08 March 2013


RAJA MUDA MAHU RAKYAT PERLIS KUASAI KEMAHIRAN PENYELAMAT

KANGAR, 8 mac (Bernama) -- Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu seluruh rakyat Perlis memiliki kemahiran asas teknik menyelamatkan nyawa atau bantuan kecemasan menjelang 2015

Bagi mencapai matlamat itu, baginda berharap pelbagai pihak termasuk jabatan dan agensi kerajaan, institut pengajian tinggi, sekolah, jawatan kuasa masjid dan pertubuhan menganjurkan program berkaitan bantuan kecemasan.

Bertitah mkerasmikan kursus penyelamat dan bantuan kecemasan anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Hospital Tunku Fauziah (HTF) di sini jumaat, baginda berharap sekurang-kurangnya seorang dalam setiap keluarga mendapat sijil teknik bantuan kecemasan 'Cardiopulmonary Resuscitation' (CPR) bagi serangan jantung.

Mengenai kursus hari ini, Tuanku Faizuddin yang jug Yang Dipertua MAIPs bertitah 200 imam dan pegawai masjid seluruh negeri menghadiri kursus seharu itu.

Kursus itu memberi peluang kepada peserta melakukan teknik CPR, perawatan mangsa tercekek, luka dan terbakar serta cara merawat kepatahan pada peringkat awal sebelum bantuan profesional tiba atau dibawa ke hospital.

Turut hadir ke majlis itu ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan Pengerusi Malaysian Association of Trauma and Emergency Medicine (MASTEM) Datuk Seri Abu Hassan Asaari Abdullah.



--BERNAMA

SUMBER :
http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=933054

No comments: