Menegaskan demikian, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, kempen yang akan berakhir 22 Disember ini akan membawa tema "Zakat: Membersih Jiwa Menyubur Harta."
Bertitah menutup seminar "Kesedaran Zakat dan Wakaf" peringkat negeri Perlis 2012 di sini hari ini, baginda yang juga Yang Dipertua MAIPs bertitah, sejak Januari sehingga kini, zakat sebanyak RM69,103,351 telah dipungut Baitulmal.
Menurut baginda, sejak awal tahun ini, MAIPs juga telah mengagihkan zakat kepada asnaf berjumlah RM48,030,219.
Tuanku Syed Faizuddin bertitah, selain sumbangan melalui zakat, MAIPs juga sedang bergerak untuk menggembleng budaya berwakaf.
"MAIPs akan memperkenalkan ”Saham Wakaf Tunai Negeri Perlis” mulai hari ini. Saham wakaf tunai ini adalah selaras dengan hasrat untuk memberikan kesedaran tentang kepentingan wakaf sebagai pelaburan abadi ke arah memperkasa dana wakaf di Negeri Perlis," titah baginda.- BERNAMA
No comments:
Post a Comment