26 February 2012

Kaji semula fatwa nasab anak bawah enam bulan - Mufti


Pada 25 Febuari 2012, kenyataan penting dari Dr Juanda Jaya, Mufti Kerajaan Negeri Perlis telah dilaporkan oleh beberapa akhbar. Berita yang dimaksudkan boleh dibaca seperti di bawah atau melalui pautan berikut:

Sila klik tajuk dibawah

4. Perlis Mufti: Fatwa on illegitimate children not finalised

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
KUALA LUMPUR 25 Feb. – Majlis Fatwa Kebangsaan perlu mengkaji semula fatwa melarang anak yang lahir kurang enam bulan selepas perkahwinan, dinasabkan (dibinkan) kepada bapanya.

Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya berkata, kajian semula itu perlu dilakukan kerana keputusan tersebut hanya disandarkan kepada dalil bersifat tafsiran (mafhum) dan bukannya ditetapkan (mantuq).

Menurutnya, terdapat satu dalil mantuq iaitu sebuah hadis dalam sahih Bukhari dan Muslim yang menyebut bagaimana Rasulullah mengiktiraf nasab seorang anak selepas bapanya mengakui bahawa anak itu adalah anaknya tanpa mempersoalkan apa-apa.

“Saya menimbulkan isu ini bukan mahu menggalakkan zina kerana zina bukan sahaja diharamkan oleh Allah malah mendekatinya juga dilarang.

“Namun, apa yang saya mahu timbulkan ialah kewajaran kita menghukum anak yang lahir tidak cukup enam bulan selepas ibu bapanya berkahwin dilarang daripada dinasabkan kepada bapanya sendiri.

“Adakah ini yang syarak tetapkan sedangkan ada satu hadis yang boleh kita jadikan panduan iaitu hadis yang mengisahkan pertikaian dua sahabat terhadap seorang kanak-kanak.

“Asas kandungan hadis itu nasab anak adalah berasaskan kepada perkahwinan dan diakui bapanya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi ahli panel dalam forum `Ada Apa Pada Nama’ anjuran Sisters In Islam di sini hari ini.

Turut menjadi ahli panel pada forum tersebut ialah Ketua Hakim Syarie Terengganu, Datuk Ismail Yahya dan pengamal undang-undang, Nizam Bashir.

Panel itu dipengerusikan oleh Pengarah Pusat Penyelidikan Pembangunan Wanita (Kanita), Prof. Dr. Rashidah Shuib.

Pada 1971, persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa perempuan yang sedang mengandung anak luar nikah harus dinikahkan, tetapi anaknya tidak boleh dinasabkan kepada lelaki itu, tidak dapat pusaka daripadanya, tidak menjadi mahram kepadanya dan lelaki itu tidak boleh menjadi walinya.

Juanda berkata, atas sebab itu juga Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis pada 2009 mengeluarkan fatwa bahawa anak yang lahir di bawah enam bulan selepas ibunya berkahwin boleh dinasabkan kepada suaminya kecuali ia dinafikan oleh suaminya itu.

“Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada hadis Rasulullah. Ini adalah hadis sahih yang diriwayatkan kira-kira 20 sahabat.

“Oleh itu, Majlis Fatwa Kebangsaan perlu melihat semula soal ini supaya masalah nasab ini dapat segera diselesaikan. Soal nasab ini amat penting kerana ia melibatkan maruah dan nama baik semua yang terlibat,” ujarnya.

Beliau berkata, akibat daripada fatwa tersebut juga menyebabkan bayi yang lahir di bawah enam bulan selepas perkahwinan tidak boleh dinasabkan kepada bapanya walaupun bapa berkenaan mengaku bayi itu adalah anaknya.

“Satu lagi masalah yang dihadapi, bapa terbabit tidak boleh `berbin’ atau `berbinti’ pada dirinya apabila melakukan pendaftaran di JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) kerana dikatakan `terikat’ dengan fatwa tersebut,” ujarnya.

Ismail pula ketika membicarakan isu sama berkata, keputusan yang dibuat oleh hakim dalam menentukan satu-satu kes termasuk nasab adalah bersandarkan kepada sumber syarak dan tidak tertakluk kepada keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan.

“Sebelum keputusan dibuat pihak hakim akan buat siasatan dan penelitian dengan berdasarkan sumber-sumber hukum syarak yang sedia ada,” katanya. - UTUSAN

21 February 2012

Mufti: Lambakan filem tahyul, hantu membimbangkan

Malaysiakini.com telah melaporkan kenyataan Sahibus Samahah Dr Juanda Jaya berhubung kebimbangan lambakan filem tahayul dan hantu. Berita tersebut boleh dibaca di bawah atau terus ke pautan http://www.malaysiakini.com/news/189853 6:16PM Feb 21, 2012 .


Lambakan filem dan drama berunsur tahyul, hantu dan seram yang ditayangkan terutama melalui televisyen memberi kesan negatif terhadap pembinaan masyarakat yang bertamadun, kata Mufti Perlis Dr Juanda Jaya hari ini.
NONE

Sehubungan itu, beliau berharap Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) memantau serta mengawal penayangan filem dan drama seumpama itu yang antaranya menggambarkan tahap penghinaan yang serius terhadap Islam.

Bercakap kepada pemberita di pejabatnya hari ini, beliau berkata Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis yang bersidang semalam turut membangkitkan perkara itu kerana bimbang ia mungkin mempengaruhi akidah umat Islam.

"Ia bukan hanya untuk filem-filem atau drama tempatan tetapi juga yang diimport," katanya.

Juanda percaya lambakan filem dan drama seumpama itu adalah kerana ia mendapat sambutan masyarakat sedangkan kesan jangka panjang kepada penonton adalah buruk.

Beliau turut mencadangan supaya satu kajian mengenai impak penonton terhadap filem-filem seumpama itu.

Selain itu, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis juga membangkitkan isu eksploitasi terhadap wanita melalui iklan produk tertentu sehingga mempamerkan aurat mereka secara tidak terkawal.

"Islam meletakkan wanita pada kedudukan yang tinggi dan tidak sewajarnya mereka dieksploitasi untuk melariskan barangan," katanya.

Beliau berkata wanita Islam yang terpilih sebagai model barangan tertentu sepatutnya menutup aurat manakala yang bukan Islam perlu berpakaian sopan.

Sementara itu, Juanda melahirkan rasa kecewa dengan iklan penjualan kismis yang kononnya telah dibawa tawaf di Kaabah untuk meningkatkan khasiatnya begitu juga iklan mengenai air zam zam yang kononnya telah dibawa ke tempat solat hajat semata-mata untuk mendapatkan harga yang lebih tinggi berbanding biasa.

Beliau menyifatkan iklan seumpama itu bertujuan menipu pengguna di samping melakukan eksploitasi agama dalam perniagaan.

- Bernama

13 February 2012

FORUM: AWAS! BAHAYA SYI'AH RAFIDHAH



FORUM: AWAS! BAHAYA SYI'AH RAFIDHAH

Tarikh: 16 Feb 2012 (Khamis- Selepas Maghrib)
Tempat: Masjid Nurul Iman, Kg Nesam, Abi, Perlis

Ahli Panel:
1) YBhg Prof Madya Dato' Alim Setia Ust Ahmad bin Jusoh Libya
(Rektor Institut Pengajian Islam Perlis)

2) Ustaz Mohd Rizal bin Azizan (Ust Mat Malaya)
(Pendakwah Bebas)

Moderator:
Nasiruddin Abdul Aziz
(Ma'had Attarbiyah Al-Islamiyah Tunjong, Perlis, MATRI)

Definisi Sunnah: Apakah Perbezaan Sunnah Dan Sunat ?