10 August 2011

KEUTAMAAN RAMADHAN DAN AMALAN PADANYA SIRI 2



KEUTAMAAN RAMADHAN DAN AMALAN PADANYA SIRI 2
UNTUK MINIT 00:32:34 HINGGA 01:04:33
Hadits seterusnya yang menerangkan tentang keutamaan Ramadhan: Bersabda Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Muslim:
َلصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ وَالْجُمُعَةُ اِلَى الْجُمُعَةِ وَرَمَضَانُ اِلَى رَمَضَانَ مُكَفِّرَاتٌ لِمَا بَيْنَهُنَّ اِذَا اجْتُنِبَتِ الْكَبَائِرُ
Solat lima waktu, (solat) Jumaat ke (solat) Jumaat, Ramadhan ke Ramadhan yang lain adalah penghapus dosa antaranya apabila tidak di lakukan dosa dosa besar. Percayalah pada apa yang disampaikan oleh Muhammad saw kerana sesungguhnya dia adalah seorang utusan Allah yang menyampaikan kepada umatnya jalan menuju redha Allah dan memberi peringatan akan jalan yang dimurkai Allah. Mengikut petunjuk Muhammad saw bererti menuju redha Allah manakala menyalahi petunjuk Muhammad bererti mengundang murka Allah, Pencipta sekalian manusia.

عَنْ اَبِيْ مُوْسَى الأَشْعَرِيّ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ الله ص: مَثَلِيْ وَمَثَلُ مَا بَعَثَنِيَ اللهُ كَمَثَلِ رَجُلٍ أَتَى قَوْمًا، فَقَالَ: يَا قَوْمِ اِنِّيْ رَأَيْتُ الْجَيْشَ وَاِنِّيْ أَنَا النَّذِيْرُ الْعُرْيَانُ. فَالنَّجَاءُ، اَلنَّجَاءُ ! فَاَطَاعَتْهُ طَائِفَةٌ مِنْ قَوْمِهِ فَادْلَجُوْا وَانْطَلَقُوْا عَلَى مَهْلِهِمْ فَنَجَوْا، وَكَذَّبَتْهُ طَائِفَةٌ مِنْهُمْ فَاَصْبَحُوْا مَكَانَهُمْ فَصَبَّحَهُمُ الْجَيْشُ وَاَهْلَكَهُمْ وَاجْتَاحَهُمْ. فَذَلِكَ مَثَلُ مَنْ اَطَاعَنِيْ فَاتَّبَعَ مَا جِئْتُ بِهِ وَمَثَلُ مَنْ عَصَانِيْ وَكَذَّبَ مَا جِئْتُ بِهِ مِنَ الْحَقِّ
Daripada Abu Musa Al-Asy’ari ia berkata: Bersabda Rasulullah saw: Perumpamaan aku ini dan perumpamaan yang telah diutuskan oleh Allah kepadaku (Islam) seumpama seorang lelaki yang telah datang kepada suatu kaum lalu ia berkata: Wahai kaum, sesungguhnya aku telah melihat tentera (musuh) dan sesungguhnya aku ini seorang pemberi ingatan/ancaman yang telanjang bulat (ikhlas tanpa mempunyai apa-apa kepentingan diri) maka dari itu carilah perlindungan, carilah perlindungan (untuk keselamatan)! Maka segolongan dari kaum itu mengikutnya (mencari perlindungan) lalu datanglah mereka pada malam hari dan berangkatlah mereka dengan perlahan-lahan lantas mereka selamat (dari serangan musuh), manakala segolongan lainnya mendustakannya dan mereka tetap di tempat mereka, maka pada pagi hari datanglah tentera musuh kepada mereka dan membinasakan serta menghancurkan mereka. Yang sedemikian itulah orang yang mengikut lalu menuruti contoh apa-apa yang telah aku datangkan kepadanya dan perumpamaan orang yang menderhakai aku dan mendustakan apa-apa yang telah aku datangkan kepadanya dari kebenaran.

Hadits Bukhari & Muslim

قَالَ رَسُوْلُ الله ص:
يَآ اَيُّهَا النَّاسُ قَدْ اَظَلَّكُمْ شَهْرٌ عَظِيْمٌ مُبَارَكٌ شَهْرٌ فِيْهِ لَيْلَةٌ خَيْرٌ مِنْ اَلْفِ شَهْرٍ، شَهْرٌ جَعَلَ اللهُ صِيَامَهُ فَرِيْضَةً وَقِيَامَهُ تَطَوُّعًا، مَنْ تَقَرَّبَ فِيْهِ بِخَصْلَةِ مِنَ الْخَيْرِ كَانَ كَمَنْ اَدَّى فَرِيْضَةً فِيْمَا سِوَاهُ وَمَنْ اَدَّى فَرِيْضَةً فِيْهِ كَانَ كَمَنْ اَدَّى سَبْعِيْنَ فَرِيْضَةً فِيْمَا سِوَاهُ...
Bersabda Rasulullah saw: Wahai manusia, sesungguhnya kamu akan dinaungi oleh satu bulan yang agung lagi berkat iaitu satu bulan yang padanya terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan, bulan yang Allah jadikan puasa padanya sebagai satu kefardhuan dan qiyam di malam harinya suatu tathauwu’ (sunat). Barangsiapa mendekatkan dirinya kepada Allah dengan suatu pekerjaan kebajikan di dalamnya (dalam bulan tersebut yakni Ramadhan) samalah dia dengan orang yang menunaikan satu fardhu di bulan yang lain. Barangsiapa menunaikan satu fardhu di dalam bulan Ramadhan, samalah dia dengan orang yang mengerjakan tujuh puluh fardhu di bulan yang lain…. Riwayat Ibnu Khuzaimah KEUTAMAAN RAMADHAN DAN AMALAN PADANYA Keutamaan Ramadhan dan amalan padanya. Antara amalan-amalan lain yang dilakukan di bulan Ramadhan selain dari berpuasa yang diwajibkan ke atas setiap yang beragama Islam, dianjurkan bagi kita mengadakan qiyam ramadhan (menghidupkan malam Ramadhan dengan ibadah seperti solat terawih dan membaca Al-Quran). 1. Mengadakan qiyam ramadhan. Bersabda Rasulullah saw:
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ اِيْمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ. وَمَنْ قَامَ رَمَضَانَ اِيْمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ. وَمَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ اِيْمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Barangsiapa berpuasa Ramadhan kerana iman dan mengharapkan pahala nescaya ia diampuni dari dosanya yang telah lalu. Barangsiapa mengadakan qiyam Ramadhan kerana iman dan mengharapkan pahala maka ia diampuni dari dosanya yang telah lalu. Dan barangsiapa berqiyam pada malam Qadr (Lailatul Qadr) kerana iman dan mengharapkan pahala nescaya ia diampuni dari dosanya yang telah lalu.
Hadits shahih MuttafaqAlaih 2. Membaca Al-Quran. Sabda Rasulullah saw:

اَلصِّيَامُ وَالْقُرْآنُ يَشْفَعَانِ لِلْعَبْدِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يَقُوْلُ الصِّيَامُ اَيْ رَبِّيْ مَنَعْتُهُ الطَّعَامَ وَالشَّهَوَاتِ بِالنَّهَارِ فَشَفِّعْنِيْ فِيْهِ وَيَقُوْلُ الْقُرْآنُ مَنَعْتُهُ النَّوْمَ بِاللَّيْلِ فَشَفِّعْنِيْ فِيْهِ فَيُشَفَّعَانِ.
Puasa dan Al-Quran akan memberi syafaat kepada seseorang hamba Allah pada hari kiamat. Puasa berkata : Wahai Tuhanku ! Akulah yang menahannya dari memakan makanan dan memenuhi keinginan hawa nafsu di siang hari, maka terimalah syafaatku padanya dan Al-Quran berkata : Aku telah menahannya untuk tidur di malam hari maka terimalah syafaatku padanya lalu kedua duanya di terima (syafaat puasa dan syafaat Al-Quran)” Hadits shahih riwayat Ahmad dan Al-Hakim. Inilah pentingnya kita menjaga puasa itu, dilakukan dengan jujur dan ikhlas kerana puasa itu memberikan syafaatnya kepada kita dan disampaikan/dipohon kepada Allah agar menerima syafaatnya. Dan apabila pada malamnya kita berjaga dengan membaca Al Quran, berterawih yang dalamnya kita baca Al-Quran dengan betul sebutannya, panjang pendeknya maka Al-Quran juga akan memohon pada Allah agar ianya diizinkan memberi syafaat pada pembacanya. Untuk memperoleh syafaat puasa, perlulah kita mengerjakannya dengan benar sebagaimana yang diperintahkan syariat. Demikian juga untuk memperoleh syafaat Al-Quran, perlu kita memenuhi peraturan-peraturannya. Sebutan hurufnya perlu dijaga supaya tidak menyimpang dari makna asalnya, di samping itu perlu kita berusaha untuk memahami dan mengamalkan isi kandungan Al-Quran kerana Al-Quran itu bukan semata-mata untuk dibaca akan tetapi ianya sebagai pedoman umat Islam. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 2 [2:2]:
ذَلِكَ الْكِتَابُ لاَ رَيْبَ فِيْهِ هُدًى لِلْمُتَّقِيْنَ
Kitab itu (Al-Quran) tidak ada keraguan padanya, menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa Bagaimanakah kita akan mendapat panduan Al-Quran jika kita tidak memahami isi kandungannya? Maka awaslah! Jangan sampai Al-Quran itu menjadi hujjah ke atas kita di mana jika kita perhatikan banyak di kalangan umat Islam yang membaca Al-Quran akan tetapi ianya tidak membawa apa-apa manfaat kepada pembacanya. Saban hari lidahnya menuturkan kalam Allah namun saban hari jugalah ia mengingkari dan melakukan maksiat, menderhakai Allah. Dalam bab ini, telah bersabda Rasulullah saw:
الطُّهُوْرُ شَطْرُ الاِيْمَانِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ تَمْلأُ الْمِيْزَانَ وَسُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ تَمْلأُ مَا بَيْنَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ وَالصَّلاَةُ نُوْرٌ وَالصَّدَقَةُ بُرْهَانٌ وَالصَّبْرُ ضِيَاءٌ وَالْقُرْآنُ حُجَّةٌ لَكَ اَوْ عَلَيْكَ ...
Kebersihan itu sebahagian dari iman, (mengucapkan) ‘Alhamdulillah’ pahalanya sepenuh timbangan, (mengucapkan) ‘Subhanallah wal hamdulillahpahalanya sepenuh ruang antara langit dan bumi, solat itu cahaya, sedekah itu adalah bukti, sabar itu adalah sinar, Al-Quran itu akan menjadi hujah (alasan) bagimu atau alasan yang ditujukan kepadamu…. Hadits riwayat Muslim
قَالَ رَسُوْلُ الله ص: اَمَّا بَعْدُ اَلاَ اَيُّهَا النَّاسُ فَاِنَّمَا اَنَا بَشَرٌ يُوْشِكُ اَنْ يَأْتِيَنِى رَسُوْلُ رَبِّيْ فَاُجِيْبُ وَاَنَا تَارِكٌ فِيْكُمْ ثَقَلَيْنِ: اَوَّلُهُمَا كِتَابُ اللهِ فِيْهِ الْهُدَى وَالنُّوْرُ مَنِ اسْتَمْسَكَ بِهِ وَاَخَذَ بِهِ كَانَ عَلَى الْهُدَى وَمَنْ اَخْطَأَهُ ضَلَّ فَخُذُوْا بِكِتَابِ اللهِ وَاسْتَمْسِكُوْا بِهِ
Bersabda Rasulullah saw: Adapun kemudian dari itu, ketahuilah wahai sekalian manusia bahawa aku ini tidak lain melainkan manusia, hampir datang kepadaku Pesuruh Tuhanku lalu aku memperkenankan. Dan aku akan meninggalkan padamu sekalian dua perkara yang berat, satu dari keduanya ialah kitab Allah, yang di dalamnya berisi petunjuk dan cahaya penerang. Barangsiapa berpegang teguh, mengambilnya menjadi pedoman adalah di atas petunjuk. Dan barangsiapa yang menyalahinya tentu sesatlah ia, maka dari itu kamu peganglah kitab Allah dan berpegang teguhlah kamu kepadanya. Hadits riwayat Ahmad & Muslim
عَنْ جَابِرٍ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ الله ص: اَلْقُرْآنُ شَافِعٌ مُشَفَّعٌ وَمَاحِلٌ مُصَدَّقٌ مَنْ جَعَلَهُ اَمَامَهُ قَادَهُ اِلَى الْجَنَّةِ وَمَنْ جَعَلَهُ خَلْفَهُ سَاقَهُ اِلَى النَّارِ
Daripada Jabir ia berkata: Bersabda Rasulullah saw: Al-Quran itu penolong yang diterima pertolongannya, dan pembela yang dibenarkan, barangsiapa yang menjadikan ia (Al-Quran) di mukanya, ia (Al-Quran) menuntunnya ke syurga dan barangsiapa yang menjadikan Al-Quran itu di belakangnya, ia memandunya ke neraka Hadits riwayat Ibnu Hibban 3. Memberi makan orang yang berpuasa. Daripada Zaid bin Khalid al-Juhani, telah bersabda Rasulullah saw.:

مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ اَجْرِهِ لاَ يَنْقُصُ مِنْ اَجْرِ الصَّائِمِ شَيْءٌ
Siapa menjamu orang berbuka (puasa), maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa, sedang pahala orang yang berpuasa tidak kurang sedikitpun.” Hadits Sahih Riwayat Turmidzi, Nasaei, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban. Sebuah hadits dari Abdullah bin Zubair bermaksud :
اَفْطَرَ عِنْدَكُمْ الصَّائِمُوْنَ وَاَكَلَ طَعَامَكُمْ الأَبْرَارُ وَصَلَّتْ عَلَيْكُمُ الْمَلاَئِكَةُ
Orang berpuasa telah berbuka di sisi kamu dan orang orang yang baik telah makan makanan kamu dan para Malaikat telah bersalawat atas kamu.” H.R. oleh Ibnu Majah. Bersabda Rasulullah saw:
مَنْ فَطَّرَ فِيْهِ صَائِمًا كَانَ مَغْفِرَةً لِذُنُوْبِهِ وَعِتْقَ رَقَبَتِهِ مِنَ النَّارِ وَكَانَ لَهُ مِثْلُ اَجْرِهِ مِنْ غَيْرِ اَنْ يَنْقُصَ مِنْ اَجْرِهِ شَيْءٌ
Barangsiapa memberi makan orang yang berpuasa (memberi makanan untuk berbuka puasa) maka ianya adalah pengampunan bagi dosanya dan kebebasan dirinya dari neraka, dan adalah baginya pahala seperti pahala orang yang mengerjakan puasa itu tanpa dikurangkan sedikitpun pahala puasa mereka. Riwayat Ibnu Khuzaimah Demikianlah amalan-amalan dan ganjaran-ganjaran yang ditawarkan di bulan Ramadhan ini sebagai satu galakan kepada setiap umat Islam untuk melaksanakannya. Maka seruan saya, rebutlah peluang yang ditawarkan oleh Allah bahawa setiap tawaran yang dijanjikan Allah sedikitpun tidak akan merugikan kita melainkan keuntungannya akan kembali kepada kita jua. Lakukanlah amal ibadat sekadar kemampuan kita dan ikhlaskan amalan tersebut semata-mata mengharapkan keredhaan Allah

No comments: