10 January 2011

Bolehkah Melewatkan Solat Dengan Sengaja ?



Hadits Ke 173

عَنْ اَبِيْ هُرَيْرَةَ اَنَّ النَّبِيَّ ص قَالَ: مَنْ اَدْرَكَ مِنَ الصُّبْحِ رَكْعَةً قَبْلَ اَنْ تَطْلُعَ الشَّمْسُ فَقَدْ اَدْرَكَ الصُّبْحَ وَمَنْ اَدْرَكَ رَكْعَةً مِنَ الْعَصْرِ قَبْلَ اَنْ تَغْرُبَ الشَّمْسُ فَقَدْ اَدْرَكَ الْعَصْرَ

Dari Abu Hurairah, bahawasanya Nabi saw. telah bersabda : Barangsiapa dapat dari (solat) Subuh satu rakaat sebelum terbit matahari, maka sesungguhnya (bererti) ia telah dapat Subuh, dan barangsiapa mendapat dari Ashar satu rakaat sebelum terbenam matahari, maka sesungguhnya ia telah mendapat Ashar.”

Muttafaq alaih.

Hadits Ke 174

وَلِمُسْلِمٍ عَنْ عَائِشَةَ نَحْوُهُ وَقَالَ: "سَجْدَةً" بَدَلَ "رَكْعَةً". ثُمَّ قَالَ: وَالسَّجْدَةُ اِنَّمَا هِيَ الرَّكْعَةُ

Dan bagi Muslim dari Aisyah seperti itu (juga) tetapi ia bersabda : “Satu sujud ganti satu rakaat” kemudian ia (rawi) berkata :…….dan satu sujud itu (maksudnya) tidak lain melainkan satu rakaat.

Kesimpulannya

Dijelaskan dalam hadits 173 barangsiapa terlambat menunaikan solat dengan sesuatu sebab sehingga apabila ditunaikan solat Subuh atau solat Ashar itu hanya sempat mendapat satu rakaat dalam waktu lalu rakaat yang lain telah terkeluar dari waktu yang sepatutnya, maka dikira/dianggap dia telah bersolat Subuh atau solat Ashar dalam waktunya.

Telah dijelaskan oleh Ibnu Hajar Al Asqalani : Lahir hadits ini menyatakan cukup satu rakaat saja kita kerjakan jika waktu telah sangat sempit. Akan tetapi ijma (ulama) menetapkan bahawa yang dimaksudkan bukan demikian. Hanya bila kita dapat solat satu rakaat dalam waktu dan satu rakaat lagi diluar waktu, dihukum keduanya berada dalam satu waktu juga.

Telah dinyatakan oleh Imam An Nawawi : Seluruh ulama Islam sepakat menetapkan, bahawa hadits ini tiada dipegang lahirnya. Iaitu tidak difahamkan, bahawa memadai dengan mendapat satu rakaat, telah mencukupi solat tersebut. Hanya difahamkan sesiapa mendapat satu rakaat dalam waktu, dihukum seakan akan mendapat kedua duanya dalam waktu, atau sesiapa mendapat akhir waktu kadar satu rakaat lagi sesudah suci dari haid umpamanya wajiblah solat waktu itu atasnya.

Imam An-Nawawi menjelaskan lagi : Semua ulama menetapkan tidak boleh kita lambatkan solat, sehingga tinggal waktu sekadar serakaat sahaja. RUJUKKAN KOLEKSI HADITS HUKUM –T.M.HASBI DALAM BAB WAKTU SOLAT.

Bersambung...

No comments: