01 September 2011

Kenyataan Media Persatuan Al-Islah Perlis




Kenyataan Media Persatuan Al-Islah Perlis
Sempena MajlisBerbuka Puasa Dan Makan Malam Muhibbah
Pada Khamis, 25 Ogos 2011 
Bersamaan 25 Ramadan 1432 H 

 Sebagai badan bukan kerajaan (NGO) yang tidak berpihak kepada mana-mana parti politik, Persatuan Al-Islah Perlis menginsafi bahawa situasi perhubungan antara penganut berbilang agama di negara ini amnya, dan Negeri Perlis khususnya, perlu berada dalam suasana yang harmoni dan muhibbah. Justeru itu, Persatuan Al-Islah Perlis menyeru Umat Islam khususnya di Negeri Perlis supaya beriltizam dengan 7 PERKARA iaitu: 


Menjunjung tinggi petunjuk Allah dan panduan Rasulullah dalam al-Qur’an dan al-Hadith berasaskan manhaj Ahlis Sunnah Wal Jama’ah dalam berinteraksi dengan golongan Non-Muslim 


  • Menyanjung kuasa-kuasa Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis sebagai Ketua Pelindung Agama Islam di Negeri Perlis. Di samping itu, turut akur bahawa baginda juga adalahTuanku Raja yang menjadi Payung Makhota bagi semua rakyat Perlis tanpa mengira kaum, agama, bahasa dan warna kulit 

  • Mematuhi dan tidak mendahului, fatwa dan irsyad Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), serta bimbingan Mufti Kerajaan Perlis yang dilantik oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis,sebagai penasihat tertinggi baginda untuk urusan keIslaman dan keagamaan 

  • Menghormati keluhuran Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan Undang-undang Tubuh Negeri Perlis tentang kedudukan Islam sebagai agama rasmi. Di samping itu, agama-agama lain boleh diamalkan secara aman 

  • Menyedari mudahnya konflik berasaskan agama boleh berlaku dalam sebuah negara berbilang bangsa, maka hendaklah tidak terburu-buru menerima spekulasi sebagai berita yang sahih, serta tidak melatah dengan provokasi pihak-pihak tertentu 

  • Mengutamakan dan meningkatkan usaha dialog serta timbangtara dengan komuniti Bukan Islam, terutamanya dalam mengatasi isu-isu yang berbangkit 

  • Mengatasi kelemahan-kelemahan dalaman umat Islam baik sebagai institusi, masyarakat atau individu; secara konsisten, sistematik dan serius, serta tidak asyik menyalahkan pihak lain semata-mata

No comments: