13 August 2010

Jabatan Belia Dan Sukan

GOTONG ROYONG DAN MAJLIS SUMBANGAN

Terima kasih diucapkan kepada rombongan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis dan Kelab Rakan Muda Parlimen Arau yang menganjurkan program gotong royong dan memberi sumbangan kepada Teratak Rahmat pada 9 Ogos 2010.



Majlis secara rasminya dimulakan dengan ceramah agama yang amat bermanfaat oleh Imam Masjid Padang Katong yang dijemput khas oleh Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perlis pada jam 3.30 petang. Selesai sahaja ceramah tersebut majlis diteruskan dengan solat Asar berjemaah seperti yang dijadualkan. Solat Asar pada petang tersebut telah diimamkan oleh Dato' Alim Setia Ahmad bin Jusoh, Yang Dipertua Persatuan Al Islah Perlis.

Imam Masjid Al-Ariffin, Padang Katong menyampaikan tazkirah sempena
menyambut kehadiran Ramadan.

Memberi perhatian kepada tajuk yang disampaikan oleh Tuan Imam.

Solat berjemaah ahli rombongan Jabatan Belia dan Sukan
bersama warga Teratak Rahmat.

Majlis kemudiannya menjemput Pengarah Jabatan Belia dan Sukan, Encik Abdul Haris bin Ishak untuk menyampaikan ucapan dan amanat. Seterusnya Presiden Kelab Rakan Muda Parlimen Arau dan Pengerusi Teratak Rahmat turut memberi ucapan dan penghargaan atas jasa baik yang diberikan. Setelah selesai ucapan diberikan, Encik Abdul Haris menyampaikan sumbangan Jabatan Belia Dan Sukan kepada Pengerusi Teratak Rahmat, sumbangan yang diberikan adalah berupa bantuan keperluan-keperluan dapur seperti minyak dan bahan-bahan masakan. Kami mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan yang disampaikan.

Pengarah sedang menyampaikan amanat beliau.

Cikgu Man menjelaskan berkenaan Teratak Rahmat dan
memohon maaf atas kekurangan pada majlis kali ini.

Rombongan yang hadir kelihatan gembira dan memberi perhatian.

Pengarah menyampaikan sumbangan kepada Cikgu Man sambil
diperhatikan oleh Dato' Mat.

Program pada petang yang berbahagia itu ditutup dengan sesi bergambar dan menikmati hidangan yang telah disediakan secara bergotong-royong oleh semua pihak.


Anak Rahmat bergambar kenangan bersama ahli Kelan Rakan Muda
Parlimen Arau dan semua yang hadir.




Gotong royong memasak bersama-sama.



Tetamu-tetamu menikmati juadah yang disediakan.











No comments: