Showing posts with label Riadah. Show all posts
Showing posts with label Riadah. Show all posts

06 November 2010

Kem Remaja Gemilang


Kepada yang berminat, sila muat turun borang di bawah.

Untuk Maklumat Lanjut, Sila Kunjungi Links Di Bawah :

13 August 2010

Kem Motivasi

Kem Motivasi sempena Forum Ahli Sunnah Wal Jamaah Al-Salafiyyah Senusantara (FASS) 2010.


Pada 11-12 Jun 2010, seramai lebih kurang 100 orang anak muda telah melibatkan diri dalam Kem Motivasi yang dianjurkan Persatuan Al Islah Perlis ini, Jabatan Pelajaran Negeri Perlis dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Perlis juga turut memberi kerjasama dalam menjayakan Kem Motivasi tersebut. Para peserta turut berpeluang bersama Ustaz Sirajuddin dan Ustaz Rasul Dahri yang meluangkan masa untuk mengisi slot program dijadualkan ketika Kem Motivasi tersebut berlangsung.

Chiang Rai

Lawatan Muhibbah ke Chiang Rai

Pada 4 -14 Disember 2010, seramai 11 orang belia telah menjayakan satu lawatan muhibbah sambil belajar ke Chiang Rai. Program ini telah menemukan rombongan Lawatan Muhibbah dengan beberapa kumpulan pendakwah Islam yang cuba menarik lebih ramai orang memeluk Islam dan memperbesarkan lagi perniagaan makanan halal di seluruh negara Thailand. Antara pengusaha dan pejuang yang dapat kami beramah mesra dan menimba ilmu ialah pemlik kilang roti yang besar di Kacahanpuri bersama jemaah mereka, pengusaha dan pembekal daging lembu halal di Chai Nat dan wilayah tengah Thailand serta para peniaga Pakistan yang cuba menghidupkan amalan di masjid yang diusahakan oleh mereka di ibu negeri Phrae.

29 July 2010

Banjaran Nakawan.

Perkhemahan Di Banjaran Nakawan.


Pada 26 Mac 2010 hingga 28 Mac 2010, seramai 14 orang belia dari Persatuan Al Islah telah sertai pendakian dan perkhemahan di Banjaran Nakawan. Terdapat juga 34 pelajar daripada IPTIPs dan 3 pelajar daripada SMK Tengku Budriah. Tempat yang mereka tujui kebiasaannya di panggil dengan gelaran "Teh 'O". Setelah selesai pendakian yang mengambil masa hampir 5 jam, mereka berkampung di Banjaran Nakawan selama 3 hari.