13 January 2011

Pentingnya Soal Niat Dalam Melakukan Amalan



1.

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ يُوسُفَ حَدَّثَنَا إِسْرَائِيلُ حَدَّثَنَا أَبُو الْجُوَيْرِيَةِ أَنَّ مَعْنَ بْنَ يَزِيدَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ حَدَّثَهُ قَالَ بَايَعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَا وَأَبِي وَجَدِّي وَخَطَبَ عَلَيَّ فَأَنْكَحَنِي وَخَاصَمْتُ إِلَيْهِ وَكَانَ أَبِي يَزِيدُ أَخْرَجَ دَنَانِيرَ يَتَصَدَّقُ بِهَا فَوَضَعَهَا عِنْدَ رَجُلٍ فِي الْمَسْجِدِ فَجِئْتُ فَأَخَذْتُهَا فَأَتَيْتُهُ بِهَا فَقَالَ وَاللَّهِ مَا إِيَّاكَ أَرَدْتُ فَخَاصَمْتُهُ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ لَكَ مَا نَوَيْتَ يَا يَزِيدُ وَلَكَ مَا أَخَذْتَ يَا مَعْنُ

Ma'an bin Yazid radliallahu 'anhu menceritakan kepadanya, katanya: "Aku, bapakku dan datukku sudah berbai'at kepada Rasulullah Shallallahu'alaihiwasallam. Aku juga pernah dilamarkan seseorang buatku dan Beliau menikahkanku. Aku juga bersumpah setia (untuk mengembalikan setiap urusanku) kepada Beliau. Suatu hari bapakku, Yazid mengeluarkan dinar untuk disedekahkan, lalu dia tinggalkan dinar itu kepada seseorang yang berada di masjid. Kemudian aku datang, aku ambil dan aku bawa balik ke rumah, lalu bapakku berkata,: "Demi Allah, bukan untuk kamu yang aku sedekah". Lalu masalah ini aku adukan kepada Rasulullah Shallallahu'alaihiwasallam, maka Beliau berkata,: "Bagimu apa yang sudah kamu niatkan wahai Yazid, sedangkan bagimu hak kamu apa yang telah kamu ambil wahai Ma'an".

Hadis Riwayat Bukhari

2.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّ كَثِيراً مِّنَ الأَحْبَارِ وَالرُّهْبَانِ لَيَأْكُلُونَ أَمْوَالَ النَّاسِ بِالْبَاطِلِ وَيَصُدُّونَ عَن سَبِيلِ اللّهِ وَالَّذِينَ يَكْنِزُونَ الذَّهَبَ وَالْفِضَّةَ وَلاَ يُنفِقُونَهَا فِي سَبِيلِ اللّهِ فَبَشِّرْهُم بِعَذَابٍ أَلِيمٍ

Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara pendita-pendita dan ahli-ahli ugama memakan harta orang ramai dengan cara yang salah, dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah (ugama Islam). Dan (ingatlah) orang-orang yang mengumpul emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang amat pedih.

Surah At Taubah , ayat 34

3.

يَوْمَ يُحْمَى عَلَيْهَا فِي نَارِ جَهَنَّمَ فَتُكْوَى بِهَا جِبَاهُهُمْ وَجُنوبُهُمْ وَظُهُورُهُمْ هَـذَا مَا كَنَزْتُمْ لأَنفُسِكُمْ فَذُوقُواْ مَا كُنتُمْ تَكْنِزُونَ

(Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diseterika dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): "Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu.

Surah At Taubah , ayat 35

10 January 2011

Bolehkah Melewatkan Solat Dengan Sengaja ?



Hadits Ke 173

عَنْ اَبِيْ هُرَيْرَةَ اَنَّ النَّبِيَّ ص قَالَ: مَنْ اَدْرَكَ مِنَ الصُّبْحِ رَكْعَةً قَبْلَ اَنْ تَطْلُعَ الشَّمْسُ فَقَدْ اَدْرَكَ الصُّبْحَ وَمَنْ اَدْرَكَ رَكْعَةً مِنَ الْعَصْرِ قَبْلَ اَنْ تَغْرُبَ الشَّمْسُ فَقَدْ اَدْرَكَ الْعَصْرَ

Dari Abu Hurairah, bahawasanya Nabi saw. telah bersabda : Barangsiapa dapat dari (solat) Subuh satu rakaat sebelum terbit matahari, maka sesungguhnya (bererti) ia telah dapat Subuh, dan barangsiapa mendapat dari Ashar satu rakaat sebelum terbenam matahari, maka sesungguhnya ia telah mendapat Ashar.”

Muttafaq alaih.

Hadits Ke 174

وَلِمُسْلِمٍ عَنْ عَائِشَةَ نَحْوُهُ وَقَالَ: "سَجْدَةً" بَدَلَ "رَكْعَةً". ثُمَّ قَالَ: وَالسَّجْدَةُ اِنَّمَا هِيَ الرَّكْعَةُ

Dan bagi Muslim dari Aisyah seperti itu (juga) tetapi ia bersabda : “Satu sujud ganti satu rakaat” kemudian ia (rawi) berkata :…….dan satu sujud itu (maksudnya) tidak lain melainkan satu rakaat.

Kesimpulannya

Dijelaskan dalam hadits 173 barangsiapa terlambat menunaikan solat dengan sesuatu sebab sehingga apabila ditunaikan solat Subuh atau solat Ashar itu hanya sempat mendapat satu rakaat dalam waktu lalu rakaat yang lain telah terkeluar dari waktu yang sepatutnya, maka dikira/dianggap dia telah bersolat Subuh atau solat Ashar dalam waktunya.

Telah dijelaskan oleh Ibnu Hajar Al Asqalani : Lahir hadits ini menyatakan cukup satu rakaat saja kita kerjakan jika waktu telah sangat sempit. Akan tetapi ijma (ulama) menetapkan bahawa yang dimaksudkan bukan demikian. Hanya bila kita dapat solat satu rakaat dalam waktu dan satu rakaat lagi diluar waktu, dihukum keduanya berada dalam satu waktu juga.

Telah dinyatakan oleh Imam An Nawawi : Seluruh ulama Islam sepakat menetapkan, bahawa hadits ini tiada dipegang lahirnya. Iaitu tidak difahamkan, bahawa memadai dengan mendapat satu rakaat, telah mencukupi solat tersebut. Hanya difahamkan sesiapa mendapat satu rakaat dalam waktu, dihukum seakan akan mendapat kedua duanya dalam waktu, atau sesiapa mendapat akhir waktu kadar satu rakaat lagi sesudah suci dari haid umpamanya wajiblah solat waktu itu atasnya.

Imam An-Nawawi menjelaskan lagi : Semua ulama menetapkan tidak boleh kita lambatkan solat, sehingga tinggal waktu sekadar serakaat sahaja. RUJUKKAN KOLEKSI HADITS HUKUM –T.M.HASBI DALAM BAB WAKTU SOLAT.

Bersambung...

Syarah : Disunnahkan Bersolat Subuh Ketika Cerah ?



BULUGHUL MARAM

Hadits Ke 172

عَنْ رَافِعِ بْنِ خَدِيْجٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ الله ص: أَصْبِحُوا بِالصُّبْحِ فَاِنَّهُ اَعْظَمُ لأُجُورِكُمْ

Dari Rafi’ bin Khadij ia berkata : Telah bersabda Rasulullah saw.: “Berpagi pagilah dengan (solat) Subuh, kerana yang demikian lebih besar ganjaran buat kamu.”

Diriwayatkan dia oleh Lima dan disahkan dia oleh Tirmidzi dan Ibnu Hibban.

Lima itu maksudnya diriwayatkan hadits ini oleh Ahmad, Abu Daud, Tirmidzi, Nasai dan Ibnu Majah. Dan dalam lafaz lainnya :

عَنْ رَافِعِ بْنِ خَدِيْجٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ الله ص: أَسْفِرُوا بِالْفَجْرِ فَاِنَّهُ أَعْظَمُ لِلأَجْرِ

Rafi’ bin Khadij r.a. berkata : Rasulullah saw. bersabda : “Kerjakanlah solat Subuh di ketika telah terang kerana mengerjakan solat Subuh di ketika telah terang lebih besar pahalanya.” H.R. Ahmad, Abu Daud, Nasai dan At-Tirmidzi. At Tirmidzi menyatakan hadits ini Hasan Sahih. Al-Muntaqa I : 230.

Hadits apabila di himpunkan membawa maksud adalah Rasulullah saw. menyatakan, bahawa kita disukai mengerjakan solat Subuh dikala telah terang iaitu sesudah lama naik fajar selama belum naiknya matahari. Kita telah bincangkan bab ini pada tajuk yang lepas.

Kesimpulannya

Adalah Rasulullah saw. pada lazimnya melakukan solat Subuh tidak terlalu lewat dan tidak terlalu awal, iaitu beliau memberikan hak kepada jamaah untuk mempersiapkan diri dalam menunaikan solat Subuh. Jika jamaah telah bersedia maka beliau langsungkan bersolat, jika tidak beliau tangguhkan atau menanti jamaah bersedia terlebih dahulu. Dan sebahagian ulama mengulas tentang hadits ini sebagai kebolehan bagi kita menunaikan solat Subuh itu sesudah lama terbitnya fajar selagi belum naik/keluar matahari. Terdapat sebuah hadits untuk renungan kita bersama bagi mendalamkan kefahaman terhadap hadits ke 172 di atas :

عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ قَالَ: بَعَثَنِيْ رَسُولُ الله ص اِلَى الْيَمَنِ فَقَالَ: يَا مُعَاذُ، اِذَا كَانَ فِي الشِّتَاءِ فَغَلِّسْ بِالْفَجْرِ وَاَطِلِ الْقِرَاءَةَ قَدْرَ مَا يُطِيْقُ النَّاسُ وَلاَ تَمِلُّهُمْ. وَاِذَا كَانَ الصَّيْفُ فَاَسْفِرْ بِالْفَجْرِ فَاِنَّ اللَّيْلَ قَصِيْرٌ وَالنَّاسُ يَنَامُونَ فَاَمْهِلْهُمْ حَتَّى يُدْرِكُوا

Dan dari Mu’adz bn Jabal, ia berkata : Rasulullah saw. pernah mengutuskan ke negari Yaman, lalu ia bersabda : “Hai Mu’adz ! Apabila pada musim sejuk, maka solatlah Subuh di waktu masih gelap, dan panjangkanlah bacaan menurut kesanggupan orang orang ; dan jangan engkau membosankan mereka ; dan apabila engkau berada di musim panas, maka solatlah Subuh di waktu sudah sangat terang, kerana malam itu pendek sedang orang orang masih pada tidur. Oleh kerana itu berilah mereka kesempatan itu untuk mendapatkan jamaah.” H.R. Al-Husain bin Masud al-Baghawi di dalam Syarah Sunnah. Dan diriwayatkan juga oleh Baqi bin Makhlad dalam musnadnya – yang bernama Al-Mushanaf. RUJUKKAN TERJEMAHAN NAILUL AUTHAR III,M.S.321-323.

Telah dijelaskan dalam terjemahan Nailul Authar I, bahawa yang dimaksudkan dengan sudah sangat terang itu adalah menurut Asy Syafie - fajar itu telah benar benar sudah terbit (sehingga jelas cerahnya).(Tetapi bukannya terang kerana terbit matahari atau keluarnya matahari.)

06 January 2011

BAH. 1 : BERDEBAT TANPA ILMU DAN PETUNJUK

BERDEBAT TANPA ILMU DAN PETUNJUK

Bahagian Pertama

Bersabda Rasulullah saw:

اِصْبِرُوْا فَاِنَّهُ لاَ يَأْتِيْ عَلَيْكُمْ زَمَانٌ اِلاَّ وَالَّذِيْ بَعْدَهُ اَشَرُّ مِنْهُ حَتَّى تَلْقَوْا رَبَّكُمْ

Bersabarlah kamu sekalian kerana sesungguhnya tidak akan datang kepada kamu (suatu) zaman melainkan zaman yang selepasnya adalah lebih buruk dari zaman itu sehinggalah engkau bertemu Tuhanmu.

Rujuk Shahih Bukhari dalam Kitab al-Fitan (Fitnah-fitnah)

Sesungguhnya kata-kata Rasulullah saw ini telah disampaikan pada umatnya sejak lebih kurang 1400 tahun yang lampau. Kata-kata Rasulullah saw ini bukan satu tilikan akan tetapi satu perkhabaran tentang masa depan yang telah diwahyukan Allah kepadanya. Kini, kita telah melihat kebenaran apa yang disampaikan oleh Rasulullah saw akan tetapi masih banyak di kalangan umat Islam yang lalai dan ingkar pada ketetapan Allah.

Suatu ketika dahulu, umat Islam pernah mencapai zaman kegemilangannya di zaman Rasulullah saw dan juga para sahabat namun kemudiannya kegemilangan dan empayar Islam ini jatuh dan telah dijajah oleh kafir. Mengapakah empayar Islam yang dahulunya kuat dan teguh dapat dijatuhkan oleh golongan kafir yang lemah?

Jawabnya: Sesungguhnya golongan Salaf itu mereka bersungguh-sungguh berjuang kerana Allah, baik dalam urusan dunia dan akhirat dan berani mati di jalan Allah, tetapi kemudiannya selepas zaman Salaf, maka sekian banyak umat Islam berjuang kerana kebendaan dan takut untuk mati. Inilah yang dibimbangkan oleh Rasulullah saw sebagaimana beliau bersabda:

فَاَبْشِرُوْا وَاَمِلُّوْا مَا يَسُرُّكُمْ فَوَاللهِ مَا الْفَقْرَ اَخْشَى عَلَيْكُمْ وَلَكِنِّيْ اَخْشَى عَلَيْكُمْ اَنْ تُبْسَطَ الدُّنْيَا عَلَيْكُمْ كَمَا بُسِطَتْ عَلَى مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ فَتَنَافَسُوْهَا كَمَا تَنَافَسُوْهَا وَتُهْلِكَكُمْ كَمَا اَهْلَكَتْهُمْ

Bergembiralah dan berharaplah apa yang menggembirakan kamu. Demi Allah! Aku tidak bimbang (jika) kemelaratan menimpa kamu akan tetapi yang aku bimbangkan (jika) dunia (kemewahan dunia) dibentangkan kepada kamu sebagaimana dibentangkan kepada orang-orang sebelum kamu. Maka kamu berlumba-lumba dengannya (kemewahan dunia) sebagaimana mereka berlumba-lumba dan kamu dibinasakan (oleh dunia) sebagaimana mereka dibinasakan

Hadits shahih riwayat Muslim

Kini, nasib umat Islam semakin hina, amat mudah diperkotak-katikkan oleh musuh-musuh Islam. Dalam usaha umat Islam untuk kembali maju dalam urusan keduniaan, mereka telah mengambil pedoman daripada barat yakni daripada yahudi dan nasrani tentang bagaimanakah untuk maju.

Kita menerima cara pelajaran mereka, budayanya, disiplinnya atau kemajuannya supaya kita setanding atau setaraf dengan mereka. Kesannya yang dapat kita lihat kini, sememangnya kita telah berjaya mengikut jejak-jejak mereka di mana jika kita perhatikan pada zahirnya agak sukar sekali dibezakan antara orang Islam dan orang kafir. Pakaiannya, percakapannya, pelajarannya, perayaannya, majlisnya sehinggalah didikan dalam keluarganya saling tak tumpah sebagaimana golongan yahudi dan nasrani, semuanya berpedomankan buku-buku dari bijak pandai Barat. Akan tetapi sedarlah!! Bahawa Yahudi dan Nasrani ini sekali-kali tidak akan berpuas hati atau memandang kita bagus/berjaya – sehinggalah kita mengikut agama mereka. Ini telah dinyatakan oleh Allah melalui firmanNya: Al-Baqarah ayat 120 [2:120]:

وَلَنْ تَرْضَى عَنْكَ الْيَهُوْدُ وَلاَ النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ قُلْ اِنَّ هُدَى اللهِ هِوَ الْهُدَى وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَآءَهُمْ بَعْدَ الَّذِيْ جَآءَكَ مِنَ الْعِلْمِ مَا لَكَ مِنَ اللهِ مِنْ وَلِيٍّ وَلاَ نَصِيْرٍ

Dan orang-orang yahudi dan nasrani sekali-kali mereka tidak akan redha/senang kepada kamu sehingga kamu mengikut agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti hawa nafsu/kemahuan mereka setelah datang pengetahuan kepadamu maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu

Kalimah “Millah” ملة / مِلَّتَهُمْ yang dimaksudkan dalam ayat tersebut adalah agama – iaitu sehingga kita mengikut “millah” (agama) mereka, itulah kehendak mereka yang sebenar dalam mereka menabur budi, ilmu pengetahuan dan kemajuan. Kemudian dalam ayat yang sama disebut “ahwa ahum” اَهْوَآءَهُمْ yang bermaksud hawa nafsu (kemahuan) mereka di mana Allah melarang kita dari mengikut hawa nafsu yahudi dan nasrani.

Apakah pengertian hawa nafsu di sini? Iaitulah kemahuan, pemikiran, pendapat yang tidak berlandaskan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw iaitu yang tidak terpimpin dengan jalan kebenaran yakni sirath al-mustaqim. Sesungguhnya fahaman Yahudi dan Nasrani diadun dengan madu dan racun, nampak bertamadun sebenarnya penuh kejahilan dan keangkuhan. Firman Allah dalam surah Ar-Ra’d ayat 36-37 [13:36-37]:

وَالَّذِيْنَ أَتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَفْرَحُوْنَ بِمَا اُنْزِلَ اِلَيْكَ وَمِنَ الأَحْزَابِ مَنْ يُنْكِرُ بَعْضَهُ قُلْ اِنَّمَا اُمِرْتُ اَنْ اَعْبُدَ اللهَ وَلاَ اُشْرِكَ بِهِ اِلَيْهِ اَدْعُوْا وَاِلَيْهِ مَآبِ * وَكَذَلِكَ اَنْزَلْنَاهُ حُكْمًا عَرَبِيًّا وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ اَهْوَآءَهُمْ بَعْدَ مَا جَآءَكَ مِنَ الْعِلْمِ مَا لَكَ مِنَ اللهِ مِنْ وَلِىٍّ وَلاَ وَاقٍ

Orang-orang yang telah Kami berikan kitab kepada mereka bergembira dengan kitab yang diturunkan kepadamu dan di antara golongan-golongan (Yahudi dan Nasrani) yang bersekutu, ada yang mengingkari sebahagiannya. Katakanlah “Sesungguhnya aku hanya diperintah untuk menyembah Allah dan tidak mempersekutukan sesuatu pun dengan Dia. Hanya kepada-Nya aku seru (manusia) dan hanya kepada-Nya aku kembali”. Dan demikianlah, Kami telah menurunkan Al-Quran sebagai peraturan dalam bahasa Arab. Dan seandainya kamu mengikuti hawa nafsu mereka setelah datang pengetahuan kepadamu maka sekali-kali tidak ada perlindungan dan pemelihara bagimu terhadap (siksa) Allah.

Rata-rata masyarakat Islam kita sekarang hanya mementingkan ilmu keduniaan dan mengabaikan ilmu agama. Mereka bijak dalam ilmu keduniaan tetapi jahil dalam ilmu agama, tidak mengetahui apa itu tauhid, apa itu iman dan ibadah yang sekadar ikutan. Bagi mereka satu kerugian jika jahil dalam arus kemajuan dunia tapi tidak demikian jika jahil dalam ilmu agama. Inilah matlamat yahudi dan nashara dalam mereka menabur ilmu dan kemajuan kepada umat Islam iaitu untuk menjauhkan dan menyelewengkan umat Islam dari Islam. Apakah kesannya apabila umat Islam itu sendiri jahil tentang Islam? Dalam surah Al-Hajj ayat 3-4 [22:3-4], Allah berfirman:

وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يُجَادِلُ فِي اللهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَيَتَّبِعُ كُلَّ شَيْطَانٍ مَرِيْدٍ * كُتِبَ عَلَيْهِ اَنَّهُ مَنْ تَوَلاَّهُ فَاَنَّهُ يُضِلُّهُ وَيَهْدِيْهِ اِلَى عَذَابِ السَّعِيْرِ

Di antara manusia ada yang membantah tentang Allah tanpa ilmu pengetahuan dan mengikut setiap syaitan yang jahat, yang telah ditetapkan terhadap syaitan itu bahawa barangsiapa yang berkawan dengannya, tentu dia akan menyesatkannya dan membawanya ke dalam azab neraka.

Manusia yang berada dalam kejahilan tanpa petunjuk Allah akan bertemankan syaitan yang akan memimpinnya ke jalan kesesatan.

Apakah contohnya mereka yang membantah tentang Allah tanpa ilmu pengetahuan?

Betapa banyak di kalangan umat Islam yang tidak mengetahui apa itu tauhid, mereka tidak mengenal Allah sebagaimana yang difirmankan Allah dalam Al-Quran bahkan mereka menolak setiap keterangan daripada syara' yang menerangkan tentang sifat-sifat Allah dan mereka teguh mempertahankan pendapat mereka walau ianya bercanggah dengan ketetapan syara'. Bahawa terdapat di kalangan umat Islam yang menolak sifat-sifat Allah seperti Allah mempunyai tangan, Allah mempunyai jari, mempunyai kaki sebagaimana yang terkandung dalam Al-Quran dan hadits shahih. Firman Allah dalam surah Az-Zumar ayat 67 [39:67]

وَمَا قَدَرُوْا اللهَ حَقَّ قَدْرِهِ وَالأَرْضُ جَمِيْعًا قَبْضَتُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَالسَّمَوَاتُ مَطْوِيَّاتٌ بِيَمِيْنِهِ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى عَمَّا يُشْرِكُوْنَ

Dan mereka tidak mengagungkan Allah dengan pengagungan yang semestinya padahal bumi seluruhnya dalam genggamanNya pada hari kiamat dan langit digulung dengan tangan kananNya. Maha suci Allah dan Maha Tinggi Dia dari apa yang mereka persekutukan

Bersambung...

Penulis : Ustaz Muhammad Ihsan Bin Idris (Pensyarah dan Penceramah Bebas)

BAH. 2 : BERDEBAT TANPA ILMU DAN PETUNJUK

Bahagian Kedua

عَنِ ابْنِ مَسْعُوْدٍ قَالَ: جَاءَ حَبَرٌ مِنَ الأَحْبَارِ اِلَى رَسُوْلِ الله ص فَقَالَ: يَا مُحَمَّدُ اِنَّا نَجِدُ اَنَّ اللهَ يَجْعَلُ السَّمَوَاتِ عَلَى اِصْبَعٍ وَالأَرَضِيْنَ عَلَى اِصْبَعٍ وَالشَّجَرَ عَلَى اِصْبَعٍ وَالْمَاءَ عَلَى اِصْبَعٍ وَالثَّرَى عَلَى اِصْبَعٍ وَسَائِرَ الْخَلْقِ عَلَى اِصْبَعٍ فَيَقُوْلُ: اَنَا الْمَلِكُ فَضَحِكَ النَّبِيُّ ص حَتَّى بَدَتْ نَوَاجِذُهُ تَصْدِيْقًا لِقَوْلِ الْحَبَرِ ثُمَّ قَرَأ وَمَا قَدَرُوْا اللهَ حَقَّ قَدْرِهِ وَالأَرْضُ جَمِيْعًا قَبْضَتُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَالسَّمَوَاتُ مَطْوِيَّاتٌ بِيَمِيْنِهِ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى عَمَّا يُشْرِكُوْنَ

Daripada Ibnu Mas'ud ia berkata: Datang seorang pendeta (yahudi) kepada Rasulullah saw seraya berkata: Ya Muhammad, sesungguhnya kami dapati bahawa Allah meletakkan langit di atas jari dan bumi di atas jari, pohon di atas jari, air di atas jari dan tanah di atas jari dan semua makhluk di atas jari. Maka Allah berfirman: Aku adalah raja. Maka Nabi saw tertawa sehingga kelihatan (gigi) geraham-gerahamnya membenarkan ucapan pendeta itu. Kemudian beliau saw membaca ayat (bermaksud) Dan mereka tidak mengagungkan Allah dengan pengagungan yang semestinya padahal bumi seluruhnya dalam genggamanNya pada hari kiamat dan langit digulung dengan tangan kananNya. Maha suci Allah dan Maha Tinggi Dia dari apa yang mereka persekutukan

Shahih riwayat Bukhari

Golongan Ahli Sunnah berpegang teguh pada penetapan seluruh sifat-sifat yang disifatkan Allah untuk diri-Nya dan apa yang dijelaskan tentang sifat Allah oleh Rasul-Nya. Inilah juga manhaj yang dipegang oleh Imam Asy-Syafie sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Ya’la dengan sanad yang sampai kepada Imam Asy-Syafie rahimahullah, bahawa ia berkata : ‘Allah Tabaraka wa Ta‘ala itu memiliki nama-nama dan sifat-sifat yang telah disampaikan oleh Kitab-Nya dan diberitakan oleh Nabi-Nya saw. kepada umatnya.” Telah sampai kepada kita, bahawa Dia Maha Mendengar dan bahawasanya Dia mempunyai dua tangan melalui firman-Nya :

بَلْ يَدَاهُ مَبْسُوْطَتَانِ

“….tetapi kedua dua tangan Allah itu terbuka.” Q.S. Al-Maa-idah ayat 64 [5:64]

Dia juga memiliki tangan kanan, seperti diterangkan oleh firman-Nya :

وَمَا قَدَرُوْا اللهَ حَقَّ قَدْرِهِ وَالأَرْضُ جَمِيْعًا قَبْضَتُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَالسَّمَوَاتُ مَطْوِيَّاتٌ بِيَمِيْنِهِ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى عَمَّا يُشْرِكُوْنَ

“Dan mereka tidak mengagungkan Allah dengan pengagungan yang semestinya, padahal bumi seluruhnya dalam genggaman–Nya pada hari kiamat dan langit-langit digulung dengan tangan kanan-Nya. Maha Suci Rabb dan Maha Tinggi Dia dari apa yang mereka persekutukan.” Q.S. Az-Zumar ayat 67 [39:67]

RUJUK KITAB THABAQAT AL-HANABILAH (1/283)

عَنْ اَنَسِ بْنِ مَالِكٍ اَنَّ نَبِيَّ اللهِ ص قَالَ: لاَ تَزَالُ جَهَنَّمُ تَقُوْلُ هَلْ مِنْ مَزِيْدٍ حَتَّى يَضَعَ فِيْهَا رَبُّ الْعِزَّةِ تَبَارَكَ وَتَعَالَى قَدَمَهُ فَتَقُوْلُ قَطْ قَطْ وَعِزَّتَكَ وَيُزْوَى بَعْضُهَا اِلَى بَعْضٍ

Daripada Anas bin Malik bahawa Nabi Allah (Muhammad) saw bersabda: Tidak berhenti-henti (sentiasa) Neraka Jahannam mengatakan: Masih adakah tambahan (penghuni neraka)? Sehingga Allah yang Maha Perkasa, Maha Mulia dan Maha Tinggi meletakkan kakiNya di dalamnya (neraka), maka Neraka berkata: Cukup, cukup demi keperkasaanMu. Lalu mereka (penghuni neraka) dicampur-adukkan satu sama lain.

Hadits shahih Muslim

Dalam sepotong kata-kata Imam Syafie:

لله اَسْمَاءٌ وَصِفَاتٌ لاَ يَسِعُ اَحَدًا رَدَّهَا وَمَنْ خَالَفَ بَعْدَ ثُبُوْتِ هَذِهِ الْحُجَّةُ عَلَيْهِ كُفْرٌ وَاَمَّا قَبْلَ قِيَامُ الْحُجَّة فَاِنَّهُ يُعْذِرُ بِالْجَهْلِ فَنُثْبِتُ هَذِهِ الصِّفَات وَنَنْفِيْ عَنْهُ التَّشْبِيْه كَمَا نَفَى عَنْ نَفْسِهِ " لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ "

Bagi Allah (padaNya) nama-nama dan sifat-sifat yang tidak sepatut bagi seseorang menolaknya. Barangsiapa menyalahinya (mengingkarinya) setelah jelas keterangan padanya maka ia kufur, adapun sebelum tertegak hujjah (keterangan) padanya maka ia diberi keuzuran disebabkan kejahilannya. Maka kami mensabitkan (menetapkan/meyakini) sifat-sifat ini dan kami menafikan bandingan/misalan bagiNya sebagaimana Dia menafikan tentang DiriNya “Tiada yang serupa denganNya” - Surah Asy-Syura ayat 11 [42:11][1]

Akan tetapi kita lihat kebanyakan umat Islam kini secara terang-terangan menolak sifat-sifat Allah sebagaimana dijelaskan dalam Al-Quran dan hadits Rasulullah saw. Mereka mengubah maksud 'tangan Allah' sebagai kekuasaan Allah, dalam hadits Muslim yang memperihalkan tentang 'kaki Allah', mereka mengubah maksudnya kepada Allah menambahkan penghuni-penghuni neraka, mereka mengubah maksud 'wajah Allah' kepada rahmat Allah sedang pengertian-pengertian sedemikian tiada disampaikan oleh utusan Allah Muhammad saw. Maka bagaimana mungkin kita umat Muhammad yang tiada diberikan wahyu lebih pandai dan lebih arif tentang sifat-sifat Allah melebihi dari RasulNya?

Beriman dengan sifat-sifat Allah bukan sesuatu yang dapat dirungkai melalui logik akal atau pendapat malah jika direnungkan, ianya adalah suatu yang bertentangan dengan logika fikiran manusia. Kita tidak pernah melihat Allah, tidak pernah mendengar suaraNya maka bagaimanakah kita dapat mengenal sifat-sifatNya? Maka sesungguhnya Allah telah menyifatkan tentang diriNya sebagaimana yang difirmankan dalam Al-Quran dan sesungguhnya perkara yang sama juga telah disampaikan oleh utusanNya Muhammad saw. Iman itu bukan sesuatu yang dapat dinilai oleh logik akal fikiran tetapi ianya adalah sesuatu yang dinilai kebenarannya oleh hati.

Golongan yang beriman meyakini dan mempercayai segala sifat-sifat Allah sebagaimana diterangkan dalam Al-Quran dan hadits Rasul saw, golongan yang beriman percaya Allah mempunyai tangan, Allah mempunyai jari, Allah mempunyai kaki dan lain-lainnya sifat Allah akan tetapi sifat-sifat Allah ini tidak sama dengan sifat makhluk –

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ

Tiada yang serupa denganNya[2] -

Dan kita sebagai makhluk tidak mengetahui bagaimanakah sifat-sifat Allah ini melainkan wajib kita percaya sebagaimana yang dikhabarkan kepada kita dari wahyu Allah. Golongan beriman tidak menyamakan sifat Allah dengan sifat makhluk dan tiada mempersoalkan kaifiyat sifat Allah. Imam Malik ketika ditanya tentang ayat

الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى

Yang Maha Pemurah bersemayam atas 'Arasy [3], beliau menjawab:

الاِسْتِوَاءُ مَعْلُوْمٌ وَالْكَيْفُ مَجْهُوْلٌ وَالاِيْمَانُ بِهِ وَاجِبٌ وَالسُّؤَالُ عَنْهُ بِدْعَةٌ

Al-Istiwa' adalah sesuatu yang maklum, bagaimana (bentuk, rupa dan keadaannya) adalah majhul (tidak diketahui), beriman dengannya adalah wajib dan mempersoalkan tentangnya adalah bid'ah[4].

Peliharalah diri kita dan ahli keluarga dari tergolong dalam golongan yang membantah tentang Allah tanpa ilmu pengetahuan. Bahayanya golongan ini iaitulah mereka merasakan diri mereka benar dan lazimnya mereka akan bermati-matian mempertahankan pandangan mereka walaupun apa yang mereka yakini bertentangan dengan ketetapan syara'. Sedarlah! Sesungguhnya Islam bukan agama warisan. Sunnah yang ada pada diri kita tak dapat diwariskan pada anak-anak. Sunnah itu hanya diperoleh dengan jalan menuntut ilmu yang benar dan beramal dengannya. Maka betapa penting agama Islam itu diutamakan pengajiannya, didahulukan tauhid, Iman dan ibadat agar baik diri kita mahupun ahli keluarga kita tergolong dalam golongan yang benar keislamannya, bukan Islam rojak yang bercampur dengan faham yahudi dan nasrani dan bukan pula Islam tin kosong yang sekadar mengakui Islam pada lahirnya akan tetapi jahil tentang Islam.



[1] Rujuk علاقة الاثبات والتفويض بصفات رب العالمين hal. 10

[2] Surah Asy-Syura ayat 11 [42:11]

[3] Surah Thaahaa ayat 5 [20:5]

[4] Rujuk Al-Aqidah al-Wasithiyah. Ibn Taimiyyah. Syarah Saleh Fauzan al-Fauzan. Halaman 14.

21 December 2010

DOSA-DOSA YANG DIANGGAP BIASA OLEH KEBANYAKAN ORANG (2)


BAHAGIAN KEDUA

BANYAK MELAKUKAN GERAKAN SIA-SIA DALAM SOLAT

Telah diterangkan oleh Syeikh Muhammad Shalih Al Munajjid: ‘ Sebahagian umat Islam hampir tak terelakkan dari bencana ini. Yakni melakukan gerakan yang tidak ada gunanya dalam solat. Mereka tidak mematuhi perintah Allah dalam firman-Nya: Al-Baqarah ayat 238 [2:238]

وَقُوْمُوْا للهِ قَانِتِيْنَ

“Berdirilah kerana Allah (dalam solatmu) dengan khusyuk.”

Juga tidak memahami firman Allah: Al-Mukminun ayat 1-2

قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُوْنَ * الَّذِيْنَ هُمْ فِيْ صَلاَتِهِمْ خَاشِعُوْنَ

“Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (iaitu) orang-orang yang khusyuk dalam solatnya.”

Suatu ketika, Rasulullah saw. ditanya tentang hukum meratakan tanah ketika sujud. Beliau menjawab :

لاَ تَمْسَحْ وَاَنْتَ تُصَلِّ فَاِنْ كُنْتَ لاَ بُدَّ فَاعِلاً فَوَاحِدَةً تَسْوِيَةَ الْحَصَى

“Janganlah engkau mengusap (tanah) sedang engkau di dalam solat. Jika engkau (terpaksa) harus melakukannya maka (cukup) sekali meratakan kerikil.”

H.R. Abu Daud 1/581 dalam SHAHIHUL JAMI’ hadits no : 7452.Imam Muslim meriwayatkan hadits yang senada dengannya dari Mu’aiqib - Bin Baz.

Para ulama menyebutkan, banyak gerakan secara berturut-turut tanpa keperluan (penting) dapat membatalkan solat. Apalagi orang yang melakukan pekerjaan yang tidak ada gunanya dalam solat. Berdiri hadapan Allah sambil melihat jam tangan, membetulkan pakaian, memasukkan jari ke dalam hidung, melempar pandangan ke kiri dan ke kanan atau ke atas langit. Ia tidak takut kalau-kalau Allah mencabut penglihatannya atau syaitan melalaikannya dari ibadah solat.’

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ: قَالَ لِيْ رَسُوْلُ الله ص: اِيَّاكَ وَالاِلْتِفَاتَ فِي الصَّلاَةِ فَاِنَّ الاِلْتِفَاتَ فِي الصَّلاَةِ هَلَكَةٌ فَاِنْ كَانَ لاَ بُدَّ فَفِي التَّطَوُّعِ لاَ فِي الْفَرِيْضَةِ

Daripada Anas bin Malik ia berkata: Telah bersabda kepadaku Rasulullah saw: Jauhkanlah dirimu dari berpaling-paling dalam solat kerana berpaling-paling dalam solat itu kebinasaan. Jika tidak dapat tidak (perlu berpaling) maka dalam solat sunat, jangan dalam solat fardhu

Riwayat At-Tirmidzi

Hadits ini melarang orang yang bersolat berpaling-paling mukanya dalam solatnya, sekejap berpaling mukanya ke kanan kemudian ke kiri kemudian ke kanan dan sebagainya. Bahawa berpaling itu sekali-kali tidak boleh dilakukan dalam solat fardhu dan adapun dalam solat sunat, sekiranya amat perlu maka boleh berpaling di mana para ulama mengambil kefahaman dari hadits ini hanya sekali sahaja yang dibenarkan berpaling (dalam solat sunat). Sesungguhnya berpaling ini adalah dari sambaran syaitan sebagaimana sabda Rasulullah saw:

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ: سَاَلْتُ رَسُوْلَ الله ص عَنِ التَّلَفُّتِ فِي الصَّلاَةِ فَقَالَ: اِخْتِلاَسٌ يَخْتَلِسُهُ الشَّيْطَانُ مِنْ صَلاَةِ الْعَبْدِ

Daripada Aisyah ia berkata: Aku bertanya Rasulullah saw tentang berpaling-paling dalam solat maka beliau saw bersabda: Itu suatu sambaran daripada syaitan terhadap solat seorang hamba (manusia)

Riwayat Ahmad, Bukhari, An-Nasaie dan Abu Daud

Ulasan

Pergerakan-pergerakan dalam solat itu dibenarkan selama ia atas keperluan. Telah disunnahkan oleh Rasulullah saw pergerakan-pergerakan yang boleh kita lakukan di ketika solat. Antaranya iaitulah dibolehkan kita mengendong anak kecil di dalam solat sama ada anak sendiri atau anak orang lainnya baik lelaki mahupun perempuan jika yang demikian itu adalah suatu keperluan. Ini berdasarkan hadits dari Abu Qatadah yang berbunyi :

عَنْ اَبِى قَتَادَةَ الأَنْصَارِى قَالَ: اِنَّ رَسُوْلَ اللهِ ص كَانَ يُصَلِّى وَهُوَ حَامِلٌ اُمَامَةَ بِنْتَ زَيْنَبَ بِنْتِ رَسُوْلِ الله ص لاَبِى الرَّبِيْعِ بْنِ الْعَاصِ بْنِ عَبْدِ شَمْسٍ فَاِذَا سَجَدَ وَضَعَهَا وَاِذَا قَامَ حَمَلَهَا

Abu Qatadah r.a. menerangkan: “Bahawa Rasulullah saw. solat sambil mendukung Umamah binti Zainab binti Rasulullah saw, ayahnya Rabi' bin Al-Ash bin Abdisy Syams. Maka apabila beliau bersujud, beliau mendudukkannya (meletakkannya) dan apabila beliau berdiri, beliau mendukungnya lagi.”

H.R. Bukhari dan Muslim.

Di dalam riwayat Muslim terdapat tambahan: “Beliau pada kala itu sedang mengimami para sahabat di dalam masjid.” Hadits ini juga diriwayatkan oleh Abu Daud, An Nasai, Ahmad dan Ibnu Hibban.

Umamah binti Zainab adalah anak kepada Abul Ash ibn Rabi. Iaitu cucu Rasulullah saw., semasa kejadian ini Umamah masih kecil. Hadits ini menjelaskan bahawa mengangkat dan meletakan kanak kanak semasa di dalam solat tidak membatalkan solat demikian juga dapat difahami bahawa tidak berlaku permasalahan melintasi sutrah di atas kanak kanak kerana dengan meletakkan kanak kanak semasa sujud memungkinkan ia bergerak di hadapan orang yang bersolat semasa keadaan duduk diantara dua sujud.

Aisyah r.a. menjelaskan tentang dibolehkan seseorang yang bersolat itu berjalan untuk membuka pintu apabila ada orang yang ingin memasukinya.

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ: كَانَ رَسُوْلُ الله ص يُصَلِّى فِي الْبَيْتِ وَالْبَابُ عَلَيْهِ مُغْلَقٌ فَجِئْتُ فَمَشَى حَتَّى فَتَحَ لِيْ ثُمَّ رَجَعَ اِلَى مَقَامِهِ وَوَصَفَتْ اَنَّ الْبَابَ فِي الْقِبْلَةِ

Aisyah berkata: “Adalah Rasulullah saw. solat di rumah, sedang pintu kamar terkunci (tertutup). Maka jika saya mau masuk, Rasulpun melangkah dalam solatnya dan membukakan pintu untukku, kemudian beliau kembali lagi ke tempat solatnya. Dan Aisyah memerangkan, bahawasanya pintu itu terletak di sebelah kiblat.”

H.R. Ahmad, Abu Daud, At-Tirmidzi dan Nasa’i.

Hadits ini menjelaskan berjalan yang sedikit seperti membuka pintu yang berada berhampiran dengan orang yang solat itu tidak membatalkan solat. Tiadalah di jelaskan di dalam pencarian saya tentang apakah Rasulullah saw. berjalan selangkah berhenti selangkah tetapi apa yang boleh di ambil faham bahawa berjalan sedikit kerana sesuatu keperluan yang di benarkan oleh syarak adalah di bolehkan. Maka hendaklah orang yang berjalan itu tidak berpaling dari kiblat kerana hadits itu menjelaskan Rasulullah saw. berjalan membuka pintu yang berada di hadapannya. Dalam riwayat Nasai terdapat tambahan ‘solat sunnat’ iaitu perlakuan Nabi saw. itu adalah di dalam solat sunnat. Namun kebolehan bergerak yang sedikit di dalam solat itu juga boleh berlaku di dalam solat wajib, ini berdasarkan hadits yang di riwayatkan oleh Muslim dan Abu Daud :

وَفِيْ رِوَايَةٍ: قَامَ رَسُوْلُ الله ص لِيُصَلِّى فَجِئْتُ فَقُمْتُ عَنْ يَسَارِهِ فَاَخَذَ بِيَدِيْ فَاَدَارَنِيْ حَتَّى اَقَامَنِيْ عَنْ يَمِيْنِهِ ...

Dan dalam satu riwayat: “Rasulullah saw berdiri untuk solat, kemudian aku datang, lalu aku berdiri di sebelah kirinya, lalu Nabi saw. mengambil tanganku, lalu ia mengalih/menarik aku sehingga ia menempatkan aku di sebelah kanannya……”

Dalam riwayat lainnya daripada Aisyah:

اَنَّهُ كَانَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّى فَاِذَا اسْتَفْتَحَ اِنْسَانٌ الْبَابَ فَتَحَ الْبَابَ مَا كَانَ فِي الْقِبْلَةِ اَوْ عَنْ يَمِيْنِهِ اَوْ عَنْ يَسَارِهِ وَلاَ يَسْتَدْبِرُ الْقِبْلَةَ

Bahawa Nabi saw di waktu bersolat, jika ada seseorang yang minta dibukakan pintu, beliau pun membukakan pintu itu apabila letaknya di arah kiblat, di kanan atau di kirinya tapi tidak membelakangi kiblat.

Riwayat Daruqutni

Daripada Sahal bin Said:

اَنَّ رَسُوْلَ الله ذَهَبَ اِلَى بَنِى عَمْرِو بْنِ عَوْفٍ لِيُصْلِحَ بَيْنَهُمْ فَحَانَتِ الصَّلاَةُ فَجَاءَ الْمُؤَذِّنُ اِلَى اَبِى بَكْرٍ فَقَالَ: اَتُصَلِّى بِالنَّاسِ فَاُقِيْمَ؟ قَالَ: نَعَمْ. قَالَ: فَصَلَّى اَبُو بَكْرٍ فَجَاءَ رَسُوْلُ الله وَالنَّاسُ فِي الصَّلاَةِ فَتَخَلَّصَ حَتَّى وَقَفَ فِي الصَّفِّ فَصَفَّقَ النَّاسُ وَكَانَ اَبُو بَكْرٍ لاَ يَلْتَفِتُ فِي الصَّلاَةِ فَلَمَّا اَكْثَرَ النَّاسُ التَّصْفِيْقَ اِلْتَفَتَ فَرَأَى رَسُوْلُ الله فَاَشَارَ اِلَيْهِ رَسُوْلُ الله: اَنِ امْكُثْ مَكَانَكَ فَرَفَعَ اَبُو بَكْرٍ يَدَيْهِ فَحَمِدَ اللهَ عَلَى مَا اَمَرَهُ بِهِ رَسُوْلُ الله مِنْ ذَلِكَ ثُمَّ اسْتَأْخَرَ اَبُو بَكْرٍ حَتَّى اسْتَوَى فِي الصَّفِّ وَتَقَدَّمَ النَّبِيُّ فَصَلَّى ثُمَّ انْصَرَفَ فَقَالَ: يَا اَبَا بَكْرٍ مَا مَنَعَكَ اَنْ تَثْبُتَ اِذْ اَمَرْتُكَ؟ فَقَالَ اَبُو بَكْرٍ: مَا كَانَ لاِبْنِ اَبِيْ قُحَافَةَ اَنْ يُصَلِّى بَيْنَ يَدَى رَسُوْلِ الله فَقَالَ رَسُوْلُ الله: مَالِيْ رَاَيْتُكُمْ اَكْثَرْتُمُ التَّصْفِيْقَ؟ مَنْ نَابَهُ شَيْءٌ فِي صَلاَتِهِ فَلْيُسَبِّحْ فَاِنَّهُ اِذَا سَبَّحَ الْتَفِتَ اِلَيْهِ وَاِنَّمَا التَّصْفِيْقُ لِلنِّسَاءِ

Bahawa Rasulullah saw pergi ke tempat Bani ‘Amru bin ‘Auf untuk mendamaikan suatu masalah yang menjadi perselisihan. Waktu solat tiba dan muazzin datang kepada Abu Bakar dan menanyakan apakah ia suka menjadi imam, hingga solat dapat segera dimulai. Abu Bakar pun bersedia lalu bersolat sebagai imam. Tiba-tiba di waktu orang sedang bersolat itu, Rasulullah saw datang. Beliau masuk ke dalam barisan dan berdiri di shaf pertama. Orang-orang bertepuk tangan tapi Abu Bakar tidak menoleh sama sekali. Maksud mereka dengan demikian ialah hendak memberitahukannya kedatangan Nabi saw dan makin banyaklah tepukan tangan mereka hingga akhirnya Abu Bakar menoleh dan dilihatnya Rasulullah saw. Maka Rasulullah saw mengisyaratkan kepada Abu Bakar agar tetap di tempatnya serta meneruskan solat. Abu Bakar mengangkat kedua tangannya dan memuji Allah sebab merasa syukur atas perintah Nabi saw untuk terus menjadi imam itu tapi kemudiannya ia mengundurkan diri hingga sejajar dalam shaf pertama dan Nabi pun lalu maju ke hadapan lalu bersolat hingga selesai. Kemudian beliau saw bertanya: Wahai Abu Bakar, apa halangannya untuk tetap di tempatmu ketika aku suruh tadi? Jawab Abu Bakar: Tidak layak bagi anak Abu Quhafah bersolat di depan Rasulullah. Lalu kepada orang banyak beliau saw bersabda: Kenapa kamu sekalian membanyakkan tepuk tangan? Barangsiapa yang ingin mengingatkan / menatik perhatian dalam solatnya hendaklah ia bertasbih kerana bila bertasbih harus ditoleh. Bertepuk tangan hanyalah untuk wanita.

Riwayat Bukhari dan Muslim

Hadits-hadits di atas menjadi dalil bahawa bagi orang yang bersolat boleh sekiranya terdapat keperluan untuk ia bergerak ke depan, kanan, kiri atau belakang atau mana-mana arah asalkan ia tidak membelakangi kiblat.

Maka jelas dari hadits di atas pergerakan yang sedikit kerana sesuatu keperluan di dalam solat yang boleh mengganggu solat itu sendiri adalah di bolehkan. Dan di dalam keadaan yang di suruh oleh Rasulullah saw. seperti menahan orang yang cuba melintasi sutrah dan seterusnya mempertahankan kedudukan sutrah itu jika orang tersebut cuba juga melintas, maka yang demikian tidaklah dibatas lagi pergerakan kerana ianya termasuk di dalam keadaan yang darurat dan seseorang itu terpaksa mempertahankan sutrahnya walaupun terpaksa memeranginya.

عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ: اِنَّ النَّبِيَّ ص قَالَ: اِذَا كَانَ اَحَدُكُمْ يُصَلِّى فَلاَ يَدَعْ اَحَدًا يَمُرُّ بَيْنَ يَدَيْهِ فَاِنْ اَبَى فَلْيُقَاتِلْهُ فَاِنَّ مَعَهُ الْقَرِيْنَ

Ibnu Umar menerangkan: Bahawa Nabi saw. bersabda: “Apabila seseorang kamu sedang solat, janganlah ia membiarkan seseorang berlalu (lewat) di hadapannya. Jika orang yang hendak berlalu enggan ditolak, hendaklah dibunuh, kerana besertanya ada kawannya.”

Riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah.

Demikian juga apabila datang binatang berbisa seperti ular dan lipan yang memungkinkan kita berada di dalam keadaan bahaya maka lakukanlah usaha mengelakkannya dengan kadar keupayaan kita. Hadits yang berbunyi :

عَنْ اَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ: اِنَّ النَّبِيَّ ص اَمَرَ بِقَتْلِ الأَسْوَدَيْنِ فِي الصَّلاَةِ الْعَقْرَبِ وَالْحَيَّةِ

Abu Hurairah r.a. menerangkan: “Bahawasanya Nabi saw. memerintahkan kita membunuh dua binatang hitam di dalam solat. Iaitu lipan dan ular.”

Hadits shahih riwayat Ahmad, Abu Daud, An-Nasa’I, At-Tirmidzi dan Ibnu Majah.

Segala perbuatan yang memungkinkan pergerakkan yang banyak di dalam solat yang ada contohnya dari Nabi saw. atau beliau izinkannya tidak dapat di katakan terlarang atau makruh tetapi ianya adalah sunnahnya. Nabi saw. mengizinkan kita membunuh ular dan lipan di dalam solat itu bermakna perkara itu di bolehkan dan para sahabat seperti Ali r.a. dan Ibnu Umar melakukannya. Dari tabiin pula yang membunuh ular di dalam solat adalah Al-Hasan Al-Bishri, Abul Aliyah, Atha’ Muwarriq Al-Ajali dan lain lainnya.

Rujuk KOLEKSI HADIS HADIS HUKUM 3-T.M.HASBI, M.S. 352-354.