Raja Muda
Perlis Ingatkan Rakyat Tidak Perbesar Isu Remeh....
KANGAR, 25 April (Bernama) -- Raja Muda Perlis Tuanku Syed
Faizuddin Putra Jamalullail menasihatkan rakyat agar tidak memperbesarkan isu
remeh semata-mata untuk dijadikan modal pertikaian terutama berkaitan dakwah
dan penyelewengan akidah.
Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua Majlis Agama
Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah perbuatan sedemikian
boleh membawa kesan buruk.
"Sifat hasad dengki, tamak, perasaan curiga dan
fitnah-menfitnah perlu dikikis demi mewujudkan keamanan dan kemakmuran dalam
negara kita," titah baginda ketika merasmikan Masjid Al Mubarak, Tasoh
dekat sini malam tadi.
Baginda turut berharap pemimpin politik serta pertubuhan
bukan kerajaan (NGO) Islam mengadakan pertemuan berkala bagi berbincang langkah
mengukuhkan umat Islam.
Titah baginda, MAIPs akan memberi kerjasama bagi setiap
pertemuan itu diadakan sama ada setiap tiga bulan, enam bulan atau setahun
sekali.
Tuanku Syed Faizuddin juga menasihatkan rakyat supaya
menyokong dan membantu memperkasakan martabat institusi-institusi Islam
khususnya yang bernaung di bawah payung raja-raja Melayu sebagai ketua agama
negeri.
Hadir sama ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis Datuk
Azizan Hamid dan Timbalan Presiden Unit Amanah Permodalan Nasional Berhad (PNB)
Datuk Idris Kechot.
Turut diadakan program bual bicara sempena Minggu Saham
Amanah Malaysia (MSAM) 2013 yang menampilkan Dekan Pusat Teknologi Komunikasi
& Pembangunan Insan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof Madya Dr Hj
Huzili Husin sebagai pemidato.
-- BERNAMA

No comments:
Post a Comment