12 August 2011

Dalil/Hujah Wanita Hamil Dan Menyusu Anak Boleh Berbuka & Tidak Wajib Qadha



Sebagaimana hadits yang telah kita bincangkan pada pelajaran yang lalu bahawa berpuasa pada bulan Ramadhan itu adalah satu kewajipan/perintah daripada Allah ke atas setiap manusia yang mengaku dirinya Islam, apabila ia telah menepati syarat syarat wajib berpuasa, maka wajib baginya berpuasa. Jadi sebelum kita meneruskan tajuk kita dengan lebih jauh suka saya mengajak diri saya juga hadirin sekalian mengulang kaji dari hal puasa terutamanya darihal syarat syarat wajib puasa. Apakah antara syarat syarat wajib berpuasa?

1. Tidak
mengandung dan menyusukan anak. Wanita yang mengandung atau yang sedang menyusukan anaknya tidak di wajibkan berpuasa. Ini beralasankan hadits dari Anas bin Malik r.a., ia berkata Rasulullah saw. bersabda :

اِنَّ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ وَضَعَ عَنِ الْمُسَافِرِ الصَّوْمَ وَشَطْرَ الصَّلاَةِ وَعَنِ الْحُبْلَى وَالْمُرْضِعِ الصَّوْمَ

Bahawasanya Allah Azza wa Jalla membebaskan orang musafir dari kewajipan berpuasa dan menggugurkan separuh solat (qasar) dan menggugurkan kewajipan berpuasa dari orang hamil dan yang menyusukan anak.”
Hadits shahih riwayat Al-Khamsah.

Menurut Ibnu Umar dan Ibnu Abbas r.a. jika wanita wanita tersebut khuatir akan membahayakan diri mereka sendiri dan anaknya, bolehlah mereka berbuka. Hadirin, itulah kelonggaran yang di berikan oleh Allah kepada kaum wanita. Dalam sebuah hadits At-Thabari meriwayatkan kata-kata daripada Ibnu Abbas r.a. yang berbunyi :

اِذَا خَافَتِ الْحَامِلُ عَلَى نَفْسِهَا وَالْمُرْضِعُ عَلَى وَلَدِهَا فِيْ رَمَضَانَ، يُفْطِرَانِ وَيُطْعِمَانِ مَكَانَ كُلِّ يَوْمٍ مِسْكِيْنًا وَلاَ يَقْضِيَانِ صَوْمًا

Jika orang hamil takut akan keselamatan dirinya apabila berpuasa dan orang yang menyusukan anaknya khuatir akan keselamatan anaknya dalam bulan Ramadhan, keduanya duanya berbuka dan memberi makan seorang miskin pada tiap tiap hari dan kedua duanya tidak mengqadha puasanya.” Hadits shahih riwayat At-Thabari.

Dan dari Said bin Jubair meriwayatkan daripada Ibnu Abbas dan Ibnu Umar r.a. katanya :

اَلْحَامِلُ وَالْمُرْضِعُ تَفْطِرُ وَلاَ تُقْضِيْ

Wanita yang mengandung dan yang menyusukan anaknya boleh berbuka dan tidak wajib qadha.” Hadits shahih riwayat Ad-Daruquthni.

Dari Nafi’yang ia meriwayatkan dari Ibnu Umar r.a. yang berbunyi :

اَنَّ اِمْرَاَتَهُ سَأَلَتْهُ وَهِيَ حُبْلَى فَقَالَ: اَفْطِرِيْ وَاَطْعِمِيْ عَنْ كُلِّ يَوْمٍ مِسْكِيْنًا وَلاَ تُقْضِيْ

Bahawasanya isterinya yang sedang mengandung bertanya kepadanya maka beliau menjawab : Hendaklah engkau berbuka puasa dan memberi makan orang miskin bagi tiap tiap hari dan engkau tidak mengqadhanya.” Hadits shahih riwayat Ad-Daruquthni.

Imam imam mazhab pula berbeza pendapat dalam masalah ini dan saya rasa eloklah kita perincikan untuk pengetahuan kita bersama. Pada pandangan mereka wanita yang khuatir jika berpuasa akan menyebabkan kemudharatan boleh berbuka dengan caranya :
Mazhab Hanafi berpandangan kedua-dua wanita ini boleh berbuka dan wajib ke atas mereka mengqadhakan puasa dan tidak perlu membayar fidyah.
Mazhab Maliki berpandangan wajib mengqadhakan puasa dan membayar fidyah bagi wanita yang menyusukan anak tetapi yang hamil cukup sekadar mengqadhakannya.
Mazhab Syafei pula berpandangan jika wanita yang hamil atau menyusukan anak khuatir akan keselamatan diri kedua duanya (wanita hamil / wanita menyusukan anak)dan anak anaknya sahaja maka wajib mengqadhakan puasanya. Tetapi jika hanya khuatir keselamatan anak anak sahaja maka mereka wajib qadha dan fidyah.
Mazhab Hambali pula berpandangan jika wanita hamil dan menyusukan anak, jika berpuasa di khuatiri akan menyebabkan bahaya keselamatan diri kedua duanya dan anak kedua duanya, atau keselamatan diri kedua duanya sahaja maka mereka boleh berbuka dan wajib mengqadha puasanya, tetapi jika hanya khuatir keselamatan anak anak sahaja maka wajib membayar fidyah.
RUJUKAN : KESEMPURNAAN IBADAH PUASA-DRS. ABDUL GHANI AZMI-M.S. - 176.

