23 November 2012

MAIPs: DYTM Tuanku Raja Muda Perlis menyarankan bacaan Doa Qunut Nazilah untuk Gaza



DYTM Tuanku Raja Muda Perlis menyarankan bacaan Doa Qunut Nazilah untuk Gaza

22 Nov - DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah menyarankan masyarakat Islam agar memanjatkan doa untuk keselamatan umat Islam di Gaza.

Baginda bertitah demikian ketika menyempurnakan Seminar Kesedaran Zakat & Wakaf Peringkat Negeri Perlis 2012 di Kangar.

Baginda bertitah mengajak masyarakat supaya berfikir sejenak, mengenai nasib umat Islam di Gaza. Baginda menegaskan bahawa senario yang dihadapi masyarakat Islam di Gaza mutakhir ini, mengetuk rasa simpati atas paksi ‘rabbani’ atau ketuhanan dan insani yakni kemanusiaan.

"Saya ingin menyarankan supaya kita bersama-sama memanjatkan doa, agar Allah Aza Wajalla mengembalikan keamanan di Bumi Gaza. Bacaan Qunut Nazilah boleh dilaksanakan di masjid-masjid seluruh Negeri Perlis, menurut tertib Sunnah Rasulullah Sallahualaihi Wasallam", titah Baginda.

Seminar berkenaan yang membicarakan soal zakat dan wakaf disampaikan oleh Datuk Anan C.Mohd, Ketua Pengarah JAWHAR dan Tuan Azri Bin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Wakaf Malaysia.

Tuanku Syed Faizuddin Putra turut melancarkan Saham Tunai MAIPs dan Bulan Zakat Peringkat Negeri Perlis.


https://www.facebook.com/photo.php?fbid=487494744628185

No comments: