03 August 2011

Al-Islah Dalam Berita


Persatuan Al-Islah Perlis muncul dalam berita Warta Perlis, sebuah akhbar maklumat untuk rakyat Perlis. Akhbar ini diberi secara percuma oleh kerajaan negeri Perlis sebagai suara rasmi pentadbiran. Berita yg dimaksudkan adalah seperti di bawah atau boleh dirujuk dalam akhbar Warta Perlis bil.78 (Mei 2011/1432H), halaman 12.
PERSATUAN AL-ISLAH LANCAR BUKU
Persatuan Al-Islah Perlis (Al-Islah) baru-baru ini melancarkan buku karya Yang Dipertuanya, Dato’ Alim Setia Ahmad Yusof Amin bertempat di Jalan Mata Ayer
.
Perlancaran dilakukan sendiri oleh Ahmad yang juga Ahli Majlis Agama Islam Negeri dengan disaksikan oleh ahli-ahli persatuan terbabit sekaligus mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ahmad berupa huraian rengkas mengenai kandungan yang dipaparkan dalam buku berkenaan
.
Buku itu diberi nama “Qalb” yang membawa maksud “hati” setebal 172 muka surat dihasilkan oleh Ahmad setelah membuat kajian selama dua tahun mengenai peranan “hati” dalam penghidupan manusia untuk menentukan sesuatu yang baik dan yang buruk
.
Semasa ditemui selepas majlis perlancaran Ahmad memberitahu, beliau mengambil keputusan untuk menghasilkan buku berkenaan bagi membuat huraian secara terperinci peranan hati kepada manusia kerana kebanyakan pandangan umum selama ini meletakkan tanggungjawab menentu sesuatu kepada otak yang boleh memikir
.
Buku berkenaan sesuai dibaca oleh semua peringkat pembaca khusus bagi pelajar-pelajar sekolah menengah dan pusat-pusat pengajian tinggi kerana ia merupakan perbincangan secara lengkap soal minda mengikut perspektif Islam
.

Katanya, sebaik sahaja buku berkenaan diterbitkan sebulan lalu, beliau telah menerima undangan daripada ibu pejabat Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) baru-baru ini yang mengundangnya memberi ceramah berdasar kepada kandungan dalam buku terbabit kepada pegawai-pegawai bahagian psaikologi daripada beberapa agensi kerajaan kerana ia mempunyai kaitan dengan bidang perkhidmatan.
Buku tersebut dijual dengan harga RM 19.00 senaskah di Semenanjung dan RM 22.00 senaskah di Sabah dan Sarawak boleh diperolehi di pejabat Al-Islah Jalan Mata Ayer ataupun di beberapa budah kedai buku sekitar bandar Kangar
.
Ahmad berkata beliau sedia menerima undangan daripada mana-mana pihak yang ingin beliau membuat kupasan mengenai kandungan buku terbabit kerana maklumannya amat berguna dalam menentukan pendirian manusia terhadap “hati” mereka sama ada mahu ke arah kebaikan atau sebaliknya. - Oleh Ramli Ismail

No comments: