13 August 2010

Chiang Rai

Lawatan Muhibbah ke Chiang Rai

Pada 4 -14 Disember 2010, seramai 11 orang belia telah menjayakan satu lawatan muhibbah sambil belajar ke Chiang Rai. Program ini telah menemukan rombongan Lawatan Muhibbah dengan beberapa kumpulan pendakwah Islam yang cuba menarik lebih ramai orang memeluk Islam dan memperbesarkan lagi perniagaan makanan halal di seluruh negara Thailand. Antara pengusaha dan pejuang yang dapat kami beramah mesra dan menimba ilmu ialah pemlik kilang roti yang besar di Kacahanpuri bersama jemaah mereka, pengusaha dan pembekal daging lembu halal di Chai Nat dan wilayah tengah Thailand serta para peniaga Pakistan yang cuba menghidupkan amalan di masjid yang diusahakan oleh mereka di ibu negeri Phrae.

No comments: