23 Ogos 2011: Bantuan yang dikumpulkan daripada ahli-ahli dan penyokong Persatuan Al-Islah Perlis kali ini diagihkan sebagai jamuan berbuka puasa dan Sumbangan Aidil Fitri untuk meraikan para Saudara Baru pada selasa, 23 Ogos 2011. Dengan usaha Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Perlis, Dr. Juanda Jaya yang juga Penasihat Persatuan, bantuan kepada Saudara Baru turut diterima daripada Y.Bhg Prof. Dato’ Wira Mohd Shukri Abdul Yajid, Presiden Management & Science University (MSU) serta warga kerja MSU di Shah Alam.
Untuk mengenalpasti Saudara Baru, persiapan dijalankan dengan kerjasama Ustazah Kasmawati Kassim, Ketua Penolong Pengarah (KPP) Unit Dakwah, JAIPs. Hasilnya 50 orang Saudara Baru yang daif dan serba kekurangan telah dipilih untuk dijemput ke program ini dan seterusnya menerima Sumbangan Aidil Fitri yang dimaksudkan. Mereka terdiri daripada pelbagai bangsa seperti Siam, Cina, India dan Bumiputera Sarawak yang bermukim di Perlis. Dengan sebuah van dan lima buah kereta, hampir 2/3 Saudara Baru yang terlibat telah dijemput dari rumah masing-masing ke Pusat Pengajian Persatuan Al-Islah Perlis dan dihantar kembali. Bakinya pula memilih untuk datang sendiri.
![]() |
Saudara baru |
Dalam tazkirah itu juga, beliau menekankan tentang kepentingan persaudaraan dalam Islam yang dizahirkan juga dalam amalan-amalan ibadat seperti Rukun Islam yang lima. Khusus untuk para Saudara Baru, beliau berpesan:
![]() |
Memberi sumbangan Aidilfitri kepada saudara baru. |
Dr. Juanda Jaya turut mewasiatkan kepada Saudara Baru untuk berusaha menambah ilmu dan mengembangkan hidayah yang dikurniakan Allah kepada mereka kepada saudara-mara dan sahabat-handai yang belum Islam:
“Kita ambil sikap kita yang cari. Hidayah itu perlu dicari. Jangan kita tunggu di rumah “Mana saudara-saudara Islam tak datang nak ziarah aku ni? Mana nak ajar aku solat ni?”. Tidak, kita kena cari. Bila kita mencari, Allah akan mudahkan jalannya. Bila kita jaga hubungan persaudaraan, ia akan menjamin kita tahu kita punya saudara (seIslam) yang cukup ramai… Apa maksud bersaudara? (Macam) Adik-beradik!”
“Masuk
Islam ibadah
yang paling mudah. Saudara-saudari beritahulah kepada saudara-mara
yang belum
Islam lagi, apabila mengucap dua kalimah syahadah maka jadilah (orang)
Islam… Saya ingin menawarkan kepada mereka
yang memeluk
Islam sama ada
lama atau baru, ajaklah orang
lain lagi untuk dekat kepada
agama Islam.. Ajaklah. Mungkin dengan Tuan-tuan Puan-puan berbahasa
India (Tamil), berbahasa Cina, berbahasa
Siam dan sebagainya, berbanding dengan kami
yang tidak tahu bahasa berkenaan, mungkin
Tuan-tuan Puan-puan akan lebih baik dalam menyampaikan”
“Kita ambil sikap kita yang cari. Hidayah itu perlu dicari. Jangan kita tunggu di rumah “Mana saudara-saudara Islam tak datang nak ziarah aku ni? Mana nak ajar aku solat ni?”. Tidak, kita kena cari. Bila kita mencari, Allah akan mudahkan jalannya. Bila kita jaga hubungan persaudaraan, ia akan menjamin kita tahu kita punya saudara (seIslam) yang cukup ramai… Apa maksud bersaudara? (Macam) Adik-beradik!”
![]() |
Sahibus Samahah memberi pesanan, bimbingan dan nasihat. |
![]() |
Mufti beramah mesra bersama sebahagian AJK Islah Perlis yang hadir. |
“Bangunan (Pusat Pengajian Persatuan Al-Islah) ini milik umat Islam. Maksudnya kalau Tuan-tuan Puan-puan ada masalah nak belajar agama kah, nak minta bimbingan kah, nak minta nasihat kah, datanglah ke sini. Sahabat-sahabat kita di sini (Persatuan Al-Islah) bersedia membantu Tuan-tuan Puan-puan mempelajari dan mendalami agama Islam.. Islah lah menjadi tempatnya untuk melaksanakan apa saja aktiviti keagamaan dan apa saja berkaitan kepentingan orang Islam. Kita tak sebut ini tempat yang terbaik, kita tidak sebut kita ingin bertanding dengan orang lain ke, kita tawarkan tempat milik orang Islam, untuk kita dekatkan diri kepada Islam, untuk faham Islam dan seterusnya kita maju bersama Islam dan mendapat keredaan Allah S.W.T”
Sumbangan Aidil Fitri yang diberikan meskipun tidak banyak, diharapkan dapat meringankan beban mereka menyambut Syawal ini. Bukan pula tujuan sumbangan ini diberikan supaya Saudara Baru bergantung pendapatan kepadanya. Sebaliknya ia bermaksud mengeratkan persaudaraan khususnya antara Saudara Baru dengan orang-orang yang Islam semenjak lahir.
Syukur kepada Allah, majlis ini berjalan lancar dengan disusuli pula dengan jamuan berbuka puasa dan makan malam, diikuti solat maghrib, solat isya dan solat tarawih secara berjama’ah. Selepas makan malam, Sahibus Samahah Mufti Dr. Juanda Jaya turut mengambil kesempatan untuk beramah-mesra dengan para Saudara Baru, AJK dan ahli-ahli Persatuan Al-Islah Perlis yang turut hadir.
Sementara itu, Ahli-ahli Jawatankuasa Persatuan Al-Islah Perlis berharap Saudara Baru dan Orang Bukan Islam yang berminat mendalami Islam boleh menghubungi AJK atau khususnya saudara Muhammad Gerald Chin Wye Heung di talian 0136140065 atau email geraldmuhd@gmail.com sekiranya memerlukan bimbingan atau pertolongan.
Sepas Aidil Fitri, Persatuan Al-Islah Perlis bercadang untuk melancarkan program Wakaf Terjemahan Al-Qur’an dalam Bahasa Inggeris yang diberikan percuma kepada Saudara Baru dan orang Bukan Islam yang membuat permohonan. Kelas-kelas pengajian Fardu Ain dan al-Qur’an yang dikendalikan dalam bahasa Siam, Melayu dan Inggeris juga akan dilancarkan sesudah Aidil Fitri ini, Insya-Allah.

Sesi bergambar |
No comments:
Post a Comment