Soalan : Saya masih belum faham tentang larangan bersolat di atas kubur dan menghadap jurusan kubur semasa solat ?
Jawapan : Sebenarnya terdapat beberapa pendapat ulama ahli Sunnah dalam bab ini untuk kita renungi dan memahaminya berdasarkan keterangan yang sah untuk dibuat hujah.
1. Pendapat imam Ahmad : Adalam haram solat di kuburan tidak kira ianya digali atau tidak, sama ada di lapik tikar di atasnya untuk mengelak kotoran, ditempat yang antaranya ada kuburan atau di adakan padanya (kubur itu) pengasingan. Bagi imam Ahmad ianya tetap terlarang.
2. Demikian juga pendapat Ahli Zahir, mereka sependapat dengan Ahmad dalam hal ini. Mereka tiada membezakan kubur orang muslim atau bukan muslim.
3. Ibnu Hazm menjelaskan : Sebahagian ulama salaf berpendapat tidak boleh solat di kuburan. Di antara yang berpendapat demikian dari kalangan sahabat ialah : Ali, Abu Hurairah, Anas dan Ibnu Abbas.Ibnu Hazm dalam Al Muhalla menjelaskan : Tidak di bolehkan solat menghadap ke kubur dan tidak di bolehkan di atasnya, walaupun kuburan Nabi sekali pun.
4. Asy Syafei berpendapat : Bahawa jika kuburan itu, terbuka dan terhambur padanya daging dan nanah, maka solat di tengah tengah tempat itu tidak sah, tetapi jika solat di tempat yang suci (dari bahagian kubur itu) sah.
5. Ar Rafi’ berpendapat : solat di perkuburan itu makruh.
6. Ats Tsauri, Al Auzai dan Abu Hanifah berpendapat solat di kuburan itu makruh.
5. Ar Rafi’ berpendapat : solat di perkuburan itu makruh.
6. Ats Tsauri, Al Auzai dan Abu Hanifah berpendapat solat di kuburan itu makruh.
7. Malik pula berpendapat solat di kuburan itu dibolehkan.
8. Ibnu Juraiji menjelaskan : Aku pernah bertanya Atha, apakah tuan membenci orang yang mengerjakan solat di tengah tengah kuburan atau berhadapan kepadanya ? Beliau (Atha’) menjawab : Benar saya tidak suka. Tetapi jika ada sutrah (batas pelindung/pemisah) di antara engkau dengan kubur, barulah boleh engkau solat dengan berhadapan kepadanya.
Demikian beberapa pendapat dari para ulama dan sahabat Nabi saw. yang dapat saya bawa untuk renungan para hadirin, kesimpulannya tak kira pendapat sesiapa, yang penting ianya berdasarkan As Sunnah, iaitu tidak berlawanan dengan apa yang di bawa oleh Rasulullah saw., maka itu tempat pengambilan kita untuk beramal. Dalam bab ini kita telah pun membawa beberapa keterangan hadits pada pelajaran yang lalu yang menerangkan tentang larangan solat di atas kubur dan menghadap jurusannya.
Yang terbaik dalam masalah ini adalah kita menjauhi tempat atau keadaan yang demikian, menjauhi bermakna kita telah keluar dari masalah tersebut. Tetapi jika tidak ada pilihan maka bersolatlah di masjid yang ada padanya pemisah atau sutrah yang memisahkan antara kita dengan kubur dan jangan seboleh bolehnya arah Qiblat kita ke arah jurusan kubur tersebut walaupun ada sutrah mengingati hadits Aisyah r.a. yang menjelaskan kubur Rasulullah saw. itu di buat berbucu atau bersegi agar tiada sesiapa pun yang secara langsung menghadap ke arah kubur Rasulullah saw. apabila masjid di besarkan, tentang di bolehkan solat dengan ada sutrah itu sebagaimana yang telah di jelaskan oleh Atha’. Tetapi bersolat di atas kuburan atau didirikan tempat solat sedang ianya sebenarnya adalah kubur yang didirikan bangunan sejauh pencarian saya ianya adalah suatu larangan, maka jauhilah perkara yang sedemikian, walaupun ada ulama yang membolehkan kerana keterangan hadits dalam bab ini adalah jelas sekali :
عَنْ اَبِى مَرْثَدٍ الْغَنَوِيّ قَالَ: قَالَ
رَسُولُ الله ص: لاَ تُصَلُّوا إِلَى الْقُبُورِ وَلاَ تَجْلِسُوا عَلَيْهَا
Dari Abu Martsad Al Ghanawi r.a. berkata : Nabi saw. bersabda : “Janganlah kamu solat di kuburan dan janganlah kamu duduk di atasnya.” H.R. Jamaah selain Bukhari dan Ibnu Majah.
عَنْ جُنْدُبِ بْنِ عَبْدِ اللهِ الْبَجَلِيِّ
قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ الله ص قَبْلَ أَنْ يَمُوتَ بِخَمْسٍ وَهُوَ يَقُولُ:
إِنَّ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ كَانُوا يَتَّخِذُونَ قَبُورَ أَنْبِيَائِهِمْ
وَصَالِحِيْهِمْ مَسَاجِدَ، أَلاَ فَلاَ تَتَّخِذُوا الْقُبُورَ مَسَاجِدَ إِنِّيْ
اَنْهَاكُمْ عَنْ ذَلِكَ
Dari Jundub bin Abdullah Al Bajali r.a. berkata : Lima hari sebelum beliau (Rasulullah saw.) wafat, saya mendengar Rasulullah saw. bersabda : “Bahawasanya orang orang yang sebelum kamu (umat umat terdahulu) mempergunakan kuburan kuburan Nabi Nabinya dan orang solehnya menjadi masjid. Aku menegah kamu dari yang demikian.” H.R. Muslim.
Dan terdapat sebahagian umat Islam mengambil pendirian tentang dibolehkan duduk atas kubur, lalu mereka pun duduk sambil membaca talqin, doa, ayat ayat Quran di kuburan. Mereka mungkin beralasan dengan hadits dari Sahih Bukhari : ‘Bahawa Yazid bin Tsabit saudara dari Zaid bin Tsabit pernah duduk di atas kubur dan beliau berkata : Tidak disukai kita duduk atas kubur, adalah kalau duduk itu untuk melepaskan hadas.’
Hadits ini walaupun sanadnya sahih, matannya (isi kandungannya) bertentangan dengan sekian banyak hadits lainnya yang sahih. Jadi kata kata sahabat dari hadits ini tidak dapat kita ambil sebagai hujah kerana bertentangan dengan sabda Rasulullah saw. yang diriwayatkan oleh banyak hadits dari berbagai jalur yang tidak dapat tidak menjadi hujah yang cukup kuat untuk kita pegang berbanding kata kata seorang sahabat.
No comments:
Post a Comment