01 February 2012

Nasihat Kepada Wanita (Ustaz Ihsan Idris)




1. Kebanyakan ahli neraka ialah wanita




خَرَجَ رَسُوْلُ الله ص فِيْ اَضْحَى اَوْ فِطْرٍ اِلَى الْمُصَلِّى فَمَرَّ عَلَى النِّسَاءِ فَقَالَ: يَا مَعْشَرَ النِّسَاءِ تَصَدَّقْنَ فَاِنِّيْ رَاَيْتُكُنَّ اَكْثَرَ اَهْلِ النَّارِ، فَقُلْنَ: وَلِمَ يَا رَسُوْلَ الله؟ قَالَ: تُكْثِرْنَ اللَّعْنَ وَتَكْفُرْنَ الْعَشِيْرَ. مَا رَاَيْتُ مِنْ نَاقِصَاتِ عَقْلٍ وَدِيْنٍ اَذْهَبَ لِلُبِّ الرَّجُلِ الْحَازِمِ مِنْ اِحْدَاكُنَّ! قُلْنَ: وَمَا نُقْصَانُ عَقْلِنَا وَدِيْنِنَا يَا رَسُوْلَ الله؟ قَالَ: أَلَيْسَ شَهَادَةُ الْمَرْأَةِ مِثْلَ نِصْفِ شَهَادَةِ الرَّجُلِ؟ قُلْنَ: بَلَى. قَالَ: فَذَلِكَ مِنْ نُقْصَانِ عَقْلِهَا، أَلَيْسَ اِذَا حَاضَتْ لَمْ تُصَلِّ وَلَمْ تَصُمْ؟ قُلْنَ: بَلَى. قَالَ: فَذَلِكَ نُقْصَانُ دِيْنِهَا 


Rasulullah saw pergi ke tempat solat di waktu Hari Raya Adha atau Fitri maka beliau saw melewati pada kaum wanita. Bersabda Rasulullah saw: Wahai golongan wanita, bersedekahlah kalian kerana saya lihat kamu sekalianlah penduduk yang terbanyak dari neraka. Bertanya para wanita: Mengapa demikian wahai Rasulullah? Ujar Nabi saw: Kalian banyak mengutuk dan ingkar kepada suami. Tak seorang pun yang saya lihat orang yang singkat akal dan kurang agama yang dapat mempengaruhi akal lelaki yang teguh melebihi kalian! Bertanya para wanita: Di mana letaknya kekurangan akal dan agama kami wahai Rasulullah? Jawab Nabi saw: Bukankah kesaksian wanita nilainya separuh dari kesaksian lelaki? Jawab para wanita: Benar. Bersabda Nabi saw: Demikian itu disebabkan kurangnya akal mereka (wanita). Bukankah bila mereka haid, mereka tidak solat dan puasa? Jawab para wanita: Benar. Bersabda Rasulullah saw: Demikian itulah kekurangan agama mereka 
 Bukhari dan Muslim 


2. Hindari sikap mengumpat, memfitnah, merendahkan orang lain – orang-orang yang beriman itu bersaudara 


Firman Allah: Al-Hujuraat ayat 10-11 [49:10-11]


إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ * يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِنْ قَوْمٍ عَسَى أَنْ يَكُونُوا خَيْرًا مِنْهُمْ وَلَا نِسَاءٌ مِنْ نِسَاءٍ عَسَى أَنْ يَكُنَّ خَيْرًا مِنْهُنَّ وَلَا تَلْمِزُوا أَنْفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِ بِئْسَ الِاسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الْإِيمَانِ وَمَنْ لَمْ يَتُبْ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ



Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat. Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim 


Bersabda Rasulullah saw:


مَثَلُ الْمُؤْمِنِيْنَ فِي تَوَادِّهِمْ وَتَرَاحُمِهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ مَثَلُ الْجَسَدِ إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ الْجَسَدِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى

Bandingan orang-orang mukmin tentang bercinta-cintaan dan berkasih-sayang dan bertolong-tolongan itu seperti satu badan, apabila sakit satu anggota, tertariklah sekalian anggotanya hingga tidak dapat tidur serta demam Shahih Riwayat Muslim 


Sabdanya lagi:


الْمُؤْمِنُ لِلْمُؤْمِنِ كَالْبُنْيَانِ يَشُدُّ بَعْضُهُ بَعْضًا

Seorang mukmin bagi seorang mukmin seperti satu rumah yang sebahagiannya menguatkan sebahagian Shahih Riwayat Muslim 


Firman Allah: Al-Hujuraat ayat 12 [49:12]


قَالَ اللهُ تَعَالَى: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ


Firman Allah: Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan syakwasangka (kecurigaan), karena sebagian dari syakwasangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang 


