Pada 29 November 2011, akhbar Bernama telah melaporkan saranan penting Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, laporan yang amat bermanfaat tersebut dapat dibaca seperti di bawah atau boleh dirujuk terus di sesawang
http://bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=630494
KANGAR, 29 Nov (Bernama) -- Umat Islam perlu melakukan anjakan minda dan sikap supaya mereka menjadi golongan yang cemerlang, titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
Menurut baginda, jika mereka masih berada dalam lingkungan minda dan sikap yang negatif, mereka perlu berhijrah kepada sesuatu yang positif sejajar dengan keadaan semasa.
Pada majlis penyerahan bantuan kepada pelajar, penduduk miskin dan mangsa bencana seluruh Perlis sempena sambutan Maal Hijrah di Masjid Terapung Al Hussain di Kuala Perlis hari ini, baginda bertitah, anjakan minda dan sikap menuntut pengorbanan dan dilaksanakan dengan kreatif, proaktif dan penuh kesungguhan.
"Aspek tranformasi umat Islam adalah amat dituntut dalam Islam sejajar dengan pergerakan arus modenisasi," titah baginda yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).
Pada majlis itu Baitulmal Perlis memperuntukkan bantuan RM152,970 kepada 200 penerima terdiri daripada 145 pelajar dan 55 penduduk miskin serta mangsa bencana.
- BERNAMA

No comments:
Post a Comment