Raja Muda
Mahu Rakyat Sentiasa Hargai Pasukan Keselamatan
KANGAR,
11 Mac (Bernama) – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai mahu
rakyat sentiasa bersemangat patriotik dan menghargai peranan pasukan
keselamatan dalam usaha mereka mempertahankan negara.
Baginda
berharap tidak ada mana-mana pihak yang memperlekehkan usaha dan keupayaan yang
dibuktikan pasukan keselamatan negara.
Bertitah
merasmikan program Titian Kasih Mega peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan
Datuk Jaafar Hassan dekat sini Isnin, baginda turut berharap rakyat Perlis sentiasa
bersifat patriotik dan menterjemahkannya
pada sambutan Hari Peringatan Polis, pada 25 Mac.
Raja
Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil turut berangkat
pada program anjuran Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) dengan kerjasama Jabatan
Pelajaran Perlis itu.
Tuanku
Syed Faizuddin bertitah, selama ini setiap kali sambutan Hari Peringatan Polis,
ada inividu sama ada orang awam atau penjawat awam diberi penghargaan di atas
sumbangan mereka membantu polis.
“Namun
begitu, jarang sekali kita dengar ada dalam kalangan masyarakat yang memberikan
penghargaan dan terima kasih kepada polis kerana berkhidmat menjaga keselamatan
dan keamanan negara.” Titah baginda yang juga pengerusi YTSP.
Menurut
baginda, rakyat perlu mengubah minda yang menganggap tugas menjaga keselamatan
dan keamanan negara adalah tanggungjawab Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan
Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebaliknya ia merupakan tanggungjawab bersama.
Baginda
turut berharap jabatan dan agensi kerajaan, sektor swasta dan masyarakat akan
terus membuktikan apresiasi mereka kepada PDRM dan ATM melalui penganjuran
Pelbagai kegiatan.
Pada
majlis itu baginda turut menyaksikan penyerahan simbolik ‘Tabung Wira Lahad Datu’
yang diserahkan pengetua sekolah itu, Aminuddin Mustafa kepada Ketua Polis Perlis
SAC Zull Aznam Haron.
Turut
dirasmikan gelanggang tenis dan bilik guru baharu sekolah berkenaan.
--BERNAMA
No comments:
Post a Comment