07 November 2010

Aktiviti Biro 2010 (5)

LAPORAN AKTIVITI URUSETIA BANGUNAN

- Logo Islah Berlampu
Papan logo berlampu Persatuan Al-Islah Perlis telah disumbangankan oleh salah seorang ahli persatuan. Papan logo berlampu tersebut telah diletakkan di bahagian atas bangunan Persatuan Al-Islah Perlis sebagai tanda bahawa bangunan ini adalah bangunan Persatuan Al-Islah Perlis.

- Kerusi Marmar
Satu set meja batu bersama empat buah kerusi dan enam buah kerusi batu telah disumbangkan oleh seorang ahli Persatuan Al-Islah Perlis. Set meja batu bersama 4 kerusi dan 6 buah kerusi batu telah di letakkan di hadapan bangunan Persatuan Al-Islah Perlis iaitu berdekatan dengan pintu masuk bangunan Persatuan Al-Islah Perlis.

- Tandas baru
Sebuah tandas yang masih dalam pembinaan telah dibina di belakang bangunan Persatuan Al-Islah Perlis hasil sumbangan orang ramai dan juga ahli persatuan. Tandas tersebut dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian lelaki dan bahagian perempuan. Setiap bahagian di dalam tandas masing-masing mempunyai 2 bilik mandi dan 3 tandas. Anggaran kos perbelanjaan tandas bernilai RM 30,000.

- Mengadakan tempat kantin baru untuk ahli dan ubah suai kantin TR – lantai jubin dan tukar bumbung
Kantin lama yang selama ini digunakan oleh ahli-ahli semasa menghadiri kuliah-kuliah mingguan telah digunakan oleh anak-anak Teratak Rahmat. Atas kekurangan ini, urusetia persatuan telah mengadakan satu lagi tempat kantin yang baru untuk digunakan oleh ahli-ahli persatuan. Manakala kantin untuk anak-anak Teratak Rahmat pula telah di baik-pulih hasil sumbangan ahli-ahli Persatuan Al-Islah Perlis dan orang awam. Proses baik-pulih kantin adalah dengan menggantikan atap yang lama kepada atap yang baru. Selain itu, kantin tersebut telah dipasang jubin untuk memberi keselesaan kepada anak-anak Teratak Rahmat dan penguna kantin tersebut.

- Mengecat bangunan Islah
Seluruh bangunan Persatuan Al-Islah Perlis bahagian luar telahpun di cat semula. Pekerja yang mengecat bangunan adalah pekerja secara sukarela. Namun begitu, cat yang digunakan telah disumbangkan oleh salah seorang daripada ahli Persatuan Al-Islah Perlis.

No comments: