Raja Muda
Mahu Pemikir Muda Berhemah Ketika Suarakan Pandangan…
KANGAR,
23 Mac (Bernama) – Raja Muda Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu
pemikir muda sentiasa berhemah ketika menyuarakan pandangan mereka kepada
kerajaan.
Baginda
bertitah golongan itu adalah kumpulan penting yang dapat membantu kecemerlangan
negara dan suara mereka juga perlu selari dengan inspirasi kerajaan.
Bertitah
merasmikan Program Jelajah 1Malaysia janji Ditepati Pemikir Muda Malaysia
Negeri Perlis seta pelancaran bank Idea Pemikir Muda Malaysia Negeri Perlis
2013 hari ini, baginda berharap pemikir muda tidak berputus asa dalam
perjuangan mereka.
Program
yang turut dihadiri pensyarah muda dan pelajar institusi pengajian tinggi itu
anjuran Pertubuhan Belia Pemikir Muda (PPM) Perlis.
Tuanku
Syed Faizuddin bertitah rakyat sentiasa mahu menerima pemikir baharu yang lebih
positif, kreatif serta inovatif demi kebaikan, dan pemikir muda boleh membantu
menyumbang pemikiran baharu yang relevan.
Mengulas
penubuhan Bank Idea PPM, baginda berharap ia mampu menjadi platform penyalur
idea atau pendapat golongan muda tanpa mengira ideology politik.
“Konsep
seperti ini diharap akan membawa negara ke arah yang lebih cemerlang kerana
penyatuan idea yang baik akan membantu mencorak pembangunan negara,” titah
baginda.
Sempena
majlis itu, Raja Muda Perlis turut menyampaikan sijil pelantikan Penasihat PPM
kepada empat inividu iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis Datuk Azizan
Hamid, Naib Canselor Universiti Malaysia (UniMAP) Profesor Datuk Dr Kamarudin
Hussin, Presiden Allianze University College of Medical Sciences (AUCMS)
Profesor Datuk Dr Zainidin Wazir dan Ketua Biro Bernama Perlis Adnan Jahaya.
Turut
berangkat ke majlis itu ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul
Shahreen Akashah Khalil manakala hadir sama Presiden PPM Malaysia Mohd Rafiq
Naizamohideen serta pengerusi jawatankuasa Pelaburan, Industri dan Perdagangan
Antarabangsa Perlis Datuk Seri Diraja Syed Razlan Putra Jamalullail.
--BERNAMA
No comments:
Post a Comment