01 December 2011

GARIS PANDUAN IBADAH DAN IMARAH MASJID-MASJID DI NEGERI PERLIS



A. GARIS PANDUAN IBADAH DI MASJID 
 1. Garis Panduan Kepada Imam 
• Secara umumnya Imam tidak boleh mengadakan apa-apa perbuatan dalam solat yang tidak mempunyai dalil yang jelas daripada al-Qur’an dan al-Sunnah 
• Tidak mengkhususkan bacaan Qunut pada masa tertentu seperti Qunut Subuh kecuali Qunut Nazilah dan Qunut Witir 
• Tidak mengadakan wirid secara jama’ie pada masa tertentu seperti selepas solat fardu kecuali untuk tujuan mengajar dalam waktu yang terbatas 
• Tidak mengadakan bacaan khusus pada waktu yang khusus tanpa dalil al-Qur’an dan al-Sunnah seperti membaca Yassin secara beramai-ramai pada malam jumaat 
• Tidak mengadakan upacara Tahlil Kematian 
• Tidak mengadakan apa-apa upacara yang berkaitan dengan jenazah melainkan berpandukan panduan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis 
• Memastikan muazzin melakukan azan sebaik sahaja masuk waktu pada setiap waktu 


 2. Garis Panduan Kepada Khatib 
• Hendaklah membaca khutbah yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis seperti Khutbah Jumaat, Aidilfitri, Aidiladha dan selainnya 
• Khatib tidak boleh mengulas teks khutbah yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis melainkan ada kesalahan pada teks khutbah 
• Adalah menjadi sunnah bagi seorang Khatib menjadi Imam pada Solat Jumaat 3. Garis Panduan Kepada Muazzin 
• Melakukan azan dua kali pada waktu subuh 
• Tidak membaca dan memperdengarkan sebarang bacaan selain azan dengan kuat sebelum azan dan selepas azan 
• Melakukan iqamah setelah imam bersedia menunaikan solat 


 Dikeluarkan Oleh Jabatan Mufti Negeri Perlis Selepas Diluluskan Oleh Mesyuarat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Bil. 3/2007 pada 25 Julai 2007 


B. GARIS PANDUAN IMARAH MASJID BIDANG TUGAS BIRO-BIRO JAWATANKUASA KARIAH 
1. BIRO DAKWAH DAN KEMASYARAKATAN 
• Merancang dan melaksanakan aktiviti keilmuan dan dakwah. Contohnya kelas pengajian, ceramah, forum, diskusi dan sebagainya. 
• Merancang dan mengadakan kursus-kursus berbentuk ilmiah/kemasyarakatan seperti kursus pengurusan jenazah,kursus menjahit dan sebagainya. 
• Mengadakan program kemasyarakatan seperti gotong royong,membantu fakir miskin dan sebagainya. 


2. BIRO EKONOM1 DAN KEBAJIKAN 
• Merancang aktiviti yang membantu menjana pendapatan masjid 
• Memelihara serta реkа kepada kebajikan anak kariah terutama dari segi kehidupan harian mereka 
• Mengemaskini data-data anak kariah seperti maklumat anak-anak yatim, dan sebagainya 


3. BIRO INFORMASI DAN TEKNOLOGI 
• Mengawal selia dan mengemaskini рарan kenyataan masjid 
• Membantu meningkatkan penggunaan ICT di masjid. 
• Menjadi Pegawai Penerangan/Pegawai Perhubungan Awam bagi pihak masjid. 
• Membantu Pcngerusi/Imam mengumumkan sesuatu arahan/iklan/ maklumat kepada anak kariah . 


4. BIRO PEMBANGUNAN MASJID 
• Merancang pembangunan prasarana masjid 
• Menguruskan sebarang kerosakan masjid dengan pihak tertentu 
• Mencari sumber kewangan bagi membaiki dan mengindahkan persekitaran luaran dan dalaman masjid . 


4. BIRO WANITA 
• Merancang dan mengadakan pelbagai aktiviti khusus untuk kaum wanita. 
• Menjaga kebajikan kaum wanita dalam kalangan anak kariah 


5. BIRO BELIA 
• Merancang dan mengadakan pelbagai aktiviti keilmuan khusus untuk remaja dan para belia. 
• Mewujudkan jalinan kerjasama yang baik antara belia dan jawatankuasa masjid. 

• Menjalinkan hubungan dengan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) atau badan-badan belia di dalam Negeri Perlis. 

 Dikeluarkan Oleh: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs)

2 comments:

Hassan said...

perlukan penjelasan yg mendalam kpd ahli masjid dan jamaah nya..mufti wajib mengajar dan memberi tunjuk ajar sembahyang yg betul kpd semua umat islam di negeri perlis ini...saya mengalukan kedatangan mufti ke masjid saya dengan segera.

Hassan said...

Nasihat saya Dr Juanda perlu baiki blog ini supaya sesiapa shj yg melayari nya terutama ingin mempelajari ilmu dan mengamalkan nya mesti lah berdaftar dgn blog anda dan jgn lah tidak ada jalinan bersama..bahaya dan amat bahaya...