18 April 2012

APA YANG TERJADI KALAU BERDIALOG DENGAN QADIANI?


Kata Qadiani dialog, tetapi sebenarnya ajakan dialog mereka tidak lain daripada seruan debat yang mana Qadiani pasti mahu menang. Dalam erti kata lain, Qadiani mahu sekurang-kurangnya Umat Islam mengakui bahawa Qadiani pun ajaran yang benar juga….
       Maka apa yang berlaku dalam sesi debat dengan Qadiani? Kita bersyukur kerana Ustaz Azhar Abdullah telah berkongsi kisah benarnya berdebat dengan Qadiani pada 5 Ogos 2010 lalu.
     Ustaz Azhar Abdullah adalah seorang anak didik Dato’ Kaya Bakti Ustaz Dahlan @ Dahaman Mohd Zain di Ma’ahad al-Tarbiyyah al-Islamiyyah (MATRI) di Tunjong, Perlis. Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran bagi peringkat Sarjana Muda (B.A) di Fakulti Bahasa Arab, Universiti Islam Antarabangsa Madinah, Saudi Arabia. Sepulangnya ke tanahair, beliau bergiat dalam bidang dakwah, pendidikan dan keusahawanan. Antara lain beliau pernah menjadi Pensyarah Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis, Pegawai Khas Pejabat Menteri Besar Perlis, Pengetua Institut As-Sunnah Pejabat Menteri Besar Perlis, dan sebagainya.
Dato Ahmad Jusoh Amin
      Pihak sebenar yang menjemput Ustaz Azhar Abdullah untuk hadir bersama-sama dalam debat dengan Qadiani adalah Dato’ Alim Setia Ustaz Ahmad Jusoh. Dato’ Alim Setia Ustaz Ahmad Jusoh adalah anak Kampung Masjid, Padang Pauh, Perlis. Beliau berkelulusan Sarjana Muda (B.A) Tafsir dan Hadith Universiti al-Azhar Mesir, Sarjana (M.A) Institut Dakwah Tripoli di Libya dan Sarjana (M.A) kedua daripada Universiti Temple, Amerika Syarikat. Beliau bersara sebagai Profesor Madya di UiTM Kampus Arau Perlis dan kini menjadi Pemangku Rektor Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIPs). Seorang pengarang yang prolifik, beliau juga dilantik oleh DYMM Tuanku Raja Perlis sebagai ahli Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), ahli majlis fatwanya yang dinamakan Jawatankuasa Syariah MAIPs serta ahli jemaah Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Perlis.
    Maka telah berlakulah debat tidak formal tetapi serius, antara Dato’ Alim Setia Ustaz Ahmad Jusoh dan Ustaz Azhar Abdullah yang mewakili Umat Islam Ahlis Sunnah Wal Jama’ah dengan wakil Qadiani. Peristiwa bersejarah ini telah berlangsung di kediaman Dato’ Alim Setia Ustaz Ahmad Jusoh di Taman Sena Indah, Kangar, Perlis.
     Meskipun sudah lebih 2 tahun berlalu, pengalaman Ustaz Azhar Abdullah dan Dato’ Alim Setia Ustaz Ahmad Jusoh masih relevan. Sehingga kini Qadiani Melayu di Malaysia amat gemar mencari kemenangan ‘masuk bakul angkat sendiri’ dengan cara berdebat yang mereka istilahkan sebagai dialog atau muzakarah. Qadiani juga amat suka ‘menyerang’ dan ‘menerjah’, kalau boleh di saat akhir supaya pihak yang dituntut berdebat dengan mereka itu tidak sempat bersedia. Dengan adanya media baru di ruang siber Malaysia, dengan berbagai-bagai cara dan pendekatan yang memualkan, Qadiani Melayu kini suka memprovokasi kemarahan Umat Islam yang waras.
    Dalam debat, bermula dengan hujah-hujah nahwu dan saraf dalam Bahasa Arab, Qadiani memutar belit kadang-kadang fakta yang amat asas supaya ‘sesuai’ dengan kefahaman mereka. Apabila syubuhat mereka dipatah-patahkan oleh Dato’ Alim Setia Ustaz Ahmad Jusoh dan Ustaz Azhar Abdullah, mereka pantas mencari helah bahawa kedua-dua ustaz yang mahir dengan bahasa Arab ini tidak faham apa yang mereka perkatakan. Seterusnya bila syubuhat mereka dalam memahami hadith turut ditelanjangkan, Qadiani mati akal lalu mengatakan ‘kamu tak faham hadith maka tak payahlah kita berhujah dengan hadith!’. Padahal kedua-dua pendakwah ini telah belajar di Dunia Arab dan mendalami bidang hadith dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya, sehingga lebih berkepakaran daripada wakil-wakil terhebat Qadiani Melayu.
   Seterusnya ikuti catatan kisah benar Ustaz Azhar Abdullah dalam blog beliau yang diturunkan sebagaimana berikut:
 Ustaz Azhar Abdullah dialog dengan guru Qadiani (BAHAGIAN 1) :
Sila klik http://ia600507.us.archive.org/14/items/DialogDenganGuruAhmadiahQadiani/Qadiani1.mp3 
Ustaz Azhar Abdullah dialog dengan guru Qadiani (BAHAGIAN 2) :
Sila klik http://ia600503.us.archive.org/13/items/DialogDenganGuruAhmadiahQadiani-Part2/Qadiani2.mp3 
(Sumber: “Qadiani dan kesesatannya…’ di laman blog APA NAK DIKATA… oleh Ustaz Azhar Abdullah di alamat: 

Rakaman ni saya buat dari handphone di dalam poket...jadi ada kadangkala bunyi yang agak bising bila saya bergerak agaknya...suara yang paling kuat ialah suara saya sebab paling hampir...yang kedua kuat ialah milik guru Qadiani tu manakala yang paling perlahan ialah milik Dato' Ahmad...saya terpaksa enhance volume rakaman ni supaya lebih jelas, jadi bunyi sampingan yang bising akan wujud...
 (USTAZ AZHAR ABDULLAH)

2 comments:

Abdul Samad said...

hendaklah menyatakan yang benar mengenai Ahmadiyah, kita sudah mengaku diri sbg Islam dan jangan kita menuduh satu bangsa dengan gelaran yang buruk tanpa menyelidik.

Abdul Samad said...

hendaklah menyatakan yang benar mengenai Ahmadiyah, kita sudah mengaku diri sbg Islam dan jangan kita menuduh satu bangsa dengan gelaran yang buruk tanpa menyelidik.