Program ini diadakan buat pertama kalinya oleh Persatuan Al-Islah Perlis dengan menjemput ahli jawatankuasa masjid-masjid serta wakil-wakil komuniti Kristian, Buddhisme Siam, Buddhisme Cina, Hinduisme, Sikhisme dan Persatuan Pendidikan Akhlak Chee Yang Khor Perlis. Sebagai umat Islam yang berpegang kepada manhaj Ahlis Sunnah Wal Jama’ah yang termaktub dalam Undang-undang Tubuh Negeri Perlis, Persatuan Al-Islah Perlis terpanggil untuk menganjurkan majlis ini dalam usaha mempromosikan dialog antara pelbagai agama dan budaya. Mengambil semangat bulan Ramadan, matlamat majlis ini adalah pengukuhan mengukuhkan kedamaian dan keharmonian di Negeri Perlis. Persatuan Al-Islah Perlis juga menawarkan Pusat Pengajian Persatuan di KM 1.2 ini sebagai pusat meningkatkan kefahaman umat Islam khususnya, serta penganut-penganut agama lain umumnya, terhadap peri pentingnya insiatif dialog antara pelbagai agama dan budaya di Negeri Perlis
No comments:
Post a Comment