27 June 2012

(SINAR) Dr. Juanda: Tak perlu kaji semula buku Kassim Ahmad

Sinar telah melaporkan laporan ini di pautan http://www.sinarharian.com.my/nasional/juanda-tak-perlu-kaji-semula-buku-kassim-ahmad-1.61461. Semoga bermanfaat.

KUALA LUMPUR - Beberapa orang mufti dan aktivis Islam menolak desakan supaya pengharaman buku "Hadis: Satu Penilaian Semula" tulisan Kassim Ahmad yang dikaitkan dengan anti-hadis, ditarik balik.

Dr Juanda Jaya 
Mufti Perlis Dr Juanda Jaya berkata, usaha Kassim supaya kerajaan menarik balik pengharaman itu adalah sia-sia.

"Para ulama hampir seluruhnya menolak pandangan ganjil beliau. Debat dan jawapan kepada pandangan pelik beliau telah lama direkod dan sudah menjadi bahan sejarah.

"Jadi kita tidak perlu membuang masa melayan perkara yang sia-sia seperti ini dan beliau sepatutnya mengkaji semula pandangannya itu," katanya kepada Bernama dalam satu SMS di sini hari ini.

Semalam, sebuah portal berita melaporkan Kassim Ahmad menuntut kerajaan menarik semula pengharaman itu dan beliau mendakwa sudah menulis surat kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkenaan perkara itu tiga bulan lepas.

Kerajaan pada 10 Julai 1986 mengharamkan buku itu manakala Majlis Fatwa Kebangsaan berpendapat buku itu mengandungi fahaman bertentangan dengan akidah.

Antara kandungan buku itu ialah penyelewengan dari sudut akidah iaitu menolak hadis secara total sebagai sumber akidah dan perundangan Islam, menolak dua kalimah syahadah, menolak Qada’ dan Qadar (satu daripada Rukun Iman), dan memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran.

Percanggahan dari sudut syariah pula ialah menolak pensyariatan sembahyang, menolak ketetapan hukum Fiqh Islam mengenai aurat wanita manakala percanggahan dari sudut akhlak ialah menghina peribadi dan kedudukan Rasulullah dan mencerca dan memfitnah para ulama.

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata buku itu tidak perlu kajian semula.

"Nak kaji buat apa. Tidak perlu lagi. Semua tindakan sudah diambil. Dan hanya dia seorang yang mempertikaikan tindakan ke atas buku yang diharamkan itu," katanya kepada Bernama.

Bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Datuk Nakhaie Ahmad menasihatkan mereka yang mahukan pembaharuan dalam Islam agar terlebih dulu mendalami Islam, al-Quran dan hadis.

"Faham betul Islam itu dan jangan buat perkara-perkara yang mengarut. Jangan buat kajian mengikut kehendak dan fahaman kita sahaja. Faham tradisi ilmu, pengajian, intelektual Islam dan kemudian menguasainya," katanya.

Beliau berkata pembaharuan adalah baik tetapi sekiranya membawa idea yang cetek ia akan hanya menghabiskan masa orang lain untuk membincangkannya. - Bernama

26 June 2012

Ustaz Rizal al-Malaya: Doa Qunut Adalah Sunnah!



Pautan ini insyaAllah akan lebih mudah diakses sekiranya anda tidak mendaftar di youtube.com ketika menonton.

1. Telah disunnahkan doa qunut dalam solat witir: http://youtu.be/vQU6_Gc_ZQo?t=2m3s

2. Khilaf Ulama tentang qunut witir: http://youtu.be/vQU6_Gc_ZQo?t=6m22s

3. Siapakah Ahlis Sunnah Wal Jamaah? : http://youtu.be/vQU6_Gc_ZQo?t=8m46s

4. Siapakah ulama? : http://youtu.be/vQU6_Gc_ZQo?t=10m24s

5. Sikap pelik orang yang beriman, adanya solat tapi solatnya hanya duduk dan lena: http://youtu.be/vQU6_Gc_ZQo?t=15m36s

6. AMBANG RAMADHAN: Kebodohan yang teruk boleh menimpa orang yang membaca tapi tidak memahami: http://youtu.be/vQU6_Gc_ZQo?t=19m53s

7. Apakah kehebatan cara Ibnu Abbas, ambil masa 10 tahun untuk hafal surah al-Baqarah : http://youtu.be/vQU6_Gc_ZQo?t=25m4s

8. Apakah maksud doa qunut: http://youtu.be/vQU6_Gc_ZQo?t=28m26s

9. Apakah perbezaan hidayah ilmu dan hidayah amal, apa pula kepentingannya: http://youtu.be/vQU6_Gc_ZQo?t=31m15s

10. Dimanakah Allah sifatkan Yahudi dan Nasrani dalam surah al-Fatihah: http://youtu.be/vQU6_Gc_ZQo?t=34m32s

11. Politik - Orang beriman tidak patut melampaui batas dalam berpolitik: http://youtu.be/vQU6_Gc_ZQo?t=43m30s

12. Jangan sempitkan kesihatan kepada fizikal sahaja, tapi apakah maksud kesihatan rohani: http://youtu.be/vQU6_Gc_ZQo?t=50m10s

SESI SOAL JAWAB: 1. Perlu bacakah a-Fatihah di belakang imam: http://youtu.be/vQU6_Gc_ZQo?t=58m53s

2. Adakah keperluan menjawab salam ibu dan orang awam ketika solat sunat: http://youtu.be/vQU6_Gc_ZQo?t=1h1m24s

3. Cara berselawat ketika mendengar nama Nabi s.a.w: http://youtu.be/vQU6_Gc_ZQo?t=1h3m36s

4. Cara bayar fidyah dan siapakah yang layak: http://youtu.be/vQU6_Gc_ZQo?t=1h5m6s

5. Sunnah solat sunat tasbih: http://youtu.be/vQU6_Gc_ZQo?t=1h7m13s

6. 2 jenis azan dan 2 jenis takbir raya yang disunnahkan dengan sahih: http://youtu.be/vQU6_Gc_ZQo?t=1h7m31s

7. Ada atau tidak amalan membaca basmallah sebelum takbir: http://youtu.be/vQU6_Gc_ZQo?t=1h13m22s

8. Bagaimana cara sujud sahwi apabila Imam tambah rukun dan bagaimana kalau imam terlupa rukun: http://youtu.be/vQU6_Gc_ZQo?t=1h14m37s

9. Bagaimana syirik boleh terjadi ketika bercinta: http://youtu.be/vQU6_Gc_ZQo?t=1h15m50s

10. Boleh atau tidak tinggal sebilik dengan penganut Kristian yang meletakkan tanda salib dalam bilik: http://youtu.be/vQU6_Gc_ZQo?t=1h16m24s

25 June 2012

Dr Fadlan: IMAM MAHDI DALAM AKIDAH AHLIS SUNNAH WAL JAMA'AH




Pautan ini akan lebih mudah diakses sekiranya anda tidak mendaftar di youtube.com ketika menonton.

Pautan ini akan lebih mudah diakses sekiranya anda tidak mendaftar di youtube.com ketika menonton.

1. Apakah 4 Bahagian Al-Quran Yang Wajib Diketahui : http://youtu.be/7tWFNlq9SFc?t=2m29s

2. IImu Hadis Untuk Memahami Hadis Imam Mahdi: http://youtu.be/7tWFNlq9SFc?t=5m12s

3. Wajibnya Beramal Dengan Hadis-hadis... http://youtu.be/7tWFNlq9SFc?t=7m54s

4. Hadis-hadis Sahih Dan Hasan Berkenaan Imam Mahdi: http://youtu.be/7tWFNlq9SFc?t=18m53s

5.Atsar Sahabat Tentang Imam Mahdi: http://youtu.be/7tWFNlq9SFc?t=33m5s

6. Hadis-hadis Dhaif Dan Palsu Tentang Imam Mahdi: http://youtu.be/7tWFNlq9SFc?t=49m32s

7. Rumusan Dr Fadlan Tentang Imam Mahdi: http://youtu.be/7tWFNlq9SFc?t=58m10s

Sabtu, 14 April 2012: Kuliah maghrib di Masjid Tun Abdul Razak, Repoh, Kangar.

Dr Asri: Soal Jawab Isu Perlis Patut Jadi Contoh, Pakai Tudung Paderi Kr...



Pautan ini insyaAllah akan lebih mudah diakses sekiranya anda tidak mendaftar di youtube.com ketika menonton.

1. Kenapa Umar lebih suka Abu Ubaidah al-Jarra daripada Khalid al-Walid yang hebat: http://youtu.be/l16pRfdN5wU?t=9s

2. Benarkah Perlis patut dijadikan contoh? :http://youtu.be/l16pRfdN5wU?t=3m43s

3. Isu sesatkan pengguna tudung ala Kristian dan rambut bonggol unta: http://youtu.be/l16pRfdN5wU?t=8m38s

4. Sesatkan orang nikah di masjid? : http://youtu.be/l16pRfdN5wU?t=14m2s

5. Doa di awal dan akhir tahun: http://youtu.be/l16pRfdN5wU?t=19m16s

6. Isu tangkap gambar dan gambar untuk tunjukkan kebesaran: http://youtu.be/l16pRfdN5wU?t=23m49s

7. Isu bantu bina kuil: http://youtu.be/l16pRfdN5wU?t=32m

18 June 2012

AHMAD HAMAD: Hudud tidak wajar jadi isu politik

Berita ini dipetik dari akhbar Mingguan Malaysia keluaran 17 Jun 2012.

KUALA LUMPUR 16 Jun - Mana-mana pihak yang menggunakan hukum pelaksanaan hudud sebagai modal politik untuk menang dalam pilihan raya disifatkan hanya mencari keredaan pengundi dan bukannya keredaan Allah.

Ahli Akademik dari Arab Saudi, Ahmad Hamad al-Jilani berkata, Islam menuntut umatnya mengutamakan pelbagai perkara asas yang lebih utama seperti isu pendidikan, ekonomi dan sosial sesebuah negara itu.


SEBAHAGIAN peserta mencatat maklumat penting semasa menghadiri
sesi pembentangan kertas kerja oleh ahli panel pada Seminar Antarabangsa Fiqh Mentaati Pemimpin
di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, semalam.

Jelas beliau, sebelum mewajuikan hukum hudud, pelbagai aspek lain perlu diambil kira termasuklah semua masyarakat perlu menerima pelaksanaan itu.

''Apa yang penting kita perlu mencari keredaan Allah bukan keredaan manusia.

''Sesiapa yang menggunakan hukum hudud untuk menang pilihan raya maka tujuannya bukan kerana Allah tetapi mencari keredaan pengundi," katanya. 




Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan peserta selepas membentangkan kertas kerja bertajuk Adaptasi Kepimpinan Nabi Dalam Pentadbiran Negara pada Seminar Antarabangsa Fiqh Mentaati Pemimpin di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Sesi kedua seminar itu dipengerusikan oleh Penyandang Kursi Sheikh Abdullah Fahim, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Ismail Ibrahim.

Turut hadir Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Abdullah Md. Zin dan Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam, Prof. Emeritus Tan Sri Abdul Shukor Husin.
 
Mengulas isu sama, Bekas Timbalan Syeikhul Universiti Al-Azhar, Mesir, Syeikh Mahmoud Abdel Ghany Mahmoud Ashour berkata, pelaksanaan hukum hudud merupakan sebahagian kecil atau satu persepuluh daripada syariat Islam.

Menurut beliau, pemimpin negara Islam perlu mengambil kira keadaan dan pengetahuan yang membolehkan pelaksanaan hukum itu selain masyarakat dan negara sudah bersedia.

''Hukum hudud tidak boleh dilaksana begitu mudah kecuali ada keadaan membolehkannya kerana ia bukan satu perkara utama dalam Islam.

''Ini termasuk jika timbulnya keraguaan, maka ia tidak wajib dilaksanakan kerana Islam telah menggariskan prasyaratnya,"katanya.

04 June 2012

SHEIKH ISMAIL: Pelihara kemaslahatan umat


MINGGU lepas akhbar ini telah menyiarkan wawancara bersama ulama tersohor Arab Saudi yang juga Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi.
Reaksi dan pandangan yang diterima terhadap wawancara tersebut begitu menggalakkan memandangkan beliau menjelaskan isu pokok iaitu, seharusnya tidak timbul sebarang masalah jika umat Islam saling menggalakkan perpaduan sesama mereka.

Minggu ini satu lagi wawancara diatur, kali ini melibatkan anak murid kepada Sheikh Dr. Sulaiman iaitu SHEIKH ISMAIL OMAR.

Anak Melayu kelahiran Pulau Pinang ini telah menetap di Mekah hampir 31 tahun namun sering berulang-alik ke negara ini sama ada untuk urusan berkaitan bidang ilmu, pengkajian, memberi ceramah mahupun perniagaan.

Wartawan Mingguan Malaysia NIZAM YATIM dan HAFIZAHRIL HAMID yang menemu bual Sheikh Ismail baru-baru ini telah mengajukan beberapa soalan susulan daripada wawancara dengan Sheikh Dr. Sulaiman.

Menurut Sheikh Ismail yang juga Pengarah Eksekutif dan salah seorang Pengasas Yayasan Kebajikan Nusantara, Malaysia adalah negara yang amat dihormati dan dicontohi oleh negara-negara Islam.

Beliau sehubungan itu mengingatkan segala nikmat yang dikecapi umat Islam di negara ini boleh musnah dalam sekelip mata jika mereka sendiri menolak usaha perpaduan.

“Kita orang Melayu Islam bernasib baik mempunyai satu kontrak sosial yang tersedia difahami dan dihormati oleh semua rakyat Malaysia iaitu prinsip Ketuanan Melayu dalam konteks Manhaj Melayu," katanya.

Beliau tidak menafikan perbezaan pendapat wujud sesama manusia. “Tetapi Allah menyuruh kita berbincang dan berdamai dalam konteks Fiqh Al-Ikhtilaf (fikah cara berbeza pendapat) serta saling menghormati dalam suasana persaudaraan Islam dan menghindar perpecahan," katanya.

MINGGUAN: Apa yang mendorong saudara meninggalkan Malaysia dan pengajian konvensional lalu menetap di Mekah serta mendalami ilmu agama serta menguasai Bahasa Arab dengan baik?

SHEIKH ISMAIL: Alhamdulillah dorongan utama adalah supaya saya dapat baca al-Quran dan tahu maknanya. Setelah saya merantau ke negara barat, memperolehi Ijazah Kelas Pertama tetapi merasakan tiada lengkap ilmu tanpa boleh membaca al-Quran dan mengetahui maknanya. Dorongan kedua adalah merasai ketidakpuasan menimba ilmu agama melalui buku-buku terjemahan tidak melalui bahasa asli al-Quran dan hadis. Ketiga, saya merasai ada kekurangan dalam modul-modul “dunia-akhirat" yang dikemukakan oleh pengkaji agama tradisional terutamanya dalam bidang profesionalisme, urusan korporat, guna pakai sumber asli agama dan masalah duniawi semasa. Maka ini mendorongi saya terus mengkaji ilmu agama.

Apa kekuatan dan kelebihan yang dimiliki oleh Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi yang menjadi ilmuan yang banyak mendidik saudara dalam bidang ilmu takhasus?

SHEIKH ISMAIL: Kekuatan ilmuan utama Sheikh Dr. Sulaiman ialah beliau seorang profesor dalam bidang akidah iaitu usuluddin. Takhasus atau kepakaran utama beliau adalah berkenaan ilmu perpecahan puak atau firqah-firqah dalam dan luar agama. Bahkan beliau mengajar di Universiti Ummul Qura subjek puak-puak yang masih dalam agama dan puak-puak yang menggelar diri mereka “Islam" tetapi pada hakikatnya telah terkeluar daripada agama Islam sesuai kupasan hadis (yang bermaksud); “Umatku akan berpecah kepada 73 puak; kesemuanya dalam neraka melainkan satu".

Saya juga menghadiri kuliahnya dua semester berkenaan ayat-ayat dan hadis berkaitan akidah Islam. Adapun kekuatan amali dan rohani beliau ialah Sheikh Dr. Sulaiman menjadi tonggak iaitu Pengerusi Pejabat Dakwah, Bimbingan dan Kebajikan Masyarakat Mekah yang banyak membantu hal ehwal masyarakat khususnya para pelajar asing di Mekah. Beliau amat memahami masalah mereka bahkan sering menziarahi pelosok dunia menimba maklumat waqi’ dunia semasa.



http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0603&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_11.htm&fb_source=message#.T8vboVnBl8c.facebook

UTUSAN: Raja Perlis bimbang perpecahan bangsa Melayu

KANGAR 1 Jun - Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bimbang dengan perpecahan bangsa Melayu yang kini wujud dalam empat kumpulan.

Titah baginda jika tidak dibendung, tidak mustahil isu perpecahan Melayu akan menjadi lebih besar.

"Malang sekali sejak kebelakangan ini bangsa Melayu semakin berpecah, seolah-olah telah lupa slogan dalam pepatah Melayu sendiri "bersatu teguh, bercerai roboh"," titah baginda ketika merasmikan Masjid Nurul Yaqin, Kampung Chantek Bangun, dekat sini malam tadi.

Titah baginda, perpecahan bangsa Melayu adalah “bom jangka" bagi musuh yang bersedia untuk meletupkannya apabila tiba masa bagi memenuhi agenda kepentingan mereka.

Sehubungan itu, Raja Perlis menasihati bangsa Melayu agar kembali bersatu demi menjamin kestabilan negara selain menunjukkan kepimpinan yang baik kepada kaum lain di negara ini.

"Kita juga akan merasa malu kepada anak cucu kita jika kita tinggalkan negara dalam keadaan huru hara untuk mereka," titah baginda.

Turut berangkat ke majlis itu Raja Perempuan Tuanku Fauziah Abdul Rashid; Raja Muda, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md Isa Sabu. - BERNAMA

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0601&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_26.htm&fb_source=message