Jawatankuasa Penyelarasan IDRAK adalah singkatan kepada Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan Hubungan Luar. Bagi tahun 2009 sehingga 2010, kegiatan jawatankuasa IDRAK adalah sebagaimana berikut:
1. Laman blog Persatuan Al-Islah Perlis
IDRAK telah membina dan menyenggara laman blog baru Persatuan Al-Islah Perlis di alamat http://islahperlis.blogspot.com
2. Kunjungan Al-Nidaa’ Ke MATRI
Persatuan Al-Nidaa’ telah mengadakan lawatan sambil belajar ke MATRI Tunjong bagi meninjau sistem pendidikan yang mereka terapkan. IDRAK telah bersama-sama mengiringi rombongan Al-Nidaa’ dan turut mengikuti taklimat yang diberikan
3. Ziarah Jama’ah Ittiba’us Sunnah Kuala Pilah
Pada 10 Mac 2010, IDRAK telah menziarahi jama’ah Ittiba’us Sunnah Kuala Pilah. Sedikit bantuan telah dihulurkan bagi meringankan beban:
i. Balu dan anak-anak Allahyarham Dr. Nordin Rashid yang meninggal dunia semasa Ma’had Ittiba’us Sunnah diserbu oleh pegawai Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sembilan
ii. Ustaz Khairuddin Daud yang dihadapkan ke mahkamah syariah atas tuduhan bersubahat bersama-sama Ustaz Fathul Bari yang dituduh mengajar tanpa tauliah
iii. Balu Allahyarham Ustaz Hashim Ghani yang uzur
4. Bantuan kepada Syeikh Ayman al-Dakak
Bantuan turut diberikan untuk meringankan beban keluarga Syeikh Ayman al-Dakak, pendakwah Sunnah yang berasal dari Syria, yang ditimpa musibah. Bantuan ini diberikan pada 26 Mac 2010
5. Seminar Islam Anti-Terrorisme (SEMAT)
IDRAK telah mewakili Persatuan Al-Islah Perlis menghadiri program sehari Seminar Islam Anti-Terrorisme yang diadakan pada 28 Mac 2010 di Hotel KL International, Kg. Baru, Kuala Lumpur
6. Majlis Hi-Tea Dana Guaman
Selain itu IDRAK juga mewakili persatuan mengikuti majlis hi-tea Dana Guaman yang dianjurkan di Dewan Bankuet, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)
7. Kunjungan hormat Rektor Kolej Islam Yala
Pada 3 Jun 2010, suatu kunjungan hormat dilakukan oleh IDRAK kepada Sahibul Fadhilah Dr. Ismail Lutfi Abdur Rahman Japakiya di Kolej Islam Yala. Selain untuk mengeratkan ukhuwwah setelah sekian lama, Dr. Ismail Lutfi turut diundang menjadi salah seorang ahli panel dalam Forum Ahlis Sunnah Wal Jama’ah Al-Salafiyyah Senusantara (FASS) pada 12 Jun lalu.
No comments:
Post a Comment