07 November 2010

Aktiviti Biro 2010 (4)

JP Pemuda

- Perkhemahan Di Banjaran Nakawan, Wang Kelian 26-28/Mac 2010
Pada 26 Mac 2010 hingga 28 Mac 2010, seramai 14 orang belia dari Persatuan Al-Islah Perlis telah menyertai pendakian dan perkhemahan di Banjaran Nakawan. Terdapat juga 34 pelajar daripada IPTIPs dan 3 pelajar daripada SMK Tengku Budriah. Tempat yang mereka tujui kebiasaannya di panggil dengan gelaran "Teh 'O" oleh masyarakat tempatan. Setelah selesai pendakian yang mengambil masa hampir 5 jam, mereka berkampung di Banjaran Nakawan selama 3 hari. Aktiviti yang di jalankan semasa perkhemahan tersebut ialah “jungle traking”, ceramah motivasi dan survivor hutan.

- BIMM – Omar Hayat (24 April 2010)
Bicara Muslih Muda Siri Pertama (BIMM) Pada 24 April 2010.
Bicara Muslih Muda adalah satu program yang diadakan untuk mengasah kemahiran berdakwah dikalangan pemuda-pemuda Persatuan Al-Islah Perlis (JP Pemuda). Alhamdulillah, Saudara Omar Hayat daripada IPTIPs (Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis) telah menjayakan siri pertama program ini. InsyaAllah siri kedua untuk program ini akan diadakan pada bulan Ogos ini.

- Kem Motivasi sempena Forum Ahli Sunnah Wal Jamaah Al-Salafiyyah Senusantara (FASS) 2010.
Pada 11-12 Jun 2010, seramai lebih kurang 100 orang anak muda telah melibatkan diri dalam Kem Motivasi yang dianjurkan Persatuan Al-Islah Perlis. Jabatan Pelajaran Negeri Perlis serta Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Perlis turut memberi kerjasama dalam menjayakan Kem Motivasi tersebut. Para peserta turut berpeluang bersama Ustaz Sirajuddin dan Ustaz Rasul Dahri yang meluangkan masa untuk mengisi slot program yang dijadualkan ketika Kem Motivasi tersebut berlangsung.

- Persembahan Silat FASS 2010.
Para pesilat yang telah melibatkan diri dalam program pemuda telah bersama-sama mengadakan satu persembahan silat sempena menyambut ketibaan DYMM Tuanku Raja Perlis ke Forum Ahli Sunnah Wal Jamaah Al-Salafiyyah Senusantara (FASS) 2010. Persembahan itu telah dijayakan oleh lebih kurang 100 orang pesilat dengan bimbingan 6 orang jurulatih daripada JP Pemuda.


- Latihan mingguan sekolah-sekolah Pdg. Siding, IPTIPs, IKM,Politeknik
Sepanjang tahun 2010, JP Pemuda telah meneruskan latihan silat di luar Dewan Persatuan Al Islah Perlis, jurulatih daripada JP Pemuda telah melebarkan lagi sayap di SMK Abi pada tahun ini selain IPTIPs, IKM Beseri Perlis, dan SMK Tengku Budriah. Kini pesilat yang dilatih dan diasuh dengan tauhid telah meningkat kepada hampir 130 orang setahun.

- Chiangrai : 4 Dis – 14 Dis 2009
Lawatan Muhibbah ke Chiang Rai
Pada 4 -14 Disember 2010, seramai 11 orang pemuda telah menjayakan satu lawatan muhibbah sambil belajar ke Chiang Rai. Program ini telah menemukan rombongan Lawatan Muhibbah dengan beberapa kumpulan pendakwah Islam yang cuba menarik lebih ramai orang memeluk Islam dan memperbesarkan lagi perniagaan makanan halal di seluruh negara Thailand. Antara pengusaha dan pejuang yang dapat kami beramah mesra dan menimba ilmu ialah pemilik kilang roti yang besar di Kancahanpuri bersama jemaah mereka, pengusaha dan pembekal daging lembu halal di Chai Nat dan wilayah tengah Thailand serta peniaga-peniaga Pakistan yang cuba menghidupkan amalan di masjid yang diusahakan oleh mereka di ibu negeri Phrae.

- Fathul Bari ; Masjid Padang Katong – 7 Mac 2010
Pada 7 Mac 2010, satu kuliah agama yang disampaikan oleh pendakwah sunnah diadakan di Masjid Padang Katong, JP Pemuda telah bersama-sama memeriahkan lagi majlis ilmu pada malam tersebut. Kuliah agama yang amat bermanfaat itu telah disampaikan oleh Abu Islam Fathul Bari. Walaupun telah seminggu Ustaz Fathul Bari di tangkap oleh Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan atas tuduhan tidak mempunyai lesen untuk memberi ceramah di Negeri Sembilan, beliau dapat menghadirkan diri untuk memberi ceramah kepada kariah Masjid Padang Katong. Oleh hal yang demikian JP pemuda turut hadir untuk memberi sokongan moral kepada beliau.

- Ust. Rasul Dahri ; Masjid Pdg Malau
JP Pemuda turut menyertai satu kuliah agama di Masjid Padang Malau, Beseri, Perlis pada 2 Mei 2010. Majlis ilmu ini turut dimeriahkan oleh pelajar-pelajar IPTIPs. Bagi memeriahkan lagi majlis ilmu tersebut, ahli-ahli wanita JP Pemuda turut menyediakan makanan dan minuman kepada tetamu yang hadir dalam majlis ilmu tersebut. Program yang berjalan lancar ini amat bermanfaat kepada golongan muda untuk merapatkan lagi silatulrahim sesama pejuang sunnah.

No comments: