29 June 2011

Ikuti diskusi kritis ‘HALAL HARAM MAKANAN: ISU-ISU SEMASA DAN LANGKAH MENGATASI’

Apakah halal menurut JAKIM?

Ikuti diskusi kritis ‘HALAL HARAM MAKANAN: ISU-ISU SEMASA DAN LANGKAH MENGATASI’
oleh Dr. Muhammad Ibrahim,
Jabatan Sains Pemakanan, UIA Kuantan.
Hadirlah pada jumaat malam sabtu 1 Julai, 9 malam di Islah Mata Ayer.
Sebarkan…

26 June 2011

Tentatif Lawatan Dr Fadlan Mohd Othman Ke Perlis (3-5 Julai 2011)

Assalamualaikum Warahmatullah

Sehingga 26 Jun 2011, diperturunkan tentatif lawatan Dr.Fadlan Mohd Othman ke Perlis seperti berikut (**):

Ikhwan dan Akhawat yang dirahmati Allah sekalian

Malam

Ahad, 3 Julai 2011:
- Kuliah maghrib “PENAWAR BAGI HATI” di Masjid Salahuddin al-Ayyubi, Padang Besar Utara

- Mesyuarat Pertubuhan Kebajikan IKRAM Malaysia

Isnin, 4 Julai 2011:
Pagi:
- Kuliah subuh “MENGHARAP DOA ANAK YANG SOLEH” di Masjid Tun Abdul Razak, Repoh, Kangar

Malam
- Forum anjuran Jabatan Mufti Perlis bersama Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Perlis di Masjid Alwi, Kangar

Selasa, 5 Julai 2011:

Pagi
- Kuliah subuh “HAKIKAT CINTA KEPADA ALLAH” di Masjid Ibnu Sina, Kampung Perawah Tok Kayaman

Demikian untuk makluman
(** Tertakluk kepada pindaan)

Wallahu A’lam

Hazman Hassan
AJK Persatuan Al-Islah Perlis
0194459382

KENYATAAN UMUM BERKAITAN MADRASAH ITTIBA US SUNNAH

KENYATAAN UMUM
BERHUBUNG DENGAN SIARAN AKHBAR UTUSAN MALAYSIA HARI INI (20-6-2011)
BERKAITAN MADRASAH ITTIBA US SUNNAH

BISMILLAHHIR RAHMANIR RAHIM

Hari ini dalam Akhbar UTUSAN MALAYSIA bertarikh 20-6-2011 dihalaman depan memuatkan berita “HASUT PELAJAR BERJIHAD - AKTIF PENGARUHI REMAJA TINGKATAN 4 DAN 5 TENTANG KERAJAAN” dengan paparan bangunan MIS, gambar Abu Bakar Bashir dan kediaman beliau sewaktu di Kuala Pilah, yang mengaitkan Madrasah/Maahad Ittiba Us Sunnah (MIS) sebagai:

1. Ada kaitan dengan ideologi Jemaah Islamiah (JI) merekrut pelajar tingkatan empat dan lima sekolah agama,

2. Gerakan itu menerapkan unsur-unsur dan ideologi secara halus untuk membenci dan menumbangkan kerajaan dengan alasan jihad.

3. Kaedah digunakan melalui ayat-ayat al-Qur’an serta hadits untuk mempengaruhi fikiran selain membuat persiapan menyertai perhimpunan haram.

4. Seorang yang dikatakan Pelajar oleh pihak Utusan bernama Ahmad berumur, 18 tahun, yang mengambarkan kenyataan tersebut ditujukan kepada Madrasah/Maahad Ittiba Us Sunnah (MIS) menyatakan bahawa antara modul yang diajar gerakan haram yang dipercayai beroperasi sejak beberapa tahun dahulu adalah kaedah dan persiapan untuk menyertai perhimpunan haram. Katanya lagi, lebih membimbangkan pelajar-pelajar cemerlang turut terpengaruhdengan ideologi gerakan haram itu. Pelajar pelajar yang direkrut dihantar menjalani latihan ketenteraan di Afghanistan dan Filipina. . Beliau menyatakan lagi terpengaruh oleh rakannya untuk menyertai kumpulan itu semenjak tahun 2009

Petikan diatas adalah kenyataan yang dikeluarkan didalam akhbar Utusan hari ini, dan dengan itu kami MENAFIKAN kenyataan-kenyataan tersebut. dan ia adalah DUSTA lagi PALSU mengenai Madrasah/Maahad Ittiba Us Sunnah (MIS), dan tidak bersumber dari keterangan yang benar lagi betul. Maka itu kami memanggil Pihak Keselamatan dan Akhbar untuk kami nyatakan KEPALSUAN berita tersebut yang mungkin dipengaruhi oleh pihak-pihak tertentu yang iri hati dengan Madrasah/Maahad Ittiba Us Sunnah (MIS) yang tidak henti-hentinya menyerang Madrasah/Maahad Ittiba Us Sunnah (MIS) dari pelbagai sudut dan menjadikan AKHBAR UTUSAN MALAYSIA sebagai alat mereka.

Madrasah/Maahad Ittiba Us Sunnah (MIS) semenjak perkembangannya tahun 1957 tidak pernah tersembunyi kegiatannya dari pihak berkuasa. Malah pada tahun 1983, pihak pihak berkuasa Agama Kebangsaan, pernah menghantar wakilnya untuk mengikuti Modul Pelajaran di Madrasah/Maahad Ittiba Us Sunnah (MIS), dan mereka mengakui bahawa tiada apa-apa pengajaran yang diragui kebenarannya.

Tindakan menyiarkan berita-berita mengenai Madrasah/Maahad Ittiba Us Sunnah (MIS) didada-dada akhbar terutamanya UTUSAN MALAYSIA semenjak mulanya, tidak lain hanya untuk menghina dan merendahkan Jamaah yang berpegang kepada sumber Islam sebenar iaitu Al-Qur’an dan Sunnah Rasul (Hadits Nabi). Tetapi tindakan kali ini, amatlah keterlaluan dan diluar batas prinsip kewartawanan, kerana ia bukan bersifat memcari kebenaran, tetapi untuk membenam dan mematikan Pergerakan Kembali Kepada Al-Qur’an dan As Sunnah Rasul SAW. Maka itu, kami kali ini tidaklah boleh lagi mendiamkan diri dari dihina dan diperlakukan sebegini rupa. Satu laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah jam 11.10 pagi tadi melalui report No: Melang/000967/11 bertarikh 20-6-2011.

Juga ingin saya maklumkan kepada semua yang hadir, kami akan mengambil tindakan untuk menyaman Akhbar UTUSAN MALAYSIA atas berita palsu yang amat mengaibkan kami ini dalam masa yang terdekat ini.

Kami juga telah memaklumkan kepada Pihak Keselamatan Daerah dan Negeri, mengenai Press Statement ini, tanpa ada apa-apa perselindungan supaya pihak akhbar sendiri mendapat maklumat yang sahih lagi benar mengenai Madrasah/Maahad Ittiba Us Sunnah (MIS) supaya tidak lagi menjadi bahan mainan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk kepentingan sekelompok puak dengan memperalat pihak AKHBAR sebagai medan permainan mereka.

Saya masih lagi mempersilakan kepada semua pihak agar menyiasat Madrasah/Maahad Ittiba Us Sunnah (MIS) baik dari segi pentadbiran, kerana kegiatan kami tidak bersembunyi dan berselindung, malah dalam pengetahuan Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan juga kerana sejarah pertumbuhan Madrasah/Maahad Ittiba Us Sunnah (MIS) sudah diserahkan kepada baginda melalui dua Memorandum kami. Pihak Keselamatan Daerah Kuala Pilah juga tidak tersembunyi hal berkaitan MIS ini, dan jika ada kegiatan SUVERSIF di MIS ini, tentu ia dalam makluman dan tindakan Pihak Keselamatan.

Sekian, untuk kenyataan akhbar hari ini bertarikh 20-6-2011 di Madrasah/Maahad Ittiba Us Sunnah (MIS).

Dikeluarkan oleh:-

Hazman Hashim
Setiausaha
Madrasah/Maahad Ittiba Us Sunnah (MIS)
Kuala Pilah
Negeri Sembilan

KePada : 20hb. Jun 2011

PELAJARAN MENTERJEMAH AL-QUR'AN SEMAKIN PENTING. SILA LAYARI:-
http://terjemahanal-quran.blogspot.com/

Senarai AJK Persatuan Al-Islah Perlis 2011-2013

Pada hari sabtu 18 Jun 2011 yang lalu, Persatuan Al-Islah Perlis telah melangsungkan mesyuarat agung tahunannya kali ke-40. Disertai oleh 94 orang ahli yang layak mengundi, 59 orang adalah ahli lelaki dan 35 orang adalah ahli wanita.

Mesyuarat kali ini membahas dan menerima minit mesyuarat agung kali ke-39, laporan kemajuan sesi 2010/2011, laporan kewangan sesi 2010/2011, meluluskan anggaran belanjawan sesi 2011/2012, membahas usul-usul/cadangan, serta ditutup dengan ucapan penangguhan. Berdasarkan kehendak Perlembagaan Persatuan Al-Islah Perlis juga, pemilihan ahli jawatankuasa atau AJK yang baru telah diadakan.

Berikut adalah senarai AJK Persatuan Al-Islah Perlis yang diberikan mandat oleh korum Mesyuarat Agung Kali Ke-40 untuk menerajui perjuangan Persatuan ini sehingga tahun 2012:

Yang Dipertua: Haji Othman Husin

Naib Yang Dipertua: Ustaz Muhammad Ihsan Idris

Sembilan (9) Orang Ahli Jawatankuasa:

Azwar Ibrahim

Abdul Hamid Seman

Zubir Md Isa

Mohd Imran Mat Isa

Wahab Yob

Wan Zurina Wan Isa

Hamidon Abdullah

Abdul Bostani Abdul Rahman

Dr. Hazman Hassan

Dua (2) Orang Pemeriksa Kira-kira:

YM Syed Alwi Syed Hussin Jamalullail

Rashid Abdul

Semoga Allah memberikan tawfiq, hidayah dan inayah kepada semua ahli yang terpilih sebagai AJK Persatuan Al-Islah Perlis yang baru ini, untuk menunaikan amanah besar ini dengan sebaik-baiknya.

18 June 2011

CATATAN BERGAMBAR SEBAHAGIAN PROGRAM AL-ISLAH 2011

DOAKANLAH SEMOGA PERSATUAN AL-ISLAH PERLIS TERUS MAJU DAN SENANTIASA BEKERJA DALAM MEMBIMBING MANUSIA KEMBALI KEPADA SYARIAT ISLAM.

LAPORAN (JP) PENDIDIKAN DAN DAKWAH

B.2 LAPORAN KEMAJUAN JAWATANKUASA PENYELARASAN (JP) PENDIDIKAN DAN DAKWAH

JP Pendidikan dan Dakwah diberikan amanah yang besar dalam menghapuskan gelapnya kejahilan lalu menggantikannya dengan cahaya Tauhid dan Sunnah. Untuk itu JP Pendidikan dan Dakwah melaksanakan aktiviti-aktiviti berikut:

1. Kuliah Mingguan

Kuliah mingguan adalah majlis ilmu mingguan yang diadakan pada setiap hari jumaat dan ahad saban minggu. Dengan berbagai-bagai tajuk berkaitan Aqidah, Ibadah, Tafsir, Hadith, Akhlak dan umum diajarkan, kuliah-kuliah ini dipimpin secara berganti-ganti oleh:

i. Dato’ Alim Setia Ustaz Ahmad Jusoh – Yang Dipertua Persatuan Al-Islah Perlis merangkap Rektor Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIPs)

ii. Ustaz Muhammad Ihsan Idris – Ketua Jabatan Usuluddin, Al-Qur’an dan Al-Hadith IPTIPs

iii. Ustaz Abdul Kadir Sahak – Pegawai Jabatan Mufti Perlis

iv. Ustaz Hashim Omar – Penolong Nazir Masjid-masjid Kawasan Simpang Empat merangkap Imam Masjid Bahrul Ulum Simpang Empat

v. Ustaz Syed Abdullah Syed Salim Aidid – Pegawai Jabatan Mufti Perlis merangkap Imam Masjid al-A’la Behor Temak

vi. Ustaz Mohd Rizal Azizan al-Malaya – Pendakwah Bebas

vii. Ustaz Syeikh Daud Ibrahim – Pendakwah Bebas dari Satun, Thailand

viii. Ustaz Zuraimi Ali – Guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab

ix. Saudara Muhammad Nasiruddin Aziz – Aktivis dan Penuntut Ilmu Syarie

2. Kuliah Khas

Kuliah khas pula adalah majlis ilmu khas yang dipimpin oleh pendakwah Ahlis Sunnah dari luar Perlis yang berkunjung ke Negeri Perlis secara sekali-sekala. Pada sesi 2010/2011, JP Dakwah dan Pendidikan telah mengadakan 4 siri kuliah khas iaitu oleh:

i. Dr. Fadlan Mohd Othman (UKM)

Beliau yang juga pensyarah Tafsir di Jabatan Al-Qur’an & Al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, UKM Bangi telah menyampaikan kuliah bertajuk ‘Al-Sunnah Dalam Mengamalkan Al-Sunnah’ pada 10 Oktober 2010

ii. Dr. Abu Marwan Muhammad Sa’id Abu al-Rub (Jordan)

Dr. Abu Marwan adalah ulama’ muda yang banyak menuntut ilmu dalam halaqah para ulama’ Salafi di Arab Saudi dan Jordan seperti Syeikh Al-Albani, Syeikh Bin Baz, Syeikh Al-Uthaymin, Syeikh Abdul Aziz Aal-Syeikh dan sebagainya. Fasih dalam bahasa Inggeris, beliau memberikan kuliah ‘How To Achieve A Good Life?’

iii. Prof. Madya Dr. Fauzi Deraman (UM)

Tidak asing lagi kepada Persatuan ini, beliau adalah ahli Panel Kajian Hadith Jabatan Mufti Perlis. Pada 13 Mei lalu, Dr. Fauzi Deraman menyampaikan kuliah khas ‘Bahaya Hadith Lemah dan Palsu Serta Kesannya Kepada Orang Melayu’

iv. Sahibus Samahah Dr. Juanda Jaya (Jabatan Mufti Perlis)

Pada 29 Mei, diadakan kuliah selepas isya’ di Pusat Pengajian Persatuan Al-Islah Perlis buat pertama kalinya dengan dimulakan solat isya’ berjamaah. Bertajuk ‘Seruan Ke Arah Perpaduan’, kuliah ini memuatkan penjelasan Mufti Kerajaan Perlis berhubung dengan isu yang timbul daripada kenyataan akhbar beliau dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 4 Mei 2011.

3. Kelas Pengajian I’rab al-Qur’an

Bagi mengimarahkan Pusat Pengajian Al-Islah pada waktu malam, kelas khas I’rab al- Qur’an diadakan selepas solat isya’ setiap khamis malam jumaat. Kelas ini dikendalikan oleh Dato’ Alim Setia Ustaz Ahmad Yusuf Amin.

4. Kelas Harfiyyah

Kelas Terjemahan Al-Qur’an dengan Kaedah Harfiyyah pernah wujud di Pusat Pengajian Persatuan Al-Islah Perlis. Selepas terhenti sekian lama, pada tahun 2011 inisiatif telah diambil untuk menyambungnya di bawah bimbingan Ustaz Syed Abdullah Syed Salim Aidid. Kini Kelas Harfiyyah tersebut diteruskan dengan tunjuk-ajar saudara Muhammad Nasiruddin Aziz pula.

5. Kelas IQRA’ dan Tajwid untuk kanak-kanak

Sebagai khidmat sosial kepada masyarakat yang berjiran dengan Pusat Pengajian Persatuan Al-Islah Perlis, kelas bacaan al-Qur’an dengan Kaedah IQRA’ dan kelas Tajwid untuk kanak-kanak telah dimulakan. Sejak awal 2011, antara 5 hingga ke 10 orang kanak-kanak yang berasal dari Oran, Mata Ayer dan sekitarnya telah mengikuti kelas ini yang diadakan hampir setiap malam. Bersama anak-anak Teratak Rahmat, anak-anak ini dihantar oleh ibu-bapa/penjaga sebelum solat maghrib dan dijemput semula selepas solat isya’. Selain itu, kelas Fardu Ain mengikut Sunnah Rasulullah juga diajarkan kepada anak-anak ini.