Program ini adalah anjuran Persatuan Al-Islah Perlis dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) akan diserikan lagi dengan keberangkatan Raja Muda Perlis dan Raja Puan Muda Perlis.
GEMA 2012 akan diadakan pada hari Sabtu, 3 November 2012 mulai 8.30 pagi – 11.30 pagi di Pusat Pengajian Persatuan Al-Islah Perlis, Jalan Mata Ayer, Perlis.
Menurut pengarah program ini, Dr. Hazman Hassan, program ini akan disertai oleh pemimpin dari gereja Kristian, wat Budha, kuil Hindu, Gurdwara Sikh dan persatuan-persatuan Islam.
Mereka mensasarkan, melalui GEMA 2012, suatu panduan am dalam berinteraksi antara penganut pelbagai agama dinamakan Inisiatif FAIZ bakal dilancarkan oleh DYTM Raja Muda Perlis.
Dalam majlis berbuka puasa dan makan malam muhibbah yang mereka anjurkan 25 Ogos lalu, wakil semua agama menyertainya.
Dalam majlis itu, Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya menyifatkan kejayaan mengumpulkan pelbagai agama dalam satu majlis amat mengembirakan beliau.
"Tujuannya tidak ada lain melainkan untuk mengujudkan semangat muhibbah dan kerjasama antara satu sama lain.
"Ini adalah tuntutan semua agama dan juga bagi memenuhi tuntutan negara kita," kata Juanda.
Dipetik dari http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/14170--pemimpin-pelbagai-agama-bakal-bertemu-dalam-gema-2012
No comments:
Post a Comment