10 April 2012

Tentatif Lawatan Dr Fadlan Mohd Othman Ke Perlis Siri Pertama/2012 : 14-17 April 2012

Assalamualaikum Warahmatullah 


Tuan-tuan dan Puan-puan yang dirahmati Allah sekalian 


Sahibul Fadilah Dr. Fadlan Mohd Othman adalah ahli Panel Kajian Hadith Jabatan Mufti Perlis. Beliau juga seorang Pensyarah Kanan bidang Tafsir serta Hadith di Jabatan Al-Qur’an dan Al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, UKM Bangi. Dr. Fadlan juga seorang pengarang dan penterjemah buku-buku agama; giat memberikan kuliah di beberapa rancangan televisyen serta aktif dalam pelbagai lapangan dakwah dan kemasyarakatan.


Dr Fadlan Mohd Othman


 Lawatan dakwah siri pertama beliau dalam tahun 2012 ini dijayakan dengan kerjasama Jabatan Mufti Perlis, Pertubuhan Kebajikan IKRAM Malaysia, Persatuan Al-Islah Perlis serta Jawatankuasa-jawatankuasa Kariah Masjid yang terpilih. Berpandukan maklumat sehingga 7 April 2012, diperturunkan tentatif rihlah ‘ilmiyyah oleh Sahibul Fadilah Dr. Fadlan Mohd Othman ke Negeri Perlis seperti berikut (**): 


Sabtu, 14 April 2012
  • Kuliah maghrib “IMAM MAHDI DALAM AKIDAH AHLIS SUNNAH WAL JAMA’AH” di Masjid Tun Abdul Razak, Repoh, Kangar 

 Ahad, 15 April 2012
  • Kuliah subuh “TUA ITU BERHARGA: USIA EMAS YANG DIREDHAI ALLAH” di Masjid Tun Abdul Razak, Repoh, Kangar 
  • Kuliah ahad “MEMBELI” SYURGA DENGAN HARTA” di Pusat Pengajian Persatuan Al-  Islah Perlis, Jalan Mata Ayer jam 10.00 pagi 
  • Kuliah maghrib “PENGERTIAN SYAHADAH MUHAMMAD RASULULLAH” di Masjid Nurul Hikmah, Wang Bintong, Kangar 


 Isnin, 16 April 2012
  • Kuliah subuh “INDAHNYA APABILA AMALAN SOLEH SELARAS DENGAN PERKATAAN DAN PERBUATAN” di Masjid Alwi, Kangar 
  • Diskusi ilmiah “BAGAIMANA BERINTERAKSI DENGAN AL-QUR’AN?” anjuran Jabatan Mufti Perlis di Dewan Faizuddin Putra, Kompleks Islam Perlis jam 2.30 petang 
  • Forum Perdana Ehwal Islam “BAGAIMANA BERINTERAKSI DENGAN AL-SUNNAH?” bersama ahli panel Ustaz Ahmad Sirajuddin Abdul Sattar anjuran Jabatan Mufti Perlis di Masjid Mahmudiah, Bukit Keteri 


 Selasa, 17 April 2012
  • Kuliah subuh “AMALAN SEDIKIT PAHALA BANYAK” di Masjid Putra, Simpang Empat 
  • Pulang ke Kuala Lumpur Demikian untuk makluman 
(** Tertakluk kepada pindaan) 
 Wallahu A’lam

05 April 2012

Kuliah Khas : “NABI MUHAMMAD S.A.W SEBAGAI PENUTUP NABI-NABI DAN BAHAYA NABI PALSU”

Benarkah masih ada nabi utusan Allah sesudah Nabi Muhammad?. Ikuti kupasan Ustaz Mohd Rizal @ Mat Malaya dalam kuliah maghrib "NABI MUHAMMAD PENUTUP PARA NABI & BAHAYA NABI PALSU". Hadirlah seisi keluarga ke Masjid Alor Redis, pada Khamis (12 April 2012) SEBARKAN... 