Kesimpulannya.
Kita telah melihat penjelasan dari sahabat Rasulullah saw. dari bab tersebut iaitu kelonggaran bagi wanita yang mengandung dan menyusukan anak untuk berbuka dan sekian banyak hadits menceritakan (selain hadits yang ada dalam teks ini ada lagi hadits lain yang sejalan dan sahih) tidak wajib qadha tetapi hendaklah membayar fidyah dan kita juga telah menghuraikan darihal pandangan ulama 4 mazhab (Hanafi, Maliki, Syafie & Hanbali) maka menurut ilmu haditspendirian atau penilaian yang lebih wajar dipegang iaitulah sebagaimana berikut:
Perawi yang lebih dekat hubungannya dengan Nabi saw dimenangkan/diutamakan dari yang jauh
Perawi yang termasuk kibar ash-shahabah (sahabat Rasulullah saw yang besar) diutamakan dari yang shighar ash-shahabah (sahabat Rasulullah saw yang kecil)

Iaitulah keterangan-keterangan atau perkataan / fatwa daripada sahabat Rasulullah saw itu lebih diutamakan dari yang lainnya - yang dekat dengan Rasulullah saw. kita dahulukan pada yang jauh.. Ini bertepatan dengan sepotong hadits Rasulullah saw:

فَاِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ فَسَيَرَى اخْتِلاَفًا كَثِيْرًا فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِيْ وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِيْنَ الْمَهْدِيِّيْنَ عَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ

Maka sesungguhnya barangsiapa yang hidup di kalangan kamu (berumur panjang) nescaya dia akan melihat perselisihan yang banyak, oleh kerana itu kalian wajib berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah khalifah-khalifah Ar-Rasyidin yang diberi petunjuk
Hadits riwayat Ahmad, Abu Daud, Tirmizi, Ibnu Majah

Dalam sepotong hadits yang lain, bersabda Rasulullah saw:

خَيْرُ الْقُرُوْنِ قَرْنِيْ ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُوْنَهُمْ ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُوْنَهُمْ

Sebaik-baik zaman adalah zamanku, kemudian zaman sesudahnya, kemudian zaman sesudahnya. Hadits riwayat Muslim dalam Kitab Fadhail al-Shahabah



2. Tidak berhaid dan bernifas. Wanita yang datang padanya haid atau dalam keadaan nifas maka tidak perlu kepada berpuasa. Jika ia berpuasa sehingga hampir berbuka contohnya 7.00 petang tiba tiba datang haid maka batallah puasanya dan wajib bagi mereka mengqadha (menunaikan) di masa yang ia boleh berpuasa. Berkata Aisyah:

كُنَّا نَحِيْضُ عَلَى عَهْدِ رَسُوْلِ الله ص فَنُؤْمَرُ بِقَضَاءِ الصَّوْمِ وَلاَ نُؤْمَرُ بِقَضَاءِ الصَّلاَةِ

“Kami kedatangan haid (di bulan Ramadhan) pada zaman Rasulullah saw., kami di suruh mengqadhakan puasa dan tidak di suruh mengqadhakan solat.”

Hadits sahih di riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

6 comments:

eima said...

minta maaf klu aku salah tp 5 ramadhan ari tu aku ade hadir ceramah Dato' Hassan Din di KPM ... ade peserta bertanya ttg hal ni ... jwpan dato' adalah wajib qadha dan fidyah ..alasan kerana Rasulullah tidak penah bersabdha kelonggaran meningalkan posa utk wanita hamil dan nyusukan anak .... kelonggarn diberi kpd org sakit, musafir dll

SYUHADA WAHI said...

kita ikut Mazhab Syafie kan??... so, fikir2lah sendiri... betul tak? heheh

Haifa1909 said...

Salam, kita bole ikut Al-Quran dan As-sunnah, x semestinya kalau kit mazhab syafie kene ikut 100% mazhab tu shj... kalau tak, dlm mazhab syafie wanita wajib menutup seluruh anggota termasuk MUKA, maknanya semua wanita malaysia yg beragama islam kene pakai purdah, tapi kita tak pakai kan? betul tak?

Haifa1909 said...

dalil dr quran dan sunnah lebih utama drpd buku mazhab imam masing2...

Ogy Labouchee said...

tapi sajer laa nak tanya .. saya pun jahil.. kalau kita tak payah ikut mazhab.. so boleh ke kita ikut yang paling mudah je untuk kita.. bukan setakat puasa.. contohnya dalam solat ke .. atau benda-benda lain?

Haifa1909 said...

sy pun bukannya alim.. cuma, Nabi saw ade sebut, kalau banyak keraguan kembali pada Quran dan hadis, ade lagi sebut, ummat islam akan berpecah kepada beberapa bhg, hanya satu yg betul iaitu yg ikut quran dan sunnah... pada sy, asalkan yg kit aikut tu ada hadis sahih, takde masalah.. x kisah la mazhab ape, pada sy, (ini pendapat sy, bukan nak kata org lain salah) sbb sy da belajar agama dlm 50% syafie yg mana yg sy tahu.. so ape yg sy tahu tu sy ikut.. tapi x semestinya 100% syafie, sbb siapa pernah baca buku mazhab syafie tentang semua hal? kalau die pernah baca banyak mende yg kita x ikut pon semenanye.. so? adakah kita berdosa (contoh: x pakai purdah)?