disini,saya sedikit keliru tentang nilai fidyah..setakat ini saya sudah 5 hari tinggalkan puasa disebabkan alahan yang agak teruk diawal kehamilan..bererti saya perlu mberi makan 5kali kepada orang miskin.. sekiranya saya ingin memberi beras,berapa berat beras untuk 1kali?
syukran jazilan
- Orang yang telah tua yang tidak mampu untuk berpuasa
- Orang sakit yang tidak ada harapan untuk sembuh, orang yang mendapat sakit apabila ia berpuasa
- Orang yang bekerja berat/buruh kasar, yang tiada memperoleh pekerjaan selain yang demikian
- Perempuan hamil dan yang menyusukan anak (jika mereka bimbang akan keselamatan diri atau anak mereka), boleh juga rujuk di http://islahperlis.blogspot.com/2011/08/dalil-wanita-mengandung-dan-menyusu.html
Keempat-empat golongan ini diambil kefahamannya dari maksud firman Allah; Al-Baqarah ayat 184 [2:184]
وَعَلَى الَّذِيْنَ يُطِيْقُوْنَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِيْنٍ
Bagi orang-orang yang sulit melakukannya (berpuasa), hendaklah mereka membayar fidyah iaitu memberi makan seorang miskin
Imam Bukhari meriwayatkan daripada Atha’ bahawa ia mendengar Ibnu Abbas membaca ayat (bermaksud): - Bagi orang-orang yang sulit melakukannya (berpuasa), hendaklah mereka membayar fidyah iaitu memberi makan seorang miskin - Berkata Ibnu Abbas: “…….Yang dimaksudkan dalam ayat itu adalah orang tua lelaki dan perempuan yang tidak mampu menjalankan ibadah puasa, maka hendaklah ia memberi makan setiap harinya seorang miskin.” Diriwayatkan oleh Bukhari daripada Ibnu Abbas:
مَنْ اَدْرَكَهُ الْكِبَرُ فَلَمْ يَسْتَطِعْ صِيَامَ رَمَضَانَ فَعَلَيْهِ لِكُلِّ يَوْمٍ مُدٌّ مِنْ قَمْحٍ
Barangsiapa telah sangat tua yang tidak sanggup berpuasa Ramadhan, hendaklah ia memberi makan satu mud gandum untuk satu hari
Inilah pandangan yang shahih yang menjadi pegangan majoriti ulama. Pendapat ini juga menjadi pilihan Imam Bukhari, ia mengatakan, mengenai orang yang sudah tua jika ia tidak mampu menjalankan puasa, maka hendaklah ia membayar fidyah. Ini kerana Anas ketika telah tua pernah setahun atau dua tahun ia tidak berpuasa dan memberi makan roti dan daging kepada seseorang miskin setiap hari.
Atsar mu’allaq yang diriwayatkan oleh Bukhari telah disebutkan sanadnya oleh Al-Hafizh Abu Ya’la al-Mushili dalam musnadnya, dari Ayub bin Abu Tamimah: Anas tidak mampu menjalankan ibadah puasa lalu ia membuatkan bubur roti satu mangkuk besar, kemudian mengundang tiga puluh orang miskin dan memberinya makan.
Ulasan
Zahir ayat Al-Quran dan hadits-hadits tentang fidyah hanya menunjukkan perintah memberi makan seorang miskin (untuk satu hari puasa yang ditinggalkan bersamaan memberi makan seorang miskin). Umumnya dalil ini menunjukkan memadai diberi makan seorang miskin dengan satu kali makan untuk satu hari yang ditinggalkan. Dan kaedah memberi makan dengan makanan yang telah dimasak itu dipandang lebih selamat dan menepati zahir ayat dalam bab ini.
الله اعلم
No comments:
Post a Comment