Rakyat mesti berdiri teguh di belakang perajurit
.jpg)
.jpg)
"Semangat mencintai negara perlu dipupuk di peringkat awal lagi," titah baginda dalam Majlis Titian Kasih Mega anjuran Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Jaafar Hassan di sini hari ini.
Yang berangkat sama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Pada majlis tersebut, Tuanku Syed Faizuddin juga melancarkan tabung sumbangan pihak sekolah di negeri ini untuk pasukan keselamatan yang mempertahankan negara di Sabah.
.jpg)
Titah baginda, sudah sampai masanya rakyat menyedari dan menghargai pengorbanan pasukan keselamatan dalam menjaga keselamatan dan keamanan negara.
"Setiap kali menyambut Hari Polis, ada sahaja individu sama ada dalam kalangan pegawai kerajaan atau orang awam mendapat penghargaan di atas sumbangan mereka membantu pihak polis.
"Namun, jarang sekali kita dengar pihak masyarakat memberikan penghargaan dan terima kasih kepada PDRM kerana berkhidmat menjaga keselamatan dan keamanan negara.
"Diharap Perlis akan menjadi negeri yang bersifat patriotik serta sentiasa prihatin dan akan bersama-sama memeriahkan dan menyambut Hari Polis pada tahun ini," titah baginda.
Titah baginda lagi, perjumpaan bulanan akan diadakan bersama Hari Polis manakala Jabatan Pelajaran Negeri Perlis bersetuju melibatkan pelajarnya khususnya kadet polis untuk menjayakan gotong-royong di balai-balai polis di negeri ini.
"Ini juga akan dilaksanakan bersama ATM sempena Hari ATM yang disambut setiap 14 Februari," titah baginda.
Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Utara/20130312/wu_03/Rakyat-mesti-berdiri-teguh-di-belakang-perajurit#.UT-1IGn8k14.facebook#ixzz2NR94QzU2
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment