13 August 2010
Jabatan Belia Dan Sukan
Kem Motivasi
Kem Motivasi sempena Forum Ahli Sunnah Wal Jamaah Al-Salafiyyah Senusantara (FASS) 2010.
Pada 11-12 Jun 2010, seramai lebih kurang 100 orang anak muda telah melibatkan diri dalam Kem Motivasi yang dianjurkan Persatuan Al Islah Perlis ini, Jabatan Pelajaran Negeri Perlis dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Perlis juga turut memberi kerjasama dalam menjayakan Kem Motivasi tersebut. Para peserta turut berpeluang bersama Ustaz Sirajuddin dan Ustaz Rasul Dahri yang meluangkan masa untuk mengisi slot program dijadualkan ketika Kem Motivasi tersebut berlangsung.
BIMM
Bicara Muslih Muda adalah satu program yang diadakan untuk mengasah kemahiran berdakwah dikalangan pemuda-pemuda BPRM. Alhamdulillah, Saudara Umar Hayat daripada IPT Islam Perlis telah menjayakan siri pertama program ini. Insya Allah siri kedua untuk program ini akan diadakan pada bulan Ogos ini.
Chiang Rai
Lawatan Muhibbah ke Chiang Rai
Pada 4 -14 Disember 2010, seramai 11 orang belia telah menjayakan satu lawatan muhibbah sambil belajar ke Chiang Rai. Program ini telah menemukan rombongan Lawatan Muhibbah dengan beberapa kumpulan pendakwah Islam yang cuba menarik lebih ramai orang memeluk Islam dan memperbesarkan lagi perniagaan makanan halal di seluruh negara Thailand. Antara pengusaha dan pejuang yang dapat kami beramah mesra dan menimba ilmu ialah pemlik kilang roti yang besar di Kacahanpuri bersama jemaah mereka, pengusaha dan pembekal daging lembu halal di Chai Nat dan wilayah tengah Thailand serta para peniaga Pakistan yang cuba menghidupkan amalan di masjid yang diusahakan oleh mereka di ibu negeri Phrae.