07 November 2010

Aktiviti Biro 2010 (3)

Hal Ehwal Kariah

- Dr. Fauzi Deraman – Masjid Tok Kaya (4 Mei 2010)
Bersempena kehadiran Dr. Fauzi Deraman untuk seminar hukum ‘Isu Pernikahan Kanak-kanak’ pihak persatuan mengambil kesempatan ini mengundang beliau untuk memberi ceramah di usrah Kawasan Kayang bertempat di Masjid Tok Kaya

- Pemantauan masjid - RAPI
Beberapa sesi pemantauan masjid dilakukan dalam usaha membanteras penularan amalan-amalan bid’ah di negeri Perlis selaras dengan amanah yang diberi oleh Tuanku Raja supaya perlaksanaan manhaj Ahlis Sunnah disemarakkan. Dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Perlis, RAPI telah menjalankan pemantauan siri Rejab 1430; yang mana meninjau bid’ah tahunan “Perayaan Isra’ Mi’raj” pada ahad malam isnin, 19 Julai 2009 dan meninjau bid’ah mingguan “Amalan Yassin Dan Tahlil Malam Jumaat” pada khamis malam jumaat, 23 Julai 2009. Seterusnya meninjau bid’ah tahunan iaitu perayaan Nisfu Syaaban pada 5 Ogos 2009. Seramai lebih kurang 20 pemuda sukarelawan telah menjalankan pemantauan ini di masjid-masjid sekitar Perlis. Hasil analisis pemantauan telah dihantar ke Jabatan Mufti Negeri Perlis.


- Kuliah maghrib (25 April 2010) – Dr. Radzi di Masjid Alwi
Bersempena perjumpaan tertutup antara AJK Islah dengan 3 ulama Majlis Fatwa, pihak persatuan telah mengundang Dr. Radzi untuk memberi kuliah maghrib di Masjid Alwi.

- Kuliah subuh (26 April 2010) – Dr. Johari di Masjid Alwi
Bersempena perjumpaan tertutup antara AJK Islah dengan 3 ulama Majlis Fatwa, pihak persatuan telah mengundang Dr. Johari untuk memberi kuliah subuh di Masjid Alwi.

Aktiviti Biro 2010 (2)

ICT, R&D & Hubungan Luar

Jawatankuasa Penyelarasan IDRAK adalah singkatan kepada Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan Hubungan Luar. Bagi tahun 2009 sehingga 2010, kegiatan jawatankuasa IDRAK adalah sebagaimana berikut:

1. Laman blog Persatuan Al-Islah Perlis
IDRAK telah membina dan menyenggara laman blog baru Persatuan Al-Islah Perlis di alamat http://islahperlis.blogspot.com

2. Kunjungan Al-Nidaa’ Ke MATRI
Persatuan Al-Nidaa’ telah mengadakan lawatan sambil belajar ke MATRI Tunjong bagi meninjau sistem pendidikan yang mereka terapkan. IDRAK telah bersama-sama mengiringi rombongan Al-Nidaa’ dan turut mengikuti taklimat yang diberikan

3. Ziarah Jama’ah Ittiba’us Sunnah Kuala Pilah
Pada 10 Mac 2010, IDRAK telah menziarahi jama’ah Ittiba’us Sunnah Kuala Pilah. Sedikit bantuan telah dihulurkan bagi meringankan beban:
i. Balu dan anak-anak Allahyarham Dr. Nordin Rashid yang meninggal dunia semasa Ma’had Ittiba’us Sunnah diserbu oleh pegawai Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sembilan
ii. Ustaz Khairuddin Daud yang dihadapkan ke mahkamah syariah atas tuduhan bersubahat bersama-sama Ustaz Fathul Bari yang dituduh mengajar tanpa tauliah
iii. Balu Allahyarham Ustaz Hashim Ghani yang uzur

4. Bantuan kepada Syeikh Ayman al-Dakak
Bantuan turut diberikan untuk meringankan beban keluarga Syeikh Ayman al-Dakak, pendakwah Sunnah yang berasal dari Syria, yang ditimpa musibah. Bantuan ini diberikan pada 26 Mac 2010

5. Seminar Islam Anti-Terrorisme (SEMAT)
IDRAK telah mewakili Persatuan Al-Islah Perlis menghadiri program sehari Seminar Islam Anti-Terrorisme yang diadakan pada 28 Mac 2010 di Hotel KL International, Kg. Baru, Kuala Lumpur

6. Majlis Hi-Tea Dana Guaman
Selain itu IDRAK juga mewakili persatuan mengikuti majlis hi-tea Dana Guaman yang dianjurkan di Dewan Bankuet, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)

7. Kunjungan hormat Rektor Kolej Islam Yala
Pada 3 Jun 2010, suatu kunjungan hormat dilakukan oleh IDRAK kepada Sahibul Fadhilah Dr. Ismail Lutfi Abdur Rahman Japakiya di Kolej Islam Yala. Selain untuk mengeratkan ukhuwwah setelah sekian lama, Dr. Ismail Lutfi turut diundang menjadi salah seorang ahli panel dalam Forum Ahlis Sunnah Wal Jama’ah Al-Salafiyyah Senusantara (FASS) pada 12 Jun lalu.

Aktiviti Biro 2010 (1)

1. Kebajikan & Teratak Rahmat

- Teratak Rahmat
Tahun 2010 merupakan tahun kedua bergeraknya Teratak Rahmat. Pada awal tahun ini kita mempunyai seramai 24 anak jagaan yang bersekolah, dan terkemudian ditambah pula 2 lagi anak yatim yang belum bersekolah. Proses mendapatkan kelulusan pihak JKM berada pada tahap 60%. Setelah lebih setahun setengah beroperasi, nama Teratak Rahmat mula dikenali orang-orang tempatan. Sumbangan peribadi banyak diterima seperti pakaian terpakai, makanan-makanan asas dan juga wang ringgit.

- Majlis Infak ramadan Al-Nidaa’ 6 september 2009
Majlis Infak Ramadhan oleh Pertubuhan Kebajikan Al Nidaa Malaysia telah diadakan di Pusat Pengajian Al-Islah Perlis bermula jam 4.00 petang sehingga jam 9.30 malam. Rombongan Al-Nidaa’ telah berbuka puasa dan bersolat Maghrib berjamaah bersama warga Teratak Rahmat.

- Dr. Ahmad Omar Chapakia (24 April 2010)
Biro kebajikan telah menghantar wakil persatuan melawan Dr. Ahmad Omar Chapakia, Timbalan Rektor Kolej Islam Yala yang dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah selama sebulan akibat kemalangan di UUM.

- Iftar kecil-kecilan
Ramadhan 2009 mengundang banyak pihak menyumbang jariah kepada warga Teratak Rahmat. Terdapat orang perseorangan memberi jamuan berbuka puasa, sumbangan bubur lambuk beserta kueh dari Jab. Agama Islam Perlis, jamuan berbuka puasa dari Jab. Belia, TNB, Syarikat Tekad Matang, sumbangan kain baju raya dari pemilik butik di Alor Star, Kedah serta sedekah wang saku kepada anak-anak Teratak Rahmat.


- Korban Aidil Adha (27 November 2009)
Pada Aidil Adha tahun lepas, Teratak Rahmat telah menerima sumbangan korban sebanyak 7 ekor lembu dan 15 ekor kambing. Proses penyembelihan dan melapah dilakukan sendiri oleh para sukarelawan beramai-ramai di tapak TR Tani di Semadong. Semua daging yang diterima dibersihkan dan disimpan sejuk beku untuk kegunaan anak-anak Teratak Rahmat sedikit demi sedikit.

06 November 2010

CARA BERBEKAM

Kepada yang ingin mempelajari cara menggunakan peralatan bekam, bolehlah rujuk video di bawah.







Kem Remaja Gemilang


Kepada yang berminat, sila muat turun borang di bawah.

Untuk Maklumat Lanjut, Sila Kunjungi Links Di Bawah :

31 October 2010

Puting Beliung.

a

Bangunan Al Islah dengan puting beliung baru-baru ini hanya tinggal 500 meter, Allah mengubah laluan puting beliung ke arah lain, Alhamdulillah. Moga-moga kegiatan dakwah di Islah dapat dipergiatkan dan diperbaiki apa yang terkurang agar lebih ramai anak muda akan banyak memohon ampun kepada Allah dalam sehari dan sentiasa berusaha berdoa agar terus ditunjukkan jalan yang lurus.


17 October 2010

DAURAH KUTUB AS-SITTAH

Tarikh: 31 OKTOBER - 6 NOVEMBER
Tempat : Surau At-Tauhid, Hutan Kandis,Arau, Perlis
Pembentang : Graduan Universiti islam Madinah
Bayaran :RM 36.00 (bayaran makan = 3 kali x 6 hari)
Makan sekali RM 2

Pendaftaran hingga : 20 Oktober 2010

Anjuran :Al-Qalam

--------------------------------------------------------------------------------------
Pembentangan

Hari 1 - Al-Bukhari
Hari 2 - Muslim
Hari 3 - At-Tirmidzi
Hari 4 - Ibnu Majah
Hari 5 - An-Nasai
Hari 6 - Abu Dawwud

--> Mengenali biografi para imam
--> Membincangkan metodologi dalam kitab hadith mereka
--> Mengetahui sebab disusun hadith di dalam kitab
--> Pembezaan kitab2 tersebut.