29 July 2011

Puasa : Hebatnya Jiwa Yg Bersyukur & Persediaan Fizikal Utk Berpuasa




Kehebatan Jiwa Yang Bersyukur
1. Tidak Gelisah, putus asa jauh dari penyakit mental.

2. Ditakuti syaitan, dalam surah Al-Araf : Ayat 17

"Kemudian aku akan mendatangi mereka dari hadapan dan belakang mereka, dari kanan dan kiri dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan dari mereka yang bersyukur"


Persediaan-persediaan Berpuasa Mengikut Sunnah
1. Makan, minum jangan berlebihan (Surah Al-Araf : 31)

2. Makan mengikut sunnah

“ Anak Adam itu tidak memenuhi suatu bekas yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak Adam itu beberapa suap yang dapat meluruskan tulang belakangnya (memberikan kekuatan kepadanya). Sekiranya tidak dapat, satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan.”

Hadis riwayat Tirmizi, katanya: hadis ini hasan sahih.
Al-Hafiz Ibn Hajar Al-‘Asqalani dalam Fath Al-Bari menyatakan hadis ini hasan.


3. Berbuka mengikut sunnah: Menyegerakan berbuka apabila masuk waktu atau disebut ta’jil al-Iftar. Ini berdasarkan hadis-hadis yang menyebut perkara ini, antaranya: Daripada Sahl bin Sa’ad bahawa Rasulullah saw bersabda :
“Manusia sentiasa dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puasa”

Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim.


4. Berbuka puasa dengan rutab atau tamar atau air. Rutab ialah buah kurma yang telah masak sebelum menjadi tamar kering. Di dalam hadis daripada Anas katanya :
“ Bahawa Rasulullah saw berbuka puasa dengan beberapa biji rutab sebelum bersolat. Sekiranya tiada rutab maka dengan beberapa biji tamar dan sekiranya tiada tamar, maka Baginda minum beberapa teguk air.

Riwayat Imam Ahmad dan Tirmizi, katanya hadis ini hasan.



No comments: