28 May 2012

SINAR HARIAN: Surat mufti ‘tak laku’


Surat mufti ‘tak laku’KANGAR - Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya terkejut apabila mendapati surat sokongan beliau dalam kes permohonan menasabkan anak oleh seorang bapa, Mohd Noor Akhmal Mat Isa, 27, dianggap ‘tidak laku’ oleh Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN) Perlis.

Dr Juanda berkata, jabatan kerajaan itu sepatutnya menerima surat sokongan daripada jabatan kerajaan lain terlebih dahulu sebelum mempertimbangkan sama ada untuk menerima atau menolak permohonan yang disertai surat sokongan itu.

Menurutnya, Perlis memperakui anak yang lahir kurang enam bulan daripada perkahwinan yang boleh dinasabkan oleh bapanya berdasarkan fatwa negeri Perlis yang dikeluarkan pada tahun 2008.

“Sekiranya anak itu tidak dinafikan nasab oleh bapanya kita terima pengakuan tersebut iaitu anak berkenaan boleh dibinkan kepada bapanya.

“Sebelum ini, saya mengeluarkan banyak surat sokongan seperti itu kepada ramai pemohon di seluruh negara sebelum ini yang mana diterima untuk diproses di JPN lain kecuali di Perlis,” katanya sewaktu ditemui media di pejabatnya di sini lewat petang kelmarin. 


Justeru, Dr Juanda memohon JPN Perlis mempertimbangkan kembali kes permohonan menasabkan anak yang dikemukakan Mohd Noor Akhmal bagi mengelakkan masa depan kanak-kanak itu terjejas.

Sementara itu, Pengarah JPN Perlis, Bakhtiar Effendy Khalid ketika ditemui media enggan mengulas lanjut mengenai kes itu dan meminta Mohd Noor Akhmar berhubung dengan Ibu Pejabat JPN di Putrajaya untuk penjelasan lanjut

THE STAR: ‘Fatwa on name not binding on NRD’

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=%2F2012%2F2%2F26%2Fnation%2F10808573&sec=nation

KUALA LUMPUR: The fatwa that the name of a child's father may not be recorded in the child's birth certificate if the Muslim baby is born within six months of the parents' marriage is not binding on the National Registration Department, a forum here heard.

“The NRD is an administrative body and has no business delving into other matters,” Perlis Mufti Dr Juanda Jaya said at a forum, Ada Apa Pada Nama (What's in a name), organised by Sisters In Islam here yesterday.

The fatwa, made at the third muzakarah (conference) of the Fatwa Committee of the National Council of Islamic Religious Affairs in January 1971, ruled a woman who is illegitimately pregnant is allowed to get married but the man, however, cannot be recognised as the father of the unborn baby, the baby cannot inherit from him, cannot be considered his mahram (close blood relative) and the man cannot be the baby's guardian.

Dr Juanda said the fatwa was not enforceable unless the states concerned gazetted it.

He added that it would be different if the Conference of Rulers ordered the National Fatwa Council to discuss the matter and the fatwa formally endorsed by the rulers.

States that had reportedly gazetted the fatwa are Negri Sembilan (in 2002), Terengganu (2005) and Malacca (2005). The Federal Territory gazetted it in 2001.

Last November, the Terengganu government proposed to allow children born less than six months of their parents' marriage to carry the father's name.

Perlis issued a state fatwa allowing this in 2009.

Dr Juanda questioned a ruling in some states, where a woman wanting to marry must produce her parents' marriage certificate.

He encouraged affected parents to challenge the NRD in court if it refused to record the father's name.

Dr Juanda and Terengganu Syariah Chief Judge Justice Ismail Yahya said a distinction must be drawn between punishing for zina (having sex out of wedlock) and denying a child his nasab (lineage).

When asked whether affected parents from a state where the NRD had refused to record the father's name could get the deed done in Perlis and Terengganu, the two men said “yes”.

Fellow panellist Nizam Bashir, a civil law and syariah law practitioner, said the NRD practice contravenes Articles 5 and 8 of the Federal Constitution, which give a child the right to life, privacy, identity to equal treatment under the law and to non-discrimination.

27 May 2012

RAJA PERLIS: Rakyat perlu berganding bahu runtuh tembok perkauman

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0528&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_07.htm

ARAU 27 Mei - Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail mengajak rakyat berganding bahu meruntuhkan tembok perkauman demi menjadi bangsa Malaysia bersatu padu.

Baginda bertitah, ini kerana ada segelintir golongan yang cuba memecah-belahkan perpaduan dan keharmonian negara.

“Golongan ini sanggup menyebarkan hasutan bagi sesetengah kes-kes kecil dengan harapan masyarakat kita akan bergaduh dan berbalah sesama sendiri," titah baginda merasmikan Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Negeri Perlis Bersempena Ulang Tahun Keputeraan baginda Ke-69 di Dewan 1Malaysia, Simpang Empat, di sini hari ini.

Turut berangkat Raja Perempuan Perlis, Tuanku Fauziah Abdul Rashid; Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md Isa Sabu dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon.

 
Raja Perlis bertitah, usaha memupuk perpaduan itu patut lebih ditekankan kepada generasi muda terutama di peringkat sekolah lagi kerana percaya bahawa ‘melentur buluh itu lebih baik dari rebungnya’.

Selain itu titah baginda, ibu bapa juga berperanan mendidik anak masing-masing mengenai pentingnya perpaduan dengan mengajar anak-anak cara menghormati kepercayaan bangsa lain serta belajar menerima kepelbagaian kaum di Malaysia.

“Janganlah kita menanam rasa perkauman, diskriminasi apatah lagi hasutan berunsur kesumat dalam jiwa mereka kerana merekalah yang akan mewarisi kemakmuran dan mempertahankan keamanan negara ini suatu hari nanti," titah baginda.

Titah Raja Perlis, perpaduan juga merupakan tunjang utama dalam setiap dasar yang dilaksanakan kerajaan sama ada dalam bidang ekonomi, sosial atau politik.

Baginda bertitah, tanpa perpaduan negara akan terdedah kepada pelbagai ancaman dan kelemahan yang boleh mengakibatkan kedaulatan negara terjejas dan berlakunya huru-hara, rusuhan dan pergaduhan kaum.

“Malah, sejarah telah membuktikan perpaduan adalah benteng utama bagi kestabilan sesebuah negara.

“Tragedi berdarah 13 Mei 1969 banyak meninggalkan pesanan buat rakyat betapa perpaduan itu adalah nadi kepada kemakmuran sesebuah negara," titah baginda.

UTUSAN - Undi parti masuk syurga fatwa sesat

KUALA LUMPUR 27 Mei - Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi (gambar) menegaskan, fatwa propaganda yang mengatakan seseorang itu akan masuk syurga jika mengundi parti tertentu adalah suatu kejahilan, kebodohan dan kesesatan.

Menurut Profesor Jurusan Akidah, Mazhab dan Firaq, Universiti Ummul Qura, Mekah itu, ia tidak sepatutnya keluar daripada mulut orang yang berakal, lebih-lebih lagi dari seorang muslim yang peka dirinya diawasi Allah dalam setiap percakapan serta perbuatan.

Jelas beliau, syurga adalah nikmat, rahmat dan kelebihan yang dikurnia Allah kepada sesiapa yang dapat melaksanakan tuntutan ubudiyah bukan kepada mana-mana pengundi manakala neraka pula adalah azab Allah ke atas mereka yang sesat, kufur atau syirik.

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0528&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_04.htm

UTUSAN - Perpaduan senjata umat Islam (SHEIKH DR. SULAIMAN SALOOMI) 1

MUKADIMAH
KEBELAKANGAN ini timbul isu muzakarah yang cuba dibangkitkan beberapa pemimpin parti pembangkang. Namun akhirnya harapan untuk muzakarah yang dilihat menjadi pembuka jalan ke arah perpaduan di kalangan umat Islam di negara ini walaupun berbeza fahaman politik terbatal akibat keputusan yang turut dibuat oleh pemimpin pembangkang yang sama.

Untuk mendapatkan pandangan yang lebih jelas mengenai isu perpaduan di kalangan umat Islam ini, satu wawancara telah diatur bersama Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, SHEIKH DR. SULAIMAN SALOOMI.

Sulaiman yang juga Pengerusi Majlis Dakwah, Bimbingan dan Kebajikan Masyarakat di Mekah berpendapat perpaduan adalah senjata utama yang dapat menguatkan umat.

Namun jika kita lemah adalah mudah bagi musuh-musuh Islam memecahbelahkan kita.

Professor Jurusan Akidah, Mazhab dan Firaq, Universiti Ummul Qura, Mekah itu turut ditanya mengenai beberapa isu melibatkan umat Islam di negara ini yang pada pandangan beliau boleh merosakkan asas akidah yang telah bertapak kukuh sejak sekian lama.






UTUSAN - Perpaduan senjata umat Islam (SHEIKH DR. SULAIMAN SALOOMI) 1



http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0527&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm

UTUSAN - Tentang golongan tolak perpaduan (Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi)

KUALA LUMPUR 14 Sept. - Golongan yang menolak perpaduan termasuk mereka yang mengaku alim perlu ditentang kerana tindakan tersebut amat jelas berlawanan dengan al-Quran dan hadis yang menyuruh umat Islam bersatu-padu. 


Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi berkata, bagi mereka yang arif dalam agama tetapi menolak perpaduan, pendirian tersebut jelas bukan disandarkan kepada ajaran Islam sebenar, sebaliknya hanya sekadar pendapat peribadi. 

Ini kerana, menurutnya, Islam tidak pernah menyuruh umatnya berpecah-belah, sebaliknya umatnya diperintahkan supaya bersatu-padu seperti yang dinyatakan menerusi al-Quran dan hadis. 



Beliau berkata, umat Islam harus sedar tanpa perpaduan ia akan memudahkan tugas musuh-musuh Islam yang selama ini sentiasa berusaha memecah-belahkan lagi masyarakat supaya negara akhirnya menjadi porak-peranda. 

"Ingat, di luar sana terdapat musuh-musuh Islam yang terdiri daripada golongan kafir musyrik serta fahaman tertentu seperti Syiah yang sentiasa menunggu peluang untuk memecah-belahkan perpaduan umat Islam. 

"Oleh itu, saya amat mengharapkan umat Islam di Malaysia mengekalkan perpaduan tanpa mengira mazhab mahu pun pendirian politik agar negara ini terselamat daripada sebarang bencana serta mala petaka akibat perpecahan," katanya kepada Utusan Malaysia di Bangi, hari ini. 

Sheikh Sulaiman juga adalah pensyarah di Universiti Ummul Qura, Mekah selain memegang jawatan sebagai Ketua Majlis Pentadbiran Pejabat Dakwah dan Kesedaran Islam di Mekah. 

Beliau merupakan pakar dalam fahaman Syiah dan bidang kajiannya ketika mengambil sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) juga berkaitan dengan fahaman itu. 

Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram itu berada di negara ini sejak Jumaat lalu sempena lawatan peribadi beliau selama lapan hari. 

Menurut Sheikh Sulaiman, golongan menolak perpaduan akan menerima hukuman berat yang bukan sahaja ditanggung oleh mereka, malah pengikut sehingga hari kiamat kerana menentang arahan Allah. 

Menjawab satu soalan, beliau berkata, setiap umat Islam di Malaysia secara umumnya wajib mempertahankan negara ini daripada sebarang anasir yang cuba merosakkan keamanan dan keharmoniannya. 

Katanya, bagi golongan seperti pemimpin politik, ulama, media, golongan profesional serta mana-mana pihak berpengaruh dalam masyarakat pula, hukumnya adalah fardu ain. 

"Secara peribadi, saya gembira melihat suasana Islam di Malaysia. Di negara ini terdapat organisasi berteraskan Islam seperti Lembaga Tabung Haji dan begitu juga dengan pelaksanaan sistem kewangan Islam. 

"Syariat Islam juga berkembang dengan baik. Universiti-universiti berteraskan Islam juga wujud di negara ini. Selain itu, sistem pembelajaran Islam di Malaysia juga boleh dianggap maju ke hadapan. Di sini juga tidak kurang banyaknya buku-buku yang membicarakan tentang Islam," katanya. 

Beliau berkata, perkembangan Islam tidak akan berlaku jika suasana di Malaysia tidak berada dalam keadaan baik serta stabil. 

"Nasihat saya pelihara negara ini baik-baik, ia satu amanah yang wajib dilaksanakan. Kekalkan perpaduan dan elakkan perpecahan. 

"Musuh-musuh Islam sentiasa mencari peluang untuk memporak-perandakan umat dan perkara ini perlu diawasi bagi memastikan Islam di Malaysia sentiasa terpelihara," katanya.


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0915&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

UTUSAN - Kaji semula fatwa nasab - Mufti Perlis

KANGAR 26 Mei - Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya berharap Majlis Fatwa Kebangsaan mengkaji semula fatwa yang melarang anak yang lahir kurang enam bulan selepas perkahwinan dinasab (dibin) kepada bapanya.

Beliau berkata, fatwa yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan itu yang menjadi sandaran kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam pengeluaran sijil lahir telah menimbulkan pelbagai masalah.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini selepas menerima kunjungan seorang agen hartanah yang mendakwa JPN enggan menasab anak sulungnya kepadanya dengan alasan kelahiran itu kurang enam bulan daripada tarikh perkahwinan, berkata, kes seumpama itu sering ditemuinya.

"Ini merugikan masa depan anak-anak itu sendiri dan mereka akan menghadapi tekanan apabila dewasa kelak," katanya.

Juanda berkata, Jawatankuasa Fatwa Perlis mengeluarkan fatwa pada 2009 bahawa anak lahir kurang enam bulan selepas perkahwinan boleh dinasab kepada bapanya.

Sementara itu, Pengarah JPN Perlis, Bakhtiar Effendy Khalid berkata, pihaknya hanya mematuhi peraturan yang digunapakai di seluruh negara berasaskan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan. - BERNAMA