 3. Kesalahan lazim bagi kebanyakan wanita
 عَنْ اَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ الله ص: صِنْفَانِ مِنْ اَهْلِ النَّارِ لَمْ اَرَهُمَا، قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَاَذْنَابِ الْبَقَر يَضْرِبُوْنَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيْلاَتٌ مَائِلاَتٌ رُءُوْسَهُنَّ كَاَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لاَ يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلاَ يَجِدْنَ رِيْحَهَا .....
Di terima dari Abu Hurairah, katanya : Telah bersabda Rasulullah saw. “Ada dua golongan penghuni neraka yang tidak pernah saya lihat, suatu kaum yang membawa cambuk-cambuk (cemeti) seperti ekor-ekor sapi yang mereka pukulkan kepada manusia, dan wanita wanita yang berpakaian tetapi telanjang, mempengaruhi orang dan menarik ke jalannya, kepala mereka laksana punuk unta yang miring letaknya (sanggul di kepala). Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan menemukan harum baunya………” 
Riwayat Muslim dengan lafaznya daripadanya. 


 4. Jangan hanya pandai menyuruh tapi diri sendiri dilupakan Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 44 [2:44]:


أَتَأْمُرُوْنَ النَّاسَ بِالْبِرِّ وَتَنْسَوْنَ اَنْفُسَكُمْ وَاَنْتُمْ تَتْلُوْنَ الْكِتَابَ أَفَلاَ تَعْقِلُوْنَ


Apakah kamu menyuruh (orang lain) dengan kebajikan (melakukan kebajikan) sedang kamu lupa pada diri kamu sendiri (melupakan kewajipan sendiri) padahal kamu membaca Al-Kitab (Taurat)? Apakah tidak kamu memikirkan? Ini merupakan sikap tercela Bani Israil di mana mereka hanya menyuruh orang lain mengerjakan kebaikan sedang diri mereka sendiri tidak mengerjakannya. Sesungguhnya Allah telah memperingatkan orang-orang yang beriman agar tidak mengikut sifat yang tercela ini sebagaimana firmanNya:


يَا اَيُّهَا الَّذِيْنَ ءَامَنُوْا لِمَ تَقُوْلُوْنَ مَا لاَ تَفْعَلُوْنَ * كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللهِ اَنْ تَقُوْلُوْا مَا لاَ تَفْعَلُوْنَ

Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan Surah Ash-Shaff ayat 2-3 [61:2-3] 


Dalam sepotong hadits, Rasulullah saw telah memperingatkan ancaman terhadap golongan yang sekadar pandai menyuruh tapi diri sendiri tidak mengerjakan demikian. Hadits yang berbunyi:
 عَنْ اُسَامَةَ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ الله ص يَقُوْلُ: يُجَاءُ بِالرَّجُلِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَيُلْقَى فِي النَّارِ فَتَنْدَلِقُ اَقْتَابُهُ فِي النَّارِ فَيَدُوْرُ كَمَا يَدُوْرُ الْحِمَارُ بِرَحَاهُ فَيَجْتَمِعُ اَهْلُ النَّارِ عَلَيْهِ فَيَقُوْلُوْنَ أَى فُلاَنُ مَا شَأْنُكَ أَلَيْسَ كُنْتَ تَأْمُرُنَا بِالْمَعْرُوْفِ وَتَنْهَانَا عَنِ الْمُنْكَرِ قَالَ كُنْتُ آمُرُكُمْ بِالْمَعْرُوْفِ وَلاَ آتِيْهِ وَأَنْهَاكُمْ عَنِ الْمُنْكَرِ وَآتِيْهِ

Dari Usamah katanya : Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda : “ Ada seorang lelaki dihadapkan pada hari kiamat, lalu dicampakkan ke dalam neraka, maka keluarlah ususnya, kemudian ia berputar putar sebagaimana keldai berputar putar di sekeliling gilingan. Isi neraka lalu berkumpul di sekelilingnya, sambil berkata : ‘Hai Fulan !’ “Bagaimana keadaan engkau ? Bukankah engkau pernah menyuruh kami berbuat baik dan melarang kami berbuat jahat ?” Jawab orang itu : “Saya pernah menyuruh kamu berbuat baik, tetapi saya sendiri tiada mengerjakannya. Saya pernah mencegah kamu berbuat jahat, tetapi saya sendiri mengerjakannya.” Hadits shahih riwayat Bukhari 


 Dalam sepotong hadits lainnya, Rasulullah saw bersabda:

مَرَرْتُ لَيْلَةً اَسْرَي بِيْ عَلَى قَوْمٍ تُقْرِضُ شَفَاهُهُمْ بِمَقَارِيْضِ مِنْ نَارٍ. قَالَ: قُلْتُ مَنْ هَؤُلاَءِ؟ قَالُوْا: خُطَبَاءُ اُمَّتِكَ مِنْ اَهْلِ الدُّنْيَا مِمَّنْ كَانُوْا يَأْمُرُوْنَ النَّاسَ بِالْبِرِّ وَيَنْسَوْنَ اَنْفُسَهُمْ وَهُمْ يَتْلُوْنَ الْكِتَابَ أَفَلاَ يَعْقِلُوْنَ

Pada suatu malam yang aku diperjalankan (padanya), aku melalui suatu kaum yang digunting mulut-mulut mereka dengan gunting-gunting dari api. Aku bertanya: Siapa mereka itu? Mereka menjawab: (Mereka adalah) khatib-khatib dari umatmu di dunia di mana mereka menyuruh manusia dengan kebaikan lalu mereka melupakan diri mereka sendiri sedang mereka membaca Al-Kitab apakah tidak mereka memikirkan? Riwayat Ahmad dalam Musnadnya dan hadits ini dinilaikan hasan oleh Albani dalam Shahihul Jaami'. 
Rujuk Tafsir Al-Quranul A'dzim pada tafsiran surah Al-Baqarah ayat 44. 


 5. Kita memilih jalan kita sendiri dan kita bertanggungjawab atas pilihan masing-masing Firman Allah: Surah Al-Insaan ayat 2-3 [76:2-3] 
اِنَّا خَلَقْنَا الاِنْسَانَ مِنْ نُطْفَةٍ اَمْشَاجٍ نَبْتَلِيْهِ فَجَعَلْنَاهُ سَمِيْعًا بَصِيْرًا * اِنَّا هَدَيْنَاهُ السَّبِيْلَ اِمَّا شَاكِرًا وَاِمَّا كَفُوْرًا

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setitis mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat. Sesungguhnya Kami telah menunjukkan padanya jalan, sama ada menjadi orang yang bersyukur atau orang yang kafir 


 Firman Allah: Al-Kahfi ayat 29 [18:29] 
وَقُلِ الْحَقُّ مِنْ رَبِّكُمْ فَمَنْ شَاءَ فَلْيُؤْمِنْ وَمَنْ شَاءَ فَلْيَكْفُرْ اِنَّا اَعْتَدْنَا لِلظَّالِمِيْنَ نَارًا اَحَاطَ بِهِمْ سُرَادِقُهَا ....Dan katakanlah: Kebenaran itu datangnya daripada Tuhanmu; maka barangsiapa yang ingin beriman, hendaklah ia beriman, dan barangsiapa yang ingin kafir, biarlah ia kafir. Sesungguhnya Kami telah sediakan bagi orang-orang zalim itu neraka, yang gejolaknya mengepung mereka….. 


 Firman Allah: Fushshilat ayat 40 [41:40] 


اِنَّ الَّذِيْنَ يُلْحِدُوْنَ فِيْ اَيَاتِنَا لاَ يَخْفُوْنَ عَلَيْنَا أَفَمَنْ يُلْقَى فِي النَّارِ خَيْرٌ اَمْ مَنْ يَأْتِيْ ءَامِنًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ اِعْمَلُوْا مَا شِئْتُمْ اِنَّهُ بِمَا تَعْمَلُوْنَ بَصِيْرٌ 

 Sesungguhnya orang-orang yang mengingkari ayat-ayat Kami, mereka tidak tersembunyi daripada Kami. Maka apakah orang-orang yang dilemparkan ke dalam neraka lebih baik ataukah orang-orang yang datang dengan aman sentosa pada hari Kiamat? Perbuatlah apa yang kamu kehendaki; sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan 


Ayat yang menerangkan darihal peringatan Allah kepada manusia. Manusia bebas memilih sama ada untuk taat atau ingkar pada ketetapan Allah tapi ingatlah bahawa kita semua akan mati dan akan diadili di Hari Akhirat sana nanti dan apa jua pilihan yang kita lakukan di dunia ini akan dipertanggungjawabkan ke atas kita. Barangsiapa yang taat balasannya syurga dan barangsiapa yang ingkar maka baginya azab yang pedih. Firman Allah: Asy-Syams ayat 7-10 [91:7-10] 


وَنَفْسٍ وَمَا سَوَّاهَا فَاَلْهَمَهَا فُجُوْرَهَا وَتَقْوَاهَا قَدْ اَفْلَحَ مَنْ زَكَّاهَا وَقَدْ خَابَ مَنْ دَسَّاهَا

Dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya) * maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaan * sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu * dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya 


Firman Allah: Al-A’raaf ayat 30 [7:30]


فَرِيقًا هَدَى وَفَرِيقًا حَقَّ عَلَيْهِمُ الضَّلَالَةُ إِنَّهُمُ اتَّخَذُوا الشَّيَاطِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ اللَّهِ وَيَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ مُهْتَدُونَ

Sebahagian diberi-Nya petunjuk dan sebahagian lagi telah pasti kesesatan bagi mereka. Sesungguhnya mereka menjadikan syaitan-syaitan pelindung (mereka) selain Allah, dan mereka mengira bahwa mereka mendapat petunjuk.

No comments: