KANGAR - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkata gerakan liberalisme di negara ini perlu dibendung agar tidak menular di kalangan generasi muda yang bakal mewarisi negara.
Baginda bertitah gerakan kebebasan tanpa batasan itu sama ada terancang atau tidak amat berbahaya dan boleh mengubah sifat dan asas negara yang terbina sejak merdeka.
Bertitah pada majlis pelancaran buku 'Ucapan Dasar Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kebangsaan Sepanjang Zaman' dan pelancaran program 'satu pelajar satu lesen' di sini malam tadi, baginda berharap GPMS yang mempunyai lebih 400,000 anggota di seluruh negara dapat memainkan peranan dalam mengawal gerakan itu.
"GPMS perlu mencari idea dan inisiatif baru bagi memastikan agenda pendidikan kekal releven dan generasi muda dapat menjana kekuatan jati diri sebagai tunjang kecemerlangan menghadapi situasi itu," titah baginda.
Sementara itu, Presiden GPMS Jais Abdul Karim ketika ditemui berkata pelancaran buku ucapan dasar setebal 225 muka surat itu mengandungi ucapan dasar presiden GPMS sejak gabungan itu diwujudkan pada 1948.

Buku berkenaan akan diedar mulai 1 Dis dengan cetakan awal sebanyak 500 naskah.
Mengenai program satu pelajar satu lesen, beliau berkata ia bertujuan membolehkan pelajar memiliki lesen menunggang motosikal dengan kos yang rendah melalui subsidi yang ditaja oleh pelbagai pihak.
"Kami tidak ingin melihat pelajar menunggang motosikal tanpa lesen kerana perbuatan itu menyalahi undang-undang," katanya.
Jais menjangkakan 10,000 pelajar akan menyertai program yang dijalankan dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya itu di seluruh negara dalam tempoh setahun.- Bernama

No comments:
Post a Comment