31 July 2012

SOAL JAWAB UTUSAN: Bacaan al-Quran merangkak-rangkak dan bantuan alat canggih

Soalan 2

Salam
Semoga Ustaz berada dalam sihat-sihat di beri Allah. Saya ada dua kemusykilan.

1. Musykil sikit tentang bacaan al-Quran saya yang merangkak-rangkak, hari-hari saya bersungguh ingin membaca dengan betul. Namun sekarang terdapat banyak alat-alat canggih, saya dengar dari situ dan saya ikut cara mereka baca. Bagaimana pandangan ustaz dan dari hadis-hadis Nabi SAW tentang penggunaan alat-alat ini.

2. Saya tidak jumpa hadis yang menyatakan: Sesiapa mati pada malam/pagi jumaat, maka dia bebas daripada soal jawab dan seksa kubur. Benarkah Ustaz?

Sekian, terima kasih

Salam Ramadan Al Mubarak

Pak Ngah


Jawapan Minggu 4 Soalan 1:

Saya amat terharu dengan kesungguhan Pak Ngah membaca al-Quran walaupun merangkak-rangkak. Teringat saya kepada hadis Nabi SAW di mana baginda bersabda, 

"Orang yang mahir membaca al-Quran setaraf dengan malaikat yang mulia lagi taat (al-Safarah al-Kiram al-Bararah). Adapun orang yang membaca al-Quran dalam keadaan tersangkut-sangkut dan bersusah payah membacanya, dia akan dapat dua pahala." 
(Hadis Sahih riwayat al-Imam Muslim, Kitab, Bab, No. 798). 


Nasihat saya kepada Pak Ngah agar meneruskan usaha mulia ini sehingga akhirnya berdiri setaraf dengan martabat para malaikat.

1. Adapun berkenaan dengan alat-alat canggih yang dijual di pasaran, yang memperdengarkan bacaan al-Quran al-Karim, saya nasihatkan Pak Ngah seperti berikut: Pertama, pastikan alat-alat itu mendapat kelulusan Kementerian Dalam Negeri. Jika diluluskan, maka tiada masalah untuk Pak Ngah menggunanya untuk membantu memperelokkan bacaan al-Quran. Menggunakan alat-alat moden ini termasuk dalam urusan dunia, di mana Rasulullah telah bersabda, 

"Kamu semua lebih mengetahui tentang urusan duniamu." 
(Hadis sahih riwayat al-Imam Muslim, Kitab al-Fada'il, No. 2363).

Dengarlah bacaan daripada alat-alat itu, kemudian ikutlah membaca. Kedua, walaupun alat-alat itu mendapat kelulusan KDN, Pak Ngah tetap perlu cuba sedaya-upaya untuk memperbetulkan bacaan al-Quran dengan memperdengarkan bacaan Pak Ngah kepada seorang Ustaz yang berkemahiran dalam ilmu tajwid. Ini kerana, alat-alat itu hanya dapat memperdengarkan bacaan dan tidak dapat mengenal pasti kesilapan bacaan kita. Buatlah perkara yang kedua ini walaupun seminggu sekali.

2. Hadis yang dicari oleh Pak Ngah itu bermaksud, 

"Tiada seorang muslim pun yang mati pada hari Jumaat atau malam Jumaat, kecuali dia akan diselamatkan oleh Allah daripada fitnah/azab kubur." 
Hadis ini diriwayat oleh al-Imam at-Tirmizi dalam al-Sunah, Kitab al-Jana'iz, Bab Ma Ja'a fi Man Mata Yaum al-Jumu'ah, No. 1074. Hadis ini juga diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad bin Hanbal dalam al-Musnad, di dalam Musnad al-Mukthirin min al-Sahabah, No. 6546. 


Status hadis ini dipertikaikan oleh para ulama. Ada yang menghukumnya daif dan ada yang menghukumnya hasan. Saya lebih cenderung kepada pandangan bahawa hadis ini adalah berstatus hasan. Justeru hadis ini dapat dijadikan sandaran dalam memberi berita gembira bagi orang Islam yang mati pada hari Jumaat atau malam Jumaat. Semoga Allah Taala mengurniakan kepada kita husnul khatimah atau kematian yang baik, dan menyelamatkan kita semua daripada azab kubur dan juga azab neraka.

SOAL JAWAB UTUSAN: Menyesal tinggal puasa

KEHIDUPAN saya sebelum ini agak hanyut dan lalai dalam menunaikan tanggungjawab terhadap agama. Saya ingin mendapatkan penjelasan ustaz mengenai beberapa perkara tentang hukum puasa yang pernah saya abaikan sebelum ini.

1. Bagaimana saya perlu menggantikan semua puasa yang pernah saya abaikan sebelum ini?

2. Berapa banyakkah fidyah yang perlu saya bayar dan boleh ustaz jelaskan bagaimana nilai fidyah dikira (daripada cupak kepada nilai duit).

3. Adakah fidyah itu perlu saya lakukan setelah saya habis menggantikan puasa saya?

Nazlan, Ampang

JAWAPAN:
Alhamdulillah, syukur kepada Allah Ta'ala yang telah memberi hidayah-Nya kepada saudara. Semoga Allah mengekalkan nikmat hidayah ini untuk saudara dan juga sekelian umat Islam.

Berkenaan dengan puasa yang diabaikan sebelum ini, dapatlah dikategorikan pengabaian dan peninggalan puasa kepada dua bahagian; pertama, puasa yang diabaikan dan ditinggalkan secara sengaja. Puasa jenis ini tidak boleh diganti sama sekali. Akan tetapi apa yang boleh dilakukan oleh saudara untuk menebusnya adalah bertaubat dengan taubat nasuha iaitu taubat yang benar dan jujur. Taubat nasuha mengandungi empat elemen utama iaitu, pertama; menyesal terhadap dosa besar yang dilakukan. Kedua; berazam untuk tidak mengulangi dosa besar itu. Ketiga; memperbanyakkan amalan-amalan saleh. Keempat; jika dosa besar itu berkaitan dengan manusia, maka hendaklah dipulangkan, atau dimohon maaf, atau ditebus.

Bahagian kedua, puasa yang diabaikan dan ditinggalkan secara tidak sengaja dan mempunyai sebab. Pengabaian dan peninggalan puasa jenis ini boleh diganti. Terdapat dua kategori pengabaian puasa yang boleh diganti. Kategori pertama; puasa yang ditinggalkan dan perlu diganti dengan puasa juga.

Kategori orang yang perlu menggantikan puasa mereka dengan puasa ganti di bulan lain ialah orang sakit yang boleh sembuh dan orang yang mengembara. 

Firman Allah Ta'ala (al-Baqarah 2:184) yang bermaksud: 
"Maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain."

Kategori kedua; puasa yang ditinggalkan dan perlu diganti dengan fidyah iaitu memberi makan kepada orang miskin bagi setiap hari yang ditinggalkan. Kategori orang yang perlu menggantikan puasa mereka dengan fidyah iaitu memberi makan kepada orang miskin ialah orang lelaki tua yang tidak mampu berpuasa, wanita tua yang tidak mampu berpuasa, orang sakit yang tidak boleh sembuh, wanita yang hamil dan wanita yang menyusukan anak. 

Firman Allah Ta'ala (al-Baqarah 2:184) yang bermaksud: 
"Dan wajib atas orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin."

Terdapat riwayat daripada Ibnu Abbas yang menerangkan kategori ini seperti berikut: Riwayat pertama bermaksud: Daripada 'Ata' bahawa dia mendengar Ibnu 'Abbas membaca,"Dan wajib atas orang-orang yang diberatkan puasa (kerana tua dan sebagainya maka mereka tidak mampu berpuasa, {membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin,". Ibnu 'Abbas berkata 'Ayat ini tidak mansukh. "Mereka ialah orang tua lelaki dan wanita yang tidak mampu berpuasa maka mereka memberi makan bagi setiap hari seorang miskin," 



(Hadith riwayat al-Imam al-Bukhari, Kitab Tafsir al-Quran, Bab Qaulih Ta'ala 'Ayyaman Ma'dudat...', No. 4145).

Riwayat kedua bermaksud: Daripada Ibnu Abbas bahawa beliau berkata, "Dibenarkan untuk orang tua lelaki dan wanita tua yang kedua-duanya mampu berpuasa, untuk berbuka jika mereka ingin, dan memberi makan kepada orang miskin bagi setiap hari itu,". Kemudian perkara itu dimansuhkan dengan ayat ini; "{Maka sesiapa yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu}. Akan tetapi, perkara ini kekal untuk lelaki tua dan wanita tua jika mereka tidak mampu berpuasa, juga untuk wanita hamil dan wanita yang menyusukan anak jika kedua-duanya khuatir maka mereka berdua berbuka dan memberi makan satu orang miskin bagi setiap hari,". 



(Hadis riwayat al-Imam al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra, Kitab al-Jumu'ah, Bab al-Hamil wa al-Murdi' iza Khafata, No. 7464).

Justeru, puasa yang ditinggalkan dengan sengaja hendaklah dikesali dan dilakukan taubat nasuha. Manakala puasa yang ditinggalkan secara tidak sengaja hendaklah diganti sama ada dengan berpuasa atau dengan memberi makan kepada orang miskin mengikut keterangan di atas.

Berdasarkan kepada keterangan di atas, fidyah atau memberi makan kepada orang miskin adalah untuk orang tua yang tidak mampu berpuasa sama ada lelaki atau perempuan, orang sakit yang tidak dapat sembuh, wanita hamil dan wanita yang menyusukan anaknya. Kadar fidyah pula adalah dua cupak atau setengah gantang makanan asasi seperti beras, gandum, kurma dan sebagainya, iaitu bersamaan dengan satu setengah kilogram. Boleh juga dibuat satu set makanan lalu diberikan kepada orang miskin pada kadar seorang miskin untuk satu hari yang ditinggalkan. Akhir sekali, tiada dalil yang menunjukkan fidyah itu perlu digandakan berdasarkan kepada kelewatan menggantikannya. Dalam erti kata lain, satu hari hanya perlu diganti dengan berpuasa satu hari atau dengan memberi makan kepada seorang miskin.

Semoga Allah Ta'ala mengampuni kelemahan kita dan menerima amalan saleh yang kita lakukan.

SINAR: 3 hakim syarie terima watikah daripada Raja Perlis

Dipetik dari akhbar Sinar Harian keluaran 26 Julai 2012, boleh juga dibaca di http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/3-hakim-syarie-terima-watikah-daripada-raja-perlis

KANGAR - Tiga orang Hakim Syarie dan empat Pendaftar Mahkamah Syariah Perlis menerima watikah pelantikan daripada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau malam tadi.

Mereka ialah Ketua Hakim Syarie, Saarani Ismail dan dua Hakim Mahkanmah Rendah Syariah, Mohamad Zaidi Abdullah dan Nurul Wazeera Ahmad Dahalan.

Baginda turut menyampaikan watikah kepada Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah Perlis, Yusof Abd Manaf, Pendaftar Norhamiza Ghazali dan dua Penolong Pendaftar Nur Hamizi Hasan serta Md Akhir Majid.

Di majlis yang sama, Tuanku Syed Sirajuddin Putra menyampaikan watikah kepada ahli-ahli Jawatankuasa Peguam Syarie Negeri Perlis.

Turut berangkat ialah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Yang turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.

Raja Perlis dan Raja Muda kemudiannya menyertai tetamu yang terdiri daripada ahli-ahli MAIPs, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis, Jawatankuasa Baitulmal, Pelaburan dan Pendidikan MAIPs serta pegawai kanan Jabatan Agama Islam Perlis pada majlis berbuka puasa dan solat Tarawih.

Baginda berdua turut berkenan menerima menghadap Imam Masjid Riyadh Arab Saudi, Shaikh Saleh Abdulmuhsen Alsakhan.

Shaikh Saleh ditempatkan di Perlis oleh Kedutaan Besar Arab Saudi sepanjang bulan Ramadan ini untuk mengimamkan solat jamaah dan Tarawih, di atas permintaan Jabatan Mufti Perlis.

Nasihat Untuk Umat Islam Perlis - DR AZWIRA

Maip keluarkan bantuan dan zakat lebih RM26j sejak Januari

Berita ini dipetik dari akhbar Sinar Harian keluaran 30 Julai 2012, ianya boleh juga dibaca melalui http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/maip-keluarkan-bantuan-dan-zakat-lebih-rm26j-sejak-januari

KANGAR - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mengagihkan zakat dan bantuan berjumlah RM26,102,171 sejak Januari hingga kini.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah antara bantuan terbesar ialah bagi membina 137 rumah untuk penduduk miskin membabitkan kos RM2,597,963.
 
Selain itu, MAIP juga mengeluarkan bantuan sara hidup kepada 610 penerima melibatkan sejumlah RM670,595 serta bantuan pelajaran kepada 1,121 pelajar membabitkan kos sebanyak RM812,640, titah baginda yang juga Yang Dipertua MAIPs.

"Semua bantuan itu dikeluarkan melalui Baitulmal Perlis," titah baginda pada persidangan MAIPs kali ke-3 bagi tahun 2012 di bangunan baru MAIPs di Taman Pengkalan Asam di sini hari ini.

Baginda bertitah MAIPs juga telah melaksanakan pelbagai kegiatan sejak awal tahun ini sejajar dengan program transformasi bagi memperkasakan institusi itu.

Antara yang dilaksanakan ialah program Hijrah Minda di masjid terpilih, program MAIPs Peduli Mangsa Bencana dan Seminar Serantau Pelancongan Islam pada 18 dan 19 Jun lepas dengan kerjasama Pusat Pelancongan Islam (ITC).

Selain itu, MAIPs juga menganjurkan forum perdana berkaitan kehebatan Ramadan di samping menganjurkan majlis berbuka puasa dan sumbangan hari raya di masjid-masjid mengikut zon.

Baginda bertitah program terbaru ialah menganjurkan syarahan akademik antarabangsa dengan kerjasama Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dengan mengundang tokoh akademik Prof Tariq Ramadan dari Oxford University. - Bernama

SINAR: Masjid di Perlis bebas asap rokok bermula Ramadan ini

Laporan ini dipetik dari akhbar Sinar Harian keluaram 21 Julai 2012, ianya boleh juga dibaca dihttp://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/masjid-di-perlis-bebas-asap-rokok-bermula-ramadan-ini



KANGAR - Semua masjid di negeri ini menjadi kawasan bebas asap rokok bermula Ramadan ini dalam usaha kerajaan negeri mewujudkan persekitaran bersih dan sihat. 

Sehubungan itu Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis hari ini menganjurkan seminar "Masjid Bebas Asap Rokok" yang dihadiri semua imam bagi memastikan arahan itu dipatuhi. 

 

Bertitah merasmikan seminar itu, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berharap imam di Perlis bekerjasama memulakan jihad ke arah memastikan tiada perokok di kawasan masjid sejajar keputusan Jawatankuasa Fatwa Perlus bahawa merokok adalah haram. 
Walaupun fatwa itu belum diwartakan, titah baginda umat Islam harus mula menghentikan tabiat tersebut yang telah terbukti secara saintifik membawa mudarat. 

Baginda turut berharap kempen serupa dilaksana agensi kerajaan terutama Jabatan Pelajaran, memandangkan ada kes pelajar merokok tanpa memikirkan kesan jangka panjang terhadap kesihatan mereka. 

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Negeri Perlis, Ahmad Bakri Ali yang turut hadir, berkata statistik 2006 menunjukkan 33.1 peratus atau 37,000 daripada lebih 240,000 penduduk Perlis adalah perokok. 

Beliau berharap perokok memanfaatkan Klinik Berhenti Merokok yang disediakan di sembilan klinik kesihatan di seluruh negeri ini bagi mengawal atau menghentikan tabiat itu.- Bernama

SINAR: Kadar fitrah di Perlis kekal RM6 seorang

Berita ini dipetik dari akhbar Sinar Harian keluaran 20 Julai 2012, ianya dapat juga dibaca di http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/kadar-fitrah-di-perlis-kekal-rm6-seorang

19 Julai 2012

KANGAR - Kadar fitrah bagi umat Islam di Perlis tahun ini kekal RM6 seorang, kata Pengerusi Baitulmal Perlis Datuk Abu Bakar Ahmad hari ini.

Beliau berkata Baitulmal telah melantik 115 amil untuk menjalankan kutipan fitrah di negeri ini.

Kadar fitrah itu diputuskan pada mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) baru-baru ini dan mendapat perkenan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, katanya kepada Bernama di sini.

Beliau menjangkakan jumlah kutipan fitrah di Perlis kali ini ialah kira-kira RM800,000. - Bernama

24 July 2012

(SINAR) Raja Muda Perlis: Elak guna bahan polistirena

Laporan ini dipetik dari akhbar Sinar Harian keluaran 24 Julai 2012, boleh juga dibaca di http://www.bharian.com.my/articles/Elakgunabahanpolistirena_RajaMudaPerlis/Article/

KANGAR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu bahan polistirena tidak lagi digunakan pada majlis baginda mulai sekarang kerana ia boleh membawa kemudaratan.

Baginda juga berharap jabatan dan agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi dan sekolah turut mengambil langkah yang sama demi kebaikan kesihatan.

Bertitah merasmikan Kempen Kesedaran Kesihatan sempena majlis berbuka puasa dan solat sunat Tarawih di Istana Arau di sini malam tadi, baginda mencadangkan bahan polistirena digantikan dengan plastik yang boleh terurai secara biologi termasuk bungkusan kertas yang lebih mudah dilupuskan.

"Negara maju tidak menggunakan bahan polistirena sebaliknya menggunakan bungkusan kertas," titah baginda.

Satu kajian menunjukkan bahawa bahan stirena dan benzin yang terdapat dalam polistirena boleh membawa kesan buruk kepada manusia termasuk gangguan sistem saraf di samping kesan kepada alam sekitar melalui penipisan lapisan ozon dan ia tidak boleh dikitar semula.

Tuanku Syed Faizuddin turut menekankan bahaya ancaman demam denggi kerana ia dikesan berlaku di beberapa lokasi di Perlis.

"Muka bumi Perlis berada dalam jangkauan semua agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkuasa tempatan dan tiada sebab epidemik ini tidak dapat ditangani dengan segera," titah baginda. Menurut baginda, pelbagai pihak perlu lebih serius dan komited dalam isu gejala demam denggi di samping isu kebersihan awam dan penguatkuasaan supaya ia dapat diselesaikan sehingga ke akar umbi.

Majlis itu dihadiri lebih 100 tetamu yang terdiri daripada ketua jabatan, pemimpin institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta wakil media.

Mereka turut menyertai sesi percambahan minda berkaitan pembangunan negeri dan langkah berkesan menjaga kebersihan sebelum majlis berbuka puasa dan hasil perbincangan itu dibentangkan selepas solat sunat Tarawih.

Turut berangkat ke majlis itu ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil manakala.

Hadir sama ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Datuk Azizan Hamid dan Ketua Polis Perlis, SAC Zull Aznam Haron. - BERNAMA

Menjiwai Tauhid Dan Ramadan Yang Dirindui - Dr Abdullah Yasin




1. Asas Penting Dalam Islam http://youtu.be/ckmQQW_q3DY?t=6m34s
2. Ramadan Yang Dirindui http://youtu.be/ckmQQW_q3DY?t=39m27s

23 July 2012

(SINAR) Raja Muda: Budaya membaca pertingkat tamadun

Berita ini dipetik dari akhbar Sinar Harian keluaran 23 Julai 2012, ianya boleh juga dibaca di pautan http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/raja-muda-budaya-membaca-pertingkat-tamadun-1.69099

KANGAR - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu masyarakat terus memupuk budaya membaca bagi memperkayakan diri dengan ilmu lantas mempertingkat ketamadunan.

Menurut baginda, masyarakat yang miskin ilmu akan terus ketinggalan.

Baginda bertitah pada perasmian program Hijrah Minda anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Jabatan Pelajaran Perlis di Masjid Tuanku Syed Putra di sini hari ini.

Titah baginda lagi, ilmu pengetahuan adalah asas bagi pembentukan masyarakat dan negara yang makmur dan budaya membaca perlu diterapkan ke seluruh rakyat bagi merapatkan jurang ilmu antara masyarakat bandar dengan luar bandar.

Dalam perkembangan lain Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil mahu persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) lebih agresif membantu mencerna perubahan pelajar.

Bertitah pada majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2012 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tuanku Lailatul Shahreen di sini, baginda menegaskan perlunyu pemimpin masyarakat seiring membina masyarakat bermaklumat.

Pada majlis itu, baginda turut merasmikan Anjung Bestari dan menanam pokok di Laman Ilmu sekolah itu.

Turut hadir isteri Menteri Besar Perlis, Datin Seri Asiah Asmuni. - Bernama

22 July 2012

UTUSAN: Islam larang perpecahan - DR. ISMAIL LUTFI

MUKADIMAH

NAMA DR. ISMAIL LUTFI sememangnya dikenali sebagai antara tokoh tersohor ulama Islam di rantau ini. Beliau yang juga merupakan Rektor Universiti Islam Yala (UIY) di Pattani, Thailand sering sahaja dijemput untuk berkongsi ilmu bersama masyarakat Islam lain bukan sahaja di rantau ini malah sehingga ke rantau Arab. Di bawah kepimpinannya UIY yang juga merupakan universiti Islam swasta pertama di negara Gajah Putih itu dan dinaik taraf ke peringkat Universiti pada tahun 2007 semakin dikenali sebagai pusat ilmu terunggul di rantau ini. Berikut adalah teks soal jawab Dr. Ismail Lutfi yang disediakan untuk Mingguan Malaysia yang meliputi beberapa isu kemaslahatan ummah terutama di negara ini. “Ingatlah bahawa Islam melarang perpecahan walaupun dibenarkan perselisihan dalam beberapa permasalahan yang tidak membawa perpecahan, kerana bukanlah setiap perselisihan itu perpecahan," katanya.

Soalan: Umat Islam di mana-mana menghadapi perpecahan yang serius. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan ianya berlaku?

ISMAIL : Faktor utamanya yang membawa perpecahan umat ialah kejahilan atau kedegilan terhadap ajaran-ajaran Islam yang benar, serta kekotoran jiwa yang merupakan tanah berbaja dalam memujakan hawa nafsu dan mengutamakan kemaslahatan peribadi atau puak masing-masing ke atas yang lain.

Ingatlah bahawa Islam melarang perpecahan walaupun dibenarkan perselisihan dalam beberapa permasalahan yang tidak membawa perpecahan, kerana bukanlah setiap perselisihan itu perpecahan, seperti kenyataan perselisihan yang berlaku di kalangan para sahabat r.a., tetapi tidak membawa perpecahan dan berpuak-puak yang tercela, bahkan semata-mata perselisihan yang bukan hasil daripada sebab perpecahan atau bukan membawa perpecahan adalah sunat Allah yang sering terjadi dan terkawal daripada kemasukan unsur-unsur perpecahan yang tercela.

Firman Allah Taala;

Pertama, (Al-Imran: 105)

Maksudnya: Dan janganlah engkau menjadi seperti orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah berpecah belah dan berselisihan (dalam agama) sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata (dari Allah dan rasul-Nya). Dan mereka itu akan beroleh azab seksa yang besar.


Itulah tabiat orang Yahudi dan Nasrani, mereka sering berselisihan dan berpecah belah kepada beberapa puak, padahal kitab mereka hanya satu (Al Wahidi).

Zahir ayat ini adalah didahului dengan perkataan “tafarraqu" (perpecahan) yang selaku punca perselisihan “wakhtalafu" dalam agama, kerana perpecahan sering melahirkan dendam kesumat di antara pihak-pihak yang berpecah walaupun sesetengah masalah itu di sudut alamiah, tidak patut berselisihan lagi. Apalagi perpecahan ini sering berlaku di antara orang yang berilmu setelah sampai kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas, tetapi oleh kerana hatinya telah pecah dan rosak serta merosakkan asal fitrahnya yang bersih untuk dapat menerima kebenaran-kebenaran itu, lalu mereka tetap bersalahan dan berpecahan. Subhanallah!

Kedua, (Al-Syura: 13)

Maksudnya: Bahawa hendaklah kamu dirikan addin (Al Islam) dan janganlah kamu berpecah belah padanya. 
 

Demikianlah perintah Allah kepada para rasul-Nya SAW dan umat Islam seluruhnya, iaitu bersatu padu dalam menegakkan Islam kerana itu adalah tugas asasi bagi sekelian para Rasul Allah dengan penganutnya di setiap masa dan tempat. Dan sebesar-besar permasalahan dalam usaha itu ialah perpecahan yang tercela, lalu dilarang.

Maksudnya: Dan janganlah kamu berpecah belah padanya. Kerana tujuan (iqamatuddin) amat berlawanan dengan gejala (tafaruq fiddin) yang menyentuh semua cara hidup muslim.

Ketiga, (Al-Syura: 14)

Maksudnya: Dan umat tiap-tiap rasul itu tidak berpecah belah (dalam menjalankan hidup beragama) melainkan setelah sampai kepada mereka ajaran-ajaran yang menerangkan hakikat yang sebenar. Berlakunya hal itu adalah semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri.


Hasad dengki di antara beberapa pihak sama ada di antara pemimpin mahupun pengikut, sama ada di antara kumpulan mahupun peribadi adalah dorongan utama berlakunya perpecahan yang tercela di tengah-tengah penerangan yang jelas dari Rasulullah SAW melalui al-Quran atau hadis dalam satu-satu permasalahan. Subahanallah! Dan sifat hasad dengki adalah punya kaitan yang rapat dengan maslahat-maslahat dunia, yang tercela yang sering membutakan mata manusia, hatta orang yang digelarkan ulama pun. Subhanallah!

Adapun perpecahan yang tidak berasaskan perasaan hasad dengki dan apa-apa maslahat dunia yang tercela maka sering dapat dikeluarkan dan diselesaikan menerusi penerangan-penerangan yang jelas daripada Allah dan rasul-Nya melalui usaha nasihat para ulama yang ikhlas.

Seminar antarabangsa fikah taat pemimpin yang baru berlangsung di Kuala Lumpur menampilkan ilmuwan dan ulama dari Arab Saudi yang menyatakan dengan jelas isu mempolitikkan Islam dan politik Islam dalam erti kata yang luas. Apa pandangan Dr?

ISMAIL: Saya tidak menyertai seminar itu dan tidak ada apa-apa maklumat mengenainya, dengan itu saya tidak ada pandangan terhadapnya, cuma taat kepada pemimpin Islam telah makruf dalam Islam maka adalah wajib selama mana perkara itu bukan maksiat dan ajaran-ajaran Islam menyeluruhi semua lapangan hidup, termasuk politik. Tujuan al-Islam ialah pentadbiran urusan dunia dan menjaga kesucian addin, serta penumpuan terhadapnya.

Malaysia dianggap sebagai negara Islam dan bukannya negara sekular. Apakah pandangan Dr. mengenai hal ini?

ISMAIL: Kalau benar apa yang dikatakan itu maka itulah yang dikehendakinya. Dan kalau sebaliknya maka perlu diislah dan diperbetulkan secara terus-menerus. Islam agama universal, yang rahmatnya bukan khusus untuk orang Islam sahaja, malahan untuk semua manusia sebagai agama rahmatul alamin. Oleh itu orang bukan Islam tidak harus khuatir terhadap negara Islam sama sekali, kerana hak-hak asasi bagi warganegara yang selaku manusia dalam semua agama adalah wajib diamati oleh negara Islam dalam pentadbirannya dengan cukup adil.

Usaha muzakarah UMNO dan Pas nampaknya tidak terjadi, sebaliknya Pas melakukan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dengan DAP yang nyata mendokong sosialis demokratik. Apakah ia bijak dalam konteks ummah wahdah (perpaduan umat)?

ISMAIL: Ummah wahdah adalah dasar hidup Ahli Sunnah Wal Jamaah dan ia adalah lambang perpaduan orang Islam sesama mereka, tidak boleh berseteru sesama orang Islam, walau setakat mana pun daif imannya walaupun dengan orang-orang yang nyata belang-belang nifaknya. Adapun dengan orang yang bukan Islam hendaklah difahami bahawa kita orang Islam yang selaku ummah wahdah, disuruh supaya bekerjasama dengan orang bukan Islam yang bukan ummah wahdah di atas dasar menegak kebaikan dan melahirkan kemajuan yang berasaskan takwa kepada Allah, bukan di atas dasar menyeterui mana-mana pihak, terutama dengan pihak sesama Islam sebagaimana ternyata dalam Piagam Madinah. Wallahualam.

Dr telah menulis buku ummah wahdah berbicara mengenai kesatuan umat. Apakah jalan bijaksana yang harus diteroka oleh umat Islam di Malaysia supaya kekuatan umat terjadi dan kuasa politik tetap di tangan umat Islam?

ISMAIL: Para pemimpin umat Islam daripada apa parti pun pasti berusaha dengan ikhlas, benar dan sabar ke arah melahirkan kesatuan umat dengan menjalankan dasar-dasar pembinaan ummah wahdah.

Pertama, (Al-Anbia: 92-93)

Maksudnya: Sesungguhnya agama Islam inilah agama kamu semua, agama yang satu dan akulah tuhan kamu. Beribadatlah kamu kepada aku (tetapi kebanyakan manusia masih berselisihan dan berpecah belah dalam urusan agama mereka.) Ingatlah mereka sekeliannya akan kembali kepada kami (untuk menerima balasan).


Kedua, (Al-Mukminun: 52-53)

Maksudnya: Dan sesungguhnya agama tauhid (yang dibawa oleh semua rasul Allah) ini adalah agama kamu semua, agama yang satu dan aku adalah tuhanmu maka bertakwalah kepada aku, kemudian mereka (pengikut-pengikut rasul itu) berpecah belah menjadi beberapa pecahan. Tiap-tiap golongan berbangga dengan apa yang ada pada sisi mereka masing-masing.

Ketiga, Di antara surat perjanjian setia di antara orang Islam dengan orang Yahudi al-Madinah ialah:

(Siratul Nabawiah Laban Khatir: 320/2)

Maksudnya: Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani, ini adalah kitab (perjanjian) daripada Muhammad nabi yang ummi (yang dibuat) di antara orang muslimin dan mukminin daripada Quraisy dan Yathrib ( Madinah al munawarah) dan mereka yang mengikuti mereka dan berjuang bersama mereka, bahawa mereka itu adalah umat yang satu (ummah wahdah) dan sesungguhnya orang Yahudi bani Auf juga satu umat bersama orang mukminin, bagi orang Yahudi memeluk agama mereka dan bagi orang Islam memeluk agama mereka. Dan bahawa di antara mereka pakatan tolong menolong dalam memerangi orang yang memerangi ahli perjanjian ini. Dan bahawa di antara mereka hendaklah bersikap bersih hati dan ikhlas bantu-membantu, nasihat dan kebaikan tanpa apa-apa perbuatan jahat yang berdosa.


l Intisari ayat:

Di antara intisari ayat-ayat di atas ialah:

1. Ciri ummatan wahidat (umat yang satu) ialah beribadat kepada Allah selaku tuhannya yang tunggal dengan cukup takwa kepada-Nya.

2. Dua cara hidup (ibadat dan takwa yang sebenar) itulah yang merupakan asas pendekatan, perpaduan dan pembentukan ummatan wahidat.

3. Kesemua orang Islam sama ada Muhajirin dan Ansar juga orang yang ikut mereka dan berjihad bersama mereka, daripada orang yang datang selepas mereka, sama ada yang mukminin dan muslimin adalah ummatan wahidat pada permulaan lahirnya di zaman Nabi Muhammad SAW. Itulah dasar hidup umat Muhammad SAW yang selaku Ahli Sunnah Wal Jamaah.

4. Yang lain daripada ummatan wahida’ adalah kumpulan yang tidak beribadat hanya kepada Allah dan tidak bertakwa kepada-Nya, kesemuanya selaku kelompok dan puak-puak yang sering berbangga-bangga dengan apa yang ada pada puak masing-masing di dunia dan kesemua umat itu akan dikembalikan kepada Allah jua untuk dimahkamahkan dan diberi balasan yang sewajarnya.

5. Umat yang bukan daripada ummatan wahidat seperti orang Yahudi atau sebagainya, selama mereka tidak memusuhi ummatan wahida’ maka mereka, menurut pandangan Islam, dianggap sebagai salah satu umat yang bersama-sama dengan ummatan wahidat untuk berkenal-kenalan, bersefahaman dan bekerjasama demi melahirkan kedamaian hidup umat manusia sejagat.

6. Sahifat al-Madinah adalah contoh kenabian (qudwatun nabawiah) yang menggalakkan umatnya dengan garis panduan yang jelas di sudut mengadakan ikatan janji kerjasama dan bela membela bertujuan mulia dan damai di antara ummatan wahidat dari kalangan orang Islam di satu pihak dengan semua umat dari berbagai-bagai agama di satu pihak yang lain dalam rangka membela negara Islam dan maslahatnya, seperti al-Madinatul Munawarah.

Pak Muhammad Natsir, Perdana Menteri Indonesia yang pertama dalam bukunya Fiqh Ad-Dakwah menyatakan bahawa walaupun beliau seorang ahli politik tetapi jalur dakwah masih menjadi keutamaannya. Apakah pandangan Dr mengenai hal ini?

ISMAIL: Dakwah adalah kerja utama para rasul Allah, mereka merupakan pemimpin umat di zaman mereka dan merupakan tauladan yang baik kepada semua pemimpin Islam, dengan itu, setiap pemimpin umat Islam yang selaku ummah wahdah di zaman ini hendaklah menjiwai roh dakwah kepada Allah dan kepada agamanya yang tinggi dalam semua urusan dan rancangan atau agenda negaranya, sama ada yang berjangka pendek atau panjang, kerana itulah hakikat rahmat yang dihajati oleh seluruh umat manusia dalam hidup mereka.

Sesetengah kelompok politik di Malaysia melaksanakan gaya politik berdendam sehingga pertimbangan wahdah hilang kerana kerusi dan kuasa. Apakah ini perkembangan yang sihat ke arah ummatan wahidat?

ISMAIL: Ini adalah suatu gejala hitam yang merosakkan jiwa dulu dan sekarang terutama pemimpinnya, ia merupakan fenomena yang tidak diingini kerana dalam Islam tidak dibenar dendam dan dengki sama sekali, bahkan itulah punca sejarah kejahatan memasuki hamba-Nya yang merintis jalan neraka iaitu melalui dari sejarah iblis menolak perintah Allah supaya menghormati Adam a.s. atas dasar takbur dan dengki dengan alasan palsu yang tidak diterima oleh Allah. Subhanallah! Saya berdoa semoga Allah membaiki hati-hati hamba-Nya serta membaiki segala urusan negara.

Terdapat tokoh politik di Malaysia yang dipertikaikan wibawanya kerana terlibat dengan faham pluralisme dan dakwaan moral. Apakah keadaan ini menyumbang kepada kekuatan politik umat Islam?

ISMAIL: Islam adalah agama Allah, pencipta segala langit dan bumi yang tidak bercampur sedikit pun dengan kebatilan. Orang Islam disuruh bermuamalat terhadap orang bukan Islam di atas dasar menghormati hak-hak kemanusiaan, bukan membenarkan kebatilan ajaran mereka sama sekali, kerana Allah telah menegaskan bahawa (Al-Baqarah: 147); Maksudnya: Kebenaran itu hanya dari Tuhanmu sahaja, maka janganlah sekali-kali engkau termasuk dalam golongan orang yang ragu-ragu.

Dan firman-Nya lagi: (Yunus: 32).


Maksudnya: Dan tidak ada selain daripada al-haq yang didatangi oleh Allah (Al-Islam) kecuali kesesatan (Al-Jahiliah). Itulah tabiat orang yang zalim, mereka tetap meraba-raba dalam kebatilan mereka di tengah-tengah keterangan Al-Islam yang amat jelas di dunia ini, sementara mereka mengadap Allah nanti. Dengarlah firman Allah pencipta sekelian manusia mengenai mereka pada hari akhirat kelak. Firman-Nya lagi, (Maryam: 38)


Maksudnya: Sesungguhnya jelas pendengaran dan penglihatan mereka yang bukan Islam itu, terhadap hakikat Allah dan kebenaran agamanya Al-Islam, semasa mereka datang mengadap kami (yakni Allah) pada hari akhirat kelak, tetapi orang yang zalim itu pada masa di dunia ini, masih tetap berada dalam kesesatan yang nyata.

Ingatlah bahawa kita umat Islam disuruh kufurkan terhadap segala ajaran yang bercanggah dengan Al-Islam sebelum beriman dengan ajaran-Nya sebagai bara’a sebelum wala’a. Dengarlah firman Allah: (Al-Baqarah: 256)

Maksudnya: Maka barang siapa yang kufur dengan taghut (iaitu semua peribadatan kepada yang lain dari Allah) serta beriman dengan Allah (hanya tunggal) maka ia telah berpegang dengan tali simpulan yang teguh, tidak akan terurai sama sekali. Dan Allah adalah amat mendengar lagi amat mengetahui.
Dan memang itulah hakikat syahadat pertama kita yakni aku bersaksi bahawa sesungguhnya tiada tuhan yang berhak disembah kecuali hanya Allah, yakni tidak cukup beriman dengan Allah sekiranya tidak didahului dengan kufur terhadap semua taghut. Saya percaya bahawa tidak ada pemimpin umat Islam di Malaysia yang pertikaikan maslahat hakikat bara’a dan wala’a. Wallahualam.

SOAL JAWAB UTUSAN: Tinggal Puasa Semasa Hamil


SOAL JAWAB UTUSAN: Cat Muka Sambut Hari Jadi


Bolehkah Memohon Bantuan Jin Islam dan Adakah Hasil Jualan Makanan Siang...

19 July 2012

WASIAT IMAM SYAFIE KEPADA UMMAH - DR FADLAN


Ini adalah wasiat Imam al-Syafii rahimahullah kepada Umat Islam supaya berpegang teguh dengan Manhaj Ahli Sunnah wal Jamaah. Wasiat ini diriwayatkan oleh Imam al-Sayuti rahimahullah dalam kitab beliau. Al-Amru bil Ittiba’ wan Nahyu ‘anil Ibtida’:

عن أبي منصور محمد بن علي بن صباح البلدني، قال: هذه وصية الإمام الشافعي رضي الله عنه أوصى بها إلى أصحابه: أن يشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأن محمداً عبده ورسوله، لا نفرق بين أحد من رسله، وأن صلاتي ونسكي ومحياي ومماتي لله رب العالمين لا شريك له، وبذلك أمرت وأنا أول المسلمين، وأن الله يبعث من في القبور، وأن الجنة حق والنار حق، وأن عذاب النار حق، وأن الحساب حق والميزان والصراط حق، والله عز وجل يجزي العباد بأعمالهم، عليه أحيا وعليه أموت، وعليه أبعث إن شاء الله تعالى، وأن القرآن كلام الله غير مخلوق، وأن الله تعالى يُرى في الآخرة ينظر إليه المؤمنون عياناً جهاراً ويسمعون كلامه، وأنه فوق عرشه، وأن القدر خيره وشره من الله عز وجل لا يكون إلا ما أراد الله وقضاه وقدره، وأن خير الناس بعد رسول الله) : أبو بكر، وعمر، وعثمان، وعلي، رضي الله عنهم. وأتولاهم، وأستغفر لهم، ولأهل الجمل وصفين القاتلين والمقتولين، وجميع أصحاب النبي (، والسمع لأولي الأمر ما داموا يصلون والموالاة لهم، ولا يخرج عليهم بالسيف والخلافة في قريش، وأن كل ما أسكر كثيرة فقليله حرام، والمتعة حرام، وأوصي بتقوى الله عز وجل ولزوم السنة والآثار عن رسول الله ( وأصحابه وترك البدع والأهواء واجتنابها؛ فاتقوا الله ما استطعتم، وعليكم بالجمعة والجماعة ولزوم السنة والإيمان والتفقه في الدين، من حضرني منكم فليلقني لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأن محمداً عبده ورسوله، وتعاهدوا الأظفار والشارب، وإذا احتضرت فإن كانت عندي حائض فلتقم، وأن تطيبوا وتدهنوا.



Maksudnya: “Daripada Abu Mansur Muhammad bin Ali bin Sobah al-Baldani katanya: “Ini adalah wasiat Imam al-Syafii radiallahuanhu kepada sahabat-sahabat beliau iaitulah: ‘Hendaklah bersaksi bahawa tidak ada sembahan yang sebenarnya melainkan Allah sahaja yang tiada sekutu bagiNya dan Muhammad adalah hamba dan pesuruhNya, kita tidak membezakan (dalam Iman) antara seorang Rasul dengan lainnya, dan sesungguhnya solatku, nusuk (ibadah)ku, hidupku, dan matiku hanya bagi Allah Tuhan sekalian alam yang tiada sekutu bagiNya , demikianlah aku diperintahkan (oleh Allah) dan akulah orang pertama yang menyerah diri, dan sesungguhnya Allah akan membangkitkan (menghidupakan semula) ahli kubur, dan syurga itu benar, neraka itu benar, dan hisab itu benar, dan Mizan (Timbangan Amal) itu benar, al-Sirat (Jambatan yang merentang atas neraka menuju syurga) itu benar, dan Allah Taala akan membalas perbuatan hamba-hambaNya, atas pengakuan inilah aku hidup dan mati, dan atasnya juga aku akan dibangkitkan nanti, dan (bersaksi juga) bahawa al-Qur’an itu Kalam Allah bukan Makhluk, dan Allah itu akan dilihat di akhirat di mana orang-orang yang beriman akan melihatNya dengan terang dan jelas serta mendengar Dia berkata-kata, dan Dia berada di atas ArasyNya, dan sesungguhnya Qadar baik dan buruk itu daripada Allah Azza wa Jalla tidak berlaku (dalam alam ini) melainkan apa yang dikehendaki Allah dan dilaksanakanNya dan ditentukanNya, dan sesungguhnya sebaik-baik manusia selepas Rasulullah s.a.w adalah Abu Bakar kemudian Umar kemudian Usman kemudian Ali –reda Allah ke atas semua mereka- dan aku memberi kesetiaan kepada mereka dan berdoa keampunan untuk mereka dan untuk (Sahabat) yang terlibat dalam peperangan Jamal dan Siffin sama ada yang memulakan perang atau yang diperangi, demikian juga semua Sahabat Nabi, dan (aku beriktikad) dengar dan taat kepada pemimpin selama mereka bersolat dan member kesetiaan kepada mereka dan tidak boleh menentang mereka dengan pedang (memberontak) dan Khilafah itu (asalnya) milik Quraish dan apa yang memabukkan apabila diminum dengan banyak maka sedikitnya juga haram dan (nikah) mutaah itu haram dan aku berwasiat (supaya) bertakwa kepada Allah dan mengikut al-Sunnah dan Asar Rasulullah s.a.w dalam agama serta meninggalkan bidaah dan hawa nafsu serta menjauhinya, bertakwalah kamu kepada Allah sekadar mampu kamu. Dan wajib atas kamu (solat) Jumaat dan Jemaah, mengikut sunnah, Iman, dan memahami (belajar) ilmu agama, sesiapa yang datang kepadaku (dalam keadaan aku nazak) maka hendaklah dia mentalkinkan aku dengan ucapan ‘Tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah yang Maha Esa tiada sekutu bagiNya dan sesungguhnya Muhammad itu hamba dan RasulNya, dan jagalah kuku dan misai kamu (yakni pendekkan) dan apabila aku dalam keadaan nazak sedangkan di sisi ku ada wanita haid maka hendaklah dia bangun (beredar), dan hendaklah kamu (yakni sahabat-sahabatnya) memakai minyak wangi dan memakai minyak (mungkin maksudnya minyak rambut)”. 

Faedah daripada Wasiat ini:

1. Imam al-Syafii rahimahullah adalah bermanhaj Ahli Sunnah wal Jamaah
2. Beliau beriman sesuai dengan Manhaj Salafi
3. Beliau Tidak mentakwilkan Sifat seperti Asyairah, Maturidiah, dan lain-lain Ahli Bidaah
4. Imam al-Syafii rahimahullah juga bukan Syiah atau Rafidah bahkan beliau mencintai semua sahabat Nabi dan mengharamkan nikah Mutaah.
5. Tidak ada sunnah yang remeh walaupun berkaitan sunan fitrah seperti mengerat kuku, memotong misai, dan mengemas rambut. Semua perintah Nabi s.a.w adalah penting dan perlu dijaga.
6. Pemerintah terus sah selama dia menunaikan solat dan muslim walaupun fasiq.
7. Allah s.w.t bersemayam di atas Arasyh yang berada atas daripada Sidratul Muntaha di langit.
8. Al-Qur’an adalah Kalam (Perkataan) Allah s.w.t dengan sebenarnya.
9. Awal Wajib atas mukallaf adalah Dua Kalimah Syahadah.
10. Melihat Allah s.w.t di akhirat itu pasti bagi kaum yang beriman dan demikian juga semua manusia akan bercakap dengan Allah dan Allah bercakap dengannya dan dia mendengar suara Allah s.w.t bercakap.
11. Arak dan semua minuman yang memabukkan sama ada sedikit atau banyak diminum adalah haram hukumnya. Demikian juga sama ada dibuat daripada anggur atau lainnya.
12. Semua yang berlaku dalam alam ini sama ada baik atau buruk adalah berlaku dengan qada dan qadar Allah s.w.t dan ciptaanNya.
13. Wajib mengikut Manhaj Ahli Sunnah wal Jamaah yakni Manhaj Salafi.

Teks ini dipetik oleh Ustaz Asri Sobri seperti yang dicatatkan di blog beliau.

PUASA DAN RAHSIA-RAHSIANYA - Ustaz Dr Abdullah Yasin



Soal Jawab Bersama Ustaz Dr Abdullah Yasin

1. Bolehkah Berselawat Ketika Rehat Terawih?http://youtu.be/sPzSCdthPM0

2. Terawih 30 Rakaat tidak ada masalah ? http://youtu.be/sPzSCdthPM0?t=5m23s

3. Isu Hidu Asap Rokok, Asap Ayam Percik, Inhaler, Dialisis dan Pil Penahan Haid pada bulan Ramadan http://www.youtube.com/watch?v=9SUbfi13VxU

4.Bolehkah Memohon Bantuan Jin Islam http://youtu.be/535CUg79A7U

5. Adakah Hasil Jualan Makanan Siang Ramadan Halal? http://youtu.be/535CUg79A7U?t=8m9s

18 July 2012

Haram jatuhkan kerajaan negara Islam


Berita ini dipetik dari akhbar Utusan Malaysia keluaran 18 Julai 2012 atau boleh juga dibaca terus di http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0718&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm&fb_source=message
KUALA TERENGGANU 17 Julai - Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi menegaskan adalah haram bagi umat Islam menyokong kumpulan yang berniat atau bertindak mahu menjatuhkan sesebuah kerajaan negara Islam walaupun dalam kepimpinan itu didapati berlaku kesalahan melibatkan hukum syarak.

Kata beliau, ia kerana tindakan menjatuhkan kerajaan negara Islam itu adalah tidak dibenarkan agama, apatah lagi jika umat Islam tersebut mahu menggantikan dengan pemerintahan yang boleh mendatangkan bahaya lebih besar.

Tambah Profesor Jurusan Akidah, Mazhab dan Firaq, Universiti Ummul Qura, Mekah itu, hukum berkenaan jelas berpandukan sebuah hadis sahih yang menyatakan perkara tersebut.


 

"Hadis itu ialah "sekiranya datang kepada kamu orang yang mahu memecah-belah kesatuan kamu sedangkan ketika itu kamu bersatu, maka hendaklah kamu pancung tengkuknya'' dan daripada hadis itu hukumnya jelas adalah haram menyokong kumpulan yang mahu memecahkan kesatuan yang sedia ada iaitu kerajaan Islam," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan syarahan mengenai Perpaduan Senjata Umat Islam pada Program Bicara Tokoh di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) di sini hari ini.

Program selama tiga jam itu merupakan anjuran kerajaan negeri bersama Terengganu Integrity & Strategic Studies Institute (T-ISSI) sempena lawatan tiga hari tokoh itu ke negeri ini.

Dalam pada itu, Sulaiman berkata, sekiranya umat Islam tidak suka terhadap kerajaan yang memerintah atau mahu menegur kesalahan yang dilakukan kepimpinan mereka, pastinya ada beberapa perkara yang perlu dilakukan oleh golongan itu.

Jelasnya, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah jangan sesekali mengadakan demonstrasi jalanan kerana ia bukan cara menukar kerajaan negara Islam atau memperbetulkan setiap kesilapan yang telah dilakukan pemimpin.

"Demonstrasi hanya boleh menyebabkan sesuatu perkara yang buruk menjadi lebih buruk dan ia bukan ubat penyembuh kepada setiap masalah.

"Justeru, jangan sesekali mengadakan demonstrasi kerana ia menyebabkan masalah lain datang bertimpa-timpa, malah membawa kepada fitnah yang lain," tegasnya.

Ujarnya, cara terbaik untuk mengubah kepimpinan yang baik adalah nasihat menasihati antara satu sama lain.

"Dalam perkara ini, para ulama, cendekiawan mahupun ahli fikir perlu mengambil tanggungjawab ini untuk menegur pemimpin mereka yang membuat salah kerana itu adalah tanggungjawab mereka dan jika gagal berbuat demikian mereka akan disoal oleh Allah di akhirat kelak.

"Pemimpin perlu ditegur oleh golongan itu dan bukannya rakyat biasa dengan mengadakan demonstrasi jalanan. Apa yang rakyat boleh buat adalah menunjukkan contoh yang baik kepada pemimpin mereka," katanya.

15 July 2012

FORUM AMBIL PEDULI KEHEBATAN RAMADAN

1. Perkara Tersirat Dalam Ambil Berat Kehebatan Ramadan- USTAZ DR FADLAN http://youtu.be/90zfx8tyVs0

2. Hebatnya Kelebihan-kelebihan Bulan Ramadan- USTAZ IDRIS SULAIMAN http://youtu.be/90zfx8tyVs0?t=8m37s

3. Persediaan Agar Kehebatan Ramadan Tidak Berlalu Sia-sia? - USTAZ RIZAL http://youtu.be/90zfx8tyVs0?t=21m31s

4. Apakah Amalan Yang Perlu Diburu Ketika Bulan Ramadan? - USTAZ DR FADLAN http://youtu.be/90zfx8tyVs0?t=37m2s

5. Apakah Kesan Yang Perlu Ada Selepas Melalui Kehebatan Bulan Ramadan? - USTAZ IDRIS SULAIMAN http://youtu.be/90zfx8tyVs0?t=50m31s

6. Kaedah Untuk Tidak Membiarkan Kehebatan Ramadan Berlalu Dengan Sia-sia... - USTAZ MOHD RIZAL http://youtu.be/90zfx8tyVs0?t=1h3m21s


12 July 2012

SINAR: Ajaran sesat dorong jadi imam 'Mahadi' palsu

Berita ini dipetik dari akhbar Sinar Harian keluaran 11 Julai 2012 atau dapat juga dibaca terus di pautan http://www.sinarharian.com.my/semasa/ajaran-sesat-dorong-jadi-imam-mahadi-palsu-1.65601

KUALA LUMPUR - Cetek pengetahuan dalam ilmu agama; terikut-ikut dengan ajaran sesat dan terlalu ingin menjadi manusia hebat dengan kebolehan luar biasa mendorong seseorang itu menjadi imam 'Mahadi' palsu.

Fathul Bari Mat Jahaya 
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia Fathul Bari Mat Jahaya berkata seseorang tidak boleh sewenang-wenangnya mempercayai dirinya Imam Mahadi kerana terdapat ciri dan sifat tertentu membezakan Imam Mahadi dengan manusia biasa.

"Antara sifat Imam Mahadi digambarkan Nabi Muhammad SAW dalam hadis riwayat Abu Daud ialah beliau bangkit memimpin dan menjadi imam kepada seluruh umat manusia," katanya ketika diminta mengulas mengenai kejadian amuk seorang lelaki dikatakan mengaku imam Mahadi di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM) Isnin lepas.

Lelaki berusia 47 tahun itu meninggal dunia di hospital selepas terkena tembakan pada tangan dan bahagian ari-ari, yang dilepaskan polis bagi mempertahankan diri daripada serangan lelaki terbabit. Seorang wanita 28 tahun pengikut lelaki itu juga terkena tembakan dan masih dirawat di Hospital Putrajaya.

Fathul Bari berkata Imam Mahadi tidak bangkit secara mengaku "akulah Imam Mahadi yang ditunggu-tunggu" sebalik ciri-ciri dan sifatnya diketahui sendiri orang ramai menerusi kepimpinannya membawa dan mengisi keadilan kepada seluruh dunia.

Ditanya mengapa sejak akhir-akhir ini banyak individu dikultuskan sebagai imam 'Mahadi', Fathul Bari berkata tindakan itu merupakan modus operandi kelompok yang tersasar daripada akidah Islam yang sebenar.

"Pertama sekali mereka ingin diikuti dan dijadikan sebagai ikutan, mereka akan membina kultus mereka sendiri, dia akan tanam bukti-bukti dan ciri-ciri sebagai Imam Mahadi seperti yang berlaku dalam beberapa ajaran sesat.

"Bila mereka mula ke tahap melampau mereka akan mengangkat diri mereka dan mensucikan diri mereka sampai ke tahap apa yang mereka kata mesti benar dan tepat, apa yang mereka kata tak boleh dikritik dan tak boleh disanggah, sehinggakan pengikut mereka kena terima bulat-bulat," katanya.

Bekas Presiden Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Salleh Ahmad berkata salah satu cara membendung kejadian seperti itu ialah memberi pendidikan ilmu akidah berterusan kepada umat Islam sejak kecil.

"Perkara ini berpunca dari kejahilan mereka dan ada yang cuba untuk berlagak jadi orang hebat dengan mengaku bahawa dia Imam Mahadi.

"Pihak berkuasa harus mempergiatkan gerakan dakwah bagi memastikan perkara ini tidak berulang," katanya. - Bernama

10 July 2012

KULIAH MAGHRIB BERSAMA USTAZ RIZAL AL-MALAYA


MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR, SEBAR-SEBARKAN...

[KULIAH MAGHRIB]

PENCERAMAH: USTAZ MOHD RIZAL AL-MALAYA

Tarikh: 11 Julai 2012, hari Rabu
Tempat: Masjid Al-Nur, Kampung Cantek, Batu 17, Kaki Bukit
Masa: Selepas Solat Maghrib Berjemaah

09 July 2012

Tentatif Lawatan Dr. Fadlan Mohd. Othman Ke Perlis Siri 3 / 2012



Tentatif Lawatan Dr. Fadlan Mohd. Othman Ke Perlis Siri 3 / 2012

(Jumaat 13 Julai – Ahad 15 Julai 2012) 

Dr Fadlan Mohd Othman Ahli Panel Kajian Hadith, Jabatan Mufti Perlis
Pensyarah Kanan, Jabatan al-Qur’an dan al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam UKM

Jumaat, 13 Julai 2012:
Kuliah Maghrib “WASIAT IMAM SYAFIE KEPADA UMMAH” di Masjid Nurul Mukminin, Alor Ara, Arau

Sabtu, 14 Julai 2012:
> Kuliah Subuh “KEAGUNGAN ISTIGHFAR” di Masjid al-Sakinah, Padang Melangit
> FORUM PERDANA EHWAL ISLAM “AMBIL PEDULI KEHEBATAN RAMADAN” di Dataran Masjid Alwi, Masjid Alwi, Kangar anjuran bersama Pertubuhan Kebajikan IKRAM Malaysia dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs),selepas solat maghrib

Ahli-ahli Panel:
- Dr. Fadlan Mohd Othman (UKM)
- Ustaz Fathul Bari Mat Jahya (Pendakwah Bebas)
- Ustaz Idris Sulaiman (Kedutaan Arab Saudi)
- Pengerusi: Ustaz Mohd Nazim Mohd Noor (Majlis Agama Islam Perlis / MAIPs)


Ahad, 15 Julai 2012:
Kuliah Subuh di Masjid Tun Abdul Razak, Repoh **)
Kuliah Khas "MENJADI JIRAN RASULULLAH DI SYURGA” jam 9.45 pagi Pusat Pengajian Persatuan Al-Islah KM 1.2 Jalan Mata Ayer

(** Tajuk Kuliah Subuh akan dikemaskinikan nanti, Insya-Allah

08 July 2012

SOAL JAWAB UTUSAN: Keliru apa itu maksiat

Dipetik dari akhbar Utusan Malaysia keluaran 8 Julai 2012 atau boleh juga dilihat terus di pautan http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0708&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_12.htm

Soalan 1
SAYA keliru mengenai maksiat. Setahu saya, maksiat bermaksud duduk berdua-duaan di tempat gelap dan melakukan hubungan seks di suatu tempat. Kawan saya menghadiri kelas motivasi agama. Ustaznya berkata, maksiat boleh berlaku di mana sahaja. Contohnya, mengunjungi festival seperti Jom Heboh kerana ia membuang masa dan melihat hiburan artis.

Benarkah kalau sembahyang jamak seperti zuhur dan asar juga maksiat sebab mahu menghadiri majlis persandingan pengantin. Jadi apakah maksud maksiat dalam Islam serta adakah terdapat beberapa pecahan maksiat?

* NorZahira Zainol

JAWAPAN: Allah mengarahkan kita melakukan kebaikan atau ketaatan dan menghindari keburukan atau maksiat. Menurut kacamata Islam, kebaikan adalah apa sahaja yang diredai Allah manakala keburukan pula apa sahaja yang dimurkai-Nya. Apa yang lebih penting dalam melakukan kebaikan dan menghindari keburukan adalah perasaan kita. Orang yang melakukan kebaikan kerana telah menjadi rutin tidak sama dengan orang yang melakukannya dengan penuh pengagungan terhadap Allah. Begitu juga orang yang menghindari maksiat kerana kebiasaan tidak sama dengan orang yang meninggalkannya kerana takutkan Allah. Inilah yang dimaksudkan dengan Taqwa. Perhatikan perkara ini di dalam firman Allah dalam Surah al-Haj ayat 37 yang bermaksud "Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadanya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah Dia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang yang berusaha supaya baik amalnya."

Kembali kepada soalan, memang maksiat mempunyai pelbagai kategori dalam Islam. Pertama, maksiat yang mengeluarkan seseorang itu daripada Islam, seperti syirik dan kufur. Antara contohnya, sujud kepada patung, mencaci Allah dan Rasulullah SAW serta menghalalkan perkara haram dan mengharamkan perkara halal. Kedua, maksiat yang tidak mengeluarkan seseorang itu daripada Islam tetapi membawa dosa besar. Contohnya berzina, mengumpat dan mengadu domba. Ketiga, maksiat yang tidak mengeluarkan seseorang itu daripada Islam tetapi membawa dosa kecil. Contohnya meminang wanita yang sudah dipinang oleh orang lain, melihat dan mendengar perkara yang diharamkan.

Memang benar maksiat boleh terjadi di mana sahaja. Bahkan maksiat boleh berlaku daripada orang yang nampaknya seperti berbuat kebaikan. Di dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi (no. 2382), Rasulullah menjelaskan tiga jenis manusia yang dihumban ke neraka sebelum orang lain.

Pertama, orang yang membaca al-Quran untuk digelar qari. Kedua, orang yang sering menderma untuk digelar pemurah dan dermawan. Manakala ketiga, orang yang mati di medan perang semata-mata untuk digelar berani.

Perhatikan bagaimana hadis ini mengajar kita agar sentiasa meneliti dua perkara iaitu kesahihan amalan di samping keikhlasan niat. Kedua-dua perkara ini perlu wujud seiringan dan tidak boleh diasingkan sama sekali.

Setelah memahami kaedah berkaitan ketaatan dan maksiat, dapatlah kita fahami bahawa apa sahaja festival yang membuang masa dan mengandungi hiburan yang tidak menepati norma Islam termasuk dalam maksiat. Lebih khusus lagi, ia tergolong dalam dosa kecil. Ini tidak bermaksud individu muslim itu tidak boleh berhibur. Boleh, asal tidak berbaur maksiat.

Adapun solat jamak kerana mahu menghadiri majlis persandingan pengantin, perkara ini perlu diperincikan. Pertama, persandingan memang tiada dalam Islam. Bahkan ada perbincangan mengatakan bersanding itu asalnya daripada agama Hindu. Ditambah dengan unsur maksiat lain seperti make up' berlebihan di khalayak ramai dan percampuran lelaki dan perempuan. Justeru, dinasihatkan agar perbuatan bersanding ditinggalkan. Yakinlah bahawa jika perkahwinan tiada persandingan, ia tidak cacat sedikitpun insya -Allah. Besar kemungkinan ia lebih diredai Allah.

Sudut kedua pula berkenaan hukum menjamak solat. Berdasarkan sebuah hadis sahih riwayat al-Imam Muslim (no. 705), Rasulullah telah menjamakkan solat zuhur dan asar, solat maghrib dan isyak di Madinah bukan dalam keadaan ketakutan atau hujan. Apabila Ibnu Abbas ditanya mengapa Rasulullah berbuat demikian, beliau menjawab "Baginda ingin memberi kemudahan kepada umatnya." Berdasarkan hadis ini, al-Imam al-Nawawi rahimahullah menjelaskan dibenarkan jamak solat jika ada keperluan. Jika kita lihat kepada kehidupan sekarang, keperluan mencakupi pelbagai perkara. Antaranya mesyuarat, majlis perkahwinan, pembentangan dan seumpamanya.

Riyadus Solihin: Bab Yakin Dan Bertawakal Kepada Allah

AKIDAH: Iman Tanpa Amal Adalah Iman Yang Kosong...

Bulughul Maram: Perkara Yang Dibenarkan Dan Dilarang Semasa Di Masjid...

02 July 2012

(UTUSAN): Bangunkan Perlis

Laporan ini dipetik dari akhbar Utusan Malaysia atau boleh dibaca terus di pautan http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0702&pub=Utusan_Malaysia&sec=Utara&pg=wu_01.htm

KUALA LUMPUR 1 Julai - Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail menyeru semua anak Perlis, termasuk yang menetap di Lembah Klang membantu pembangunan negeri selaras dengan visi Perlis Maju 2015.

TUANKU Syed Sirajuddin Putra Jamalullail memotong kek keputeraan baginda bersama Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid pada Santapan Malam Perlis 2012 di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur, kelmarin. Turut serta, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (tiga dari kiri) dan Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil (empat, kanan) dan Md. Isa Sabu (dua dari kiri). - utusan/aswad yahya

Titah baginda, sekalipun pelbagai pembangunan sosioekonomi berimpak tinggi telah dan sedang dirancang oleh kerajaan negeri, namun sumbangan anak Perlis untuk merealisasikan matlamat itu amat dihargai.

Baginda percaya, melalui bantuan anak Perlis daripada pelbagai sudut akan membantu negeri itu secara jangka panjang sambil memberi kesan positif buat Malaysia sendiri.

Baginda bertitah demikian pada majlis Santapan Malam Perlis 2012 anjuran Persatuan Perlis Kuala Lumpur (PPKL) di Dewan Perdana Felda, di sini semalam.

Turut berangkat, Raja Perempuan Perlis, Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid; Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Turut hadir Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu.

Majlis itu dihadiri oleh 750 anak-anak Perlis dan ahli PPKL yang bermastautin di Lembah Klang yang diketuai oleh Yang Dipertua PPKL, Datuk Faridah Khalid.

Raja Perlis turut menyatakan kebanggaan baginda setelah PPKL berjaya menarik 300 ahli baru dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini.

"Beta berharap, anak-anak Perlis yang berkhidmat di luar Perlis dapat mengekalkan budaya kerap pulang ke kampung menjengah ibu bapa, keluarga dan sahabat-handai.

"Pada masa sama dapat juga melihat perubahan yang berlaku di Perlis dan sama-samalah pula membantu menjayakan misi Perlis menjadi negeri maju seperti mana yang dihasratkan oleh kerajaan melalui sumbangan idea dan pelaburan," titah baginda dengan penuh harapan.