25 April 2013
19 April 2013

Imam Masjid Nabawi kunjungi Malaysia mulai esok
18 April 2013
KUALA LUMPUR - Imam dan khatib Masjid Nabawi, Fadhilatul Al-Syeikh Solah Muhammad Al-Budair, akan berada di negara ini mulai esok sehingga 4 Mei ini sebagai tetamu kerajaan Malaysia.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustapha berkata Fadhilatul Al-Syeikh Solah akan berada di beberapa lokasi di negara ini sepanjang kunjungannya itu antaranya mengimamkan solat Zohor di Masjid As-Syakirin, KLCC pada Sabtu ini.
Beliau juga akan memimpin solat Jumaat dan menyampaikan tazkirah Jumaat di Masjid Negara dan Masjid Putra, Putrajaya masing-masing pada 26 April dan 3 Mei, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sepanjang berada di negara ini, Fadhilatul Al-Syeikh Solah juga dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan mengadakan kunjungan hormat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selain bertemu anggota Muzakarah Jawatankuasa Fatwa peringkat kebangsaan.
Pada 24 April, Fadhilatul Al-Syeikh Solah dijadual menyampaikan 'executive talk' di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
"Kehadiran beliau ke Malaysia diharapkan dapat mengeratkan lagi hubungan Malaysia dengan kerajaan Arab Saudi dalam pembangunan hal ehwal Islam di negara ini," katanya.
Fadhilatul Al-Syeikh Solah merupakan imam dan khatib Masjid Nabawi sejak 1999 sehingga kini dan merupakan hakim Mahkamah Agung Madinah.
Beliau juga pernah memangku Imam Besar Masjid Nabawi dari 2011 hingga 2012 dan pernah menjadi Imam tarawih Masjidil Haram pada 2005 dan 2006.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustapha berkata Fadhilatul Al-Syeikh Solah akan berada di beberapa lokasi di negara ini sepanjang kunjungannya itu antaranya mengimamkan solat Zohor di Masjid As-Syakirin, KLCC pada Sabtu ini.
Beliau juga akan memimpin solat Jumaat dan menyampaikan tazkirah Jumaat di Masjid Negara dan Masjid Putra, Putrajaya masing-masing pada 26 April dan 3 Mei, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sepanjang berada di negara ini, Fadhilatul Al-Syeikh Solah juga dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan mengadakan kunjungan hormat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selain bertemu anggota Muzakarah Jawatankuasa Fatwa peringkat kebangsaan.
Pada 24 April, Fadhilatul Al-Syeikh Solah dijadual menyampaikan 'executive talk' di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
"Kehadiran beliau ke Malaysia diharapkan dapat mengeratkan lagi hubungan Malaysia dengan kerajaan Arab Saudi dalam pembangunan hal ehwal Islam di negara ini," katanya.
Fadhilatul Al-Syeikh Solah merupakan imam dan khatib Masjid Nabawi sejak 1999 sehingga kini dan merupakan hakim Mahkamah Agung Madinah.
Beliau juga pernah memangku Imam Besar Masjid Nabawi dari 2011 hingga 2012 dan pernah menjadi Imam tarawih Masjidil Haram pada 2005 dan 2006.
- Bernama
16 April 2013
Negara perlu institusi pendidikan menyeluruh - Tuanku Faizuddin
KUALA LUMPUR 15 April - Negara memerlukan institusi pendidikan yang mampu membina generasi berpengetahuan menyeluruh.
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, usaha itu hanya dapat dicapai menerusi pendidikan daripada seawal usia kanak-kanak dan berterusan sehingga ke peringkat pengajian tinggi.
Hal ini titah baginda, berdasarkan pendapat bahawa pendidikan awal dan prasekolah memainkan peranan penting dalam pembentukan sahsiah serta peribadi kanak-kanak.
"Ini boleh dilaksanakan menerusi pendekatan mengikut keperluan semasa dengan mendedahkan pelajar dan tenaga pengajar untuk menerapkan penggunaan kaedah yang kreatif dan inovatif.
"Pada masa sama, penyatuan pelbagai latarbelakang masyarakat tidak mengira bangsa dan agama menjadi suatu komuniti harmoni dan pembangunan sukatan pelajaran yang memenuhi piawaian antarabangsa haruslah diimplementasikan," titah baginda.
Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Wisma Smart Reader I dan II di sini hari ini.
Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Smart Reader Worldwide Sdn. Bhd., Dr. Richard Ong.
Smart Reader merupakan institusi pendidikan prasekolah swasta yang sehingga kini mempunyai sebanyak 300 cawangan di Malaysia selain turut mengembangkan operasinya di seluruh dunia.
Dalam pada itu, baginda bertitah, kewujudan Smart Reader mampu membangunkan generasi yang berdaya saing dalam usaha menjadikan Malaysia antara negara berpendapatan tinggi.
Seramai 100 kanak-kanak kurang berkemampuan dari Yayasan Tuanku Syed Putra telah ditaja oleh Smart Reader untuk menerima pendidikan prasekolah percuma di institusi tersebut melalui program Seorang Anak Sebesar Harapan.
Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130416/dn_06/Negara-perlu-institusi-pendidikan-menyeluruh---Tuanku-Faizuddin#ixzz2QbvzHcgD
© Utusan Melayu (M) Bhd
10 April 2013
PNB sumbang zakat perniagaan lebih 1.3j kepada Maips
10 April 2013
KANGAR - Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini menyampaikan sumbangan zakat perniagaan berjumlah RM1.379 juta kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (Maips).
Cek zakat itu diserahkan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNB Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman kepada Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bagi pihak MAIPs, di Istana Arau.
Perlis ialah negeri kedua yang menerima zakat perniagaan PNB tahun ini selepas Negri Sembilan yang menerima sebanyak RM3.515 juta baru-baru ini.
Menurut kenyataan media PNB hari ini, zakat perniagaan itu membabitkan tahun kewangan 2010, 2011 dan 2012 kumpulan PNB, tetapi tidak meliputi agihan pendapatan untuk pemegang unit amanah yang melabur dalam tabung yang dikendalikan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).
PNB dalam kenyataan itu turut menasihati pemegang akaun dalam tabung kedalian ASNB supaya menjelaskan sendiri zakat bagi pelaburan dalam setiap unit amanah berkenaan.
Turut berangkat pada majlis itu ialah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail serta Ketua Pegawai Eksekutif Maips Malik Hussin. - Bernama
09 April 2013
MAIPs sumbang RM10,000 kepada balu Allahyarham Zulkifli
KANGAR 9 April - Kata orang 'berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul'.
Begitulah yang dialami oleh Noraziah Noor, balu Asisten Supritendan Zulkifli Mamat, pegawai polis komando VAT 69 yang terkorban dalam pertempuran dengan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu, Sabah baru-baru ini.
Namun, sebagai rakyat negara ini yang bertanggungjawab dan prihatin, seharusnya masyarakat turut membantu meringankan beban yang ditanggung oleh Noraziah, 30, dan keluarganya.
Atas rasa tanggungjawab itu, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) turun padang memberi sumbangan RM10,000 kepada Noraziah untuk membantu meringankan diri dan keluarganya untuk menjalani kehidupan seharian.
Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan menyampaikan sumbangan tersebut bagi pihak MAIPs dalam satu majlis ringkas di rumah keluarga Noraziah di Kampung Sena, di sini semalam.
Tuanku Lailatul Shahreen juga berkenan meluangkan masa bertanya khabar serta beramah mesra dengan Noraziah dan keluarganya.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Abdul Malik Hussin dan Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Zull Aznam Haron.
Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130410/dn_08/MAIPs-sumbang-RM10000-kepada-balu-Allahyarham-Zulkifli#ixzz2Q275Gkl7
© Utusan Melayu (M) Bhd
08 April 2013
Raja Muda Mahu Wataniah Semai Semangat Nasionalisme
Dan Kenegaraan.
KANGAR, 7 April (bernama) – Raja Muda
Tuanku Faizuddin Putra Jamalullail mahu askar Wataniah menjadi agensi utama
dalam menyemai semangat nasionalisme dan kenegaraan kepada masyarakat selain
menjadi benteng pertahanan nombor dua negara.
Menurut baginda, rakyat yang mempunyai
semangat nasionalisme dan kenegaraan pasti akan sentiasa berperanan membantu
mempertahankan negara daripada sebarang bentuk ancaman.
Merasmikan pelancaran Latihan Askar
Wataniah 2013 di perkarangan Stadium Utama Kangar di Kangar, Ahad, baginda
bertitah pasukan keselamatan tidak boleh melaksanakan kesemua tugas
mempertahankan negara dengan sempurna tanpa kerjasama masyarakat.
“Sejarah membuktikan bahawa kekuatan
rakyat adalah factor utama yang akan menjamin kesejahteraan berterusan sesebuah
negara,”titah baginda yang juga Komander Ragimen 504 Askar Wataniah.
Tuanku Syed Faizuddin mahu seluruh warga
askar Wataniah di segenap pelusuk negara bersiap siaga menjadi sebagai ‘1st
wave respondent’ (responden gelombang pertama) dalam apa jua keadaan sekiranya
berlaku sebarang konflik atau pencerobohan di kawasan masing-masing.
“Antara yang boleh dilakukan ialah
mendapatkan sebanyak mungkin maklumat ataupun perisikan tentang ancaman pihak
musuh termasuk kekuatan, persenjataan, kedudukan, pengenalan atau identity,
motif dan hasrat mereka, atur gerak dan sebagainya,”titah baginda.
Menurut
baginda, sebarang maklumat perlu disalurkan kepada pihak berwajib terutama unit
tentera tetap yang paling berhampiran.
Baginda berharap setiap angota askar
Wataniah sentiasa mengutamakan keselamatan diri dan keluarga sepanjang masa
dalam usaha memburu maklumat mengenai ancaman tertentu.
Sebelum itu ketibaan baginda yang
diiringi Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil disambut
Panglima Briged Sempadan, Brig Jen Datuk Mohd Ramli Jaafar dan Timbalan
Komander Rejimen 504 Askar Wataniah, Lt Kol Zulfakar Abdul Wahid.
--BERNAMA
Semai semangat nasionalisme

TUANKU SYED FAIZUDDIN (tengah) dan Tuanku Lailatul Shahreen (tiga dari kanan) mencuba makanan ala tentera selepas pelancaran Latihan Askar Wataniah 2013 di Kangar semalam.
KANGAR - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (gambar) mahu askar wataniah menjadi agensi utama dalam menyemai semangat nasionalisme dan kenegaraan kepada masyarakat selain menjadi benteng pertahanan nombor dua negara.
Menurut baginda, rakyat yang mempunyai semangat nasionalisme dan kenegaraan pasti akan sentiasa berperanan membantu mempertahankan negara daripada sebarang bentuk ancaman.
Baginda bertitah, pasukan keselamatan tidak boleh melaksanakan kesemua tugas mempertahankan negara dengan sempurna tanpa kerjasama masyarakat.
"Sejarah telah membuktikan bahawa kekuatan rakyat adalah faktor utama yang akan menjamin kesejahteraan berterusan sesebuah negara," titah baginda.
Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Pelancaran Latihan Askar Wataniah 2013 di pekarangan Stadium Utama Kangar di sini semalam.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0408&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_24.htm#ixzz2Pu5kzIAY
Hakcipta terpelihara
Subscribe to:
Posts (Atom)


