07 November 2010

Aktiviti Biro 2010 (1)

1. Kebajikan & Teratak Rahmat

- Teratak Rahmat
Tahun 2010 merupakan tahun kedua bergeraknya Teratak Rahmat. Pada awal tahun ini kita mempunyai seramai 24 anak jagaan yang bersekolah, dan terkemudian ditambah pula 2 lagi anak yatim yang belum bersekolah. Proses mendapatkan kelulusan pihak JKM berada pada tahap 60%. Setelah lebih setahun setengah beroperasi, nama Teratak Rahmat mula dikenali orang-orang tempatan. Sumbangan peribadi banyak diterima seperti pakaian terpakai, makanan-makanan asas dan juga wang ringgit.

- Majlis Infak ramadan Al-Nidaa’ 6 september 2009
Majlis Infak Ramadhan oleh Pertubuhan Kebajikan Al Nidaa Malaysia telah diadakan di Pusat Pengajian Al-Islah Perlis bermula jam 4.00 petang sehingga jam 9.30 malam. Rombongan Al-Nidaa’ telah berbuka puasa dan bersolat Maghrib berjamaah bersama warga Teratak Rahmat.

- Dr. Ahmad Omar Chapakia (24 April 2010)
Biro kebajikan telah menghantar wakil persatuan melawan Dr. Ahmad Omar Chapakia, Timbalan Rektor Kolej Islam Yala yang dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah selama sebulan akibat kemalangan di UUM.

- Iftar kecil-kecilan
Ramadhan 2009 mengundang banyak pihak menyumbang jariah kepada warga Teratak Rahmat. Terdapat orang perseorangan memberi jamuan berbuka puasa, sumbangan bubur lambuk beserta kueh dari Jab. Agama Islam Perlis, jamuan berbuka puasa dari Jab. Belia, TNB, Syarikat Tekad Matang, sumbangan kain baju raya dari pemilik butik di Alor Star, Kedah serta sedekah wang saku kepada anak-anak Teratak Rahmat.


- Korban Aidil Adha (27 November 2009)
Pada Aidil Adha tahun lepas, Teratak Rahmat telah menerima sumbangan korban sebanyak 7 ekor lembu dan 15 ekor kambing. Proses penyembelihan dan melapah dilakukan sendiri oleh para sukarelawan beramai-ramai di tapak TR Tani di Semadong. Semua daging yang diterima dibersihkan dan disimpan sejuk beku untuk kegunaan anak-anak Teratak Rahmat sedikit demi sedikit.

No comments: