29 July 2011

Puasa : Hebatnya Jiwa Yg Bersyukur & Persediaan Fizikal Utk Berpuasa




Kehebatan Jiwa Yang Bersyukur
1. Tidak Gelisah, putus asa jauh dari penyakit mental.

2. Ditakuti syaitan, dalam surah Al-Araf : Ayat 17

"Kemudian aku akan mendatangi mereka dari hadapan dan belakang mereka, dari kanan dan kiri dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan dari mereka yang bersyukur"


Persediaan-persediaan Berpuasa Mengikut Sunnah
1. Makan, minum jangan berlebihan (Surah Al-Araf : 31)

2. Makan mengikut sunnah

“ Anak Adam itu tidak memenuhi suatu bekas yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak Adam itu beberapa suap yang dapat meluruskan tulang belakangnya (memberikan kekuatan kepadanya). Sekiranya tidak dapat, satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan.”

Hadis riwayat Tirmizi, katanya: hadis ini hasan sahih.
Al-Hafiz Ibn Hajar Al-‘Asqalani dalam Fath Al-Bari menyatakan hadis ini hasan.


3. Berbuka mengikut sunnah: Menyegerakan berbuka apabila masuk waktu atau disebut ta’jil al-Iftar. Ini berdasarkan hadis-hadis yang menyebut perkara ini, antaranya: Daripada Sahl bin Sa’ad bahawa Rasulullah saw bersabda :
“Manusia sentiasa dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puasa”

Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim.


4. Berbuka puasa dengan rutab atau tamar atau air. Rutab ialah buah kurma yang telah masak sebelum menjadi tamar kering. Di dalam hadis daripada Anas katanya :
“ Bahawa Rasulullah saw berbuka puasa dengan beberapa biji rutab sebelum bersolat. Sekiranya tiada rutab maka dengan beberapa biji tamar dan sekiranya tiada tamar, maka Baginda minum beberapa teguk air.

Riwayat Imam Ahmad dan Tirmizi, katanya hadis ini hasan.



27 July 2011

Menyambut Ramadhan : Wasiat Rasulullah Kepada Wanita Siri 1 & 2






Surah al-Anfal : ayat 29
Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Ia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar.
Surah al-Thalaq : ayat 2 dan 3
Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.

Surah al-Baqarah : ayat 185
Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.

18 July 2011

WASIAT RASULULLAH KEPADA WANITA (Menyambut Ramadan & Syawal)


WASIAT RASULULLAH
KEPADA WANITA (Menyambut Ramadan & Syawal)

Oleh Ustazah Ahshanti Ahmad, berkelulusan Ma'had al-Hikmah Jakarta, turut menulis dan menterjemah buku-buku agama. Beliau juga adalah isteri Mufti Kerajaan Negeri Perlis.

15 July 2011

Sambungan Tajuk Tayammum





Pada perbincangan kita yang lalu pada hadits ke 141
عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ ص (اَلتَّيَمُّمُ ضَرْبَتَانِ: ضَرْبَةٌ لِلْوَجْهِ, وَضَرْبَةٌ لِلْيَدَيْنِ اِلَى الْمِرْفَقَيْنِ) رَوَاهُ الدَّارَقُطْنِيُّ وَصَحَّحَ اْلاَئِمَّةُ وَقْفَهُ.
Dari Ibnu Umar. Ia berkata : Telah bersabda Rasulullah saw. : “Tayammum itu dua kali tepukan, sekali tepukan buat muka, dan sekali tepukan buat dua tangan sampai siku.”
Diriwayatkan dia oleh Daraqutnie dan disahkan muaqufnya oleh imam imam.
Mauquf itu bermaksud hadits ini bukannya berasal dari Rasulullah saw. tetapi hanyalah datang dari pendapat /kata kata/fatwa Ibnu Umar sendiri. Sementara itu tidak ada suatu pun hadits dalam bab menyapu tangan melebihi pergelangan dua tangan itu yang sah atau boleh dibuat alasan. Kita telah bincangkan tentang hadits ini pada pelajaran yang lalu
Hadits ke 141 ini selain mauquf, adalah tidak sah, kerana dalam sanadnya ada seorang rawi yang lemah bernama Ali bin Zhab-yan yang telah dilemahkan oleh beberapa ulama. – Nailul Authar 1 : 332.
Apabila sesuatu hadits itu telah dipertikaikan kesahihannya oleh para ulama ahli hadits, dan terdapat hadits lainnya yang sah serta kuat hujahnya yang menerangkan tayammum itu adalah dengan sekali tepukan dan sapuan tangan itu sampai pergelangan tangan, maka wajib kita beramal dengan hujah yang sahih dan meninggalkan hujah yang padanya terdapat kelemahan dan pertikaian. Jabir bin Abdullah meriwayatkan katanya : Rasulullah saw. bersabda :
أَمَّا بَعْدُ فَاِنَّ أَصْدَقَ الْحَدِيْثِ كِتَابُ اللهِ وَاِنَّ أَفْضَلَ الْهَدْىِ هَدْىُ مُحَمَّدٍ وَشَرَّ اْلأُمُوْرِمُحْدَثَاتُهَا وَكُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ وَكُلَّ بَدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ وَكُلَّ ضَلاَلَةٍ فِيْ النَّارِ.
Adapun kemudian daripada itu; Sesungguhnya sebenar benar kalam itu adalah Kitabullah dan seutama utama petunjuk itu adalah petunjuk Nabi Muhammad, dan sejelek jelek perkara ialah perkara perkara yang diada adakan, dan tiap tiap yang diada adakan itu adalah bid’ah dan tiap tiap bid’ah itu adalah sesat dan tiap tiap kesesatan itu dalam neraka.” H.R. Muslim, At-Tirmidzi, Ibnu Majah, Abu Daud, Ahmad dan An Nasai.
Hadits Ke 142
عَنْ اَبِيْ هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ ص (اَلصَّعِيْدُ وَضُوْءُ الْمُسْلِمِ , وَاِنْ لَمْ يَجِدِ الْمَاءَ عَشْرَ سِنِيْنَ, فَاِذَا وَجَدَ الْمَاءَ فَلْيَتَّقِ اللهَ وَلْيُمِسَّهُ بَشَرَتَهُ ) رَوَاهُ الْبَزَّارُ, وَصَحَّحَهُ ابْنُ الْقَطَّانِ. لَكِنْ صَوَّبَ الدَّارَقُطْنِيُّ اِرْسَالَهُ.
Dari Abi Hurairah. Ia berkata : Telah bersabda Rasulullah saw. : “Sha’id itu wuduk bagi orang Muslim walaupun ia tidak dapat air sepuluh tahun, tetapi apabila ia dapat air, hendaklah ia takut kepada Allah, dan hendaklah sentuhkan dia kepada kulit badannya.”
Diriwayatkan dia oleh Bazzar dan disahkan dia oleh Ibnul Qaththan, tetapi Daraquthnie menganggap betul kemursalannya.
Hadits Ke 143
وَلِلتِّرْمِذِيِّ عَنْ اَبِيْ ذَرٍّ نَحْوُهُ, وَصَحََّحَهُ.
Dan bagi Tirmidzi dan Abi Dzar seperti itu, dan ia sahkan dia.
Hadits dari Abi Hurairah iaitu hadits ke 142 di atas terdapat perselisihan ulama tentang sahihnya di mana Imam Ad-Daraquthnie menganggap benar tentang kemursalannya. Mursal itu maksudnya : Apabila seorang tabi’in yang tentunya tidak bertemu dengan Nabi saw. (kerana tabi’in adalah gelaran bagi orang yang pada masa hidupnya sempat bertemu dengan sahabat Nabi saw.) berkata : Telah bersabda Nabi saw……, maka hadits yang ia riwayat itu dinamakan hadits mursal, iaitu hadits yang langsung kepada Nabi saw. tanpa perantaraan sahabat sedangkan orang tersebut tidak bertemu dengan Nabi saw.
Tetapi terdapat hadits yang semakna dengannya yang sahih riwayatnya dari Abu Dzar :
عَنْ اَبِى ذَرٍّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ, قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: اِنَّ الصَّعِيْدَ طَهُوْرُ الْمُسْلِمِ وَاِنْ لَمْ يَجِدِ الْمَاءَ عَشْرَ سِنِيْنَ فَاِذَا وَجَدَ الْمَاءَ فَلْيُمِسَّهُ بَشَرَتَهُ فَاِنَّ ذَلِكَ خَيْرٌلَهُ
Abu Dzar r.a. berkata : “Nabi saw. bersabda : “Bahawasanya Shaid (tanah yang bersih) itu, alat bersuci bagi orang Islam, walaupun sepuluh tahun lamanya ia tidak memperolehi air. Maka apabila ia mendapati air hendaklah ia kenakan badannya dengan air itu, kerana yang demikian itu lebih baik.”
Hadits diriwayatkan oleh Ahmad dan Tirmidzi : Al-Muntaqa 1 : 129. Imam At-Tirmidzi menyatakan hadits ini sahih.
Para ulama berselisih pendapat tentang orang yang telah bertayammum kemudiannya bersolat, setelah selesai solat ia memperolehi air dan waktu solat itu masih ada, apakah perlu diulangi solat semula dengan mengambil wuduk untuk menggantikan solat yang sebelumnya dengan bertayammum ?
Pengarang Muntaqal Akhbar menjelaskan: Hadits ini mewajibkan atas orang yang mendapatkan air sebelum selesai solat mengulangi solatnya. KOLEKSI HADITS HUKUM 1-T.M.HASBI,M.S. 364.
Ibnu Taimiyah telah beristidlal (berdalilkan) dengan perkataan : Apabila ia menjumpai air, maka hendaklah ia usapkan air itu pada kulitnya” itu, untuk wajibnya mengulangi solat bagi orang yang mendapat air sebelum selesai solat. TERJEMAHAN NAILUL AUTHAR 1,M.S.241.
Nafi’ menjelaskan : Ibnu Umar telah bertayammum di tempat yang jauhnya dari Madinah kira kira satu atau dua mil saja, dan bersolat Ashar. Kemudian tibalah beliau ke Madinah, sedang hari masih terang : Beliau tidak ada mengulangi lagi solat Asharnya lagi.
Kata Fuqaha tujuh Madinah : Barangsiapa bertayammum lalu bersolat kemudian mendapat air, baik masih dalam waktu atau telah keluar, tidaklah disuruh mengulangi solatnya lagi.
Malik, Asy-Syafei dan Ahmad berpendapat orang yang telah bersolat dengan hanya bertayammum, apabila mendapati air tidak perlu mengulangi solatnya.
Kata Daud dan Salman ibn Abdir Rahman : Tidak wajib mengambil wuduk, boleh terus ia bersolat dengan tayammum yang sudah ia kerjakan mengingatkan firman Allah :
يَا اَيُّهَا الَّذِيْنَ ءَامَنُوا أَطِيْعُوا اللهَ وَأَطِيْعُوا الرَّسُولَ وَلاَ تُبْطِلُوا اَعْمَالَكُمْ
“ Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan jangan kamu membatalkan amalan amalanmu” Surah Muhammad ayat 33 [47:33]
Abu Hanifah, Al-Auzai, Al-Muzany, Al Hady, An-Nashir berpendapat wajib keluar dari solat bagi orang yang melakukan dengan tayammum apabila memperolehi air.
Malik dan Daud pula berpendapat : Tidak wajib keluar dari solat bahkan haram dan solat itu sah.
Kesimpulannya
Biar apapun pendapat seseorang ulama itu, kita perlu menilai kepada hujahnya berdasarkan dalil yang sah menurut Al-Quran dan Sunah Rasulullah saw. Maka mana yang kuat dalilnya itulah yang menjadi pegangan kita, bukannya kita menilai menurut ramainya jumlah ulama yang sependapat dalam sesuatu hal atau permasalahan. Jika kita meneliti pendapat pendapat di atas, sebahagian ulama memandang wajib apabila bertemu air atau memperolehinya baik semasa sedang bersolat atau sesudahnya apabila ia bersolat dengan bertayammum. Sebenarnya suruhan di dalam hadits Abu Dzar tidak boleh dipandang wajib kerana terdapat hadits lainnya membatasi suruhan tersebut.





Hadits Ke 144
عَنْ اَبِيْ سَعِيْدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ: خَرَجَ رَجُلاَنِ فِيْ سَفَرٍ, فَحَضَرَتِ الصَّلاَةُ – وَلَيْسَ مَعَهُمَا مَاءٌ _ فَتَيَمَّمَا صَعِيْدًا طَيِّبًا, فَصَلَّيَا, ثُمَّ وَجَدَ الْمَاءَ فِى الْوَقْتِ, فَاَعَادَ اَحَدُهُمَا الصَّلاَةَ وَاْلوُضُوْءَ, وَلَمْ يُعِدِ اْلآخَرِ ثُمَّ اَتَيَا رَسُولَ الله ص فَذَكَرَا ذَلِكَ لَهُ فَقَالَ لِلَّذِي لَمْ يُعِدْ (أَصَبْتَ السُّنَّةَ وَاَجْزَاَتْكَ صَلاَتُكَ) وَقَالَ لِلآخَرِ (لَكَ اْلاَجْرُ مَرَّتَيْنِ) رَوَاهُ اَبُوْ دَاوُدَ وَالنَّسَائِيُّ.
Dari Abi Said al Khudri. Ia berkata : Keluar dua orang pada suatu safar (perjalanan), lalu sampai (waktu) solat, sedang beserta mereka tidak ada air, maka bertayammumlah mereka (dengan) sha’id (tanah) yang bersih, lalu mereka solat kemudian mereka mendapati air di dalam waktu itu juga, maka seorang dari mereka mengulangi solat dan berwuduk, tetapi yang lain tidak mengulanginya, kemudian mereka datang kepada Rasulullah saw. lalu ceritakan yang demikian kepadanya, maka ia bersabda kepada yang tidak mengulangi itu : “Engkau telah kerjakan menurut sunnah dan cukup buatmu solatmu.” Dan sabdanya kepada yang lain (yang mengulangi solat) : “Engkau mendapat ganjaran dua kali.
Diriwayatkan dia oleh Abu Daud dan Nasai.
Al-Hafiz Ibnu Hajar menjelaskan : Hadits ini diriwayatkan juga oleh Ibnu Sakan dalam sahihnya.
Hadits ini menjelaskan bahawa seseorang yang telah bersolat dengan tayammum itu telah menunaikan fardu yang wajib iaitu telah menepati sunnah. Dia tidak disuruh mengulangi solatnya lagi kerana mendapati air baik dalam waktu apa lagi jika telah terkeluar dari waktu. Manakala erti bagi orang yang mengulangi solat mendapat ‘ganjaran dua kali’ itu ada ulama yang membahagikannya kepada dua pengertian :
1. Orang itu mendapat ganjaran pertama kerana solat dengan bertayammum iaitu menurut sunnah dan kedua ia mendapat ganjaran kerana mengulangi solatnya apabila memperolehi air dengan berwuduk.
2. Orang itu mendapat ganjaran pertama kerana solat dengan bertayammum iaitu kerana menurut sunnah dan kedua ganjaran bagi ijtihadnya yang salah apabila ia mengulangi semula solatnya apabila memperolehi air sedangkan solat dengan tayammum itu telah pun menepati sunnah. Ijtihad yang benar itu menurut keterangan hadits mendapat dua ganjaran dan ijtihad yang salah itu mendapat satu ganjaran.
Sebahagian ulama memandang orang yang tidak mengulangi solat apabila bersolat dengan bertayammum kemudian apabila bertemu air tidak mengulanginya, adalah lebih baik ganjarannya dari yang mengulangi, iaitu orang ini mendapat tiga ganjaran kerana pertama ia mendapat satu ganjaran kerana solat dengan bertayammum dan itulah sunnah yang sebenarnya. Kedua ia mendapat dua ganjaran kerana ijtihadnya yang benar dan secucuk dengan sunnah Rasulullah saw., pada masa kejadian kedua dua orang yang musafir itu tidak mengetahui kebenaran yang mereka lakukan, mereka hanya berijtihad sehinggalah keduanya bertemu Rasulullah saw. Saya bawakan pendapat ulama itu untuk renungan hadirin dan nilaikanlah menurut keyakinan berdasarkan nas yang sahih.
Kesimpulannya
Pendapat yang mewajibkan orang yang bersolat dengan tayammum itu memberhentikan solatnya apabila memperolehi air ternyata tidak kukuh dan berlawanan dengan keterangan yang kuat berdasarkan hadits yang sah untuk dibuat hujah. Demikian juga mewajibkan orang bersolat semula setelah menemui air berlawanan dengan sunnah Nabi saw. dalam hadits ke 144. Dalam hadits ini Rasulullah saw. tidak menyuruh orang yang bersolat dengan tayammum atau memberitahunya jika berlaku kejadian yang serupa di lain masa hendaklah ia bersolat semula dengan berwuduk sebaliknya dikatakan kepada orang itu ‘engkau telah kerjakan menurut sunnah dan cukup buatmu solatmu’.
Apakah sha’id maknanya hanya tanah ?
Imam Asy-Syaukani menjelaskan : ….bahawa tayammum boleh dikerjakan dengan bahagian bumi yang mana saja, kerana keumuman lafaz ‘ardlun’ itu untuk semua bumi. Ini diperkuat dengan lafaz ‘kulluha’ (seluruhnya).
Ibnu Taimiyah menjelaskan di dalam Al-Ikhtiyaaraat : Boleh bertayammum dengan selain debu, iaitu dengan apa saja yang termasuk bahagian bumi (tanah), apabila tidak mendapat debu. TERJEMAHAN NAILUL AUTHAR I, M.S.237-238.
Abu Hanifah dan Malik menjelaskan : Boleh bertayammum dengan segala unsur unsur bumi dan boleh bertayammum kerana dingin. KOLEKSI HADITS HUKUM I-T.M.HASBI,M.S.355.
Debu dari bumi berada di mana mana. Oleh yang demikian kita boleh bertayammum di mana saja tempat yang bersih yang ada padanya debu. Rasulullah saw. sendiri biasa bertayammum didinding sebagaimana yang diriwayatkan dalam hadits :
عَنْ اَبِى الْجَهْمِ بْنِ الْحَارِثِ بْنِ الصِّمَّةِ الأَنْصَارِى فَقَالَ اَبُو الْجَهْمِ اَقْبَلَ رَسُوْلُ الله ص مِنْ نَحْوِ بِئْرِ جَمَلٍ فَلَقِيَهُ رَجُلٌ فَسَلَّمَ عَلَيْهِ فَلَمْ يَرُدَّ رَسُوْلُ الله ص عَلَيْهِ حَتَّى اَقْبَلَ عَلَى الْجِدَارِ فَمَسَحَ وَجْهَهُ وَيَدَيْهِ ثُمَّ رَدَّ عَلَيْهِ السَّلاَمَ
Dari Abu Jahm bin al-Harits bin Shimmah al Anshari. Abu Jahm berkata: “Suatu ketika Rasulullah datang dari arah telaga Jamal, beliau bertemu dengan seorang lelaki. Lelaki itu mengucapkan salam kepada beliau namun beliau tidak menjawab salamnya hingga beliau mendatangi sebuah dinding, lalu beliau mengusap wajah dan kedua tangannya. Kemudian barulah Rasulullah saw. menjawab salamnya.”
Hadits shahih Muslim[1].


[1] Rujuk Shahih Muslim Syarah An-Nawawi dalam Kitabul-Haidh pada Bab tayammum.

Ustaz Rasul Dahri : Jangan Syirik PART 1

Nasihat Kepada Remaja

Kuliah Khas Wanita 2

Link Pilihan

Akhbar
Utusan
Berita Harian
Harian Metro
Kosmo
Sinar Harian
Bernama
Harakahdaily
Malay Mail
Malaysia Today.Net

07 July 2011

Doa Memakai Pakaian dan Kepentingan Doa




"Segala puji bagi Allah
yang memberi aku (pakaian) ini,
dan memberi rezeki kepadaku
tanpa keupayaan dan kekuatan dariku sendiri".

Hadis Riwayat Abu Daud dalam: Kitabul Libas no. 4023,
Shahih Abu Daud 2/760dan lainnya.