Lazimnya setiap manusia inginkan kebahagiaan dalam rumahtangga yang dibina, setiap pasangan inginkan hidup yang berkekalan dan harmoni namun bukan semua manusia akan memperoleh kebahagiaan tersebut. Kebahagiaan hidup berumahtangga itu merupakan suatu nikmat besar yang disebut oleh Allah melalui firmanNya: Ar-Ruum ayat 21 [30:21]
Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya (Allah) ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.
Bahawa Allah menjadikan antara suami isteri itu penuh dengan perasaan kasih dan sayang, hubungan suami isteri itu membawa ketenangan dan keharmonian dalam hidup – ini merupakan satu tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Bagaimanakah Allah menjadikan dua insan yang berlainan latarbelakang, berlainan sikap dan sifat namun mampu hidup bersama meredah onak dan ranjau, bersama-sama mengharungi kesusahan dan kesenangan? Bagaimana si isteri mampu tetap teguh dan sabar bersama suami walau hidup mereka kais pagi makan pagi kais petang makan petang? Inilah antara tanda kekuasaan Allah.
Namun pernahkah kita fikirkan, mengapa perkahwinan di zaman kini sering membawa kepada penceraian? Mengapa perkahwinan itu hanya manis di awalnya namun pahit kemudiannya hingga menyebabkan perpisahan? Mengapa perkahwinan itu tidak membuahkan kasih sayang yang berkekalan? Sebelum berkahwin penuh dengan kemesraan dan kasih sayang, selepas berkahwin penuh dengan kebosanan dan kebencian….mengapa ini terjadi?
Inilah antara tipu daya syaitan. Sebelum berkahwin, syaitan merupakan pihak ketiga yang menambah kepada keintiman dan kemesraan, syaitan membisikkan kasih sayang dan keharmonian, saling bertolak ansur dan menerima kekurangan masing-masing. Syaitan juga mengajak kepada keghairahan untuk sentiasa bersama, menunjukkan kasih sayang dengan sentuhan, belaian dan sebagainya. Bersabda Rasulullah saw: Riwayat Tirmidzi. Hadits Hasan Shahih
Tidaklah seorang laki-laki berduaan dengan seorang wanita kecuali ketiganya adalah setan.
Selepas berkahwin, syaitan jugalah merupakan pihak ketiga yang menyemai benih-benih amarah, kebosanan pada suami dan isteri. Tiada lagi tolak ansur dan bermaaf-maafan, tiada lagi sikap saling memperbaiki diri – yang ada hanyalah saling menyalah antara satu sama lain. Matlamatnya cuma satu – penceraian, kebencian. Ini sebagaimana disebut dalam Al-Baqarah ayat 102 [2:102]
Dan mereka mengikut apa (yakni kitab-kitab sihir) yang dibaca oleh syaitan-syaitan (bahawa syaitan menyebarkan berita bohong bahawa Nabi Sulaiman menyimpan lembaran-lembaran sihir) pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahawa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), hanya syaitan-syaitan itulah yang kafir (mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat (para ulama tafsir berbeza pendapat tentang maksud dua orang malaikat; ada yang berpandangan mereka itu benar-benar malaikat, ada yang mengatakan mereka itu sebenarnya orang yang dipandang soleh sebagaimana malaikat dan ada yang berpandangan, mereka adalah orang jahat yang berpura-pura soleh seperti malaikat) di negeri Babil iaitu Harut dan Marut sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seseorang pun sebelum mengatakan: Sesungguhnya kami hanya cobaan bagimu, sebab itu janganlah kamu kafir. Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara dua suami isteri
Kerana inilah, amat penting bagi setiap umat Islam kembali kepada ajaran dan panduan Islam. Sesungguhnya sebelum ikatan pernikahan itu diikat, Rasulullah saw telah menggariskan satu panduan yang cukup jelas bagi kita bagi mencapai kebahagiaan, namun siapakah yang mengambil pelajaran darinya? Dalam sepotong hadits shahih riwayat Bukhari dan Muslim:
Dikahwini perempuan itu kerana empat perkara: iaitu kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka carilah yang beragama, (jika tidak) nescaya binasalah engkau
Rasulullah saw menjelaskan bahawa umumnya wanita itu dikahwini kerana 4 perkara. Ada yang dikahwini kerana hartanya, ada yang kerana kecantikannya, ada yang dikahwini kerana keturunannya dan ada yang dipilih berdasarkan agamanya. Dari keempat-empat pilihan ini, Rasulullah saw menegaskan betapa pentingnya kita memilih bakal isteri itu berdasarkan agamanya. Jika tidak, hidup kita akan binasa. Demikian halnya bagi perempuan.
Wanita adalah hiasan dunia dan sebaik-baik hiasan dunia ialah wanita solehah. Surah Al-Imran ayat 14 [3:14]:
Dihiaskan kepada manusia mencintai syahwat (keinginan nafsu) seperti perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang banyak dari emas, perak, kuda yang bagus, binatang-binatang ternak dan tanam-tanaman. Demikianlah kesukaan hidup di dunia dan disisi Allah tempat kembali yang sebaik-baiknya.
Bersabda Rasulullah; Shahih Muslim
Dunia ialah kesenangan dan sebaik-baik kesenangan dunia ialah perempuan yang solehah
Isteri itu boleh menjadi penawar yang amat mujarab dan ia juga boleh menjadi racun yang amat bisa. Dek kerana itu, jangan kita silap dalam memilih pasangan. Demikian juga bagi wanita, jangan silap memilih calon suami. Perlu diteliti dahulu agama dan akhlaknya. Apabila rata-rata di kalangan umat Islam baik lelaki atau perempuan memilih pasangan semata-mata kerana rupa atau harta atau kedudukannya, maka tidak hairanlah mengapa penceraian di awal usia perkahwinan itu suatu yang amat sering berlaku. Ini kerana pasangan itu tidak mempunyai benteng yang kukuh untuk menahan badai perkahwinan, mereka tidak mempunyai persediaan yang mantap bagi menghadapi tipu daya syaitan. Firman Allah: Al-Baqarah ayat 187 [2:187]
Suami isteri saling melengkap satu sama lain. Gabungan dua insan menjadi satu, saling bekerjasama bergabung tenaga, Saling menampung kekurangan masing-masing. Bukan saling menyalahkan. Perlu jelas peranan masing-masing, perlu jelas kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Rasulullah saw pergi ke tempat solat di waktu Hari Raya Adha atau Fitri maka beliau saw melewati pada kaum wanita. Bersabda Rasulullah saw: Wahai golongan wanita, bersedekahlah kalian kerana saya lihat kamu sekalianlah penduduk yang terbanyak dari neraka. Bertanya para wanita: Mengapa demikian wahai Rasulullah? Ujar Nabi saw: Kalian banyak mengutuk dan ingkar kepada suami. Tak seorang pun yang saya lihat orang yang singkat akal dan kurang agama yang dapat mempengaruhi akal lelaki yang teguh melebihi kalian! Bertanya para wanita: Di mana letaknya kekurangan akal dan agama kami wahai Rasulullah? Jawab Nabi saw: Bukankah kesaksian wanita nilainya separuh dari kesaksian lelaki? Jawab para wanita: Benar. Bersabda Nabi saw: Demikian itu disebabkan kurangnya akal mereka (wanita). Bukankah bila mereka haid, mereka tidak solat dan puasa? Jawab para wanita: Benar. Bersabda Rasulullah saw: Demikian itulah kekurangan agama mereka
Bukhari & Muslim
Sepotong hadis yang menerangkan betapa besarnya pengaruh wanita kepada lelaki, walau ada ketikanya penilaiannya cetek, namun ia mampu menggoyah keutuhan jiwa lelaki. Walaupun begitu, bukanlah bermakna si suami tidak perlu berbincang atau bertanyakan pandangan isteri, ianya tidaklah bermaksud si suami sentiasa benar dan apa jua teguran isteri itu salah. Si suami sebagai ketua tetap perlu menerima teguran dan memperbaiki kesilapan sekiranya teguran isteri itu benar. Dan dalam masa yang sama, si suami harus peka bahawa sememangnya isteri itu diciptakan dari rusuk yang bengkok, yang sentiasa perlu dibimbing. Sekiranya terus dibiarkan tanpa bimbingan, ia akan berterusan bengkok. Dan sekiranya terlampau bertegas berkeras, ianya akan patah.
Daripada Abu Hurairah ia berkata: Telah bersabda Rasulullah saw: Kaum wanita diciptakan dari tulang rusuk dan sekali-kali tidak akan dapat engkau luruskan walau bagaimana caranya. Jika engkau bersenang-senang dengannya, engkau bersenang-senang dengannya sedang dia bengkok. Jika engkau berusaha meluruskannya, nescaya dia patah. Mematahkannya ialah menceraikannya.
Shahih riwayat Muslim
Daripada Abu Hurairah daripada Nabi saw beliau bersabda: Siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhir, maka apabila ia menyaksikan sesuatu perkara hendaklah dia berkata yang baik atau diam. Bijaksanalah membimbing wanita kerana wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Dan bahagiannya yang paling bengkok ialah yang sebelah atas. Jika engkau berusaha meluruskannya nescaya dia patah. Tetapi jika engkau biarkan, dia akan sentiasa bengkok. Kerana itu bijaklah membimbing wanita dengan baik.
Shahih riwayat Muslim
Bersabda Rasulullah saw: Bertaqwalah kepada Allah tentang (urusan/tanggungjawab terhadap) isteri kerana sesungguhnya kamu telah mengambil mereka dengan amanah Allah dan dihalalkan faraj mereka dengan kalimat Allah dan hak kamu ke atas mereka iaitulah mereka tidak boleh membenarkan sesiapa yang kamu tudak suka untuk masuk ke rumah kamu, dan jika mereka berbuat demikian maka pukullah mereka dengan pukulan yang tidak mencederakan dan bagi mereka ke atas kamu rezeki dan pakaian secara makruf
Riwayat Shahih Ibnu Khuzaimah
Inilah amanah dan tanggungjawab yang dipikulkan ke atas setiap suami. Bahawa ikatan perkahwinan itu satu ikatan yang mulia, bahawa dengan nama Allah dihalalkan seseorang wanita itu pada seseorang lelaki yang dipertanggungjawabkan padanya untuk memberi nafkah, mempergaulinya dengan baik dan yang lebih utama, membimbingnya ke jalan yang benar. Amanah yang akan dipersoalkan oleh Allah ini sewajarnya sentiasa dijunjung oleh setiap lelaki dan janganlah ia lalai atau bosan, lemah, putus asa dalam mendidik. Sememangnya walau seorang wanita atau lelaki itu dipilih berdasarkan agamanya, ia masih mempunyai kekurangan kelemahan, namun itulah manusia. An-Nisaa’ ayat 19 [4:19]
Dan bergaullah dengan mereka secara patut. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) karena mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.
Bersabda Rasulullah: Shahih Muslim
Jangan memarahi wanita mukminah. Jika kamu benci akan perangainya, nescaya ada pula yang menyenangkan darinya
Di sinilah pentingnya kebijaksanaan dan hikmah suami dalam membimbing, perlu hikmah dalam menegur. Ada masa perlu ketegasan. Suami perlu main peranan sebagai ketua, bukan mengikut telunjuk dan kehendak isteri semata. Suami adalah nakhoda. Sememangnya bagus untuk berbincang dengan isteri namun kata putusnya tetap balik kepada suami. Penilaian suami lazimnya lebih wajar berbanding penilaian isteri. Suami adalah pemimpin ke atas isteri.
Isteri wajib taat pada suami walau suami rendah taraf atau tingkatnya dari isteri. Walau isteri lebih bijak dari suami, isteri wajib taat padanya. Isteri wajib taat dalam setiap perkara walau ianya bukan atas keredhaan atau kesukaan isteri (selama perintah itu tidak menyalahi syara’) . Isteri mesti mengutamakan suami. Boleh si isteri menegur suami namun lakukanlah secara sendirian dan biarlah teguran dilakukan dengan cara tidak menjatuhkan maruahnya.
Daripada Abdullah bin Umar r.a., daripada Nabi saw. sabdanya: “Dengar dan taat (kepada pemerintah) adalah kewajipan setiap Muslim dalam urusan yang dia suka atau benci selagi dia tidak diperintahkan dalam perkara maksiat. Apabila diperintahkan dalam urusan maksiat maka tiada lagi dengar dan taat.”
Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim
Sabda Rasulullah saw.:
“Sesiapa yang ingin menasihati orang yang memiliki kuasa, janganlah dia menampakkan secara terang terangan. Sebaliknya hendaklah dia mengambil tangannya (pemimpin) dan bersendirian dengannya (menasihatinya). Jika diterima maka dia berjaya, jika tidak dia (orang yang memberi nasihat) telah menunaikan kewajipannya.”
Diriwayatkan oleh Ibn Abi Asim dalam ‘al Sunnah’ dan dinyatakan sahih oleh Al-Albani.
Bersabda Rasulullah saw: Tidak wajar bagi seseorang bersujud kepada seseorang insane yang lain. Seandainya diharuskan seseorang bersujud kepada yang lain, nescaya aku akan menyuruh para isteri bersujud kepada suami mereka lantaran besarnya hak yang dilaksanakan untuk suami mereka
Shahih riwayat Tirmidzi, Ibnu Hibban & Al-Baihaqi
Dalam hadits yang telah disebutkan sebelumnya, Rasulullah menjelaskan bahawa wanita itu merupakan golongan majoriti ahli neraka. Namun jika direnungkan dari keterangan hadis Rasulullah, kelihatannya wanita itu mudah untuk masuk syurga. Sabda Rasulullah: Riwayat Ahmad & Ibnu Hibban dengan darjat hasan
Apabila seseorang isteri telah menyempurnakan solat fardhu yang lima, telah menjaga kehormatannya dan mematuhi suaminya, nescaya dia akan memasuki mana-mana pintu syurga yang dia kehendaki.
Seterusnya:
Ditanya kepada Rasulullah: Siapakah isteri contoh (sebaik-baiknya)? Beliau saw menjawab: Ialah isteri yang menggembirakan suaminya pada setiap kali suami memandang kepadanya, isteri yang segera mematuhi suami apabila suami menyuruhnya (selama bukan perkara maksiat) dan isteri yang tidak melakukan apa-apa yang tidak disukai suami mengenai dirinya (si isteri) dan harta benda suaminya
Riwayat Ahmad, Nasaie dan Al-Hakim. Shahih menurut syarat imam Muslim dan Al-Baihaqi
Manakala bagi suami, wajiblah ia menjalankan segala tanggungjawab dengan sebaiknya sekadar kemampuan yang ada dan adalah suami dilarang menzalimi isteri. Isteri adalah amanah Allah. Suami akan dipertanggungjawabkan atas isterinya. Suami yang menzalimi isteri akan diadili oleh Allah. Isteri yang bersabar akan kezaliman suaminya akan beroleh syurga namun Islam juga membenarkan isteri memohon fasakh. Suami isteri masing-masing wajib berpedomankan panduan yang satu – Al-Quran dan Sunnah Rasul saw. Tiada peraturan atau undang-undang yang lebih sesuai dengan hidup manusia melainkan apa yang telah dijelaskan oleh Allah.
وَمِنْ ءَايَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ
أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً
إِنَّ فِيْ ذَلِكَ لأَيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya (Allah) ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.
Bahawa Allah menjadikan antara suami isteri itu penuh dengan perasaan kasih dan sayang, hubungan suami isteri itu membawa ketenangan dan keharmonian dalam hidup – ini merupakan satu tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Bagaimanakah Allah menjadikan dua insan yang berlainan latarbelakang, berlainan sikap dan sifat namun mampu hidup bersama meredah onak dan ranjau, bersama-sama mengharungi kesusahan dan kesenangan? Bagaimana si isteri mampu tetap teguh dan sabar bersama suami walau hidup mereka kais pagi makan pagi kais petang makan petang? Inilah antara tanda kekuasaan Allah.
Namun pernahkah kita fikirkan, mengapa perkahwinan di zaman kini sering membawa kepada penceraian? Mengapa perkahwinan itu hanya manis di awalnya namun pahit kemudiannya hingga menyebabkan perpisahan? Mengapa perkahwinan itu tidak membuahkan kasih sayang yang berkekalan? Sebelum berkahwin penuh dengan kemesraan dan kasih sayang, selepas berkahwin penuh dengan kebosanan dan kebencian….mengapa ini terjadi?
Inilah antara tipu daya syaitan. Sebelum berkahwin, syaitan merupakan pihak ketiga yang menambah kepada keintiman dan kemesraan, syaitan membisikkan kasih sayang dan keharmonian, saling bertolak ansur dan menerima kekurangan masing-masing. Syaitan juga mengajak kepada keghairahan untuk sentiasa bersama, menunjukkan kasih sayang dengan sentuhan, belaian dan sebagainya. Bersabda Rasulullah saw: Riwayat Tirmidzi. Hadits Hasan Shahih
لاَ
يَخْلُوَنَّ رَجُلٌ بِامْرَأَةٍ إِلاَّ كَانَ ثَالِثَهُمَا الشَّيْطَانُ
Tidaklah seorang laki-laki berduaan dengan seorang wanita kecuali ketiganya adalah setan.
Selepas berkahwin, syaitan jugalah merupakan pihak ketiga yang menyemai benih-benih amarah, kebosanan pada suami dan isteri. Tiada lagi tolak ansur dan bermaaf-maafan, tiada lagi sikap saling memperbaiki diri – yang ada hanyalah saling menyalah antara satu sama lain. Matlamatnya cuma satu – penceraian, kebencian. Ini sebagaimana disebut dalam Al-Baqarah ayat 102 [2:102]
وَاتَّبَعُوا مَا
تَتْلُو الشَّيَاطِينُ عَلَى مُلْكِ سُلَيْمَانَ وَمَا كَفَرَ سُلَيْمَانُ وَلَكِنَّ الشَّيَاطِينَ كَفَرُوا يُعَلِّمُونَ النَّاسَ السِّحْرَ وَمَا أُنْزِلَ عَلَى الْمَلَكَيْنِ بِبَابِلَ هَارُوتَ وَمَارُوتَ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنْ
أَحَدٍ حَتَّى يَقُولَا إِنَّمَا نَحْنُ فِتْنَةٌ فَلَا تَكْفُرْ فَيَتَعَلَّمُونَ مِنْهُمَا مَا
يُفَرِّقُونَ بِهِ
بَيْنَ الْمَرْءِ وَزَوْجِهِ
Dan mereka mengikut apa (yakni kitab-kitab sihir) yang dibaca oleh syaitan-syaitan (bahawa syaitan menyebarkan berita bohong bahawa Nabi Sulaiman menyimpan lembaran-lembaran sihir) pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahawa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), hanya syaitan-syaitan itulah yang kafir (mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat (para ulama tafsir berbeza pendapat tentang maksud dua orang malaikat; ada yang berpandangan mereka itu benar-benar malaikat, ada yang mengatakan mereka itu sebenarnya orang yang dipandang soleh sebagaimana malaikat dan ada yang berpandangan, mereka adalah orang jahat yang berpura-pura soleh seperti malaikat) di negeri Babil iaitu Harut dan Marut sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seseorang pun sebelum mengatakan: Sesungguhnya kami hanya cobaan bagimu, sebab itu janganlah kamu kafir. Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara dua suami isteri
Kerana inilah, amat penting bagi setiap umat Islam kembali kepada ajaran dan panduan Islam. Sesungguhnya sebelum ikatan pernikahan itu diikat, Rasulullah saw telah menggariskan satu panduan yang cukup jelas bagi kita bagi mencapai kebahagiaan, namun siapakah yang mengambil pelajaran darinya? Dalam sepotong hadits shahih riwayat Bukhari dan Muslim:
تُنْكَحُ
الْمَرْأَةُ لأَرْبَعٍ: لِمَالِهَا وَلِحَسَبِهَا وَلِجَمَالِهَا وَلِدِيْنِهَا
فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّيْنِ تَرِبَتْ يَدَاكَ
Dikahwini perempuan itu kerana empat perkara: iaitu kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka carilah yang beragama, (jika tidak) nescaya binasalah engkau
Rasulullah saw menjelaskan bahawa umumnya wanita itu dikahwini kerana 4 perkara. Ada yang dikahwini kerana hartanya, ada yang kerana kecantikannya, ada yang dikahwini kerana keturunannya dan ada yang dipilih berdasarkan agamanya. Dari keempat-empat pilihan ini, Rasulullah saw menegaskan betapa pentingnya kita memilih bakal isteri itu berdasarkan agamanya. Jika tidak, hidup kita akan binasa. Demikian halnya bagi perempuan.
Wanita adalah hiasan dunia dan sebaik-baik hiasan dunia ialah wanita solehah. Surah Al-Imran ayat 14 [3:14]:
زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَواتِ
مِنَ النِّسَاءِ وَالْبَنِيْنَ وَالْقَناطِيْرِ الْمُقَنْطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ
وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالأنْعامِ وَالْحَرْثِ ذَلِكَ مَتاعُ
الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَاللهُ عِنْدَهُ حُسْنُ الْمَأَب
Dihiaskan kepada manusia mencintai syahwat (keinginan nafsu) seperti perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang banyak dari emas, perak, kuda yang bagus, binatang-binatang ternak dan tanam-tanaman. Demikianlah kesukaan hidup di dunia dan disisi Allah tempat kembali yang sebaik-baiknya.
Bersabda Rasulullah; Shahih Muslim
الدُّنْيَا مَتَاعٌ وَخَيْرُ مَتَاعِ
الدُّنْيَا الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ
Isteri itu boleh menjadi penawar yang amat mujarab dan ia juga boleh menjadi racun yang amat bisa. Dek kerana itu, jangan kita silap dalam memilih pasangan. Demikian juga bagi wanita, jangan silap memilih calon suami. Perlu diteliti dahulu agama dan akhlaknya. Apabila rata-rata di kalangan umat Islam baik lelaki atau perempuan memilih pasangan semata-mata kerana rupa atau harta atau kedudukannya, maka tidak hairanlah mengapa penceraian di awal usia perkahwinan itu suatu yang amat sering berlaku. Ini kerana pasangan itu tidak mempunyai benteng yang kukuh untuk menahan badai perkahwinan, mereka tidak mempunyai persediaan yang mantap bagi menghadapi tipu daya syaitan. Firman Allah: Al-Baqarah ayat 187 [2:187]
هُنَّ لِبَاسٌ لَكُمْ وَأَنْتُمْ لِبَاسٌ لَهُنَّ
Mereka adalah pakaian bagimu, dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka Suami isteri saling melengkap satu sama lain. Gabungan dua insan menjadi satu, saling bekerjasama bergabung tenaga, Saling menampung kekurangan masing-masing. Bukan saling menyalahkan. Perlu jelas peranan masing-masing, perlu jelas kelebihan dan kekurangan masing-masing.
خَرَجَ رَسُوْلُ
الله ص فِيْ اَضْحَى اَوْ فِطْرٍ اِلَى الْمُصَلِّى فَمَرَّ عَلَى النِّسَاءِ
فَقَالَ: يَا مَعْشَرَ النِّسَاءِ تَصَدَّقْنَ فَاِنِّيْ رَاَيْتُكُنَّ اَكْثَرَ
اَهْلِ النَّارِ، فَقُلْنَ: وَلِمَ يَا رَسُوْلَ الله؟ قَالَ: تُكْثِرْنَ
اللَّعْنَ وَتَكْفُرْنَ الْعَشِيْرَ. مَا رَاَيْتُ مِنْ نَاقِصَاتِ عَقْلٍ
وَدِيْنٍ اَذْهَبَ لِلُبِّ الرَّجُلِ الْحَازِمِ مِنْ اِحْدَاكُنَّ! قُلْنَ: وَمَا
نُقْصَانُ عَقْلِنَا وَدِيْنِنَا يَا رَسُوْلَ الله؟ قَالَ: أَلَيْسَ شَهَادَةُ
الْمَرْأَةِ مِثْلَ نِصْفِ شَهَادَةِ الرَّجُلِ؟ قُلْنَ: بَلَى. قَالَ: فَذَلِكَ
مِنْ نُقْصَانِ عَقْلِهَا، أَلَيْسَ اِذَا حَاضَتْ لَمْ تُصَلِّ وَلَمْ تَصُمْ؟
قُلْنَ: بَلَى. قَالَ: فَذَلِكَ نُقْصَانُ دِيْنِهَا
Rasulullah saw pergi ke tempat solat di waktu Hari Raya Adha atau Fitri maka beliau saw melewati pada kaum wanita. Bersabda Rasulullah saw: Wahai golongan wanita, bersedekahlah kalian kerana saya lihat kamu sekalianlah penduduk yang terbanyak dari neraka. Bertanya para wanita: Mengapa demikian wahai Rasulullah? Ujar Nabi saw: Kalian banyak mengutuk dan ingkar kepada suami. Tak seorang pun yang saya lihat orang yang singkat akal dan kurang agama yang dapat mempengaruhi akal lelaki yang teguh melebihi kalian! Bertanya para wanita: Di mana letaknya kekurangan akal dan agama kami wahai Rasulullah? Jawab Nabi saw: Bukankah kesaksian wanita nilainya separuh dari kesaksian lelaki? Jawab para wanita: Benar. Bersabda Nabi saw: Demikian itu disebabkan kurangnya akal mereka (wanita). Bukankah bila mereka haid, mereka tidak solat dan puasa? Jawab para wanita: Benar. Bersabda Rasulullah saw: Demikian itulah kekurangan agama mereka
Bukhari & Muslim
Sepotong hadis yang menerangkan betapa besarnya pengaruh wanita kepada lelaki, walau ada ketikanya penilaiannya cetek, namun ia mampu menggoyah keutuhan jiwa lelaki. Walaupun begitu, bukanlah bermakna si suami tidak perlu berbincang atau bertanyakan pandangan isteri, ianya tidaklah bermaksud si suami sentiasa benar dan apa jua teguran isteri itu salah. Si suami sebagai ketua tetap perlu menerima teguran dan memperbaiki kesilapan sekiranya teguran isteri itu benar. Dan dalam masa yang sama, si suami harus peka bahawa sememangnya isteri itu diciptakan dari rusuk yang bengkok, yang sentiasa perlu dibimbing. Sekiranya terus dibiarkan tanpa bimbingan, ia akan berterusan bengkok. Dan sekiranya terlampau bertegas berkeras, ianya akan patah.
عَنْ
أَبِيْ هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ الله ص اِنَّ الْمَرْأَةَ خُلِقَتْ مِنْ ضِلَعٍ
لَنْ تَسْتَقِيْمَ لَكَ عَلَى طَرِيْقَةٍ فَاِنِ اسْتَمْتَعْتَ بِهَا
اِسْتَمْتَعْتَ بِهَا وَبِهَا عِوَجٌ وَاِنْ ذَهَبْتَ تُقِيْمُهَا كَسَرْتَهَا
وَكَسْرُهَا طَلاَقُهَا
عَنْ
أَبِيْ هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ ص قَالَ مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ
وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَاِذَا شَهِدَ اَمْرًا فَلْيَتَكَلَّمْ بِخَيْرٍ اَوْ
لِيَسْكُتْ وَاسْتَوْصُوا بِالنِّسَاءِ فَاِنَّ الْمَرْأَةَ خُلِقَتْ مِنْ ضِلَعٍ
وَاِنَّ اَعْوَجَ شَيْءٍ فِي الضِّلَعِ اَعْلاَهُ اِنْ ذَهَبْتَ تُقِيْمُهُ
كَسَرْتَهُ وَاِنْ تَرَكْتَهُ لَمْ يَزَلْ اَعْوَجَ اسْتَوصُوا بِالنِّسَاءِ
خَيْرًا
Daripada Abu Hurairah daripada Nabi saw beliau bersabda: Siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhir, maka apabila ia menyaksikan sesuatu perkara hendaklah dia berkata yang baik atau diam. Bijaksanalah membimbing wanita kerana wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Dan bahagiannya yang paling bengkok ialah yang sebelah atas. Jika engkau berusaha meluruskannya nescaya dia patah. Tetapi jika engkau biarkan, dia akan sentiasa bengkok. Kerana itu bijaklah membimbing wanita dengan baik.
Shahih riwayat Muslim
قَالَ
رَسُولُ الله ص: اتقوا الله في النساء فإنكم أخذتموهن بأمانة الله و استحللتم
فروجهن بكلمة الله و إن لكم عليهن أن لا يوطين فرشكم أحدا تكرهونه فإن فعلن
فاضربوهن ضربا غير مبرح و لهن عليكم رزقهن و كسوتهن بالمعروف
Bersabda Rasulullah saw: Bertaqwalah kepada Allah tentang (urusan/tanggungjawab terhadap) isteri kerana sesungguhnya kamu telah mengambil mereka dengan amanah Allah dan dihalalkan faraj mereka dengan kalimat Allah dan hak kamu ke atas mereka iaitulah mereka tidak boleh membenarkan sesiapa yang kamu tudak suka untuk masuk ke rumah kamu, dan jika mereka berbuat demikian maka pukullah mereka dengan pukulan yang tidak mencederakan dan bagi mereka ke atas kamu rezeki dan pakaian secara makruf
Riwayat Shahih Ibnu Khuzaimah
Inilah amanah dan tanggungjawab yang dipikulkan ke atas setiap suami. Bahawa ikatan perkahwinan itu satu ikatan yang mulia, bahawa dengan nama Allah dihalalkan seseorang wanita itu pada seseorang lelaki yang dipertanggungjawabkan padanya untuk memberi nafkah, mempergaulinya dengan baik dan yang lebih utama, membimbingnya ke jalan yang benar. Amanah yang akan dipersoalkan oleh Allah ini sewajarnya sentiasa dijunjung oleh setiap lelaki dan janganlah ia lalai atau bosan, lemah, putus asa dalam mendidik. Sememangnya walau seorang wanita atau lelaki itu dipilih berdasarkan agamanya, ia masih mempunyai kekurangan kelemahan, namun itulah manusia. An-Nisaa’ ayat 19 [4:19]
وَعَاشِرُوهُنَّ
بِالْمَعْرُوفِ فَإِنْ كَرِهْتُمُوهُنَّ فَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا
وَيَجْعَلَ اللَّهُ فِيهِ خَيْرًا كَثِيرًا
Dan bergaullah dengan mereka secara patut. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) karena mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.
Bersabda Rasulullah: Shahih Muslim
لاَ
يَفْرَكْ مُؤْمِنٌ مُؤْمِنَةٌ اِنْ كَرِهَ مِنْهَا خُلُقًا رَضِيَ مِنْهَا آخَرَ
أَو قَالَ غَيْرَهُ
Jangan memarahi wanita mukminah. Jika kamu benci akan perangainya, nescaya ada pula yang menyenangkan darinya
قَالَ رَسُولُ الله ص: خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ
لأَهْلِهِ وَأَنَا خَيْرُكُمْ لأَهْلِى
Bersabda Rasulullah saw: Sebaik-baik kamu ialah yang paling baik kepada ahli keluarganya dan akulah yang paling baik dikalangan kamu terhadap ahli keluargaku
Riwayat Tirmizi & Ibnu Majah. Dinilaikan shahih oleh Albani Di sinilah pentingnya kebijaksanaan dan hikmah suami dalam membimbing, perlu hikmah dalam menegur. Ada masa perlu ketegasan. Suami perlu main peranan sebagai ketua, bukan mengikut telunjuk dan kehendak isteri semata. Suami adalah nakhoda. Sememangnya bagus untuk berbincang dengan isteri namun kata putusnya tetap balik kepada suami. Penilaian suami lazimnya lebih wajar berbanding penilaian isteri. Suami adalah pemimpin ke atas isteri.
Isteri wajib taat pada suami walau suami rendah taraf atau tingkatnya dari isteri. Walau isteri lebih bijak dari suami, isteri wajib taat padanya. Isteri wajib taat dalam setiap perkara walau ianya bukan atas keredhaan atau kesukaan isteri (selama perintah itu tidak menyalahi syara’) . Isteri mesti mengutamakan suami. Boleh si isteri menegur suami namun lakukanlah secara sendirian dan biarlah teguran dilakukan dengan cara tidak menjatuhkan maruahnya.
عَنْ
عَبْدِ الله بن عُمَر عَنِ النَّبِيِّ ص قَالَ: السَّمْعُ وَالطَّاعَةُ عَلَى
الْمَرْءِ الْمَسْلِمِ فِيْمَا اَحَبَّ وَكَرِهَ مَا لَمْ يُؤْمَرْ بِمَعْصِيَةٍ
فَاِذَا اُمِرَ بِمَعْصِيَةٍ فَلاَ سَمْعِ وَلاَ طَاعَةَ
Daripada Abdullah bin Umar r.a., daripada Nabi saw. sabdanya: “Dengar dan taat (kepada pemerintah) adalah kewajipan setiap Muslim dalam urusan yang dia suka atau benci selagi dia tidak diperintahkan dalam perkara maksiat. Apabila diperintahkan dalam urusan maksiat maka tiada lagi dengar dan taat.”
Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim
Sabda Rasulullah saw.:
مَنْ
اَرَادَ اَنْ يَنْصَحَ لِذِيْ سُلْطَانٍ فَلاَ يُبْدِهِ عَلاَنِيَةً وَلَكِنْ
يَأْخُذَ بِيَدِهِ فَيَخْلُوْا بِهِ فَاِنْ قَبِلَ مِنْهُ فَذَاكَ وَاِلاَّ كَانَ
قَدْ اَدَّى الَّذِيْ عَلَيْهِ
“Sesiapa yang ingin menasihati orang yang memiliki kuasa, janganlah dia menampakkan secara terang terangan. Sebaliknya hendaklah dia mengambil tangannya (pemimpin) dan bersendirian dengannya (menasihatinya). Jika diterima maka dia berjaya, jika tidak dia (orang yang memberi nasihat) telah menunaikan kewajipannya.”
Diriwayatkan oleh Ibn Abi Asim dalam ‘al Sunnah’ dan dinyatakan sahih oleh Al-Albani.
قَالَ
رَسُولُ الله ص: مَا يَنْبَغِيْ لأَحَدٍ أَنْ يَسْجُدَ لأَحَدٍ وَلَو كَانَ اَحَدٌ
يَنْبَغِيْ لَهُ لأَحَدٍ لأَمَرْتُ الْمَرْأَةَ اَنْ تَسْجُدَ لِزَوْجِهَا لِمَا
عَظَّمَ اللهُ مِنْ حَقِّهِ عَلَيْهَا
Bersabda Rasulullah saw: Tidak wajar bagi seseorang bersujud kepada seseorang insane yang lain. Seandainya diharuskan seseorang bersujud kepada yang lain, nescaya aku akan menyuruh para isteri bersujud kepada suami mereka lantaran besarnya hak yang dilaksanakan untuk suami mereka
Shahih riwayat Tirmidzi, Ibnu Hibban & Al-Baihaqi
Dalam hadits yang telah disebutkan sebelumnya, Rasulullah menjelaskan bahawa wanita itu merupakan golongan majoriti ahli neraka. Namun jika direnungkan dari keterangan hadis Rasulullah, kelihatannya wanita itu mudah untuk masuk syurga. Sabda Rasulullah: Riwayat Ahmad & Ibnu Hibban dengan darjat hasan
اِذَا
صَلَّتِ الْمَرْأَةُ خَمْسَهَا وَحَصَّنَتْ فَرْجَهَا وَاَطَاعَتْ بَعْلَهَا –
يَعْنِيْ زَوْجَهَا – دَخَلَتْ مِنْ أَيِّ اَبْوَابِ الْجَنَّةِ شَاءَتْ
Apabila seseorang isteri telah menyempurnakan solat fardhu yang lima, telah menjaga kehormatannya dan mematuhi suaminya, nescaya dia akan memasuki mana-mana pintu syurga yang dia kehendaki.
Seterusnya:
وَسُئِلَ
رَسُولُ الله ص: أَيُّ النِسَاءِ خَيْرٌ؟ قَالَ: الَّذِيْ تَسُرُّهُ اِذَا نَظَرَ
وَتُطِيْعُهُ اِذَا اَمَرَهُ وَلاَ تُخَالِفُهُ فِيْمَا يَكْرَهُ فِيْ نَفْسِهَا
وَمَالِهِ
Ditanya kepada Rasulullah: Siapakah isteri contoh (sebaik-baiknya)? Beliau saw menjawab: Ialah isteri yang menggembirakan suaminya pada setiap kali suami memandang kepadanya, isteri yang segera mematuhi suami apabila suami menyuruhnya (selama bukan perkara maksiat) dan isteri yang tidak melakukan apa-apa yang tidak disukai suami mengenai dirinya (si isteri) dan harta benda suaminya
Riwayat Ahmad, Nasaie dan Al-Hakim. Shahih menurut syarat imam Muslim dan Al-Baihaqi
Manakala bagi suami, wajiblah ia menjalankan segala tanggungjawab dengan sebaiknya sekadar kemampuan yang ada dan adalah suami dilarang menzalimi isteri. Isteri adalah amanah Allah. Suami akan dipertanggungjawabkan atas isterinya. Suami yang menzalimi isteri akan diadili oleh Allah. Isteri yang bersabar akan kezaliman suaminya akan beroleh syurga namun Islam juga membenarkan isteri memohon fasakh. Suami isteri masing-masing wajib berpedomankan panduan yang satu – Al-Quran dan Sunnah Rasul saw. Tiada peraturan atau undang-undang yang lebih sesuai dengan hidup manusia melainkan apa yang telah dijelaskan oleh Allah.
No comments:
Post a Comment