah SAW bagi mendoakan kesejahteraan dan keselamatan Umat Islam, khasnya yang dizalimi di Gaza (Palestin), Arakan (Myanmar) dan lain-lain.


PANDUAN QUNUT NAZILAH MENURUT SUNNAH NABI SAW
( Disediakan oleh Bahagian Fatwa Jabatan Mufti Negeri Perlis )



Telah disemak dan diluluskan oleh Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Perlis 


1.DALIL PENSYARIATAN QUNUT NAZILAH

Kanak-kanak Gaza dalam kesusahan


أَنَّ رِعْلاً وَذَكْوَانَ وَعُصَيَّةَ وَبَنِي لَحْيَانَ اسْتَمَدُّوا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى عَدُوٍّ فَأَمَدَّهُمْ بِسَبْعِينَ مِنَ الْأَنْصَارِ كُنَّا نُسَمِّيهِمُ الْقُرَّاءَ فِي زَمَانِهِمْ كَانُوا يَحْتَطِبُونَ بِالنَّهَارِ وَيُصَلُّونَ بِاللَّيْلِ حَتَّى كَانُوا بِبِئْرِ مَعُونَةَ قَتَلُوهُمْ وَغَدَرُوا بِهِمْ فَبَلَغَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَنَتَ شَهْرًا يَدْعُو فِي الصُّبْحِ عَلَى أَحْيَاءٍ مِنْ أَحْيَاءِ الْعَرَبِ عَلَى رِعْلٍ وَذَكْوَانَ وَعُصَيَّةَ وَبَنِي لَحْيَانَ

Mafhumnya: “Bahawa Bani Ri’lin, Zakwan, Usaiyah dan Bani Lahyan pernah meminta pertolongan dari Rasulullah SAW untuk menghadapi musuh mereka. Maka baginda menghantar bantuan seramai 70 orang sahabat dari golongan Ansar. Kami menamakan mereka sebagai al-Qurra, mereka dahulunya mengedarkan makanan untuk orang-orang yang memerlukan pada siang hari dan banyak menunaikan solat pada malam hari. Sehinggalah mereka sampai di Bi’ri Ma’unah, tiba-tiba mereka di bunuh dan dikhanati oleh kabilah-kabilah berkenaan. Apabila berita itu sampai kepada Nabi SAW, baginda membaca qunut (Nazilah) selama sebulan dan berdoa dalam solat Subuh untuk dikenakan balasan ke atas jenayah dan pengkhianatan Bani Ri’lin, Zakwan, ‘Usayyah dan Bani Lahyan.” (HR al-Bukhari)

2.CONTOH DOA QUNUT NAZILAH


اَللَّهُمَّ إنَّا نَسْتَعِيْنُكَ، وَنُؤْمِنُ بِكَ، وَنَتَوَكَّلُ عَلَيْكَ، وَنُثْنِيْ عَلَيْكَ الْخَيْرَ، وَلَا نَكْفُرُكَ، اللهُمَّ إيَّاكَ نَعْبُدُ، وَلَكَ نُصَلِّيْ وَنَسْجُدُ، وَإِلَيْكَ نَسْعَى وَنَحْفِدُ، نَرْجُوْ رَحْمَتَكَ، وَنَخْشَى عَذَابَكَ، إنَّ عَذَابَكَ الجِدَّ بِالْكُفَّارِ مُلْحَقٌ،
اَللَّهُمَّ عَذِّبِ الْكَفَرَةَ وَأَهْلَ الْكِتَابِ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ،اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلَامَ وَالْمُسلمين، وَأَذِلَّ الشِّرْكَ وَالْمُشْرِكِيْنَ، وَدَمِّرْ أَعْدَاءَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْن, اَللَّهُمَّ أَهْلِكِ الْكَفَرَةَ وَالطُّغَاةَ وَالظَّالِمِيْنَ يَا رَبَّ اْلعَالَمِيْن، اَللَّهُمَّ اِنَّنَا نَجْعَلُكَ فى نُحُورِ أَعْدَاءِنَا و نَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُورِهِمْ, اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَ فَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَشَتِّتْ كَلِمَتَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ يَا قَهَّار, يَا جَبَّار, يَا مُنْتَقِم, يَا الله, يَا الله, يَا الله.
اللهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الْأَحْزَابِ، اِهْزِمْهُمْ وَاْنصُرْنَا عَلَيْهِمْ.
اَللَّهُمَّ أَنْجِ الْمُسْلِمِيْنَ فِيْ فِلِسْطِيْن، اَللَّهُمَّ أَنْجِ الْمُسْلِمِيْن فِيْ كُلِّ مَكَان, اَللَّهُمَّ أَنْجِ الْمُسْتَضْعَفِينَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ, اَللَّهُمَّ اشْدُدْ وَطْأَتَكَ عَلَى اليَهُودَ الغَاصِبِيْنَ المُحْتَلِّيْنَ، اَللَّهُمَّ اجْعَلْهَا عَلَيْهِمْ سِنِينَ كَسِنِي يُوسُفَ، اَللَّهُمَّ أهْلِكْ الصِّهْيُوْنِيَّةَ وَمَنْ وَالَاهُمْ, اَللَّهُمَّ أهْلِكْ الصِّهْيُوْنِيَّةَ وَمَنْ وَالَاهُمْ، اَللَّهُمَّ أهْلِكْ الصِّهْيُوْنِيَّةَ وَمَنْ وَالَاهُمْ.
اَللَّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا الْمُجَاهِدِيْنَ فِيْ سَبِيْلِكْ، والْمُضْطَهَدِيْنَ فِيْ دِيْنِهِمْ فِيْ كُلِّ مَكَان، اَللَّهُمَّ انْصُرْ إخْوَانَنَا فِيْ فِلِسْطِيْن وفي رُوْهِيڠيَا، اَللَّهُمَّ انْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ، اَللَّهُمَّ اجْمَعْ كَلِمَتَهُمْ، وَوَحِّدْ صُفُوْفَهُمْ، يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ, رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنْ الْخَاسِرِينَ، وَصَلَّى اللهُ عَلَى نَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمْ.

“Ya Allah sesungguhnya kami memohon pertolongan dariMU dan kami beriman denganMu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja Mu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufuriMU, Ya Allah hanya engkau yang kami sembah dan kepada Mu kami menunaikan solat dan bersujud, kepadaMu kami menuju, dan kami menyegerakan langkah, kami mengharapkan rahmatMu dan kami takutkan azabMu, sesungguhnya azabMu sangat pedih akan dikenakan kepada orang-orang yang kafir, Ya Allah azablah orang-orag kafir dan Ahli kitab yang menghalangi jalanMU.

Ya Allah muliakanlah Islam dan kaum muslimin, dan hinakanlah kesyirikan dan kaum musyrik, Ya Allah hancurkan musuh-musuhMu yang merupakan musuh-musuh agamaMu (Islam), Ya Allah binasakanlah kekufuran, toghut dan orang-orang yang zalim, Wahai tuhan sekelian alam.

Ya Allah kami jadikan Engkau dihadapan musuh-musuh kami dan kami berlindung denganMu dari kejahatan-kejahatan mereka. Ya Allah cerai-beraikan kekuatan mereka, pecah-belahkan kesatuan mereka, selerakkanlah kalimah mereka, dan goncangkan kedudukan mereka, Wahai Tuhan Yang Maha Gagah, wahai Tuhan Yang Maha Keras, wahai Tuhan Yang Maha Membalas, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah.


Ya Allah, wahai Tuhan, yang menurunkan al-Kitab, wahai Tuhan yang menggerakkan awan, wahai Tuhan yang mengalahkan tentera al-Ahzab, kalahkanlah mereka (orang-orang kuffar) dan bantulah kami menghadapi mereka.

Ya Allah, selamatkanlah kaum muslimin di Palestin dan Rohingya, Ya Allah selamatkanlah kaum muslimin di semua tempat, Ya Allah selamatkanlah kaum-kaum yang lemah dari kalangan orang-orang yang beriman, Ya Allah keraskan balasanMu ke atas orang-orang Yahudi Perampas dan Penjajah, Ya Allah kenakan ke atas mereka tahun-tahun keperitan seperti tahun-tahun keperitan pada zaman Nabi Yusuf. Ya Allah hancurkan Yahudi Zionis dan penyokong-penyokongnya, Ya Allah hancurkan Yahudi Zionis dan penyokong-penyokongnya, Ya Allah hancurkan Yahudi Zionis dan penyokong-penyokongnya.

Ya Allah bantulah saudara-saudara kami para pejuang di jalanMu, yang ditindas kerana agama yang mereka anuti di semua tempat. Ya Allah bantulah saudara-saudara kami di Palestin dan di Rohingya, Ya Allah bantulah mereka, Ya Allah bantulah mereka berdepan dengan musuhMu dan musuh mereka, Ya Allah satukanlah kalimah mereka, dan saf-saf mereka, wahai Tuhan sekelian alam, Wahai Tuhan kami sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami sendiri, jika Engkau tidak mengampunkan kami dan mengasihani kami, sudah pasti kami akan tergolong dari kalangan orang-orang yang rugi. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad, ahli keluarga dan para sahabat baginda."

Semoga umat Islam Rohingya akan mendapat bantuan
3.PANDUAN QUNUT NAZILAH

1.Boleh melakukan Qunut Nazilah dalam semua solat Fardhu seperti yang telah thabit di dalam hadis Sahih al-Bukhari. Qunut Nazilah dalam solat ‘Asar pula thabit dari hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud dengan sanad yang Jayyid.

2.Kebanyakan Qunut Nazilah yang baginda lakukan adalah dalam solat Subuh, kemudian Maghrib, kemudian ‘Isyak, kemudian Zohor, kemudian ‘Asar. Kata Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah: “Disyariatkan Qunut ketika ditimpa bencana, mendoakan kebaikan untuk umat Islam dan balasan ke atas orang-orang kafir, dalam solat Subuh dan solat-solat Fardhu yang lain. Demikianlah seperti yang dilakukan oleh ‘Omar bin al-Khattab yang melakukan Qunut Nazilah ketika berlaku bencana iaitulah ketika memerangi Nasara dengan doanya: “Ya Allah kenakanlah laknatMu ke atas orang-orang kufur dari kalangan Ahli Kitab.” (Majmu’ al-Fatawa: 22/270)

3.Qunut Nazilah dilakukan dalam rakaat yang terakhir, selepas Ruku’.

4.Digalakkan supaya tidak memanjangkan Qunut Nazilah. Berdasarkan hadis Anas ketika beliau ditanya: “Apakah baginda SAW melakukan Qunut Nazilah dalam solat Subuh?” beliau menjawab: “Ya, selepas rukuk dengan ringkas.” (HR Muslim)

5.Qunut Nazilah dilakukan ketika berlaku bencana dan ditinggalkan setelah bencana hilang. Berdasarkan hadis dari Abu Hurairah RA di dalam Sahih Muslim. Al-Imam Ibn al-Qayyim berkata: “Hanyasanya baginda berqunut ketika berlaku musibah untuk berdoa meminta kebaikan kepada kaum muslimin yang ditimpa musibah, dan memohon dikenakan balasan ke atas kaum yang zalim. Kemudian baginda meninggalkannya apabila mereka yang baginda doakan telah pulang dan bebas dari tawanan, mereka yang baginda mohon dikenakan balasan pula memeluk Islam dan datang kepada Nabi SAW dalam keadaan bertaubat. Dan qunut yang baginda baca disebabkan ada perkara yang mendatang, apabila perkara itu tiada lagi baginda meninggalkan bacaan qunut.” (Ibn al-Qayyim dalam Zaad al-Ma’ad: 1/272)

6.Tidak terdapat sighah khusus untuk qunut nazilah. Sighah yang dilampirkan adalah sebagai cadangan dan panduan sahaja.

7.Sunat di”Jahar”kan bacaan qunut berdasarkan hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya. Sunat juga dijaharkan dalam semua solat, termasuk solat yang Sirr. (al-Nawawi di dalam al-Majmu’: 3/482)

8.Sunat makmum mengaminkan doa qunut nazilah oleh Imam berdasarkan hadis dari Ibn ‘Abbas RA yang berkata: “…baginda memohon dikenakan balasan ke atas beberapa perkampungan dari Bani Sulaim, ke atas Ri’lin, Zakwan dan ‘Usaiyah, dan doa baginda diaminkan oleh sahabat yang berada di belakang baginda.” (HR Ahmad dan Abu Daud dengan Sanad yang Jayyid)

9.Sunat mengangkat tangan ketika berqunut nazilah, berdasarkan hadis dari Anas RA yang berkata:


مَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَجَدَ عَلَى شَيْءٍ قَطُّ وَجْدَهُ عَلَيْهِمْ ـ يعني القرَّاء ـ فَلَقَدْ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي صَلَاةِ الْغَدَاةِ رَفَعَ يَدَيْهِ فَدَعَا عَلَيْهِمْ

 Mafhumnya: “Saya tidak pernah melihat Rasulullah sedih terhadap sesuatu berbanding kesedihan baginda ke atas al-Qurra. Sesungguhnya daku melihat Rasulullah SAW di dalam solat Subuh mengangkat dua tangan baginda meminta dikenakan balasan ke atas golongan yang kianat.” (HR Ahmad dengan Sanad yang Sahih)

Al-Nawawi berkata: “Diriwayatkan hadis ini oleh al-Baihaqi dengan sanad baginya Sahih atau Hasan” (al-Majmu’: 3/479)

Daripada Abi Rafi’ katanya: “Daku pernah solat bersama dengan ‘Omar bin al-Khattab RA, beliau pernah berqunut selepas dari rukuk, beliau mengangkat tangan dan menjaharkan doa.” (Dikeluarkan oleh al-Baihaqi dan katanya: Riwayat ini dari Omar adalah Sahih.” (Sunan al-Baihaqi: 2/212)

10.Tidak dianjurkan menyapu muka selepas qunut nazilah.

11.Makmum hendaklah mengikut imam. Jika imam berqunut nazilah maka mereka berqunut jika imam tidak berqunut, maka mereka tidak perlu membaca qunut nazilah.

Wallahu a’lam.

20 November 2012

Ustaz Dalil: Amalan Penolak Bala

SINAR: Raja Muda Perlis: Gerakan liberalisme perlu dibendung

 
KANGAR - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkata gerakan liberalisme di negara ini perlu dibendung agar tidak menular di kalangan generasi muda yang bakal mewarisi negara.

Baginda bertitah gerakan kebebasan tanpa batasan itu sama ada terancang atau tidak amat berbahaya dan boleh mengubah sifat dan asas negara yang terbina sejak merdeka.

Bertitah pada majlis pelancaran buku 'Ucapan Dasar Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kebangsaan Sepanjang Zaman' dan pelancaran program 'satu pelajar satu lesen' di sini malam tadi, baginda berharap GPMS yang mempunyai lebih 400,000 anggota di seluruh negara dapat memainkan peranan dalam mengawal gerakan itu.

"GPMS perlu mencari idea dan inisiatif baru bagi memastikan agenda pendidikan kekal releven dan generasi muda dapat menjana kekuatan jati diri sebagai tunjang kecemerlangan menghadapi situasi itu," titah baginda.

Sementara itu, Presiden GPMS Jais Abdul Karim ketika ditemui berkata pelancaran buku ucapan dasar setebal 225 muka surat itu mengandungi ucapan dasar presiden GPMS sejak gabungan itu diwujudkan pada 1948. 
Buku berkenaan akan diedar mulai 1 Dis dengan cetakan awal sebanyak 500 naskah.

Mengenai program satu pelajar satu lesen, beliau berkata ia bertujuan membolehkan pelajar memiliki lesen menunggang motosikal dengan kos yang rendah melalui subsidi yang ditaja oleh pelbagai pihak.

"Kami tidak ingin melihat pelajar menunggang motosikal tanpa lesen kerana perbuatan itu menyalahi undang-undang," katanya.

Jais menjangkakan 10,000 pelajar akan menyertai program yang dijalankan dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya itu di seluruh negara dalam tempoh setahun.- Bernama

UTUSAN: Beri tumpuan terhadap CSR - Raja Muda Perlis

ARAU 18 Nov. - Syarikat-syarikat korporat diminta supaya memberi komitmen terhadap masyarakat dengan memberi penumpuan terhadap program berkaitan tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi meningkatkan ekonomi dan kualiti hidup semua pihak iaitu pekerja, ahli keluarga mereka dan komuniti setempat.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, bagi tujuan tersebut, syarikat-syarikat korporat mesti sentiasa bersikap kreatif dalam melaksanakan aktiviti CSR masing-masing agar berkesan dan menepati sasaran.

"Antaranya menyumbang ke arah kestabilan syarikat dan keuntungan korporat jangka panjang, menjalin hubungan erat antara organisasi dengan masyarakat tanpa mengira status dan mencipta sesuatu di luar kebiasaan yang dapat memberi gambaran jelas tentang perkhidmatan ditawarkan," titah baginda sempena Jualan Amal CSR-Malaysian Industrial Finance Berhad (MIDF) 2012 di pekarangan Kompleks C-Mart di sini hari ini. - UTUSAN

Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121118/dn_17/Beri-tumpuan-terhadap-CSR---Raja-Muda-Perlis#.UKot8oO6UZM.facebook#ixzz2CpyaE0k4 © Utusan Melayu (M) Bhd

18 November 2012

KEMPEN PRIHATIN ANCAMAN SYIAH 9.9.9

SOAL JAWAB UTUSAN: Cara menunaikan solat orang sakit

ASSALAMMUALAIKUM,

Saya Emran, 33 tahun, ingin bertanya tentang solat orang sakit (solat duduk). Saya mengalami sakit sendi lutut (knee o.a).

Soalan saya. Selama ini saya biasa solat di rumah menggunakan kerusi. Bolehkah saya solat cara duduk bersila? Jika tiada kerusi terutama ketika berada di luar. bukan seperti duduk antara dua sujud yang biasa saya lihat?

Emran Md Said, Melaka

Waalaikumsalam,
Alhamdulillah, kita yang merupakan umat Islam, harus banyak bersyukur kepada Allah Taala yang telah memberikan kepada kita agama yang mudah. Mengapakah Allah Taala berbuat demikian? Pastinya kerana Allah Taala mengetahui kelemahan dan kekurangan manusia.

Dalil-dalil al-Quran menunjukkan bahawa ajaran agama Islam sesuai dengan kemampuan manusia. Allah Taala telah berfirman (Surah al-Taghabun ayat 16) "Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya upaya kamu." Allah Taala juga berfirman (Surah al-Baqarah ayat 286) "Allah tidak mempertanggungjawabkan seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." Ayat-ayat seperti ini jelas menunjukkan bahawa manusia dipertanggungjawabkan dengan amalan yang sesuai dengan kemampuan manusia.

Seterusnya, berkenaan dengan solat secara duduk, dapatlah dibahagikan perbincangan kepada dua. Pertama, solat secara duduk untuk solat fardu dan kedua, solat secara duduk untuk solat sunat.

Bagi solat fardu, berdiri adalah wajib. Akan tetapi bagi yang tidak mampu, boleh sahaja duduk atau baring. Perkara ini dijelaskan oleh Rasulullah SAW, "Solatlah dengan berdiri. Jika tidak mampu maka dengan duduk. Jika tidak mampu maka dengan baring mengiring" (Hadis riwayat al-Imam al-Bukhari, no. 1057). Di dalam hadis ini Rasulullah SAW telah menjelaskan bahawa jika kita mampu, cara solat adalah dengan berdiri. Jika tidak mampu berdiri, lakukanlah solat dengan cara duduk. Dan jika duduk juga tidak mampu, maka lakukanlah solat dengan cara baring mengiring.

Hadis ini menunjukkan solat fardu itu tidak boleh sekali-kali diabaikan. Walau bagaimanapun keadaan kesihatan kita ataupun keadaan graviti kita, kita tetap kena solat. Maksud graviti di sini ialah jika kita naik kapal atau sebagainya, di mana kita tidak dapat seimbangkan badan kita untuk berdiri.

Bagi solat sunat pula, berdiri tidaklah wajib walaupun mampu. Namun ia tetap afdal dan terbaik. Rasulullah SAW telah bersabda, "Solat seseorang lelaki itu secara duduk adalah pahala setengah solat" (Hadis riwayat al-Imam Muslim, no. 1220). Al-Imam al-Nawawi rahimahullah dalam kitab Syarah Sahih Muslim telah menjelaskan bahawa maksud hadis ini ialah orang yang solat sunat secara duduk sedangkan dia mampu berdiri, dia akan mendapat setengah pahala berbanding orang yang solat secara berdiri. Namun jika dia solat secara duduk kerana tidak mampu berdiri, maka pahalanya tidak dikurangi.

Berkenaan dengan cara duduk yang menggantikan berdiri dalam solat pula, terdapat hadis bahawa Aisyah r.a. berkata, "Saya telah melihat Rasulullah SAW. solat secara duduk bersila" (Hadis riwayat al-Imam al-Nasai, no. 1651 dan dinilah sahih oleh al-Albani). Ini adalah bentuk duduk yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. Ia lebih kepada keselesaan individu. Al-Shaikh Ibn al-Uthaimin telah menjelaskan bahawa duduk bersila adalah lebih utama kerana Rasulullah SAW solat begitu. Namun solat dengan cara bersila tidaklah merupakan suatu yang wajib. Boleh sahaja solat duduk dengan bentuk-bentuk yang lain, kerana Nabi SAW mengatakan dalam hadis di atas bahawa orang yang tidak mampu berdiri dibenarkan duduk secara umum.

- DR. FADLAN MOHD. OTHMAN merupakan Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia selain Pengerusi Sekretariat Ilmuwan Malaysia.

Sebarang persoalan bolehlah di e-melkan di alamat berikut, mingguanmail@gmail.com Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Rencana/20121118/re_16/Cara-menunaikan-solat-orang-sakit#ixzz2CbFm0EOK © Utusan Melayu (M) Bhd

NST: Perlis Raja Muda cycles 24km in Maal Hijrah programme

KANGAR: The Raja Muda of Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, today cycled 24km in the 'Jaulah Hijrah 1434' programme, in conjunction with Maal Hijrah celebrations held at Tasek Melati.

The programme, organised by the Perlis Islamic Religious Affairs and Malay Customs Council (MAIPs) saw the participation of the Raja Muda's daughter, Sharifah Farah Adriana, and 40 other riders.

Among the cyclists were MAIPs chief executive officer Abdul Malik Hussin and Malaysian Industrial Development Finance Berhad staff.

The cyclists led by Tuanku Syed Faizuddin also stopped at Maahad Tahfiz Al Quran Ia An-Nawawi, Bintong and Maahad At-Tarbiyah Al-Islamiyah in Tunjong.

At the two stop-overs, the Raja Muda, as MAIPs president, presented washing machines and welfare contributions to students of both private religious schools. Bernama

15 November 2012

SINAR: Raja Perlis mahu orang Melayu elak sengketa

Dipetik dari akhbar Sinar Harian keluaran 16 November 2012, boleh juga dirujuk terus di pautan http://www.sinarharian.com.my/nasional/raja-perlis-mahu-orang-melayu-elak-sengketa-1.104116

PADANG BESAR - Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail mahu orang Melayu mengelak sengketa dan syak wasangka sesama sendiri bagi membolehkan mereka menjadi bangsa yang kukuh.

Baginda bertitah bangsa Melayu perlu mempunyai masa depan yang baik dan setiasa berfikiran jauh ke hadapan dengan mengutamakan semangat perpaduan.

Bangsa Melayu perlu kukuh bukan sahaja pada masa ini tetapi pada sepanjang masa demi masa depan generasi akan datang, titah baginda ketika melancarkan sambutan Maal Hijrah 1434 peringkat negeri Perlis serentak dengan perasmian Masjid Nurul Naim di Felcra Lubok Sireh di sini malam tadi.

Tuanku Syed Sirajuddin bertitah selain itu pendekatan Wasatiyyah atau kesederhanaan dalam kehidupan juga penting dalam membentuk kesatuan umat secara harmoni.

Pendekatan itu adalah sejajar dengan tema sambutan Maal Hijrah 1434 'Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah' dan ia perlu dihayati oleh seluruh umat Islam, titah baginda.

Sempena sambutan itu, Imam Masjid Alwi, Kangar, Ku Abdullah Ku Jusoh, 77, diumum sebagai tokoh Maal Hijrah Perlis 1434. Beliau menerima hadiah wang tunai RM10,000, sijil serta hadiah iringan.

Pada majlis itu juga, seorang pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Derma, Amirul Asraf Abdullah, 16, yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum menerima anugerah khas saudara baru.

Amirul Asraf menerima hadiah wang tunai RM1,000, sijil penghargaan dan hadiah iringan.

Masjid Nurul Naim Felcra Lubok Sireh yang dibina pada 1988 dan dirasmikan selepas 24 tahun pembinaannya, muncul sebagai masjid terbaik dengan menerima hadiah wang tunai RM3,000 manakala Masjid Nurul Iman, Nesan menerima hadiah wang tunai RM1,000 bagi kategori keindahan dan keceriaan.

Turut berangkat pada majlis itu ialah Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Abdul Rashid, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Hadir sama Menteri Besar Datuk Seri Dr Md Isa Sabu. - Bernama

Dewan Ulama: Pertahan PAS dari 'fikrah al-Haddamah' (MALAYSIAKINI)

Dipetik dari laporan Abdul Rahim Sabri di portal Malaysiakini keluaran 16 November 2012 seperti di pautan http://www.malaysiakini.com/news/214288.
 
Dewan Ulama PAS berikrar untuk mempertahankan parti Islam itu daripada diresapi pemikiran yang dibimbangi akan merosakkan hala tujunya. Perkara itu ditegaskan dalam satu usul yang dikemukakan wakil Dewan Ulama PAS kawasan Kemaman, dan yang diluluskan tanpa bahas dalam muktamar hari ini.

"Menyedari bahawa PAS merupakan satu gerakan untuk mendaulatkan kalimah Allah berdasarkan kepada tuntutan Al-Quran, Al-Sunnah, Ijma' dan Qias, maka sudah tentu dasar dan prinsip ini tidak akan berubah sama sekali dan PAS akan terus mempertahankannya.

"Dewan Ulama PAS hendaklah menjadikan benteng Islam untuk memelihara dasar dan kesucian parti daripada diresapi oleh mana-mana 'fikrah al-Haddamah' yang boleh merosakkan fikrah dan hala tuju parti," usul itu dipetik.

Bimbang ajaran Syiah

Kira-kira 500 perwakilan Dewan Ulama PAS kawasan dan negeri hadir di sebuah dewan di Perdana Resort, sewaktu usul itu dibacakan.

Usul berkenaan tidak menyatakan dengan jelas "pemikiran yang merosakkan" tersebut, namun dapat diperhatikan bahawa para perwakilan dalam muktamar Dewan Ulama hari ini banyak menimbulkan kebimbangan mengenai fahaman Syiah.

Perwakilan berkenaan antara lainnya menyatakan bahawa fahaman tersebut tidak seharusnya dianggap sebagai bahan mainan kerana ajaran tersebut melibatkan akidah dan bukannya "masalah cabang agama" semata-mata.

Malah, ada juga perwakilan yang menyatakan kekecewaan kerana sesetengah pemimpin berkenaan didakwa menganggap Syiah sebagai perkara remeh.

Sedangkan, golongan akar umbi terpaksa menahan kritikan apabila terpaksa menjelaskan mengenai isu berkenaan, menurut perwakilan tersebut.

Kebimbangan itu juga dapat diperhatikan melalui kisah yang dikongsi para perwakilan berkenaan – termasuk mengenai tindakan Jabatan Agama Islam Melaka yang merampas sejumlah 12,000 buku, VCD dan risalah yang didakwa mengandungi unsur Syiah.

Wakil Dewan Ulama PAS Melaka, yang membangkitkan mengenai tindakan penguatkuasaan itu bimbang bahan berkenaan akan tersebar ke negeri lain.

Audit syariah

Selain usul tersebut, Dewan Ulama hari ini turut meluluskan satu usul supaya PAS menubuhkan satu unit audit syariah bagi mengaudit perjalanan badan eksekutifnya.

Usul yang dikemukakan wakil Dewan Ulama Wilayah Persekutuan itu mencadangkan supaya PAS mengaudit ahli jawatankuasa parti, badan perhubungan negeri dan kerajaan negeri yang ditadbir PAS.

Dua usul lagi yang diterima majoriti perwakilan antara lain meminta ulama diberi peranan supaya menasihati pemimpin dalam pentadbiran kerajaan negeri yang dipimpin PAS agar "pentadbiran kerajaan negeri tidak tergelincir daripada matlamat perjuangan parti".

Usul tersebut dicadangkan oleh Dewan Ulama Pulau Pinang dan dibahaskan oleh tiga perwakilan antaranya Urusan Ulama kawasan Pokok Sena dan perwakilan Perak dan diterima sebulat suara kira-kira 500 perwakilan yang hadir.

"Saya mahu PAS Pusat menasihatkan Umara' (pemimpin) supaya mendengar nasihat daripada ulama. Kalau mereka tidak mendengar, sudah tentu apa yang hendak dilaksanakan tidak dapat dilakukan," kata wakil daripada Pokok Sena kita membahas menyokong usul tersebut.

YB Haji Mohamad Sabu jawab...

11 November 2012

Kuliah subuh “AMALAN PENOLAK BALA”

Kuliah subuh dan sarapan pagi ‘besar’ datang lagi!..

Ikuti kupasan “AMALAN PENOLAK BALA” oleh Ustaz Muhammad Daliluddin bin Burhanuddin pada Khamis, 15 November 2012 (cuti Maal Hijrah) di Islah Mata Ayer.

Tuan-puan dijemput hadir seisi keluarga. Sumbangan kewangan & makanan untuk sarapan pagi amat dialu-alukan.


10 November 2012

RAJA DAN RAKYAT ANTARA AGAMA BERTEMU DALAM GEMA 2012

MATA AYER, PERLIS; 3 NOVEMBER 2012: DYTM Raja Muda Perlis bertitah bahawa Perlis wajar menjadi negeri contoh dalam mempromosikan keharmonian antara agama. Baginda bertitah sedemikian dalam program Gerbang Muhibah Antara Agama atau GEMA 2012 yang dianjurkan oleh Persatuan Al-Islah Perlis dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs). Program yang diadakan buat pertama kalinya dalam sejarah Negeri Perlis ini telah dihadiri seramai 200 orang para pemimpin komuniti pelbagai agama seluruh Perlis iaitu mewakili Islam, Kristian, Buddhis Siam, Buddhis Cina, Hindu dan Sikh.


 

Yang Dipertua Persatuan Al-Islah Perlis, Haji Othman Husin, ketika menyampaikan ucapan aluannya menghimbau tercetusnya GEMA 2012 sebagai susulan majlis berbuka puasa dan makan malam muhibah yang diadakan pada bulan ramadhan yang lepas. Menyeru para hadirin merenung masa hadapan yang cerah dengan penganut pelbagai agama hidup rukun damai sebagai jiran dan bukannya musuh di Negeri Perlis, beliau berkata lagi:

“Memelihara keharmonian dan meningkatkan kerjasama antara pelbagai agama menjadi lebih penting khasnya apabila meningkatnya insiden Islamophobia pasca-911”.

Justeru sebagai penghargaan kepada komuniti-komuniti agama yang berjiran dengannya, Persatuan Al-Islah Perlis terpanggil menganjurkan program seumpama ini.
Yang Dipertua Persatuan Al-Islah Perlis, Cikgu Haji Othman bin Haji Husin

Dalam ucapan balasnya, wakil komuniti Kristian Perlis, Pastor Lee Wai Ming menarik perhatian para hadirin bahawa pertemuan antara agama mestilah diadakan lebih kerap untuk menzahirkan kemesraan dan muhibah. Katanya lagi:

“Kita berbeza tapi biarlah perbezaan itu menyatukan kita untuk berkawan dan duduk semeja”

Pastor Lee Wai Ming


Pandangan ini disambut baik oleh wakil komuniti Buddhis Siam. Encik Alon a/k Endin Keliang menegaskan:

“Kemesraan ini haruslah dikekalkan sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan terkandung dalam Rukun Negara” 

Wakil komuniti Buddhis Siam. Encik Alon a/k Endin Keliang

  Selanjutnya wakil komuniti Buddhis Cina turut memberikan sokongan ke arah mengeratkan kerjasama antara penganut pelbagai agama. Encik Leong Weng Kong berucap:

“Persatuan Buddhis Perlis berasa gembira kerana ada Organisasi Islam yang mengambil inisiatif untuk saling mengenali masyarakat dan segenap lapisan melalui platform keagamaan. Sesungguhnya usaha ini serasi dengan ajaran agama Buddha yang menyeru pengikutnya agar sentiasa berbuat baik tanpa batasan agama dan jernihkan minda supaya hidup lebih bermakna”  


Encik Leong Weng Kong, wakil komuniti Buddhis Cina 


Wakil komuniti Hindu, Dr. Hariram a/l Ramayah pula menekankan persaudaraan sesama manusia yang sama merah darahnya meskipun berbeza warna kulit dan agama. Lebih menarik lagi, ucapan beliau disertakan pantun empat kerat yang berbunyi:

“Islam, Hindu, Kristian, Sikh, Buddha Berdiri kukuh bersama-sama Hidup ini pendek sahaja Tali persaudaraan dikukuh bersama”  

Wakil komuniti Hindu, Dr. Hariram a/l Ramayah


GEMA 2012 diserikan lagi dengan keberangkatan DYTM Tuanku Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail; dan DYTM Tuanku Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Dalam titah perasmiannya, baginda menegaskan bahawa kepelbagaian agama di Perlis adalah suatu aset, bukannya liabiliti.

DYTM Tuanku Raja Muda Perlis turut mengingatkan para pemimpin komuniti pelbagai agama yang hadir:

“Semua pihak juga perlu bersama-sama mengelak gejala buruk yang ditegah oleh semua agama dan etika kemanusiaan sejagat yang diwujudkan oleh segelintir kecil dari kalangan teroris yang selalunya lantang melalui agenda ekstrimisme, cauvinisme dan fanatisme. Mereka yang mesti tidak disokong oleh semua. Ia perlu ditangani oleh golongan majoriti seperti mana yang ada di hadapan saya ini, adalah majoriti senyap atau silent majority dari segenap agama yang terus-menerus mengamalkan toleransi dan bersederhana dalam pelbagai aspek kehidupan, dan mengambil sikap bersatu padu menentang sebarang jenis keganasan yang dipelopori puak-puak yang sedemikian”.  


DYTM Tuanku Raja Muda Perlis


Serentak dengan itu DYTM Raja Muda Perlis menitah cadangkan untuk Negeri Perlis menganjurkan sambutan Minggu Keharmonian Antara Agama Antarabangsa pada minggu pertama bulan Februari yang akan datang. Penganjuran minggu ini adalah hasil resolusi yang dipersetujui secara sebulat suara oleh pelbagai negara di dunia, dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) tahun 2010.

Sempena GEMA 2012, DYTM Raja Muda Perlis turut berkenan melancarkan Inisiatif FAIZ sebagai garis panduan sukarela dalam berinteraksi antara agama. Bukan suatu perundangan atau paksaan, Inisiatif FAIZ adalah gagasan yang didedikasikan untuk keharmonian komuniti pelbagai agama di Perlis. Inisiatif ini terdiri daripada 4 komponen utama yang terdiri daripada F (Faham), A (Amal), I (Ikhlas) dan Z (Zuriat iaitu libatkan generasi muda). Persatuan Al-Islah Perlis bercadang menganjurkan persidangan meja bulat untuk pelbagai komuniti agama di Perlis merenung, menilai dan menambah baik prakarsa ini sebelum dilaksanakan.  

 

GEMA 2012 turut menjadi platform berinteraksi secara santai bagi membina rasa saling percaya dan mendekatkan jurang prasangka antara 200 orang pemimpin komuniti pelbagai agama di Negeri Perlis yang hadir. Dihidangkan makanan berdaging dan vegetarian, sajian halal disediakan dengan selera ala 4 etnik utama Negeri Perlis yakni Melayu, Siam, Cina dan India.

GEMA 2012: INISIATIF FAIZ


Ketika Perlis berjuang mengukir masa kini dan melakar masa hadapan yang lebih gemilang, kewujudan berbilang agama di buminya wajar dilihat sebagai satu sumber kekuatan. Perlis amat bertuah apabila ia menjadi lokasi pertemuan pelbagai agama dan kepercayaan terbesar dunia. Oleh sebab keharmonian antara penganut pelbagai agama bukanlah suatu keistimewaan yang boleh ditawar menawar lagi, amatlah kena pada masanya untuk Inisiatif FAIZ dicadangkan kepada semua komuniti agama di negeri ini.

Menggariskan 4 komponen utama yang diaplikasikan secara bersepadu, Inisiatif FAIZ terdiri daripada:

F – FAHAM. Iaitu memahami agama sendiri, dan agama-agama yang lain khasnya agama yang penganutnya tinggal berjiran. Pelbagai agama hendaklah difahami daripada sumber-sumber berautoriti agama itu sendiri.
A – AMAL. Pemahaman ini hendaklah diterjemahkan menjadi amalan dalam kehidupan sehari-hari. Daripada amalan yang dizahir dan seterusnya dibudayakan, lahirlah penghormatan dan toleransi sesama insan.
I – IKHLAS. Untuk berinteraksi dengan penganut pelbagai agama, ketulusan yang lahir daripada hati yang suci adalah ramuan penting.
Z - ZURIAT. Dalam perjalanan panjang lagi berliku membina ‘jambatan’ keharmonian antara penganut pelbagai agama, zuriat iaitu generasi muda hendaklah sentiasa dididik dan dilibatkan bersama-sama.

Inisiatif FAIZ bukanlah suatu perundangan atau peraturan, jauh sekali paksaan atau tekanan. Ia adalah sebuah gagasan yang didedikasikan untuk keharmonian komuniti pelbagai agama di Perlis. Justeru prakarsa ini wajar direnung dan dinilai, dibahas dan ditambah baik, sebelum dilaksanakan secara sukarela tetapi bersungguh-sungguh. Dalam bahasa Arab, faiz bererti “yang berjaya”. Maka diharapkan Inisiatif FAIZ akan berupaya memacu Perlis ke era kejayaan, khususnya dalam dimensi perhubungan dan keharmonian antara pelbagai agama.

Rasional Logo Inisiatif FAIZ


•   Jata Kerajaan Perlis melambangkan naungan Raja-raja Jamalullail yang berdaulat kepada semua komuniti agama yang menjadi rakyat Negeri Perlis
•   Warna biru dan kuning melambangkan warna bendera Negeri Perlis serta perpaduan antara raja dan rakyat
•   Warna hitam dan putih melambangkan fungsi agama yang membimbing penganutnya untuk membezakan antara kebaikan dan kejahatan, antara kebenaran dan kepalsuan
•   Corak kelarai sebagai latar belakang logo melambangkan identiti tempatan Perlis. Seperti kelarai yang sebidang dianyam daripada bilah-bilah buluh yang berbeza, penganut pelbagai agama berkerjasama membentuk kekuatan Negeri Perlis
•   Bentuk separuh bulatan yang bercantum dengan bentuk segi empat melambangkan aspek kebebasan dan keistimewaan bergabung dengan aspek perundangan dan tanggungjawab, sehingga wujudlah keharmonian antara penganut pelbagai agama di Negeri Perlis
•   Huruf-huruf melambangkan 4 komponen utama Inisiatif FAIZ iaitu F (Faham), A (Amal), I (Ikhlas) dan Z (Zuriat)

09 November 2012

Koleksi Gambar Gerbang Muhibbah Antara Agama (GEMA) 2012






Sila klik gambar untuk melihat koleksi gambar yang disediakan.

BERNAMA: Remaja Perlu Bentuk Diri Jadi Generasi Malaysia Hebat

Berita ini dipetik dari Bernama seperti di pautan http://www.bernama.com.my/bernama/v6/bm/newsgeneral.php?id=707928

KANGAR, 8 Nov — Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu golongan remaja membentuk diri menjadi generasi Malaysia yang hebat dan maju.

Baginda bertitah sebagai pewaris negara, mereka perlu berusaha gigih memburu kejayaan dan kecemerlangan dalam pelbagai bidang yang tersedia sejajar dengan kehendak sistem pembelajaran yang komprehensif.

Bertitah pada istiadat konvokesyen ke-12 Kolej Antarabangsa Teknologi Profesional Perlis, Malaysia (KATPM) di sini hari ini, baginda berharap para graduan turut menyemai semangat kesukarelaan dengan menyumbang khidmat bakti kepada segenap lapisan masyarakat.

Sebagai golongan terpelajar, mereka perlu sentiasa menjaga imej diri, keluarga, masyarat dan agama supaya terus dihargai sepanjang masa.

Pada konvokesyen itu, 157 graduan dalam bidang teknologi mekanikal gas, farmasi, kejururawatan serta pengurusan hotel dan pelancongan menerima diploma yang disampaikan Tuanku Syed Faizuddin.

Turut berangkat Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil. — Bernama

03 November 2012

GEMA 2012: Jangan campuri hal dalaman agama lain (mynewshub.my)


Laporan ini dipetik dari mynewshub.my seperti di laman http://mynewshub.my/2012/11/03/jangan-campuri-hal-dalaman-agama-lain/

KANGAR - Keharmonian akan terus wujud di negara ini jika tiada pihak mengganggu atau mencampuri hal dalaman agama lain serta menghormati sensitiviti semasa masyarakat berbilang kaum.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizzudin Putra Jamalullail bertitah, keharmonian juga wujud apabila rakyat negara ini dapat mencintai negara sepenuh hati melalui semangat taat setia dan patriotik yang tinggi walau mereka berbeza agama dan kaum.

Sehubungan itu, baginda mahu para pemimpin agama di negara ini berusaha melenyapkan prasangka kaum dan agama demi perpaduan dan keharmonian yang berterusan.

"Mereka juga perlu menyuburkan persefahaman serta menghindari perkara yang boleh membangkitkan ketegangan, prasangka dan permusuhan antara agama dan kaum," titah baginda pada majlis Perasmian Program Gerbang Muhibah Antara Agama (Gema) 2012 di sini hari ini.

Program anjuran Persatuan Al-Islah Perlis itu mempertemukan para pemimpin pelbagai agama di negara ini. Turut berlangsung pelancaran 'Inisiatif FAIZ' yang bertujuan menyatukan masyarakat negara ini.

Baginda seterusnya bertitah supaya rakyat Malaysia menghayati semangat muhibbah tanpa menggadaikan kepercayaan dan agama masing-masing. -mynewshub.my

GEMA 2012: Raja Muda mahu pemimpin agama lenyapkan prasangka (BERNAMA)

Berita ini dipetik dari akhbar Bernama seperti di laman http://www.bernama.com.my/bernama/v6/bm/newsgeneral.php?id=706743


KANGAR: Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu para pemimpin agama di negara ini berusaha melenyapkan prasangka kaum dan agama demi perpaduan dan keharmonian.

Baginda bertitah mereka juga perlu menyuburkan persefahaman serta menghindari apa jua perkara yang boleh membangkitkan ketegangan, prasangka dan permusuhan antara agama dan kaum.

Bertitah merasmikan program Gerbang Muhibah Antara Agama (Gema) 2012 di Mata Ayer dekat sini hari ini, baginda turut berharap selain pemimpin, semua rakyat menghayati semangat muhibbah tanpa menggadaikan kepercayaan dan agama masing-masing.

Program yang mempertemukan para pemimpin pelbagai agama itu dianjurkan oleh Persatuan Al Islah Perlis dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Tuanku Syed Faizuddin, yang juga Yang Dipertua MAIPs, bertitah keharmonian akan terus wujud jika semua rakyat tidak mengganggu dan mencampuri hal dalaman agama lain selain menghormati sensitiviti agama dan kaum lain.

Taat setia


Titah baginda rakyat perlu bersatu mencintai negara dan negeri melalui pemupukan semangat taat setia dan rasa patriotik yang tinggi walaupun berbeza agama dan kaum.

Pada majlis itu, baginda turut melancarkan ‘Inisiatif FAIZ’ anjuran Persatuan Al Islah Perlis yang antara lain bertujuan menyatukan masyarakat berbilang agama dan kaum.

Empat komponen utama dalam inisiatif itu ialah faham, amal ikhlas dan zuriat yang membentuk singkatan nama ‘FAIZ’.

Pengarah program Gema 2012, Dr Hazman Hassan berkata pihaknya berhasrat menjadikan Persatuan Al Islah Perlis sebagai sekretariat tetap program itu bagi membolehkan lebih banyak kegiatan diadakan.

Berangkat sama ke majlis itu ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

-Bernama
Baginda bertitah mereka juga perlu menyuburkan persefahaman serta menghindari apa jua perkara yang boleh membangkitkan ketegangan, prasangka dan permusuhan antara agama dan kaum.

01 November 2012

GEMA 2012: MENJUNJUNG KASIH


GEMA 2012: SELAMAT DATANG


THE SUN DAILY: Perlis forum to promote interfaith understanding

Michelle Chun
newsdesk@thesundaily.com


PETALING JAYA (Oct 30, 2012): The Perlis Al Islah Association is organising an interfaith forum on Saturday to create a platform for various religious organisations to discuss interaction among different religions with the hope of creating a better understanding amomg them.

The Gateway to Interfaith Goodwill (Gema) 2012, organised in collaboration with the Islamic Council of Perlis and Perlis Malay Customs Council, will see representatives from Islam, Christianity, Buddhism, Hinduism, Sikhism and Taosim gathered in Mata Ayer for the discussion.

A total of 17 religious organisations and houses of worship will be represented at the half-day forum, which will be graced by the Raja Muda of Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.


Gema 2012 organising chairman Dr Hazman Hassan said it is hoped that through the forum, a platform can be created for the discussion of interfaith issues.

"The forum is a primary step as it is something new in largely conservative Perlis, hence the name 'gateway' or 'portal'.

"Let's be positive about it and with the support of the palace we hope we can allow room for discussion on issues, especially in Perlis," he said.

Hazman said the forum aimed to help people differentiate local issues from national and even international ones.

"We want locals to know that even though many people may be hurting one another or engaging in violence due to religious conflict, it is not happening in Perlis.

"We want people to address their neighbours as people, and not relate them to events that may be happening thousands of miles away," he said, adding that a general guide on interaction among faiths known as the FAIZ Initiative will also be launched by the Raja Muda at the forum.

HARAKAH: Pemimpin pelbagai agama bakal bertemu dalam GEMA 2012

GEMA 2012 adalah program susulan, selepas suksesnya majlis berbuka puasa dan makan malam muhibah yang dijalankan pada 25 Ogos 2011 lalu oleh persatuan ini.

Program ini adalah anjuran Persatuan Al-Islah Perlis dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) akan diserikan lagi dengan keberangkatan Raja Muda Perlis dan Raja Puan Muda Perlis.

GEMA 2012 akan diadakan pada hari Sabtu, 3 November 2012 mulai 8.30 pagi – 11.30 pagi di Pusat Pengajian Persatuan Al-Islah Perlis, Jalan Mata Ayer, Perlis.

Menurut pengarah program ini, Dr. Hazman Hassan, program ini akan disertai oleh pemimpin dari gereja Kristian, wat Budha, kuil Hindu, Gurdwara Sikh dan persatuan-persatuan Islam.

Mereka mensasarkan, melalui GEMA 2012, suatu panduan am dalam berinteraksi antara penganut pelbagai agama dinamakan Inisiatif FAIZ bakal dilancarkan oleh DYTM Raja Muda Perlis.

Dalam majlis berbuka puasa dan makan malam muhibbah yang mereka anjurkan 25 Ogos lalu, wakil semua agama menyertainya.

Dalam majlis itu, Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya menyifatkan kejayaan mengumpulkan pelbagai agama dalam satu majlis amat mengembirakan beliau.

"Tujuannya tidak ada lain melainkan untuk mengujudkan semangat muhibbah dan kerjasama antara satu sama lain.

"Ini adalah tuntutan semua agama dan juga bagi memenuhi tuntutan negara kita," kata Juanda.

Dipetik dari http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/14170--pemimpin-pelbagai-agama-bakal-bertemu-dalam-gema-2012