Minta maaf ada perubahan, diubah ke Masjid al-Taqwa (seperti di poster terbaru) kerana memberi laluan kepada program YBD Shahidan Kassim. Poster lama tidak terpakai.
Poster terbaru



Poster lama

04 April 2012

Raja Muda Perlis: Tanggapan negatif terhadap Islam cabaran besar umat

Berita Harian telah melaporkan titah Raja Muda Perlis 4 April 2012, diharap semua yang berkemampuan dapat 'islah'kan imej umat Islam pada masa akan datang. Laporan tersebut boleh dibaca seperti di bawah atau rujuk terus di pautan http://www.bharian.com.my/articles/TanggapannegatifterhadapIslamcabaranbesarumat/Article/

KANGAR: Tanggapan negatif terhadap Islam adalah antara cabaran besar dihadapi umat Islam kini, titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Baginda yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah tanggapan itu antara isu yang perlu ditangani secara menyeluruh termasuk oleh MAIPs. "Tugas dan fungsi MAIPs semakin hari semakin besar dan mencabar dalam usaha menangani isu besar," titah baginda pada multaqa pegawai dan kakitangan MAIPs di Kuala Perlis dekat sini malam tadi.

Baginda bertitah, cabaran lain ialah masalah perpecahan umat Islam dan isu murtad yang titah baginda antara langkah menanganinya menerusi perancangan strategik, memerlukan sumber tenaga berkualiti, prasarana kondusif dan program yang sistematik. - BERNAMA

01 April 2012

PENDAPAT HAMKA TENTANG TAKTIK MUBALIGH AHMADIYAH QADIANI


Mereka suka benar berdebat. Mereka besar hati kalau ada ejek dan maki. Atau kalau ada yang sudi mencela pengajian mereka. Propaganda cara begini rupanya sudah dipelajari sejak dari Qadyan. Hendaknya tidak berhenti-henti ada debat memperkatakan kepercayaan mereka. Sehabis satu pertemuan, kalau mereka disoraki ramai orang, maka akan ada orang lain tertarik, bukan oleh kaji, melainkan oleh kesabaran mereka ketika dicela. Padahal kalau mengaji dengan tenang, sebab pengajian mereka tidak berdasar kepada mantik dan peraturan berfikir, sangatlah berpanjang-panjangnya. Di segala pengajian terlebih dahulu ditetapkan bahawa Nabi Isa telah mati. Kadang-kadang berhari-hari dan berminggu berdebat. Nabi Isa telah mati. Segala sesuatu telah mereka atur sejak dari Qadyan menetapkan Isa telah mati. Kalau lawan telah menerima, lalu dicari pula segala alat perkakas menetapkan bahawa Nabi Isa akan turun ke dunia kembali. Dikumpul pula alasannya dari Hadis Nabi, dan kalau perlu dari ayat Injil. Kalau lawan menerima, barulah dikemukakan bahawa Nabi Isa yang telah dijanjikan itu ialah “Hazrat” Mirza Ghulam Ahmad. 

 Kalau dengan jalan lain orang Ahmadiyah tidak dapat menurutinya. Jadi jalan perdebatan mesti menurut peraturan yang mereka susun itu. Dalam kepercayaannya sendiri, kaum Qadyan menetapkan bahawa Mirza Ghulam Ahmad adalah seorang Nabi yang paling besar. Kepada orang Islam yang teguh mempercayai bahawa tidak ada Nabi sesudah Muhammad, lebih dahulu mereka menetapkan bahawa Mirza Ghulam Ahmad itu adalah Nabi yang tidak membawa syariat. Kepada siapa yang telah beriman betul-betul, mudahlah diterangkan bahawasanya Mirza Ghulam Ahmad mempunyai beberapa pangkat yang meliputi akan kepercayaan segala agama, iaitu Rasul, Nabi, Mujaddid, Mahdi, Isa, Krisna, Buddha, Messias. Pendeknya lengkap! Segala pangkat-pangkat yang akan dapat menambah tingginya, dia tidak segan memborong. Dia pun keturunan dari sahabat yang terkenal Salman El Farisi. Bukan itu sahaja, dia pun keturunan dari Fathimah puteri Nabi, Jadi adalah “Sayid”. Kepadanya mereka bahasakan “Alaihis Shalawatu was Salamu”. Dia pun menghapuskan beberapa syariat yang tidak sesuai lagi dengan zaman, sebagaimana Isa menghapuskan beberapa syariat Musa, dan Muhammad menghapuskan beberapa syariat Musa, dan Muhammad menghapuskan beberapa syariat Isa. Setengah daripada syariat Muhammad yang dihapuskan oleh “hazrat” Mirza Ghulam Ahmad, ialah “Jihad” dengan pedang. 

 Maka di sini jelaslah bila timbulnya “Agama Baru” ini, iaitu di Lahore, di setumpak negeri Islam, yang pada masa 100 tahun yang telah lalu, darah kaum Muslimin amat panas menentang penjajahan Inggeris, sehingga beberapa kali timbul pemberontakan. Dalam kitab-kitab “Nabi Baru”itu, banyak tersebut pengakuan setianya kepada Ratu Victoria tanah Inggeris! Dan “Kaisar India”. 

 Inilah yang masuk ke Sumatera, dibawa oleh anak Sumatera sendiri, bertepatan dengan kebangkitan agama, kebangkitan pergerakan dan kebangkitan Komunis! 

 (Ayahku, Riwayat Hidup Dr. H. Abdul Karim Amrullah dan Perjuangan Kaum Agama di Sumatera,Cetakan ketiga, karangan Prof. Dr. Hamka. Halaman 193) Cetakan pertama pada tahun 1950.

27 March 2012

Titah Raja Perlis: Lepasan IPT perlu berani berjuang

Pada 28 Mac 2012(Rabu), akhbar Kosmo! melaporkan titah Tuanku Syed Siirajuddin agar lepasan IPT perlu berani berjuang. Laporan tersebut boleh dibaca seperti di bawah atau terus ke laman 

 KANGAR — Lepasan institusi pengajian tinggi (IPT) bukan sahaja perlu memanfaatkan ilmu yang mereka perolehi untuk menjana pemikiran baru tetapi perlu berani berjuang demi kepentingan masyarakat, titah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail semalam. 

 Bagaimanapun, baginda bertitah, perjuangan mereka harus menjurus kepada perkara yang betul bagi menangani masalah di hadapan mereka. 

 Bertitah pada majlis Konvokesyen ke-6 Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS), Pauh dekat sini, baginda berharap, ilmu yang mereka miliki mampu mentransformasikan sektor pekerjaan ke arah yang lebih cekap dan berkesan. 

 Baginda bertitah, proses menuntut ilmu tidak ada penghujungnya dan ia tidak akan terhenti apabila para graduan menerima diploma dan sijil masing-masing. 

 Sehubungan itu, baginda bertitah, para graduan perlu sentiasa membina azam untuk meneruskan pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi. 


 "Setelah memasuki alam pekerjaan, setiap graduan perlu bekerja keras, sentiasa berfokus, ikhlas dan mengukuhkan keupayaan diri untuk dihormati dan disegani dalam bidang masing-masing,” titah baginda. — BERNAMA

01 March 2012

Bacaan Yang Sunnah Selepas Membaca al-Quran


عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ : مَا جَلَسَ رَسُولُ اللهِ مَجْلِسًا قَطُّ، وَلاَ تَلاَ قُرْآناً، وَلاَ صَلَّى صَلاَةً إِلاَّ خَتَمَ ذَلِكَ بِكَلِمَاتٍ، قَالَتْ: فَقُلْتُ: يَا رَسُولَ اللهِ، أَرَاكَ مَا تَجْلِسُ مَجْلِساً، وَلاَ تَتْلُو قُرْآنًا، و...َلاَ تُصَلِّي صَلاَةً إِلاَّ خَتَمْتَ بِهَؤُلاَءِ الْكَلِمَاتِ ؟قَالَ:
 (( نَعَمْ، مَنْ قَالَ خَيْراً خُتِمَ لَهُ طَابَعٌ عَلَى ذَلِكَ الْخَيْرِ، وَمَنْ قَالَ شَرّاً كُنَّ لَهُ كَفَّارَةً: سُبْحَانَكَ [اللَّهُمَّ] وَبِحَمْدِكَ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ، أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ


Daripada Aisyah RA berkata, “Tidaklah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam- duduk di suatu tempat atau membaca al Qur’an ataupun melaksanakan sollat kecuali baginda akhiri dengan membaca beberapa kalimat”. Akupun bertanya kepada Rasulullah -sallallahu ‘alaihi wa sallam-, “Ya Rasulullah, saya melihat engkau tidak duduk di suatu tempat, membaca al Qur’an ataupun mengerjakan sollat melainkan anda akhiri dengan beberapa kalimat?” Baginda menjawab, “Betul, sesiapa yang mengucapkan kebaikan maka dengan kalimat tersebut amal tadi akan dilekatkan dengan kebaikan. Barang siapa yang mengucapkan keburukan maka kalimat tersebut berfungsi untuk menghapus dosa. Itulah ucapan Subhanakallahumma wa bihamdika laa ilaha illa anta astaghfiruka wa atubu ilaika. ”

HR an-Nasai di dalam as-Sunan al-Kubra dan lain-lain.
Hadith di nilai Sahih oleh syaikh Muqbil dalam kitabnya Al-Sahih Al-Musnad mimma Laisa fi Al-Sahihain, no. 1619